Anda di halaman 1dari 8

HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd.

(Company No. 731530-M)

PELAN PERLINDUNGAN BERKELOMPOK


TAKAFUL BAGI SKIM PINJAMAN
PENDIDIKAN/PEMBIAYAAN (SPP)
HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd.
(No. Syarikat 731530-M)
(“Pengendali Takaful”)

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)


Pelan Perlindungan Berkelompok Takaful Bagi Skim Pinjaman Pendidikan/Pembiayaan (SPP)

PTPTN ("Peserta") dengan ini menyertai Pelan Perlindungan Berkelompok Takaful Bagi Skim
Pinjaman/Pembiayaan Pendidikan (SPP) yang diuruskan oleh Pengendali Takaful dan Pengendali Takaful dengan
ini bersetuju untuk memberikan perlindungan Takaful demi manfaat Peserta menurut peruntukan Sijil Induk.
Pengendali Takaful akan menguruskan Dana Risiko Keluarga untuk menyediakan perlindungan Takaful untuk
tujuan ini.

-1 -
Bahagian A – Manfaat Kematian

1. Manfaat Kematian 1.1 Manfaat Kematian perlu dibayar dalam satu jumlah sekaligus apabila
Peminjam/Penerima Biaya meninggal dunia, selagi Sijil Induk ini terus
berkuatkuasa pada masa kematian tersebut.
1.2 Manfaat Kematian adalah Jumlah Dilindungi bagi Peminjam/Penerima Biaya
berkenaan seperti yang dinyatakan dalam Jadual Takaful Berkelompok.
2.1 Tiada Manfaat Kematian akan dibayar sekiranya Peminjam/Penerima Biaya
2. Pengecualian
membunuh diri (sama ada dalam keadaan waras atau tidak waras) dalam masa
satu (1) tahun dari tarikh permulaan perlindungan Takaful di bawah Sijil Induk
ini.
3.1 Bayaran Manfaat Kematian akan melepaskan Pengendali Takaful daripada
3. Pelepasan
sebarang liabiliti berkenaan berhubung dengan Peminjam/Penerima Biaya
berkenaan di bawah Sijil Induk ini. Jika Manfaat Kematian dibayar ataupun
kena dibayar, Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh tidak terpakai.

-2 -
Bahagian B – Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh

1. Manfaat Keilatan 1.1 Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh perlu dibayar jika Peminjam/Penerima
Kekal Menyeluruh Biaya mengalami Keilatan Kekal Menyeluruh dengan syarat
Peminjam/Penerima Biaya tersebut mengalami Keilatan Kekal Menyeluruh
secara berterusan selama sekurang-kurangnya seratus lapan puluh (180) hari.
1.2 Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh adalah Jumlah Dilindungi yang berkaitan
bagi Peminjam/Penerima Biaya tersebut seperti yang dinyatakan dalam Jadual
Takaful Berkelompok.
2.1 Dalam Sijil Induk ini, Keilatan Kekal Menyeluruh bermakna keadaan di
2. Definisi Keilatan
mana Peminjam/Penerima Biaya:
Kekal Menyeluruh
(a) kehilangan anggota menyeluruh dan kekal melalui pemotongan atau kehilangan
kegunaan kedua-duanya anggota pada atau di atas pergelangan tangan atau
pergelangan kaki; atau
(b) kehilangan penglihatan menyeluruh dan kekal pada satu (1) mata dan melalui
pemotongan atau kehilangan kegunaan satu (1) anggota pada atau di atas
pergelangan tangan atau pergelangan kaki; atau
(c) kehilangan pendengaran menyeluruh dan kekal pada kedua-dua telinga akibat
penyakit atau kemalangan. Bukti-bukti perubatan dalam bentuk ujian
audiometri dan ambang bunyi mesti disediakan; atau
(d) kehilangan penglihatan menyeluruh dan kekal pada kedua-dua belah mata; atau
(e) kehilangan penggunaan menyeluruh dan kekal pada kedua-dua tangan atau
kaki, atau sebelah tangan dan sebelah kaki, melalui kelumpuhan yang
disebabkan oleh penyakit atau kecederaan yang berterusan untuk sekurang-
kurangnya seratus lapan puluh (180) hari dari tarikh trauma atau penyakit; atau
(f) mengalami epilepsi seperti yang disahkan oleh pakar neurologi atau pakar
kanak-kanak (paediatrician) yang disahkan oleh electroencephalography
(EEG) dengan penggunaan penyiasatan lain termasuk pengimejan resonans
magnetik (MRI – Magnetic Resonance Imaging) dan Positron Emission
Tomography (PET) sebagaimana yang sesuai dan:-
(i) telah mengalami sekurang-kurangnya enam (6) serangan Tonik-klonik
atau sawan Grand Mal yang disebabkan oleh gangguan otak selama
seratus lapan puluh (180) hari walaupun telah melalui terapi perubatan
yang maksima dan dikawal selia sepanjang tempoh itu; atau
(ii) telah menjalani neurosurgery untuk rawatan serangan epilepsi
Demam, sawan Absence (Petit Mal), separa sawan; dan apa-apa jenis sawan
lain yang tidak digambarkan sebagai sawan Tonik-klonik, tidak akan
memenuhi keperluan takrifan ini.
Sebelum tuntutan akan dibayar, Peminjam/Penerima Biaya mestilah
mengambil ubat anti-epileptik (anti-convulsant) dalam kombinasi yang sesuai
untuk sekurang-kurangnya seratus lapan puluh (180) hari di bawah penyeliaan
langsung perunding neurologi atau pakar kanak-kanak (paediatrician).
Keadaan ini tidak harus dianggap sebagai akibat daripada penyalahgunaan
dadah atau bahan atau akibat ubat-ubatan; atau
(g) telah hilang upaya di mana Dua (2) pemeriksa perubatan yang dilantik oleh
Pengendali Takaful berpendapat bahawa Peminjam/Penerima Biaya telah

-3 -
mengalami Keilatan Kekal Menyeluruh di mana Peminjam/Penerima Biaya
tidak dapat melakukan sekurang-kurangnya Tiga (3) daripada Aktiviti-aktiviti
Kehidupan Harian secara berterusan untuk tempoh tidak kurang dari seratus
lapan puluh (180) hari tanpa pertolongan orang lain, penggunaan peralatan
mekanikal, alat-alat khas atau bantuan-bantuan atau adaptasi-adaptasi lain.
“Aktiviti Kehidupan Harian” bermakna aktiviti-aktiviti seperti berikut:
Pemindahan atau Mobiliti: keupayaan untuk naik atau turun daripada katil
atau kerusi tanpa memerlukan pertolongan fizikal daripada orang lain atau
keupayaan untuk bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan pertolongan
fizikal daripada orang lain;
Transfer: Getting into and out of a chair without requiring physical assistance
Mobility: The ability to move from room to room without requiring any
physical assistance
Pengawalan Pundi dan Usus: keupayaan untuk mengawal secara sukarela
fungsi usus dan pundi bagi menjaga kebersihan diri;
Berpakaian: keupayaan untuk memakai dan membuka semua pakaian yang
perlu tanpa memerlukan pertolongan orang lain;
Mandi atau mencuci: keupayaan untuk membersihkan diri di dalam tab mandi
atau di dalam bilik pancuran air (termasuk keluar atau masuk dari dalam tab
mandi atau dari dalam bilik pancuran air) atau membersih dengan lain-lain
cara; dan
Makan: semua geraklaku untuk memasukkan makanan ke dalam badan
selepas ia disediakan.
(h) telah didiagnoskan dengan skizofrenia yang kronik yang dicirikan oleh
Catatonia, tingkah laku yang tidak teratur, tingkah laku paranoid, khayalan dan
halusinasi. Diagnosis mestilah disahkan oleh seorang ahli psikiatri dan
memerlukan penggunaan jangka panjang ubat-ubatan anti psikotik atau lain-
lain ubat khusus untuk kawalan skizofrenia kronik bagi tempoh sekurang-
kurangnya seratus lapan puluh (180) hari di bawah penyeliaan langsung pakar
psikiatri.
Peminjam/Penerima Biaya mestilah dimasukkan ke dalam hospital psikiatri
bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga puluh hari.
Keadaan ini tidak harus dianggap sebagai akibat daripada penyalahgunaan
dadah atau bahan atau akibat ubat atau apa-apa keadaan perubatan am.
Semua syarat-syarat lain psikiatri seperti psychoses yang teruk, gangguan
mood dan gangguan schizoaffective dengan ciri-ciri psikotik dikecualikan;
atau
(i) telah didiagnoskan dengan SLE yang merujuk kepada pelbagai sistem,
gangguan auto-imun (autoimmune disorder) yang dicirikan oleh perkembangan
auto-antibodi, yang ditujukan terhadap pelbagai antigen diri (self-antigens).
Di dalam konteks Sijil Induk ini, SLE adalah terhad kepada bentuk lupus
eritematosus sistemik (systemic lupus Erythematosus), yang melibatkan buah
pinggang (Jenis 111 hingga Jenis IV nephritis Lupus, yang disokong oleh renal
biopsi). Bentuk-bentuk lain seperti lupus diskoid (discoid lupus) dan bentuk-
bentuk lain dengan penglibatan hematology (hematological) dan bersama
secara khususnya dikecualikan:

-4 -
Klasifikasi Lupus WHO:
Kelas 1 - perubahan minimum glomerulonephritis
Kelas 11 - Mesangial glomerulonephritis
Kelas 111 - Focal Segmental glomerulonephritis
Kelas 1V - Resapan glomerulonephritis+
Kelas V - Membranous glomerulonephritis
Diagnosis mestilah disahkan oleh pakar nefrologi atau pakar perubatan yang
berkenaan; atau
(j) telah kehilangan secara menyeluruh dan tidak boleh pulih keupayaan untuk
bercakap bagi tempoh berterusan seratus lapan puluh (180) hari. Bukti-bukti
perubatan untuk mengesahkan kecederaan atau penyakit pita suara untuk
menyokong ketidakupayaan ini mestilah disediakan oleh seorang pakar
Telinga, Hidung & Tekak (Ear, Nose & Throat – ENT). Semua punca-punca
berkaitan psikiatri adalah dikecualikan.

2.2 Pengendali Takaful berhak untuk mengkaji semula dan mengesahkan


tuntutan mengikut budi bicara Pengendali Takaful.
3.1 Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh tidak akan dibayar berhubung
3. Pengecualian
dengan keadaan, kecederaan atau kejadian yang disebabkan secara langsung atau
tidak langsung atau berkaitan dengan:

(a) (i) percubaan bunuh diri;


(ii) kecederaan disengajakan; atau
(iii) penyakit disengajakan;
sama ada percubaan / disengajakan semasa wajar atau tidak wajar;
(b) sebarang penyertaan dalam mana-mana kegiatan sukan profesional atau
hobi berbahaya, seperti tetapi tidak terhad kepada luncur udara, menaiki
belon udara, payung terjun, terjun udara, lompat bungee, memburu,
mendaki gunung, luncur air, kegiatan bawah air memerlukan peralatan
pernafasan atau kegiatan lain yang serupa;
(c) sebarang perjalanan dengan kapal terbang, kenderaan atau peralatan
udara kecuali sebagai penumpang berbayar di dalam kapal terbang
komersil berlesen untuk perkhidmatan pelanggan dengan jadual
perjalanan yang tetap melalui jalan yang pasti;
(d) sebarang perlumbaan selain daripada menggunakan kaki;
(e) sebarang perlanggaran atau usaha melanggar mana-mana undang-
undang atau menentang daripada ditangkap;
(f) sebarang perkhidmatan dalam ketenteraan semasa perang (sama ada
diisytiharkan atau tidak diisytiharkan) berhubung dengan sebarang
arahan bagi operasi seperti perang atau operasi untuk memulihkan
ketenteraman awam;
(g) sebarang rusuhan, kekacauan awam, mogok atau kegiatan pengganas;
atau
(h) sebarang penyalahgunaan alkohol secara sengaja atau pengambilan
dadah selain daripada di bawah arahan Pengamal Perubatan Berdaftar.

Walau bagaimanapun, untuk kepentingan perlindungan Takaful menurut Sijil


Induk ini, pengecualian di bawah 3.1(c) tidak akan dikenakan kepada
Peminjam/Penerima Biaya yang berkhidmat di dalam angkatan tentera, bidang
politik dan perkhidmatan perubatan serta atas sebab pangkat dan tanggungjawab

-5 -
mereka yang memerlukan mereka untuk membuat perjalanan sama ada atau
tidak sebagai seorang penumpang yang membayar tambang di dalam suatu kapal
terbang komersial atau bukan komersial, membuat perjalanan di dalam suatu
penerbangan dijadualkan atau tidak dijadualkan menurut perjalanan yang wujud
atau tidak wujud.

4.1 Bayaran Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh akan melepaskan Pengendali


4. Pelepasan
Takaful daripada sebarang liabiliti lanjutan berhubung dengan
Peminjam/Penerima Biaya berkenaan di bawah Sijil Induk ini. Apabila manfaat
Keilatan Kekal Menyeluruh dibayar atau perlu dibayar, Manfaat Kematian dan
Khairat Kematian tidak lagi dibayar melainkan dalam keadaan yang mana
dipersetujui bersama oleh pihak Pengendali dan Peserta.

-6 -
Manfaat C – Khairat Kematian (Manfaat Pengkebumian)

1.1 Khairat Kematian, seperti dinyatakan dalam Jadual Takaful Berkelompok, akan
1. Khairat Kematian
dibayar pada kematian Peminjam/Penerima Biaya, disyaratkan Sijil Induk ini
masih berkuatkuasa pada masa kematian tersebut.
1.2 Walau bagaimanapun, bagi kes kematian Peminjam/Penerima Biaya akibat
membunuh diri (sama ada dalam keadaan waras atau tidak waras) dalam masa
satu (1) tahun dari tarikh permulaan perlindungan Takaful di bawah Sijil Induk
ini, Khairat Kematian (Manfaat Pengkebumian) akan dibayar kepada Peserta
berkenaan Peminjam/Penerima Biaya tersebut.
2.1 Bayaran Khairat Kematian dan jika diguna pakai, Manfaat Kematian (lihat
2. Pelepasan
Bahagian A) akan melepaskan Pengendali Takaful daripada sebarang liabiliti
tambahan berhubung dengan Peminjam/Penerima Biaya berkenaan di bawah
Sijil Induk ini.

Maklumat Perlindungan/Jumlah Dilindungi:

Jumlah Bahagian A
Dilindungi:
- Manfaat Kematian: Jumlah penuh pembiayaan atau baki prinsipal (mengikut mana
yang berkenaan) yang dihutang oleh Peminjam/Penerima Biaya yang berkaitan
kepada Peserta seperti yang diperakui kepada Pengendali Takaful oleh Peserta apabila
manfaat ini perlu dibayar.

Bahagian B

- Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh: Jumlah penuh pembiayaan atau baki prinsipal
(mengikut mana yang berkenaan) yang dihutang oleh Peminjam/Penerima Biaya yang
berkaitan kepada Peserta seperti yang diperakui kepada Pengendali Takaful oleh
Peserta yang melayakkan Peminjam/Penerima Biaya untuk menerima bayaran
manfaat ini.
- Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh akan dibayar sekiranya Peminjam/Penerima
Biaya mengalami Keilatan Kekal Menyeluruh untuk selama seratus lapan puluh (180)
hari.

Bahagian C

- Khairat Kematian: Jika berlaku Kematian Peminjam/Penerima Biaya, RM1,500 akan


dibayar kepada Peserta sebagai Khairat Kematian berkenaan dengan
Peminjam/Penerima Biaya yang berkenaan.

-7 -

Anda mungkin juga menyukai