Anda di halaman 1dari 3

ULASAN JAWAPAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TEKNIK KOAM - GRED

3 & GRED 2
PEPERIKSAAN PEGAWAI TEKNIK KOAM - GRED 3 & GRED 2
Ulasan ringkas yang boleh sedikit-sebanyak dapat membantu calon-calon untuk
memberi jawapan yang betul dan tepat.
GRED TIGA
Jawapan untuk semua soalan terdapat dalam buku Peraturan Olahraga
KOAM/IAAF. Jadi untuk memberi jawapan yang betul dan tepat, calon-calon
mestilah membaca keseluruhan kandungan buku itu serta memahami dengan tepat
kaitannya terhadap setiap acara. Memiliki buku peraturan yang terkini ialah satu-satu
perlakuan yang amat digalakkan.
Istilah-istilah yang terdapat dalam olahraga, mestilah diketahui dengan tepat.
CONTOH 1

………………………… akan menyerah dengan segera laporan bertulis


mengenai pelanggaran peraturan oleh seorang peserta dalam acara balapan
kepada Referi.

(Jawapan: Pengadil)

Ulasan:
Soalan ini secara langsung mengacu kepada jawapan yang terdapat dalam buku
peraturan.. Pengadil sahaja yang bertindak sebagai pembantu kepada Referi.
Mereka
tidak boleh membuat keputusan terhadap pelanggaran peraturan. Mereka hanya
menyampaikan laporan secara bertulis kepada Referi. Kebanyakan pegawai-
pegawai di bahagian lain di balapan boleh bertindak dengan sendiri. Contohnya,
Pelepas bertindak dengan memberi amaran/menyikir peserta yang melanggar
peraturan dalam hal pelepasan.
CONTOH 2

Pegawai yang memberi isyarat muktamat kepada Pelepas untuk memulakan


perlumbaan adalah …………….........…

(Jawapan: Koordinator Pelepasan )

Ulasan:
Untuk menjawab soalan ini calon-calon hendaklah meneliti peraturan dengan
cermat. Sepintas-lalu lebih ternyata adalah Referi atau Ketua Hakim Foto-finis
penamat memberi isyarat kepada Pelepas. Pada hakikatnya, Ko-ordinator
Pelepadsa berada di tapak pelepas yang dan beliaulah yang akan memberi isyarat
terakhir kepada Pelepas.

CONTOH 3

Dalam acara 10 000 meter, apabila terdapat lebih daripada 12 orang peserta,
mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan dengan satu kumpulan lebih
kurang ………. peserta akan bermula dengan menggunakan garisan permulaan
biasa.
(Jawapan: 65 %)

Ulasan:
Kiranya calon itu seorang baru kepada bidang olahraga, kemungkinan besar calon
itu tidak berpeluang untuk perhati acara dimulakan sedemikian. Oleh itu calon-calon
perlu mendapatkan penjelasan dari pegawaipegawai senior atau mengikuti kursus/
perbincangan mengenai Peraturan dan mengaplikasikan peraturan.

CONTOH 4

Langkah pertama untuk memutuskan seri dalam pertandingan Acara


Bercampur adalah……………………………………………………

(Jawapan: Peserta yang mendapat mata yang tertinggi dalam kebanyakan


acara )

Ulasan:
Jawapan untuk soalan seperti ini memerlukan kenyataan-kenyataan ringkas dan
tepat. Tidak perlu penulisan yang panjang-panjang.

GRED 2 : BAHAGIAN B
Semua calon yang menduduki peperiksaan Gred 2 sudah mempunyai pengalaman
sekurang-kurangnya tiga tahun setelah lulus Gred 3. Didapati tidak ramai calon yang
menghadapi masalah untuk menjawab soalan-soalan bahagian A. Mereka membuat
banyak kesilapan dalam menjawab soalan-soalan di bahagian B. Untuk mengatasi
masalah ini, calon-calon harus menitikberatkan untuk memberi jawapan dengan
jelas dan tepat. Ini hanya boleh dilakukan jika mereka mempunyai pengetahuan
mendalam terhadap peraturan teknikal dan mempunyai pengalaman serta
pendedahan:

Contoh: Soalan/Question

Apabila sesuatu kejohanan dikelolakan, pihak pengelola mungkin perlu


mengemukakan Peraturan pertandingan.
When an athletics meet is organised, the organisers may need to introduce
competition rules.

(a) Apakah Peraturan Pertandingan? / What are competition rules?

Peraturan Pertandingan adalah peraturan yang digubal oleh J/K Penganjur


dengan
kerjasama Wakil Teknik khusus untuk digunapakai di Kejohanan tertentu.

Competition rules are rules drafted by the Organising Committee with


the cooperation of the Technical Delegate specially for a particular meet.

(b) Mengapa kita mengadakan peraturan pertandingan? / Why do we


have Competition Rules?
Peraturan Pertandingan ini diperkenalkan untuk memenuhi keperluan
pesertapeserta
/ penganjur disesuatu kejohanan.
These Competition Rules are introduced to meet the requirements of
the competitiors / organizers of a particular meet.
(c) Berikan satu contoh peraturan pertandingan bagi acara-acara Lompatan
dan terangkan dengan ringkas.

Give an example of one competition rule for Jumping events and explain
briefly.
Bagi acara Lompat Kijang yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah, papan
lonjak diletak 11m bagi lelaki dan 9m bagi wanita dari pangkal kawasan
mendarat.

(Mengikut peraturan IAAF, jarak ini adalah 13m bagi lelaki dan 11m bagi
wanita.)
For Triple Jump involving school students, the take-off board is placed 11m
for boys and 9m for girls, from the landing area.

(d) Berikan satu contoh peraturan pertandingan bagi acara-acara lontaran dan
terangkan dengan ringkas.
Give an example of one competition rule for throwing events and explain
briefly.
Dibeberapa kejohanan yang melibatkan ramai peserta dan dimana pusingan
kelayakan tidak dapat diadakan kerana kesuntukan masa, penganjur
menetapkan hanya tiga lontaran bagi setiap peserta.
In some meets involving a large number of athletes where qualifying rounds
cannot be held due to time constrains, the organizers may decide to allow only
three throws for each competitor.

Anda mungkin juga menyukai