Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN KLANG

JALAN DATO’ HAMZAH, KLANG

KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KE PERPUSTAKAAN RAJA TUN UDA, SHAH ALAM DAN KUMPULAN
MEDIA KARANGKRAF

TARIKH : 25 SEPTEMBER 2018


HARI : SELASA
TEMPAT : PERPUSTAKAAN RAJA TUN UDA, SHAH
ALAM DAN KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF
MASA : 8.00 PAGI – 5.00 PETANG
ANJURAN : KELAB PUSAT SUMBER DAN PENGAWAS
PUSAT SUMBER
PENDAHULUAN

Program Lawatan Sambil Belajar ke Perpustakaan Raja Tun Uda ini


merupakan satu aktiviti yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada
pengawas pusat sumber dan pengawas SPBT untuk menimba ilmu sains
perpustakaan di Perpustakaan Raja Tun Uda serta proses penghasilan
sesebuah buku di Kumpulan Media Karangkraf.
Aktiviti ini melibatkan 40 orang murid Tahun 4 dan 5 dan disertai oleh 4
orang guru pengiring. Dengan adanya program seperti ini ia dapat
menyediakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih
fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta
kebolehan murid,.
Selain itu, lawatan sambil belajar ini juga selaras dengan
Kementerian Pelajaran Malaysia yang mahukan setiap murid menghadiri
aktiviti luar bilik darjah yang sesuai untuk memberikan pemahaman dan
pengetahuan berkaitan ilmu sejarah dan sains perpustakaan.

3. MATLAMAT
 Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang
cemerlang, beriman, berakhlak mulia dan berketerampilan.

 Melahirkan pengawas yang bermaklumat dalam menghadapi apa jua


masalah yang datang semasa menjalankan tugas atau di dalam
kehidupan rutin.

4. OBJEKTIF
 Menimba pengetahuan ilmu sains perpustakaan.
 Menyediakan diri murid peluang untuk mendapat
pengalaman pembelajaran
di luar bilik darjah dan menjadikan pembelajaran dan pengalaman
yang lebih bermakna dan menarik.
 Memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi,
berinteraksi
dan bersosialisasi dengan masyarakat.
 Membentuk tingkah laku dan sikap murid untuk lebih berdaya saing.
5. SASARAN
Murid Tahun 4, dan 5 = 40 orang
Guru = 8 orang
----------------
Jumlah = 48 orang

6. TUGASAN
Penasihat : Pn Rozita binti Razak
Pengerusi : En Zurani bin Asfar
Penyelaras : Pn Nor Hazita binti Hasan
Bendahari : Pn Nor Aidah binti Abd Latiff
Setiausaha : Pn Norashikin binti Md Yusoff
Pendaftaran : Pn Nurul Izzati binti Mohd Zain
AJK :
a) Makanan : Pn Siti Zaliha binti Kassim

b) Disiplin dan Keselamatan : Semua guru pengiring

7. KEMUDAHAN
1. Makanan dan pengangkutan bas pergi dan balik disediakan
(termasuk dalam pakej program)
2. Surau

8. HARGA TAWARAN

A. HARGA PAKEJ : RM 30.00 seorang murid

ANGGARAN PERBELANJAAN

Perkara Bayaran Jumlah Sumber


RM 11.00 X 40 orang
Kos Lawatan RM 440.00 Murid
murid
Kos
RM 19.00 X 40 orang
pengangkutan RM 760.00 Murid
murid
Dan makanan
Jumlah Keseluruhan RM 1200.00

Nota : 4 orang guru pengiring berdasarkan nisbah 10 orang murid seorang


guru. Bayaran masuk bagi 4 guru pengiring adalah percuma.
9. TENTATIF PROGRAM
TARIKH : 25 SEPTEMBER 2018
JANGKAMASA : 1 HARI (8.00 PAGI – 5.00 PETANG)
TEMPAT : 1. PERPUSTAKAAN, SHAH ALAM
2. KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF, SHAH ALAM
3.
Masa Aktiviti
8.00 pagi Berkumpul di sekolah & Sarapan Pagi
8.30 pagi Bertolak ke
 Dijangka tiba di
9.00 pagi  Taklimat
 Pendaftaran
9.15 pagi “Ice breaking”
Lawatan

9.30 pagi

11.30 pagi
1.30
Makan Tengahari / Solat
tengahari

3.00 petang

Program tamat
5.00 petang
Berkumpul dan bertolak pulang
10. PENUTUP

Semoga lawatan sambil belajar ini berjalan dengan lancar. Kerjasama


semua pihak amat diperlukan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………..…………… ………………………………
Pn Norashikin binti Md Yusoff Pn Rozita binti Razak
Setiausaha Lawatan, Guru Besar,
Kelab Pusat Sumber, Sekolah Kebangsaan Klang.
Sekolah Kebangsaan Klang.

Anda mungkin juga menyukai