Anda di halaman 1dari 6

 

Perkembangan Anak Bayi

Tak Nampak Ibu Sekejap Nangis. Jika Anak Bawah 1 Tahun 6 Bulan Berperangai Macam Ni Ada Sebabnya
Oleh Wan Amalia - December 2, 2018

Kenapa anak 1 tahun 6 bulan ke bawah menangis sangat kuat bila tak nampak ibu atau penjaganya? Ramai juga yang anggap anak
anak akan lebih mengada-ngada dan manja bila dengan ibu.

Menurut Pakar Kekeluargaan, Keibubapaan Dan Kasih Sayang, Ibu Rose ada sebab kenapa anak di usia ini berperangai sedemikian.

Bagi anak berumur 1 tahun 6bulan ke bawah, sebenarnya kita tidak boleh mengatakan dia berperangai buruk jika dia menangis nak
ikut anda masuk tandas, atau tidak boleh jauh dari anda langsung.

Pada usia ini, bahagian otak bawah atau reptilian brain yang sedang develop. Bahagian otak ini, menjaga keselamatan dan perlu rasa
selamat untuk perkembangan seterusnya.
Bila mama pergi dari dia ke toilet ke atau ke mana, anak itu tengok mamanya hilang dan rasa keselamatannya tergugat. Itu yang buat
dia menangis. Itu bukan manja. Jangan salah faham dan bukan juga berperangai buruk. Itu tabii dan perkembangan normal seorang
kanak-kanak.

Anak Kecil Menangis Bukan Kerana Dia Berperangai Buruk, Dia Menangis
Untuk Berkomunikasi Dan Menyampaikan Keperluannya. Maka Selidiklah Apa
Yang Dia Perlukan Dan Tunaikan.
Ibu risau, bila ibu bapa muda tersilap faham begini, kerana kesannya buruk. Kerana takut anak menjadi manja,sedangkan pada usia
ini, anak amat perlukan belaian ibu dan bapa. Dan kerana kononnya takut anak itu manja, maka dibiarkan anak itu sorang-sorang dan
menangis melalak beberapa jam. Akhirnya, tahap untuk rasa selamat itu tidak berakhir, sudah 6 tahun pun masih clingy dan esteem
diri yang rendah kerana berasa dia tidak penting dan tidak dikasihi. Ia sangat memberi kesan pada perkembangan psikologinya.

Anak yang dikatakan berperangai buruk jika sudah lebih 4 tahun, perangainya mungkin menyepak dan merontak-ronta bukan kerana
dia berada dengan ibunya. Tetapi kerana dia tidak dididik dengan kasih-sayang dan ketegasan, loving and firm. Kerana anak yang
dididik dengan loving and firm, dia tahu had-had kelakuan yang dibenarkan. Yang menjadi berperangai buruk adalah yang dididik
tanpa meletakkan had-hadnya atau pun boundaries.

Contoh, tengok TV sampai pukul 2 pagi pun dibenarkan…atau bila memukul kawan-kawan, ibu bapa tengok sahaja dan tidak
mengambil tindakan memberitahu perbuatan itu salah. Walaupun pada ketika itu anak itu masih 2 tahun, ibu bapa perlu membetulkan
kelakuan anak itu dan mulakan perlahan-lahan. dan berulang sehingga anak itu faham. Ianya mungkin mengambil masa beberapa
bulan.
Kita hanya boleh mengatakan seorang anak itu berperangai buruk sekiranya anak itu telah berusia 4 tahun keatas kerana pada usia
ini, barulah seorang anak itu sudah mula boleh berfikir dan memahami reason. Namun, tidak yang kompleks….tapi sudah boleh
sedikit. Dan bila sedari kecil ibu bapa berusaha memberi penerangan atau reason, anak itu akan membesar menjadi seorang yang
mudah memahami, reasonable.

“children raised with reasons become reasonable”

Yang dikatakan berperangai buruk itu maksudnya anak itu melakukan perkara-perkara yang tidak boleh diterima dalam sosial, seperti
memukul kawan, menyepak, merampas, menjerit-jerit marah, berguling-guling hendakkan barang di kedai….namun perlu difahmai ini
bukan kerana anak itu berada dengan ibunya…ia adalah kerana didikan yang diterima sebelum ini lebih kepada permissive dimana
semuanya tidak mengapa, diikut semua kehendak anak itu…apa yang kita katakan sebagai ‘permissive parenting’ …Kelemahan
Permissive parenting adalah anak tidak dikenalkan dengan peraturan dan contoh perangai baik sejak kecil.

Bagi pendapat dan pegangan Ibu, anak berperangai buruk diantara sebab utamanya BUKAN kerana anak itu dengan ibunya atau
bapanya, …it is the parenting. Sebab ramai para ibu yang bijak mengendalikan dan mendidik anak-anaknya..dan anak tidak
berperangai buruk bila dengan mereka

Sumber: Ibu Rose

Tinggalkan Komen
TAGS 1 tahun 6 bulan ada anak ibu nampak nangis sebabnya tak terus umur

Like 9.1K

Artikel sebelum ini

Teringat 25 Jam Sakit Bersalin Lahirkan Anak Keempat, Kali Ini


Liza Hanim Sedikit Fobia

Artikel Berkaitan

Lebih Dari Pengarang

Meena Dah Pandai Panggil Abah, Yom Dah Boleh Jalan, Netizen Sebak Lihat Reaksi Dato’ Aliff & Datin
Shahida

Aafiyah Kena ‘ Sakat’ Dengan Ayah & Ibu, Netizen Seronok Lihat Kebahagiaan Dato’ Siti!

Lenguhnya Nak Pegang Bila Bayi Suka Melompat. Mama Papa Jangan Mengeluh Sebab Ia
Perkembangan Yang Baik

Popular
Tengok Isteri Lemah, Keluar Banyak Darah Masa Bersalin, Kuatnya Kamu! Suami...
Wan Amalia - November 28, 2018

Pengalaman bersalin bagi setiap wanita lain-lain. Ada yang mudah, ada yang perlu melalui sakit yang

Biarkan Terbalut Lebih 72 Jam & Tak Dicuci Punca Luka Khatan...
November 29, 2018

Masuk 3 Bulan Ayra Dah Pandai Borak. Dr Izzar Pesan Rajin...


November 27, 2018

Bagus Bawa Anak Main Di Pantai. Jangan Fikir Kotor Tapi Baik...
November 28, 2018

Lisa Surihani Akui Berat Cecah 66kg Semasa Anak Berumur 4 Bulan....
November 29, 2018
Panduan Lengkap Keibubapaan & Prasekolah
Editorial Pa&Ma
No. Pejabat: 03-51013889
Sambungan: 3784

   

VERSI CETAK | VERSI DIGITAL

Rujuk Kami Bila Anda Bergelar Pap


Nama

Email

Subscribe
Anda telah memahami dan bersetuju dengan Polisi Data Peribadi Karangkraf .

KORPORAT • POLISI DATA PERIBADI • PENAFIAN • LANGGANAN • PENGIKLANAN • KERJAYA • HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

Anda mungkin juga menyukai