Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN

Permainan sukaneka adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh kebiasaannya kanak-kanak
untuk bermain, berseronok dan mengisi masa lapang. Permainan sukaneka mempunyai peranan yang
penting dalam Pendidikan fizikal bagi murid-murid prasekolah. Walaupun objektif jangka pendek adalah
menghiburkan para peserta, permainan sukaneka banyak memberi sumbangan yang baik terhadap
perkembangan para peserta. Menerusi permainan sukaneka, para peserta dapat membina sifat
jasmani dan sosial seperti yang diingini. Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan, kemahiran dan game
sense adalah beberapa contoh sifat jasmani yang diperlukan. Selain itu, permainan sukaneka juga
dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada penganjur dalam pengelolaan sesuatu
pertandingan seperti ini.

2.0 MATLAMAT

Matlamat sukaneka ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama, persefahaman
dan interaksi yang sihat di kalangan peserta. Selain itu, aktiviti permainan sukaneka yang dijalankan
dapat membentuk sikap dan amalan positif di kalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang
tinggi. Di samping itu, sukaneka ini juga secara tidak langsung dapat menjadikan kanak-kanak tersebut
aktif dan seronok menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif.

3.0 OBJEKTIF

1. Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri para peserta
2. Mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan peserta.
3. Membentuk peserta agar sentiasa bersikap positif.
4. Memberi peluang kepada peserta dalam menunjukkan bakat masing-masing.
5. Memberi kebebasan kepada guru pelatih untuk mencorakkan idea melalui aktiviti-aktiviti sukaneka
yang dijalankan.
6. Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seperti bekerjasama, rajin dan bertanggungjawab.
7. Menambahkan nilai pengetahuan dan pengalaman guru pelatih dalam penghasilan kertas kerja.
8. Memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari, mengaplikasi, memperoleh pengalaman dan
memperkembang kemahiran, pengetahuan dan nilai yang terdapat dalam aktiviti sukaneka yang
dijalankan.

4.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh : 27.7.2016

Hari : Rabu

Masa : 8.00 – 11.00 pagi


5.0 TEMPAT

Padang Sk Seri Kelana

6.0 KUMPULAN SASARAN

25 orang murid prasekolah

7.0 JAWATAN INDUK

Penasihat : Pn Hajah Alina Binti Haji Othman (Guru Besar Cemerlang SK Seri Kelana)

Pengerusi : Pn Norzila Bt Yusof (Guru Prasekolah SK Seri Kelana)

Peneyelaras Projek : En. Muhammad Azmi Bin Othman

Timbalan Penyelaras : En. Vinodharan a/l Ganeshan

Setiausaha : En. Muhammad Azmi Bin Othman

Bendahari : Pn. Norhafizan Bt Mohamad

AJK Peralatan : En. Muhammad Aizuddin bin Azeran

AJK Perlaksanaan : En. Muhammad Nizamuddin bin Badrul Hisham

AJK Dokumentasi : Cik Nur Syafiqah Binti Rahman

AJK Hadiah : Cik Siti Nurul Ashiqin Binti Jamaluddin

8.0 ACARA SUKANEKA

1. Acara mengisi air dalam botol menggunakan span

2. Acara menjunjung pundi kacang dan membaling pundi kacang ke dalam bakul

3. acara membawa pundi kacang menggunakan kaki

4. Acara bowling padang

5. Acara larian berganti 5 x 10 meter.

6. Acara membawa sumi mengunakan sudu


8.1 Senarai Alatan

Alatan Kuantiti
Air 2 baldi
Baldi 2
Botol mineral 12 biji
Bola 2 biji
Gelung rotan 10 gelung
Skitel 15
Bakul 4 biji
Bola bowling 4 biji
Sudu 5
sumi Satu plastik
Span 2
Batton 5
Riben 1 gulung
Pundi Kacang Satu bakul

SUMBER PERUNTUKKAN : Peruntukkan ko-kurikulum prasekolah

9.0 Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Kuantiti Harga Seunit Jumlah Harga


(RM) RM
1. Hadiah
- Semua pelajar akan 25 RM2 RM 50
mendapat hadiah

2 Jumlah RM 50
keseluruhan

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………… …………………………………

(MUHAMMAD AZMI BIN OTHMAN) ( PN NORZILA BINTI YUSOF)

Setiausaha sukaneka. Guru Prasekolah

Sekolah Kebangsaan Seri Kelana. Sekolah Kebangsaan Seri Kelana

Disahkan oleh:
…………………………..

(PN HAJAH ALINA BINTI HAJI OTHMAN)

Guru Besar Cemerlang,

Sekolah Kebangsaan Seri Kelana

10.0 RUMUSAN

Diharap agar aktiviti sukaneka yang dijalankan dapat memberi sesuatu yang baru kepada para peserta.
Selain itu, para pelajar juga diharapkan dapat melaksanakan setiap aktiviti untuk mencapai matlamat
permainan sukaneka ini dengan sempurna supaya mendapat input yang berguna kelak. Sukaneka dapat
membentuk kemahiran-kemahiran asas dalam permainan dan sukan. Selain itu, ia juga dapat membentuk diri
para peserta menjadi seorang yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sebagai bakal
guru pula, apa yang penting, melalui pengelolaan sukaneka ini, kami dapat belajar mengenai pengurusan,
pengelolaan dan perlaksanaan aktiviti di sekolah nanti. Pengalaman yang ditimba ini sedikit sebanyak dapat
memudahkan tanggungjawab kami apabila bergelar guru kelak. Selain itu, permainan ini juga dapat memberi
kepuasan serta keseronokkan kepada para peserta. Mereka dapat meredakan tekanan belajar di samping
meningkatkan keyakinan mereka terhadap kemampuan dan keupayaan masing-masing.

Lampiran 1
BORANG PEMARKAHAN

NAMA PESERTA MASA MARKAH


Tarikh : ………………. …………………… ……………………..

(Pencatat) (Pengadil)

Lampiran 2

TENTATIF PROGRAM
7 :30 Pagi : Kehadiran guru, dan murid-murid
7:45 Pagi : Senaman aerobik
8:00 Pagi : Acara
1. Acara mengisi air dalam botol menggunakan span

2. Acara menjunjung pundi kacang dan membaling pundi kacang ke


dalam bakul

3. acara membawa pundi kacang menggunakan kaki

4. Acara bowling padang

5. Acara larian berganti 5 x 10 meter.

6. Acara membawa sumi mengunakan sudu

10:00 Pagi : Majlis penutup

1. Penyampaian hadiah

2. Nyanyian lagu kebangsaan

3. Makan

4. Majlis bersurai
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KELANA

JALAN DATO’ SIAMANG GAGAP

70100 SEREMBAN

KERTAS KERJA
SUKANEKA PRSEKOLAH 2016

Pada:
27 JULAI 2016

Tempat:
PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KELANA

Anda mungkin juga menyukai