Anda di halaman 1dari 13

KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN KEHADIRAN AWAL MURID KE SEKOLAH


MELALUI PROGRAM ”CUP” SAYA DULU.

Oleh :
Pn. Nazifah Hj Abdul Latif ( Pengetua Cemerlang )
Pn. Nabira Mohd Shah ( Guru Kaunseling )
Pn Kang Kooi Li ( Guru Kaunseling )
SMK Cochrane Kuala Lumpur.

Abstrak
Kajian tindakan ini dijalankan untuk melihat faktor dan keberkesanan tindakan disiplin terhadap pelajar
yang hadir lewat ke sekolah. Responden kajian melibatkan 20 orang pelajar yang sering hadir lewat
terdiri daripada pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan  4 di SMK Cochrane dan 2 orang Guru kaunseling
dengan menggunakan soal selidik sebagai alat pengukur. Tinjauan awal telah dilakukan iaitu melalui
pemerhatian dilakukan, di dapati jumlah yang datang lewat adalah sangat tinggi  Pengumpulan maklumat
pelajar yang datang lewat ke sekolah diperolehi dari unit disiplin dengan kerjasama guru disiplin serta
pengawas. Tindakan yang diambil ke atas pelajar yang lewat lebih 3 kali adalah dengan menghantar Surat
Amaran Pertama. Hasil kajian mendapati terdapat perubahan pada bilangan kehadiran pelajar yang lewat
setelah di ambil tindakan terhadap mereka.

1.0            REFLEKSI YANG LALU


Kehadiran lewat ke sekolah adalah salah satu salahlaku biasa bagi segelintir pelajar sekolah harian.
Pelajar-pelajar yang sering hadir lewat ke sekolah kebanyakannya pelajar yang sama. Namun begitu, ibu
bapa dan para pelajar sendiri tidak menganggap masalah ini sebagai salahlaku disiplin. Sesetengah ibu
bapa atau penjaga mempersoalkan tindakan pihak sekolah yang dianggap sebagai perkara yang remeh.

            .Dalam sesebuah institusi persekolahan, disiplin memainkan peranan penting ke arah
pembentukan sahsiah para pelajar. Disiplin adalah teras dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah. Oleh
itu, sekolah ini juga tidak terlepas dengan isu yang berkaitan dengan disiplin seperti ponteng, bergaduh,
memeras ugut, datang lewat  dan sebagainya.
Namun isu yang paling membimbangkan saya sebagai pihak pentadbir adalah permasalahan
kelewatan pelajar ke sekolah yang semakin meruncing. Sebagai pentadbir, saya perlu bertindak bagi
mengurangkan masalah pelajar yang lewat ini dengan menjalankan kajian tindakan  bersama Unit
Bimbingan Dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Disiplin SMK Cochrane. Oleh itu, saya telah
menjalankan kajian tindakan untuk meningkatkan kehadiran awal murid ke sekolah melalui program
“Cup Saya Dulu”.

2.0            FOKUS KAJIAN
Kajian tindakan ini dibuat adalah untuk menangani permasalahan pelajar yang datang lewat ke sekolah.
Matlamat utama kajian ini adalah bertujuan supaya  pelajar mempunyai kesedaran yang tinggi untuk
datang awal ke sekolah dan mempunyai sikap untuk menghargai dan menepati masa. Secara tidak
langsung, para pelajar ini akan mempunyai sikap disiplin yang tinggi untuk mengikuti peraturan sekolah
dan tidak akan ketinggalan waktu pengajaran dan pengajaran di dalam kelas..
            Manakala,  ibu bapa pula memandang remeh isu kedatangan pelajar lewat ke sekolah. Mereka
tidak menunjukkan reaksi yang positif apabila isu ini diketengahkan kepada mereka. Mereka menganggap
ini merupakan perkara yang biasa berlaku kepada pelajar-pelajar. Namun begitu, terdapat juga segelintir
pelajar yang tidak mengendahkan kesalahan mereka walupun diambil tindakan secara serta merta.

3.0            OBJEKTIF KAJIAN
3.1            Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kehadiran awal pelajar ke sekolah supaya menghargai masa dan
tidak melanggar salahlaku disiplin iaitu lewat hadir ke sekolah.

3.2            Objektif  Khusus
i)                Memastikan jumlah pelajar  datang lewat ke sekolah berkurangan
ii)              Meningkatkan motivasi pelajar untuk menghargai dan menepati masa
iii)            Meningkatkan kehadiran awal pelajar sekolah melalui program ”Cup Saya Dulu” iatu 100 % datang awal.

4.0            KUMPULAN SASARAN
Kajian Tindakan yang dijalankan ini adalah melibatkan 20 orang pelajar yang kerap hadir lewat ke
sekolah selama 3 bulan berturut-turut. Responden kajian ini terdiri daripada 20 orang pelajar lelaki yang
terdiri daripada pelajar tingkatan 3 dan Tingkatan 4. Responden ini juga, terdiri daripada pelbagai bangsa
iaitu Melayu, Cina dan India.

5.0            PELAKSANAAN KAJIAN
5.1            Tinjauan Masalah
Pihak sekolah telah membuat tinjauan masalah berdasarkan pemerhatian dan soal selidik. Data-data
pelajar yang datang lewat ke sekolah sejak awal tahun di ambil dari Buku Rekod Datang Lewat. Setiap
pelajar yang datang lewat akan menulis nama mereka dalam Buku rekod tersebut dan mengisi Borang slip
Datang Lewat untuk ditunjukkan kepada Guru Tingkatan. Pelajar telah memberikan pelbagai alasan untuk
menjelaskan tentang kelewatan mereka hadir ke sekolah. Alasan tersebut dapat dirujuk melalui Buku
Rekod Datang Lewat dan juga melalui Soal Selidik.

5.2            Analisis Tinjauan Masalah


Pelbagai kesimpulan dapat dibuat, berdasarkan pemerhatian dan temubual dengan pelajar, maklumat
daripada ibu bapa yang hadir ke sekolah dan juga soal selidik. Soal selidik yang telah dibuat ke atas 20
orang responden didapati pelajar datang lewat ke sekolah kerana majoritinya tidur lewat dan bangun
lewat untuk ke sekolah. 
            Selain itu, terdapat juga yang bangun lewat kerana tidur semula setelah ibu bapa keluar bekerja.
Berdasarkan soal selidik dan temubual ada juga yang bangun datang lewat ke sekolah kerana menaiki
kenderaan awam dan juga kenderaaan awam tersebut lewat akibat kesesakkan jalan.

            5.3       Tindakan Yang Dijalankan


Tindakan yang dijalankan dalam melancarkan kajian ini adalah dengan mengambil langkah yang pertama
dengan mengumpul data pelajar yang paling kerap datang lewat. Guru Disiplin mengambil tindakan
segera dengan bertanya sebab-sebab pelajar datang lewat dan terus merekodkan nama pelajar pada Buku
Rekod Datang Lewat.

5.4      Pelaksanaan Tindakan Dan Hasilnya (Pemerhatian dan Penilaian)


5.4.1       Tindakan Pertama
Pelajar yang datang lewat selepas dicatat nama, diberi nasihat dan diminta datang lebih awal untuk
mengelakkan tindakan disiplin oleh Guru Disiplin yang bertugas. Pelajar yang datang lewat juga
diasingkan supaya tidak memasuki barisan kelas semasa beratur di tapak perhimpunan.

5.4.2    Tindakan Kedua


Unit Disiplin dan Unit Hal Ehwal Murid telah menghantar surat Amaran 1 keapada pelajar-pelajar yang
datang lewat lebih 3 kali dan direkodkan dalam fail disiplin sebagai Rekod salah laku. Manakala pelajar
yang tidak dihantar Surat Amaran menerima tindakan rotan 1 kali.

5.4.3    Tindakan Ketiga


Pihak sekolah juga mengambil tindakan dengan membuat panggilan telefon kepada Ibu bapa pelajar yang
hadir lewat. Dengan ini, pihak ibu bapa akan mengetahui perkara sebenar mengenai anak-anak mereka.

5.4.4       Tindakan Keempat
Selain itu, para pelajar yang paling kerap datang lewat ke sekolah akan dihantar untuk sesi kaunseling
kepada Guru Kaunseling.

5.4.5       Tindakan Kelima
Sekiranya perlu, lawatan ke rumah akan dijalankan bagi mendapatkan persetujuan ibubapa berkaitan
tindakan yang akan dikenakan  serta membuat kunjung mesra melihat kehidupan sebenar pelajar.

5.5            Refleksi  kajian
Statistik pelajar yang lewat sepanjang bulan September  telah semakin berkurangan. Ini bermakna
’Belaian Psikologi’ berjaya mencapai objektif kajian.  Kaedah ini telah menyedarkan pelajar tentang
tanggungjawab mereka  sebagai seorang pelajar  dan menimbulkan kesedaran kepada diri pelajar untuk
datang awal ke sekolah.

6.0            PENILAIAN
Bagi menilai keberkesanan program ini data kehadiran kumpulan murid-murid sasaran telah dibuat
rumusan. Seramai 13 orang atau 65 % telah menunjukkan  perubahan dan masuk ke sekolah sebelum jam
7.20 pagi sementara 7 orang atau masih mengekalkan tabiat lama iaitu masuk lewat.
Jadual di bawah menunjukkan perbandingan kekerapan lewat ke sekolah sebelum dan selepas kajian.

Ting Waktu Bilangan murid lewat (sebelum Peratus Bilangan murid lewat Pe
kajian) (selepas  kajian)
3 7.21  ke atas 10 100 3

4 7.21  ke atas 10 100 4

Graf

Berdasarkan pemerhatian dan temubual dengan murid-murid tersebut, dapat dibuat kesimpulan bahawa
mereka sebenarnya  telah menginsafi kesalahan mereka.
Kami mendapati bahawa murid-murid tersebut mempunyai rasa bersalah, menginsafi kesalahan mereka
dan mempunyai kesedaran tentang kepentingan datang awal ke sekolah. Merea berhasrat mengubah sikap
negatif namun kurang mendapat sokongan keluarga persekiran dan rakan sebaya. Berdasarkan objektif
kajian ini iaitu memstikan 100 % pelajar datang awal nampaknya tidak berjaya kerana hanya   35 % yang
berjaya dibantu dan dibimbing.

7.0            REFLEKSI
Setelah kajian ini selesai di jalankan,  kami masih tidak berpuashati kerana masih tidak dapat mencapai
objektif kajian. Kami telah memilih kumpulan sasaran yang kecil namun masih belum berjaya untuk
membantu mereka. Langkah-langkah  penambahbaikkan perlu diberi penekanan agar kajian ini lebih
memperlihatkan keberhasilannnya.

Namun Banyak pengaran yang dapat diperolehi dalam mempertingkatkan usaha ini iaitu
1. Usaha berterusan dan bersungguh-sungguh tanpa kenal erti jemu amat penting dalam
membendung masalah disiplin ini.
2. Kebanyakan masalah lewat ini menyebabkan banyak masalah disiplin yang lain dihubungkaitkan.
Oleh itu lewat boleh menjadi punca gejala yang tidak naik berlaku di sekolah.
3. Murid-murid di ibukota ini perlu perhatian dan pengiktirafan dalam membentuk jati diri mereka
dan membimbing mereka ke arah sahsiah terpuji.

6.0       Cadangan Kajian Seterusnya

Hasil daripada kajian yang telah diperolehi, beberapa cadangan yang boleh diberikan bagi membantu
pihak sekolah yang berminat untuk mengurangkan pelajar yang datang lewat. Diharapkan cadangan yang 
diberikan dapat membantu dalam memperolehi maklumat yang berguna dalam menangani masalah
pelajar yang hadir lewat.

1)               Mengguna pakai Teknik ”Belaian Psikologi’ untuk memastikan pelajar datang awal ke sekolah dan
mempunyai semangat tinggi untuk belajar. Ini termasuklah di kalangan guru-guru.
2)               Mewujudkan program-program yang lebih meningkatkan kesedaran pelajar seperti Motivasi
Pembangunan Diri dan Kursus Peningkatan Disiplin Diri Pelajar.
3)               Menyediakan hadiah untuk kelas yang merekodkan semua pelajar datang awal.
4)               Mewujudkan kerjasama yang erat antara Pengawas dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dalam
memainkan peranan yang penting untuk membentuk peribadi pelajar yang lain.
5)               Mengeratkan hubungan PIBG dengan pihak sekolah untuk sama-sama memantau disiplin pelajar.

Bibliografi

Abdullah Sani Yahaya (2005). Mengurus Disiplin Pelajar. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Dato’ Noh Hj. Omar. ”Tangani Masalah Disiplin Pelajar”. Pendidik. Ogos 2006

Omardin Ashaari (2002). Pengurusan Sekolah. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Kajian Tindakan Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Murid Kump
Penyayang SMK
Antara koleksi kajian tindakan yang dikumpulkan oleh saya sepanjang memegang jawatan sebagai
pengerusi guru kaunseling PPW Pudu bagi sesi 2014/2015. Saya mengadakan bengkel kajian tindakan
pada 2014 dan mengajar sendiri ahli-ahli saya bagaimana menghasilkan kajian tindakan dengan harapan
agar model amalan perkhidmatan dari sekolah lain boleh dijadikan contoh untuk diaplikasikan ke sekolah
lain. Penulisan kajian dapat meningkatkan profesionalisme guru kaunseling  dan sy bercadang untuk
membuat koleksi kajian tindakan bagi panduan guru kaunseling yang lain.

PONTENG SEKOLAH DALAM KALANGAN MURID-MURID KUMPULAN


PENYAYANG
DI SEKOLAH SMK DATOK LOKMAN

OLEH
NG SOOK HOOI(KAUNSELOR)
SMK DATOK LOKMAN

Abstrak

Kajian tindakan ini dilaksanakan khas untuk mengenalpasti keberkesanan program


Bimbingan dan Kaunseling ke atas masalah murid ponteng sekolah di SMK Datok
Lokman. Program ini melibatkan usaha guru-guru untuk menghubungi ibubapa/penjaga
murid yang ponteng sekolah. Kajian ini menggunakan pendekatan pengumpulan dan
penganalisaan data-data murid ponteng, respon soal selidik dengan murid-murid yang
terlibat, perjumpaan bersama murid-murid yang terlibat bersama guru bimbingan dan
kaunseling serta memantauan kehadiran dengan penggunaan buka nota kehadiran.
Tempoh kajian ini dari bulan Ogos hingga September 2014. Hasil kajian ini amat
menggalakkan iaitu sebanyak 4 sesi belaian kasih telah dijalankan untuk setiap
responden yang terlibat selepas perjumpaan kaunselor bersama ibubapa dan penjaga
responden dengan tujuan memberi motivasi kepada murid-murid yang berkenaan.100%
dari responden soal selidik menunjukkan bahawa guru-guru kelas yang terlibat
bersetuju atau menyokong penuh program ini. Kajian ini telah membuktikan bahawa
kaedah perbincangan bersama ibubapa, sesi belaian kasih dan buku lapor diri adalah
amat berkesan untuk mengatasi masalah ponteng sekolah

1.0 Refleksi yang lalu


Di sekolah SMK Datok Lokman, terdapat 21 kelas di peringkat menengah rendah, iaitu
1 kelas peralihan, 10 kelas tingkatan 1 dan 10 kelas tingkatan 2. Murid-murid kelas
kumpulan penyayang merupakan 3 kelas hujung setiap tingkatan, iaitu kelas H,J dan K.
Sejak bulan Mei,  peratus ketidakhadiran murid ke sekolah semakin meningkat di
sekolah SMK Datok Lokman terutamanya bagi murid-murid tingkatan 2H, 2J dan kelas
2K. Ketidakhadiran murid ke sekolah ini menyebabkan mereka ketinggalan dalam
matapelajaran yang diajar oleh guru pada hari berkenaan. Lama-kelamaan, murid-
murid yang selalu tidak hadir ke sekolah ini boleh menjejaskan kefahaman dan
penguasaan mereka dalam mata pelajaran yang diambil seterusnya mempengaruhi
pencapaian murid dalam tingkatan-tingkatan yang seterusnya.
Ketidakhadiran ke sekolah tanpa sebab atau tiada makluman ketidakhadiran kepada
guru adalah ditakrifkan sebagai ponteng sekolah. Apabila murid-murid berkenaan tidak
hadir ke sekolah, pihak sekolah akan menghantar surat amaran ponteng sekolah
kepada ibubapa atau penjaga murid-murid berkenaan. Sekiranya murid tidak hadir ke
sekolah tanpa sebab sebanyak 10 hari tidak berkala, pihak sekolah akan menghantar
surat amaran ponteng sekolah yang pertama kepada ibu bapa atau penjaga murid
berkenaan. Apabila bilangan hari tidak hadir ke sekolah murid mencapai 20 hari, pihak
sekolah akan menghantar surat amaran kedua dan surat amaran yang ketiga akan
dihantar apabila bilangan hari tidak hadir mencapai 40 hari. Namun, tindakan
sedemikian masih tidak menggalakkan murid-murid kelas kumpulan penyayang hadir
ke sekolah. Bagi mengatasi isu ini, pihak sekolah cuba menjalankan pelbagai aktiviti
untuk menarik minat murid-murid berkenaan ke sekolah.

2.0 Isu Keperihatinan


Ponteng sekolah dalam kalangan murid-murid kumpulan penyayang semakin
meningkat, walaupun mereka telah menerima Surat Amaran Pertama dari pihak
sekolah pada awal bulan Mac.

3.0 Objektif Kajian


          3.1 Objektif Umum
                    Menangani masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid-murid kelas 2H,2J dan 2K.
      3.2 Objektif Khusus
3.2.1 Mengesan punca ponteng sekolah dalam kalangan murid kelas kumpulan
penyayang.
3.2.2 Membantu murid-murid ini mengurangkan amalan ponteng sekolah melalui
pengisian motivasi

4.0 Kumpulan Sasaran


 15 orang murid daripada Tingkatan 2H,2J dan 2K yang telah menerima Surat Amaran
Kedua Ponteng sekolah pada bulan Jun dan Julai 2014.
5.0 Pelaksanaan Kajian
5.1 Tinjauan masalah
Daripada analisis ketidakhadiran murid bagi bulan April ke Jun, didapati bilangan kes
tidak hadir tanpa sebab, iaitu ponteng sekolah bagi kelas Tingkatan 2H, 2J dan 2K
adalah tinggi. Saya membuat semakan kehadiran bagi kelas-kelas berkenaan, didapati
sebanyak 15 orang murid menunjukkan bilangan hari ponteng sekolah yang tinggi.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Data ponteng sekolah kelas murid-murid  SMK Datok Lokman bagi bulan Jan hingga
Julai
Bulan Melayu Cina India Lain-lain Jumlah
L P L P L P L P L P
Januari 224 173 108 99 23 14 18 17 391 274
Februari 221 183 98 90 25 17 25 21 364 316
Mac 205 172 54 32 17 13 23 11 309 218
April 237 219 65 36 22 20 21 17 345 291
Mei 324 271 149 98 30 26 22 18 524 414
Jun 337 259 120 71 29 30 30 25 446 385
Julai 363 308 138 89 30 28 31 26 453 449

Data ponteng sekolah kelas kumpulan penyayang bagi bulan Jan hingga Julai
Tingkatan Jan Feb Mac April Mei Jun Julai
/bulan
2H 39/568 45/537 44/463 50/609 53/540 50/360 67/540
2J 66/608 37/576 37/506 113/651 104/558 88/572 104/558
2K 68/551 65/522 82/464 109/603 100/497 88/336 169/504

Data Ponteng sekolah 15 responden bagi bulan Jun dan Julai.


Responden Bilangan hari ponteng sekolah dari bulan Jan hingga Julai
1 23 hari
2 22 hari
3 22 hari
4 31 hari
5 21 hari
6 21 hari
7 25 hari
8 22 hari
9 20 hari
10 23 hari
11 24 hari
12 24 hari
13 22 hari
14 25 hari
15 25 hari

 5.3 Tindakan yang Dijalankan


Tiga tindakan telah dijalankan, iaitu
1.     Perbincangan dengan ibubapa responden
2.     Sesi Belaian Kasih
3.     Buku lapor diri

Bahan-bahan dan instrumen yang digunakan


Tindakan 1: Menjemput ibu bapa murid ke sekolah untuk perbincangan isu ponteng
sekolah walaupun surat amaran sekolah telah dihantar
Tindakan 2 : Temubual dan soal selidik berkaitan faktor diri, faktor keluarga dan faktor
persekitaran ( memberi motivasi)
Tindakan 3 : Catatan kahadiran murid oleh kaunselor sekolah dengan buku nota kecil
setiap hari.

5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Hasilnya (Pemerhatian / Penilaian)


5.4.1 Pelaksanaan Tindakan 1 – Perbincangan dengan ibubapa responden
Saya telah menelefon ibubapa 15 orang responden yang terlibat dan menjemput
mereka hadir ke sekolah untuk perbincangan lanjut tentang isu ponteng sekolah anak.
Dalam perbualan melalui  telefon, saya memberi peringatan tentang kesalahan ponteng
sekolah anak dan tindakan yang bakal diambil oleh pihak sekolah jika masalah itu
berterusan.
Namun, dalam kalangan 15 responden, 3 orang keluarga responden tidak dapat
dihubungi. Terdapat seorang ibu responden memaklumkan ketidakhadiran anak ke
sekolah disebabkan tidak sihat dan seorang lagi balik ke kampung atas urusan
keluarga. Ibu responden berkenaan berjanji akan menghantar surat tunjuk sebab
kepada pihak sekolah sekiranya anak tidak hadir ke sekolah kerana urusan keluarga
pada masa akan datang.
Sepuluh orang ibu bapa responden yang lain memberi kerjasama yang baik kerana
berjanji akan memantau kehadiran anak memandangkan anak-anak mempunyai tabiat
tidak hadir ke sekolah tanpa sebab yang munasabah .Contohnya bangun lewat atau
malas berjalan kaki ke sekolah kerana cuaca panas. Semua ibu bapa yang terlibat tidak
sedar bahawa anak telah layak mendapat surat amaran ponteng sekolah yang kedua.
Dalam perbincangan bersama ibu bapa, saya dapati bagi mengatasi ketidakhadiran
murid, pihak sekolah perlu mengambil tindakan pantas. Majoriti ibu bapa amat
menghargai usaha cikgu yang sanggup menelefon dan memberi maklumat terkini
tentang tingkahlaku anak di sekolah.

5.4.2 Pelaksanaan Tindakan 2 - Sesi Belaian Kasih


Kaunselor sekolah, Pn Ng Sook Hooi dan Encik Azmie bin Yaaçob telah menjalani sesi
kaunseling kelompok dengan semua responden mengikut kelas dan jantina. Daripada
hasil temubual, didapati respoden tidak hadir ke sekolah kerana malas dan tidak
berdisiplin.9 orang responden selalu tidur lewat kerana sibuk melayari internet hingga
larut malam. Seorang lagi selalu tertidur walaupun telah disuruh bangun oleh ibu pada
awal pagi. Namun terdapat 3 orang responden memberi alasan tidak hadir ke sekolah
kerana tidak minat belajar. 2 orang responden berasa bosan kerana tidak mempunyai
kawan rapat di sekolah.
Dalam sesi kaunseling kelompok, kepentingan ilmu dalam kehidupan, kelulusan yang
diperlukan oleh IPTA dan IPTS telah dibawa berbincang bersama. Kaunselor sekolah
telah mengedarkan bahan-bahan berkaitan seperti contoh kerjaya.
Ahli kelompok juga diminta berbincang isu-isu yang menyeronokan mereka di sekolah
serta cita-cita masa depan. Kaunselor sekolah menegaskan kepentingan sikap
berdisiplin dalam kehidupan kita. Semua responden menunjukkan respon yang amat
menggalakkan dalam sesi berkenaan.
Selepas menjalani sesi belaian kasih, semua responden berjanji akan cuba hadir ke
sekolah setiap hari dan cuba belajar di sekolah sekurang-kurangnya tamat tingkatan 5.
Sekiranya terdapat hal peribadi atau sakit berehat di rumah, responden berjanji akan
menghantar surat ibu bapa kepada pihak sekolah agar tidak dikenakan tindakan disiplin
oleh pihak sekolah.
Dalam sesi berkenaan, kaunselor telah menunjukkan cara menulis surat ibu bapa pihak
sekolah sekiranya responden tidak dapat hadir ke sekolah memandangkan terdapat ibu
bapa yang tidak tahu cara menulis surat rasmi. Langkah ini boleh membantu
meningkatkan semangat bertanggungjawab dalam kalangan responden.

5.4.3 Pelaksanaan Tindakan 3 - Buku Lapor Diri


Buku nota kecil telah disediakan untuk setiap responden bagi mencatat kehadiran
mereka ke sekolah setiap hari. Responden perlu mendapatkan tanda tangan guru kelas
atau guru ganti kelas dan tanda tangan ibu bapa di rumah setiap hari
persekolahan.Guru-guru kelas digalakkan menulis ayat-ayat motivasi dalam buku nota
kecil untuk menggalakkan responden hadir ke sekolah setiap hari.
Cara ini boleh membantu ibu bapa memantau kehadiran anak ke sekolah setiap hari
walaupun kedua-dua mereka bekerja dan tiada dalam rumah.
Kaunselor berjanji akan memberi cenderahati kepada murid yang  dapat mencapaian
kehadiran penuh ke sekolah dalam bulan Ogos dan September. 
Responden Bilangan hari ponteng sekolah dalam Bilangan hari ponteng sekolah
bulan Ogos dalam bulan September
1 5 hari 2 hari
2 3 hari 0 hari
3 1 hari 2 hari
4 6 hari 4 hari
5 4 hari 2 hari
6 4 hari 3 hari
7 3 hari 1 hari
8 4 hari 2 hari
9 5 hari 0 hari
10 6 hari 2 hari
11 2 hari 1 hari
12 7 hari 10 hari
13 9 hari 12 hari
14 4 hari 1 hari
15 2 hari 0 hari

Bilangan hari ponteng sekolah berkurangan bagi kebanyakan responden. Pada bulan
Oktober, 3 orang responden (responden ke 4,12 dan 13) diberi surat amaran ketiga
kerana jumlah hari yang tidak hadir ke skeolah telah melebihi 40 hari.

5.5 Refleksi Kajian


Daripada kajian ini, didapati 13 daripada responden menunjukkan perubahan positif
terhadap kehadiran ke sekolah.Seorang responden masih kerap tidak hadir ke sekolah
atas alasan sakit manakala seorang lagi pula selalu tidak hadir ke sekolah tanpa
sebab.Keluarga kedua-dua respoden berkenaan tidak dapat dihubungi oleh pihak
sekolah kerana kerap menukar numbor telefon.
5.6 Cadangan Kajian seterusnya.
Memandangkan kajian ini boleh membawa perubahan diri yang positif terhadap
kehadiran murid ke sekolah, saya dan kaunselor-kaunselor sekolah yang lain akan
menjalani kajian yang sama dengan responden-responden daripada kelas-kelas yang
lain.Saya berharap dengan penerusan kajian ini dapat mengurangkan amalan ponteng
sekolah dalam kalangan murid SMK Datok Lokman.   

Disediakan oleh,                                    Diluluskan oleh,


_________________                             _________________________
(NG SOOK HOOI)                                (CHE HASNAH BT MUHAMMAD)
Kaunselor                                             Pengetua
SMK Datok Lokman                              SMK Datok Lokman

Anda mungkin juga menyukai