Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR MERSING

MINIT MESYUARAT PROFESIONALISME BIL 2/ 2018

Tarikh : 21 November 2018 ( Rabu )

Masa : 12.20 tengah hari

Tempat : Makmal ICT, SK Bandar Mersing

Pengerusi : En Mohd Rashidi bin Mat Jalil, Guru Besar SK Bandar Mersing

Kehadiran(Bilangan) : 50/61 orang

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan surah Al – Fatihah.

1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan AKP yang hadir ke
mesyuarat Profesional Bil 2/2018.

1.3 Persiapan sebelum cuti sekolah :


1.3.1 Pengerusi meminta semua guru menyiapkan buku rekod mengajar dan hantar ke
pejabat untuk disemak dan ditandatangi guru besar.
1.3.2 Begitu juga dengan buku rekod kedatangan ditutup dan dikemaskini serta hantar ke
pejabat untuk disemak oleh Guru Penolang Kanan HEM .
1.3.3 Guru tahun 6 diminta mengemas kini fail murid tahun 6 untuk dibawa ke sekolah
menengah.
1.3.4 Guru kelas juga diminta mengemas kini dan menyelesaikan Penilaian Bilik Darjah.

1.4 Persiapan sebelum persekolahan 2019 :


1.4.1 Pengerusi memaklumkan perubahan nama kelas kepada Dinamik, Kreatif dan
Efektif.
1.4.2 AJK pembentukan kelas telah menyusun kelas tahun 2 hingga tahun 6 dengan
menggabung murid pandai, sederhana dan lemah dalam satu kelas.
1.4.3 Susunan kelas bagi murid tahun satu 2019 akan diuruskan oleh guru tahun satu.
1.4.4 Kesediaan atau kedudukan bilik darjah dan pembahagian guru kelas akan
dimaklumkan oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum, Ustaz Wan Mohd Khushairi bin
Wan Ibrahim.

1.5 Penggunaan buku persediaan mengajar. Pengerusi memaklumkan guru masih perlu
menggunakan buku rancangan mengajar.

1.6 Peperiksaan. Tahap 1 iaitu tahun 1,2,dan 3 tidak ada peperiksaan dan ujian. Penilaian
akan dijalankan ke atas murid tahap 1. Tahap 2 masih ada peperiksaan seperti biasa.
Ujian bulanan mesti dijalankan manakala ujian selaras dilarang dilaksanakan.
1.7 Pemakaian kasut sekolah. Ibu bapa boleh memilih untuk anak-anak menggunakan kasut
hitam atau putih ke sekolah .

1.8 Pakaian guru. Guru-guru di negeri Johor dikehendaki memakai pakaian korporat pada
hari Ahad. Pemakaian baju batik dilarang dipakai pada hari bekerja.

1.9 Ketidakpatuhan pada arahan sedia ada :


1.9.1 Perlu ‘punch card’ semasa hadir dan balik .’Punch card’ bertulis tangan perlu
ditandatangani oleh Guru Besar dan salah seorang Guru Penolong Kanan. Tidak
‘punch card’ bermakna tidak hadir.
1.9.2 Penghantaran buku persediaan mengajar pada waktu yang ditetapkan.
1.9.3 Pengisian markah SAP perlu disi oleh guru berkaitan dengan segera mengikut tarikh
yang telah dimaklumkan.

1.10 Ketrampilan guru bertugas minguan. Guru-guru mingguan teruskan kerjasama dan
menjalankan tugas masing-masing yang telah diagihkan mengikut kumpulan
bertugas bagi menringankan tugas dalam pengurusan mingguan.

1.11 Senarai guru bermasalah:


1.11.1 Cikgu Hasmadi bin Hamid memohon persaraan awal kerana masalah kesihatan
manakala Cikgu Saiful Efendi bin Awang cuti selama 2 tahun kerana penyakit
kanser. Sekolah hanya akan dapat guru ganti untuk Cikgu Saiful Efendi sahaja.
1.11.2 Kekerapan guru mengambi cuti sakit. Cuti sakit hanya 15 hari setahun atau satu
hari sebulan. Guru Besar yang akan meluluskan cuti walaupun telah dapat surat
doktor dan mereka yang telah memperolehi cuti sakit tidak boleh keluar kawasan
lebih 25 km.
1.11.3 Cuti Rehat Khas guru juga perlu digunakan sebaik mungkin.Cuti diambil apabila
perlu sahaja.
1.11.4 Kehadiran lambat ke kelas. Jika teguran dibuat secara lisan, tiada rekod bertulis.
Jika perbuatan semakin serius, akan ditegur secara bertulis.

1.12 Bahagian Hal Ehwal Murid perlu terima murid yang hendak belajar termasuk bukan
warganegara.

1.13 Pembantu guru akan dilaksanakan pada tahun 2019.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Dicadang untuk disahkan oleh Cik Wee Ern Huei


Disokong untuk pengesahan oleh Puan Nurul Hazwani bt Wakanan

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1. Penggunaan ‘punch card’ perlu diingatkan semula. Guru perlu ‘punch card’ kerana
bertugas pada hari tersebut.
Tindakan:Semua guru
3.2. Berkaitan dengan cuti. Guru perlu memohon kepada guru besar untuk mendapatkan
kelulusan cuti.
Tindakan:Semua guru

3.3. Guru yang tidak menghantar buku persediaan mengajar pada 2018 diharap dapat
menulis dan menghantar buku tersebut secara konsisten pada tahun 2019.
Tindakan : Semua guru

4 FOKUS MESYUARAT

4.1.Pembentangan Myportfolio Guru Akademik oleh En. Wan Mohd Khushairi bin Wan
Ibrahim, GPK Kurikulum
Tindakan:Semua guru

4.2. Pembentangan Myportfolio AKP oleh Puan Juraidah bt Sabu.


Tindakan: Semua AKP

5 HAL-HAL LAIN

5.1. Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah akan diumumkan pada 29 November 2018.
Guru-guru tahun 6 dan guru yang berkelapangan diminta hadir ke sekolah pada tarikh
berkenaan
Tindakan:Guru-guru tahun 6

6 PENUTUP

6.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru
yang telah dapat menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.50 petang.

Disediakan oleh,
Pn Rohayati bt Ghazali@Awang

Tarikh : 3 Disember 2018


Senarai Kehadiran

Kehadiran(Bilangan) : 50/61 orang

1. En.Mohd Rashidi bin Mat Jalil - Guru Besar


2. En.Wan mohd Khushairi bin Wan Ibrahim - PK Pentadbiran
3. Pn.Norsiah bt Baba - PK HEM
4. Pn.Suhaidah bt Mohamed Sabidi - PK Kokurikulum
5. En. Abdul Matin bin Rahmat
6. Pn. Ainol Adibah bt Jelani
7. Pn. Akmar bt Ismail
8. Pn. Aqlima bt Mohd Halil
9. Pn. Elvy Sofea bt Mincheng
10. Pn. Hafiza bt Hamdan
11. Pn. Hafizah bt Kadir
12. En. Khairul asyraf bin Amer Hamzah
13. Pn. Ina Saraswati bt Sahir
14. En. Mohd Azhan bin Nathari
15. En. Mohd Eezan bin Hamzah
16. En. Muhamad Fazly bin Lukman
17. En. Muhamad Zaidi bin Ahmad
18. En. Mohd Izani bin Hashim
19. En. Mohd Khairulnasyarudie bin Mohd Wazer
20. En. Muhammad Hafidz bin Zulkeply
21. En. Muhd Sufian bin Awalludin
22. Pn. Naimah Hanim bt Mohd Rosli
23. Pn. Noor Azura bt Mohamed
24. Pn. Noorul Isma bt Suep
25. Pn. Noorhayati bt Ibrahim
26. Pn. Noor Ismalia bt Ismawil
27. Pn. Nooratyqah bt Ismail
28. En. Norhalim bin Nordin
29. Pn. Norhazani bt Hashim
30. Pn. Norsiah bt Ibrahim
31. Pn. Nurul Hazwani bt Wakanan
32. Pn. Nor Asyura bt Bashary
33. Cik Nor Shuhada bt Che Osman
34. Pn. Ramidah bt Jabar
35. Pn. Rohani bt Razali
36. Pn. Rohayati bt Ghazali
37. Pn. Salmiah bt Mohamad
38. Pn. Sulya’ani bt Mohd Chik
39. En. Shathiaseelan A/L Chandran
40. Pn. Tg.Rozainey bt Tg.Mahamood
41. Cik Wee Ern Huei
42. Pn. Yusliza bt Sarikam
43. Pn. Juraidah bt Sabu
44. Pn.Safarina bt Yahaya
45. Norzanriah bt Hamdan
46. Halimah bt Mohd saad
47. Izatul Shafeenaz bt Sabree
48. Noor Afisza bt Mohd Senin
49. Sajidah Adibah bt Yunos
50. Izawati bt Alias

Tidak Hadir Dengan Kenyataan:

1. En Hasmadi bin Hamid – Cuti Sakit


2. En. Saiful Efendi bin Awang – Cuti Sakit Barah
3. Pn.Siti Nor Azimah bt Jusoh – Cuti Bersalin
4. En.Mohamad Asri bin Mohamad – Cuti Rehat Khas
5. Pn. Nur Haslinda bt Azam@Hamzah – Cuti Rehat Khas
6. Pn. Rosmawati bt Yusoff – Cuti Sakit
7. Ustaz Muhammad Azhari bin Ahmad – Majlis Khatam Al-Quran
8. En.Mohd Zairi bin Omar – Cuti Rehat Khas
9. En.Husin bin Denan – Latihan Pusat Hoki MSSJ
10. En.Abdul Razak bin Hussein – Masalah kesihatan ke klinik

Tidak Hadir Tanpa Kenyataan:

1. En. Ibrahim bin Nasir

Turut Hadir : Tiada

Anda mungkin juga menyukai