Anda di halaman 1dari 15

Makanan Sunnah 1 – Madu

Madu merupakan satu-satunya makanan dihasilkan oleh lebah yang memiliki

kesemua komponen keperluan hidup manusia termasuk enzim, vitamin, mineral,

kandungan air dan pinocembrin iaitu satu antioksida yang membantu

meningkatkan fungsi otak. Bahan antioksida diperlukan bagi melawan radikal


bebas yang boleh merosakkan sel.

Menjaga keberadaan sel adalah sangat penting kerana ada berbilion sel yang

menjadi komponen utama otak. Otak memerlukan sel-sel dan saraf yang
sentiasa berhubung bagi melakukan penyampaian matlumat agar mudah dan
cepat diproses dan disimpan di dalam memori.

Terdapat banyak lagi kelebihan pada madu yang menjadi penawar pada
pelbagai penyakit dan ini selari dengan janji dalam firman Allah swt:

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta

turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu)

akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang meng andungi

penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda

(yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (Al-Nahl: 69)
Makanan Sunnah 2 – Kismis
Buah anggur segar mengandungi kandungan vitamin C dan flavonoid yang

tinggi. Vitamin C banyak membantu menjaga kesihatan badan manakala

flavonoid adalah antioksida yang membantu melawan radikal bebas. Anggur

kering iaitu kismis pula kaya dengan pelbagai vitamin, riboflavin dan folat. Selain

itu, mineral surih bernama boron membantu meningkatkan penumpuan,


koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan memori.

Ramai ulama’ menggalakkan pelajar mereka mengamalkan kismis. [BazarTamar]

Kismis juga merupakan salah satu makanan yang boleh mengurangkan tekanan,

melancarkan peredaran darah, merawat anemia, menguatkan jantung dan

menerangkan hati selain dari terkenal dengan kelebihannya kepada otak. Sabda
Rasulullah saw tentang kismis adalah:

“Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan

kepahitan, menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan

rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.”


Makanan Sunnah 3 – Kurma
Buah yang manis ini adalah suatu keajaiban untuk manusia. Memiliki mineral,

vitamin, serat dan antioksida yang lengkap untuk kesihatan keseluruhan badan

telah menjadikan buah kurma diiktiraf sebagai pengganti diet yang paling baik di
dunia terutamanya ketika proses penyembuhan penyakit.

Antaranya kurma dapat membantu pesakit anemia, menguatkan tulang,

meningkatkan tenaga batin, mengawal berat badan, mencegah kanser dan

mengelak serangan angin ahmar. Potassium di dalam kurma pula menjadi agen

utama dalam menjaga kesihatan sistem saraf. Ini telah meningkatkan


kepantasan dan ketajaman aktiviti otak.

Amalan memakan kurma bukan sahaja boleh dilakukan oleh individu malah

digalakkan kepada wanita mengandung untuk memakannya bagi membentuk

otak yang sihat buat bayi di dalam kandungan. Buah kurma juga telah diiktiraf

oleh Rasulullah saw sebagai makanan yang baik untuk otak seperti sabda
Baginda:
“Berilah makan kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana

sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang

bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta

cerdas pemikirannya.”

Ini dikuatkan lagi dengan kisah Maryam di dalam Quran di mana Allah swt telah

menjadikan kurma sebagai santapan Maryam setelah kelahiran Nabi Isa as. Ini

membuktikan keajaiban kurma sebagai penyembuh dan zat lengkap bagi


manusia.

Makanan Sunnah 4 – Buah Tin

Demi buah Tiin dan Zaitun, Dan Gunung Tursina, Serta negeri (Makkah) yang aman ini, – Sesungguhnya

Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan

keadaannya). (At-Tiin: 1-4)

Betapa hebatnya buah tin sehingga salah satu surah di dalam Qur’an dinamakan

dengannya. Apa yang menyebabkan buah ini mendapat kedudukan yang

istimewa di dalam Islam? Seperti kurma, kualiti buah tin bertambah seiring

dengan kadar pengeringan buahnya. Buah kecil ini ternyata memiliki kandungan
vitamin, mineral, serat dan antioksida yang tinggi.
Secara saintifiknya apabila komponen dan keperluan badan adalah lengkap,

maka badan akan berada dalam keadaan kesihatan yang optimum kerana
mampu berfungsi dengan baik. Istilah ‘you are what you eat‘ juga ada benarnya.

Buah tin banyak membantu menyihatkan sistem pencernaan. Apabila sistem

penghadaman sihat maka segala nutrisi dan khasiat makanan dapat diserap
dengan sepenuhnya oleh darah.

Hebatnya buah tin sehingga dinamakan sebagai satu surah. [Mixwellness]

Aktiviti penyingkiran toksin dan sisa buangan juga dapat dilakukan dengan lebih

efisien. Darah yang terhasil adalah lebih berkualiti dan darah ini akan mudah

diangkut ke seluruh badan termasuk otak. Bukan sahaja otak mendapat segala
kebaikan malah antioksida, vitamin dan mineral dari buah ini juga dapat
mengelak keradangan otak dan meningkatkan fungsi otak. Buah tin yang juga

dapat mengawal tekanan darah mampu membantu dalam menangani tekanan


dan mengelak serangan strok.

Keistimewaan demi keistimewaan yang banyak dari buah kecil ini tidaklah

mustahil apabila buah ini diangkat sebagai buah dari syurga seperti sabda
Baginda saw:

“Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga,

maka aku kata, ‘inilah buahnya (tin)’, sesungguhnya buah syurga tiada

keraguannya.” Hadis Riwayat Abu Darda; Suyuti

Boleh Sumbangkan RM10 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten -
konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Keterangan Lanjut

Makanan Sunnah #5 – Minyak Zaitun


Saya cukup terpikat dengan pujian Allah swt kepada minyak zaitun yang

bercahaya dan menjadi sumber cahaya di dalam surah an-Nur ayat 35 seperti
berikut:
Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran)

adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk

kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan de ngan

minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari

semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir -

hampir minyaknya itu – dengan sendirinya – memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun

ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda -

ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang -undang

dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai -bagai misal

perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap -tiap sesuatu. (Surah An-Nuur:

35)

Ayat ini bukan sahaja memberi gambaran betapa indahnya cahaya itu malah

menjadikan saya berfikir apakah yang menjadikan minyak zaitun bukan sahaja

bercahaya seperti di dalam ayat di atas malah para ulama’ mengatakan bahawa

minyak zaitun boleh menerangi hati seorang penuntut ilmu menjadikan


hafalannya mudah dan hidayah Allah swt sentiasa menaunginya.
Suatu ilmu akan mudah difahami dan dihafal dengan keupayaan otak yang

cemerlang. Di dalam Islam, ilmu juga diumpamakan sebagai cahaya. Bagai ada

suatu hubungan antara sifat ilmu dan minyak zaitun serta hubung kait dengan
otak. Apakah rahsianya?
Para saintis juga telah menemui banyak kelebihan minyak zaitun. [ Zainal]

Minyak zaitun kaya dengan polyphenols- antioksida semulajadi, lemak sihat,

sumber bagi Omega 3 dan Omega 6 yang juga terdapat di dalam ikan, avokado

dan kekacangan. Antara khasiatnya adalah menurunkan paras kolestrol,

mengelakkan masalah jantung, mengawal tekanan darah, mengurangkan tanda-

tanda penuaan, menguatkan sistem imunisasi, melindungi dari kesan radikal


bebas dan mengelak keradangan.

Para saintis juga telah menemui bukti bahawa minyak zaitun memberi kesan

yang baik terhadap tulang dan kesihatan penghadaman serta agen anti-kanser.
Tubuh badan yang sihat membantu otak menjadi cerdas secara tidak langsung.

Secara khusus kepada otak pula, minyak zaitun membantu meningkatkan

keupayaan kognitif dan juga memori. Mungkin kunci utamanya adalah lemak

berguna di dalam minyak zaitun yang penting bagi pemantapan kondisi otak
kerana 60% komponen otak adalah lemak.

Makanan Sunnah #6 – Habatus Sauda’


Dari dulu lagi saya mengamalkan minyak habatus sauda’ sebagai makanan

tambahan untuk diri saya. Jujurnya bukanlah fokus untuk otak kerana ketika itu

saya hanya tahu bahawa biji hitam ini sangat baik bagi meningkatkan imunisasi
badan dan melawan penyakit (saya jenis yang mudah jatuh sakit).

Kemudian saya mula termenung setelah membaca sabda Nabi saw di dalam

Kitab Sahih al Bukhari Muslim, Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah saw
pernah bersabda:

“Tetaplah kamu dengan Al-Habah Al-Sauda’ kerana sesungguhnya ia

adalah penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam atau mati.”


Apa yang mengganggu fikiran saya adalah betapa kuatnya penekanan terhadap

biji kecil ini sebagai penawar kepada SEGALA PENYAKIT. Terlalu banyak jenis

penyakit di atas dunia ini. Mana mungkin biji yang BEGITU KECIL memiliki
begitu BANYAK KHASIAT.

Habbatus sauda mempunyai banyak kelebihan yang tidak dapat digambarkan. [ Paridah]

Tak logik. Rasa ingin tahu telah menyebabkan saya mula menerokai matlumat
mengenai habatus sauda’ dan apa yang saya jumpa sangat hebat. Ya, terlalu
banyak khasiat di dalamnya sehingga tidak mampu untuk dinukilkan

kesemuanya di dalam artikel ini. Malah kajian masih lagi dijalankan ke atas biji

kecil molek ini. Maha Suci Allah dan Maha Sempurna Allah. Siapa saya untuk

meragui keAgungan Pencipta alam ini yang Maha Kuasa atas segalanya. Tiada
batas untuk Dia melakukan apa sahaja.

Dalam banyak-banyak penyakit yang boleh disembuhkan dan dielakkan dengan

mengamal habatus sauda’ (insya-Allah), saya pilih satu yang paling menarik

perhatian saya. Minyak habatus sauda’ telah terbukti mampu merawat penyakit

epilepsi. Secara umum apabila suatu pekerjaan dilakukan, bahagian otak ya ng


tertentu akan menghantar isyarat bagi melaksanakan pekerjaan itu.

Namun apa yang berlaku kepada pesakit epilepsi adalah semua bahagian otak

tiba-tiba menghantar isyarat secara serentak sehingga mewujudkan kecelaruan

kepada pesakit yang menyebabkan sawan. Kajian pada tahun 2007 ke atas

kanak-kanak yang menghidap penyakit ini mendapati bahawa minyak habatus

sauda’ dapat mengurangkan serangan sawan ke atas kanak-kanak ini. Ini hanya

satu daripada banyak lagi kelebihan habatus sauda’ yang membantu pemulihan
keadaan otak seterusnya mengoptimumkan kapasiti otak.

Makanan Sunnah #7 – Susu Kambing


Susu kambing adalah makanan penyembuhan yang terbaik bagi membina otak,

sistem saraf dan fakulti mental. Susu kambing mengandungi segala vitamin,

mineral, protein dan lemak yang penting bagi pertumbuhan jaringan otak, enzim
dan neurotransmitter sekaligus memberi tenaga untuk otak.

Susu kambing juga adalah yang terbaik untuk menghasilkan semula sel-sel di

dalam badan bagi memulihkan kesihatan seseorang. Kebaikan susu begitu

diangkat sehingga di dalam riwayat Imam al Bukhari diceritakan bahawa ketika


peristiwa Isra’ Mikraj, Jibril yang menghidang susu dan arak kepada Rasulullah
saw telah memuji pilihan Baginda iaitu susu. Jibril berkata,

“Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan engkau kepada fitrah.

Seandainya engkau memilih khamr, nescaya binasalah umatmu.”

Susu kambing adalah makanan penyembuhan yang terbaik bagi membina sistem saraf. [ HealthGuide]

Walaupun tidak dinyatakan susu apa yang dihidang kepada Baginda ketika itu
namun cukup jelas bahawa Allah telah memberi nikmat yang besar kepada
manusia melalui susu dan meminum susu juga menjadi sunnah KekasihNya

sendiri. Begitu dekatnya susu dengan manusia sehingga susu adalah

sebahagian dari fitrah manusia. Susu kambing paling menjadi kegemaran


Rasulullah saw terutamanya yang diminum terus selepas diperah.

Keistimewaan susu kambing adalah pada nutrisinya yang dua kali ganda lebih

baik berbanding susu lembu. Malah kehebatan susu kambing ternyata sama

tandingnya dengan susu ibu sendiri. Bayi yang minum susu ibu dan susu

kambing ternyata memiliki sistem imunisasi yang lebih kuat, lebih cerdas dan

pintar berbanding dengan anak-anak yang diberi susu lembu atau susu ibu
sahaja.

Selain itu susu kambing juga ternyata boleh diminum oleh semua peringkat umur

kerana tidak menyebabkan alahan dan keradangan seperti susu lembu. Partikel

lemaknya yang lebih kecil menjadikan susu kambing ternyata lebih mudah
dihadam berbanding susu lembu.

Suka saya ingin pembaca supaya jelas bahawa proses penutrisian otak adalah

berkait rapat dengan sistem penghadaman yang baik. Susu kambing telah

terbukti mampu merawat Crohn’s disease iaitu suatu penyakit yang kronik

melibatkan sistem penghadaman. Keadaan gastrik yang teruk juga boleh


dipulihkan dengan susu kambing.

Boleh Sumbangkan RM10 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten -
konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Keterangan Lanjut

Melalui sistem penghadaman yang sihat, segala nutrisi yang kaya di dalam susu

dapat dimanfaatkan bukan sahaja pada otak malah keseluruh tubuh manusia. Di
sini jelas sunnah meminum susu kambing sangat penting dalam kesihatan dan
kekuatan seorang muslim. Betapa besarnya hikmah dan nikmat Islam kepada
kita.

Makanan Sunnah Menjadikan Anda Genius!


Pembaca yang budiman, dengan mengamalkan makanan-makanan sunnah ini,
kita boleh menjadi seorang yang genius! Namun

Anda mungkin juga menyukai