Anda di halaman 1dari 1

Belalang Yang Malas

Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang


suka menyanyi dan menari. Belalang mempunyai ramai teman di
dalam taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut.
Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama.

Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya


untuk bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan
dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang
tidak percaya hujan akan turun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan
menari sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah
dan tidur kerana keletihan.

Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa


sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan.“ Bila hujan berhenti
bolehlah saya mencari makanan,” katanya dalam hati. Belalang
berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun
dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut
nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan.

Akhirnya belalang jatuh sakit. Rakan-rakan belalang tidak


mengetahui keadaan belalang yang sakit. Apabila hujan berhenti,
lebah teringat akan belalang. Dia pergi ke rumah belalang dan
berasa terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di
rumah. “Saya akan membawa makanan,” kata lebah kepada
belalang apabila melihat belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah
mencari semut dan rakannya yang lain untuk menolong belalang.
Akhirnya, belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering
mendengar nasihat daripada rakannya.

Anda mungkin juga menyukai