Anda di halaman 1dari 9

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 4- 8 BLOK E9, KOMPLEKS E
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN

AF-031-1
KOD DAN NAMA PROGRAM
OPERATOR AKUAKULTUR

TAHAP TAHAP SATU (1)

NO. DAN STANDARD


SK04 MENYEDIA TEMPAT TERNAKAN.
KANDUNGAN
4.1 MENERIMA ARAHAN MENYEDIA TEMPAT
TERNAKAN.

4.2 MENYEDIAKAN BAHAN DAN PERALATAN


MENGIKUT SISTEM TERNAKAN.

4.3 MEMASANG SISTEM TERNAKAN.

4.4 MENJALANKAN PEMERIKSAAN SISTEM


TERNAKAN.
NO. DAN STANDARD
4.5 MENGAPUR TEMPAT TERNAKAN.
PEMBELAJARAN
4.6 MEMBAJA TEMPAT TERNAKAN.

4.7 MENGISI AIR TEMPAT TERNAKAN.

4.8 MEMASANG SISTEM PENGUDARAAN TEMPAT


TERNAKAN.

4.9 MENYIMPAN PERALATAN DAN BAHAN


TERNAKAN.

NO. KOD AF-031-1/SK04/P(3/4) Muka : 1 Drp : 9

TAJUK: TABUR BAJA TEMPAT TERNAKAN


No. Kod / Code No. AF-031-1/SK04/P(3/4) Muka : 2 Drp : 9

TUJUAN :

Kertas ini menerangkan tentang:

1. Kenal pasti baja dan peralatan serta fungsinya.

2. Pilih dan ambil baja serta peralatan.

3. Kaedah dan lokasi membaja.

4. Tabur baja mengikut kuantiti dan masa yang sesuai

5. Mematuhi langkah keselamatan yang ditetapkan


No. Kod / Code No. AF-031-1/SK04/P(3/4) Muka : 3 Drp : 9

1. PENGENALAN
Pembajaan merupakan salah satu aktiviti yang penting dalam bidang akuakultur.
Walaupun pembajaan kurang penting namun banyak kajian menunjukkan aktiviti ini
banyak membantu para penternak mencapai kejayaan. Oleh itu, aspek pembajaan
perlu diberi perhatian yang serius.

2. TUJUAN PEMBAJAAN

Secara amnya pembajaan mempunyai tiga tujuan utama iaitu meningkat makanan
semula jadi, memberikan perwarnaan kepada medium ternakan dan membekalkan
oksigen.

i. Makanan semulajadi
Makanan asli ialah makanan hidup yang terdapat secara semula jadi di dalam air.
Makanan semula jadi ini boleh terdiri daripada jenis haiwan (zooplankton) dan
tumbuhan (fitoplankton/alga). Baja yang diberi akan menjadi sumber makanan
kepada fitoplankton dengan syarat adanya cahaya. Seterusnya fitoplankton akan
diambil oleh zooplankton. Kedua-dua jenis makanan ini akan diambil oleh ikan,
ketam, udang terutamanya pada peringkat benih.

ii. Pewarnaan medium


Warna air pada medium ternakan penting dari segi perlindungan cahaya,
pemangsaan dan kepanasan.

iii. Membekalkan oksigen


Fitoplankton/alga hijau akan menggunakan karbon dioksida dan membebaskan
oksigen yang penting kepada pernafasan ternakan.
No. Kod / Code No. AF-031-1/SK04/P(3/4) Muka : 4 Drp : 9

3. ALATAN DAN BAHAN PEMBAJAAN

i. Baja

Baja yang biasa digunakan adalah baja tinja ayam dan bokashi. Baja digunakan
sebagai medium untuk menghasilkan makanan hidup dalam kolam atau tangki
ternakan

ii. Penyukat, Bekas dan penimbang


Peralatan di atas digunakan untuk mengisi baja ke dalam poly bag.

iii. Kereta sorong


Kereta sorong digunakan untuk membawa baja ke kawasan kolam

iv. Poly Bag

Baja diisi dalam poly bag sebelum dimasukan ke dalam kolam atau tangki
ternakan.
No. Kod / Code No. AF-031-1/SK04/P(3/4) Muka : 5 Drp : 9

v. Kayu Pancang

Kayu pancang digunakan untuk memacakkan baja ke dalam kolam ternakan.

vi. Peralatan keselamatan diri (PPE)


Pakai pakaian yang sesuai semasa aktiviti pembajaan

vii. Tali dan Pisau


Peralatan ini digunakan untuk mengikat poly bag

4. JENIS-JENIS BAJA
Umumnya penggunaan adalah agak berbeza bergantung kepada sistem kolam, jenis
ternakan dan jenis baja yang digunakan. Namun terdapat dua jenis baja yang sering
digunakan:

a. Baja organik
Baja organik adalah baja dihasilkan secara semula jadi sama ada oleh haiwan
atau tumbuhan dan mengandungi unsur karbon di dalamnya. Ianya lebih sesuai
digunakan untuk sistem ternakan. Kesan pembajaan agak lambat dan
memerlukan masa sekitar 10 –14 hari. Baja jenis ini sesuai digunakan di kolam
berbanding di tangki. Contoh baja organik adalah tinja ayam kering, tinja lembu
kering, tepung ikan, soya dan dedak padi.

Baja tinja ayam yang telah dikeringkan.

b. Baja kimia
Merupakan baja yang dihasilkan oleh manusia melalui pemprosesan bahan-
bahan kimia. Sesuai digunakan di kolam ternakan dan juga di tangki. Kesan
pembajaan adalah cepat berbanding baja organik. Biasanya jika cuaca baik
kesan pembajaan dapat dilihat dalam tempoh 3-5 hari. Contoh baja kimia yang
No. Kod / Code No. AF-031-1/SK04/P(3/4) Muka : 6 Drp : 9

sesuai digunakan di kolam adalah jenis urea, Trisuper fosfat (TSP) dan NPK
(Nitrogen fosfat kalium). Manakala di tangki baja yang sesuai digunakan adalah
jenis TMRL, convey dan lain-lain.

5. MASA UNTUK MEMBAJA

Pembajaan perlu dilakukan sebelum dan juga semasa ternakan dijalankan.

a. Semasa penyediaan tangki/kolam


Oleh sebab alga memerlukan masa untuk pertumbuhan, pembajaan perlu
dilakukan sekurang-kurang 2-3 hari ditangki dan 1-2 minggu dikolam sebelum
ternakan dijalankan.

Baja ditabur rata ke dalam kolam yang telah kering.

b. Semasa ternakan dijalankan

Alga/fitoplankton memerlukan baja sebagai makanannya, maka bekalan baja

perlu diberi dari masa ke masa tetapi bergantung kepada warna air. Apabila

didapati warna air semakin kurang berwarna, pembajaan perlu dilakukan

semula tetapi dalam kuantiti yang lebih kecil.


No. Kod / Code No. AF-031-1/SK04/P(3/4) Muka : 7 Drp : 9

6. MENYUKAT BAJA

Memandangkan pembajaan merupakan langkah yang penting, prosedur


menentukan sukatan baja perlulah difahami. Baja boleh disukat berdasarkan berat
dan juga isi padunya. Untuk berat, penimbang boleh digunakan bergantung
kepada jumlah baja yang digunakan. Sekiranya jumlah baja yang digunakan
adalah besar, penimbang yang lebih besar/kasar perlulah digunakan.

Baja yang berbentuk cecair pula boleh disukat berdasarkan isipadunya. Kelalang
silinder dan bikar boleh digunakan untuk menentukan jumlah baja yang
dikehendaki. Seperti juga penimbang, alat penyukat isipadu ini perlulah
disesuaikan dengan jumlah baja yang hendak ditentukan sukatannya. Satu perkara
yang perlu dipastikan sebelum penyukatan dilakukan adalah pelarasan. Alat
sukatan perlulah dilaraskan ke bacaan 0 g sebelum digunakan.

Langkah-langkah dalam penyediaan baja adalah:


a. Laraskan alat penyukat
b. Sukat kuantiti baja
c. Campurkan air dengan baja
d. Kincir air dihidupkan
e. Pembajaan dikolam

7. WAKTU YANG SESUAI UNTUK PEMBAJAAN

Waktu yang sesuai adalah waktu pagi dan cuaca baik. Ini kerana pembajaan ketika
tiada cahaya atau hujan tidak akan memberi apa-apa kesan kerana alga/fitoplankton
memerlukan cahaya untuk pertumbuhannya.

8. ALATAN ASAS UNTUK MEMBAJA


a. Menyediakan baja
- bekas/baldi – saiz bergantung kepada jumlah baja yang akan disediakan
- alat pengacau- terdiri daripada spatula, kayu panjang
- penceduk
- air- baja perlu dilarut di dalam air sebelum digunakan
- penimbang
No. Kod / Code No. AF-031-1/SK04/P(3/4) Muka : 8 Drp : 9

b. Keselamatan
- sarung tangan
- baju berlengan panjang
- kasut getah
- penutup hidung

9. PROSEDUR MEMBAJA
Serbuk dan larutan baja yang siap dilarutkan perlu disebarkan di sekeliling kolam
atau tangki sedikit demi sedikit. Sekiranya pembajaan kolam dilakukan, kincir air
perlulah dihidup supaya larutan baja tersebar ke seluruh kolam dengan lebih cepat.
Begitu juga di tangki memerlukan sistem pengudaraan dihidupkan. Sekiranya
kuantiti baja yang digunakan amat sedikit dan kawasan yang perlu disebar adalah
luas, air perlu ditambah lagi untuk meningkatkan lagi jumlah air baja tersebut.

SOALAN

1. Nyatakan dua tujuan pembajaan kolam dilakukan

a. .......................................................................................................................................

b. .......................................................................................................................................

2. Nyatakan masa yang sesuai untuk melakukan pembajaan

a. .......................................................................................................................................

b. .......................................................................................................................................

3. Senaraikan empat peralatan yang digunakan ketika kerja-kerja pembajaan.

a. .......................................................................................................................................

b. .......................................................................................................................................

c. .......................................................................................................................................

d. .......................................................................................................................................
No. Kod / Code No. AF-031-1/SK04/P(3/4) Muka : 9 Drp : 9

RUJUKAN :

1. Vimala, P. Dan Chan S.K. ( 1990). Tanah dan Pembajaan. Panduan Pengeluaran
Sayur – Sayuran, MARDI.
2. Ahmad Shukor bin Mansor, Anuar bin Ahmad, Che Hashim bin Che Pa (2002),
Pengajian Agroteknologi Tingkatan 4, Jabatan Pendidikan Teknikal KPM.
3. Pusat Pengembangan Akuakultur (2006) Pembiakan Keli (Clarias gariepinus). Jabatan
Perikanan Jitra Kedah, Kementerian Pertanian Malaysia. 98p

Anda mungkin juga menyukai