Anda di halaman 1dari 7

PERBINCANGAN

Seringkali kita menilai seseorang yang baru kita temui berdasarkan penampilan awalnya.

Kecenderungan menilai tingkahlaku seseorang itu membentuk bias-bias kerana kesimpulan yang

kita lakukan tidak berdasarkan maklumat yang lengkap dan mendalam tentang orang yang kita

jumpa. Apabila orang tersebut memberikan kesan yang baik pada kita di saat pertama kali bertemu,

kita akan menganggap orang tersebut baik, inilah yang dinamakan bias kesan halo. Namun, apabila

kesan yang dibentuk orang tersebut buruk maka kita akan menganggap orang tersebut buruk.

Padahal, belum tentu seseorang tersebut memiliki sifat yang baik ataupun jahat.

Pernahkah anda mendengar ungkapan yang berbunyi ‘Cinta itu buta”? Apakah maksud ungkapan

itu? Maksudnya secara ringkas ialah seseorang itu sedang mencintai orang lain maka beliau

mempunyai impresi yang positif terhadap orang yang dicintai itu, dan impresi positif ini

menenggelamkan penilaiannya terhadap tret-tret negatif kekasihnyanya itu. Ini adalah satu fakta

penting dalam hidup kita seharian. Sering terjadi apabila penilaian secara keseluruhan kita

terhadap orang lain boleh mengganggu penilaian kita terhadap mereka. Sebaik sahaja kita

membentuk impresi menyeluruh pada individu lain, kita mungkin cenderung untuk menilai

kesemua tret dan sifatnya dalam cara yang tekal dengan impresi tersebut. Sekiranya demikian kita

telah dipengaruhi kesan halo. Dengan kata lain, kesan halo merujuk kepada kesilapan di mana

impresi menyeluruh kita pada orang lain menutupi penilaian-penilaian setiap tret mereka.

Sekiranya kita mempunyai impresi menyeluruh yang negatif pada seseorang maka tret-tret yang

positif pun mungkin kita lihat sebagai negatif, atau sebaliknya. Kesan halo sering memberikan

kesan yang kuat pada persepsi sosial, di mana sebaik sahaja kita telah membentuk satu impresi

yang menyeluruh pada seseorang, kita mungkin mentafsirkan kesemua tretnya secara tekal dengan

impresi ini. Bias yang tidak disedari ini kadangkala mempunyai kesan-kesan praktikal yang
penting. Sebagai contoh, bayangkan anda seorang majikan yang sering mempertimbangkan dua

pemohon untuk satu jawatan kosong. Katakanlah impresi pertama anda pada salah seorang

daripada pemohon itu terlalu positif, semantara impresi anda terhadap pemohon satu lagi agak

neutral. Adakah reaksi menyeluruh ini boleh mempengaruhi penilaian tentang keupayaan dua

orang pemohon tersebut dalam membuat kerja nanti? Kemungkinannya boleh. Anda mungkin

cenderung mempersepsi pemohon yang anda sukai sebagai mempunyai kemahiran dan kebolehan

yang anda perlukan berbanding pemohon yang satu lagi. Terjadinya kesan halo seperti ini dapat

menolong dalam menerangkan mengapa kita biasanya memberi layanan istimewa kepada kawan-

kawan dan saudara mara kita. Tindakan seperti ini mungkin bersumber daripada realiti bahawa

impresi positif kita pada mereka membawa kita untuk menilai sesuatu tret atau kebolehan mereka

dalam cara yang positif juga. Perlu dinyatakan bahawa bentuk bias ini terjadi juga dalam situasi-

situasi yang kita yakin bahawa kita adil dan objektif dalam menilai seseorang. Dengan kata lain,

kita mungkin tidak menyedari yang kita sendiri dipengaruhi oleh kesan halo. Dengan adanya kesan

yang agak serius akibat kesan halo pada tindakan dan tingkah laku kita, maka penting untuk kita

menyedari kewujudannya, dan mengawalnya daripada mempengaruhi diri kita.

Pernahkah kita mengalami fenomena apabila kita tidak suka berkenaan sesuatu perkara

yang ada pada diri seseorang itu, nanti kita juga tidak menyukai perkara-perkara lain pada dirinya?

Ataupun, apabila daripada mula kita tidak suka dengan orang itu, sampai bila-bila kita tidak suka

kepadanya? Ataupun, sewaktu kita mengisi borang penilaian prestasi kerja orang bawahan kita,

kalau untuk maklumat yang pertama itu kita beri markah B, nanti banyak lagi maklumat-maklumat

lain seperti itu yang kita beri markah B juga? Pakar-pakar psikologi berfikir untuk mengenal pasti

beberapa jenis kesilapan berfikir yang bersifat fitrah manusia. Kesilapan-kesilapan berfikir jenis

ini dilakukan oleh semua orang, tidak kira dia seorang pemimpin ataupun seorang penarik beca.
Kesilapan-kesilapan itu kita lakukan tanpa kita sedari, ertinya kesilapan ini berlaku bukan kerana

kita sengaja melakukannya. Kesilapan jenis ini adalah disebabkan kelemahan manusia apabila kita

membuat persepsi. Kesilapan persepsi seperti itu juga disebut dengan istilah kesan halo. Pernahkah

kita mendengar orang berkata begini;

* ''Budak tu bijak betul. Dia tentu rajin belajar. Di universiti pun nanti dia akan jadi mahasiswa

cemerlang.''

* “ Dia rajin datang kerja awal. Dia tentu pekerja baik.”

* ''Dia pemimpin agama yang alim. Budi pekertinya tinggi. Dia takkan melakukan rasuah.

Orang-orang dalam partinya juga takkan rasuah.''

* ''Dia lulus ijazah ekonomi dengan cemerlang. Dia tentu akan menjadi ahli ekonomi yang baik.

Seterusnya dia akan menjadi menteri ekonomi dan perdana menteri yang bijak.''

Kata-kata seperti ini menunjukkan bahawa apabila kita mula membuat satu penilaian positif ke

atas sesuatu, seterusnya kita cenderung memberi penilaian-penilaian lain yang positif juga kepada

perkara itu. Sebagai contoh, apabila kita sudah membuat satu penilaian positif ke atas seseorang,

seterusnya kita cenderung memberi penilaian-penilaian lain yang positif juga kepada orang itu.

Sebagai contoh, di dalam ayat (a) Budak itu bijak ialah penilaian positif rajin belajar adalah

penilaian positif. Mahasiswa cemerlang adalah penilaian positif juga. Pemikiran seperti ini

mengandungi kesilapan kesan halo. Di sini, kesilapan kita ialah, di dalam dunia sebenar, budak

yang bijak tidak semestinya rajin belajar, manakala budak yang rajin belajar belum tentu bijak.

Malah budak yang bijak semasa di sekolah belum tentu menjadi mahasiswa cemerlang di
universiti. Ataupun pernahkah kita berkata: ''Budak tu tak berapa pandai dalam darjah. Dia tentu

malas belajar. Bila besar nanti dia takkan jadi orang yang berjaya''?

Di dalam dunia sebenar, budak yang tidak berapa pandai belum tentu malas belajar. Ramai budak

yang tidak mendapat markah tinggi sebenarnya terdiri daripada mereka yang rajin belajar.

Malah ramai pelajar yang tidak berapa pandai semasa mereka di sekolah kemudiannya menjadi

orang yang sangat berjaya. Sebaliknya ramai juga di kalangan mereka yang cemerlang di sekolah

akhirnya menjadi orang-orang yang ''biasa sahaja'' pencapaiannya setelah mereka dewasa.

Fenomena kesan halo mengatakan, apabila sekali kita sudah mempunyai persepsi positif ke atas

seseorang, walau apa pun yang dibuat oleh orang itu, kita cenderung menilainya secara positif

juga, termasuklah dalam perkara-perkara yang kita tidak tahu mengenainya. Sebagai contoh, kita

melakukan kesilapan kesan halo apabila kita mengatakan begini tentang seseorang ''Dia seorang

pekerja yang jujur,'' seterusnya kita mungkin berani juga berkata ''Dia tentu seorang suami yang

jujur,'' pada hal kita mungkin tidak tahu apa-apa berkenaan tingkah laku orang itu sebagai seorang

suami. Kesan halo bukan hanya terjadi pada perkara-perkara positif. Ia juga berlaku secara negatif

di mana apabila sekali kita sudah mempunyai tanggapan negatif berkenaan seseorang, kita

cenderung membuat tanggapan negatif ke atas apa-apa yang dilakukannya. Malah perkara-perkara

berkenaan, daripada orang itu yang kita tidak tahu pun akan kita nilai secara negatif. Sebagai

contoh, apabila kita berkata, ''Dia gagal sebagai ketua rumah tangganya.'' kita juga berani

mengatakan ''dia takkan boleh menjadi ketua di pejabatnya''. Ataupun kita berkatabegini: ''buat

nasi lemak pun tak pandai,'' seterusnya kita berani berkata ''inikan pula hendak berniaga

restoran.''
Fenomena kesan halo boleh membawa implikasi serius ke atas orang yang dipersepsi.

Sebagai contoh, apabila seseorang ketua membuat penilaian yang sangat positif ke atas sesuatu

perkara berkenaan orang bawahannya, dia cenderung menilai lain-lain perkara berkenaan orang

itu secara positif juga. Begitu juga sebaliknya. Umpamanya, apabila seseorang ketua menganggap

keraninya seorang yang cekap membuat kerja-kerja pekeraniannya, dia juga cenderung

menganggap si kerani itu akan cekap menjalankan kerja-kerja sebagai ketua kerani. Hasilnya

apabila ada kekosongan jawatan bagi ketua kerani, maka si ketua itu akan menaikkan pangkat si

kerani itu menjadi ketua kerani. Padahal, peranan dan tugas seseorang ketua kerani adalah berbeza

dengan tugas-tugas seorang kerani oleh itu belum tentu kerani yang cekap membuat kerja-kerja

perkeranian juga akan cekap membuat kerja-kerja seorang kerani kanan. Begitulah sebaliknya.

Kesan halo menyebabkan penilaian yang kita buat ke atas berbagai-bagai aspek berkenaan

seseorang itu mempunyai hubung kait yang sama tinggi ataupun sama rendahnya. Sebagai contoh,

apabila kita menilai seseorang itu sebagai seorang yang amat baik budi Bahasa dan tegur sapanya,

kita cenderung menilai orang itu juga amat baik dari sudut tingkah lakunya, budi pekertinya,

sikapnya, nilainya, perwatakannya, disiplin dirinya dan macam-macam lagi. Penilaian begini

lazimnya salah. Umpamanya, orang yang amat baik budi bahasa dan tegur sapanya belum tentu

amat baik apabila dinilai dari sudut-sudut lainnya. Fenomena kesan pertama ialah punca kepada

sejenis lagi kesilapan persepsi yang sangat kerap kita alami. Apabila kita sejak mula-mula lagi

sudah menyukai atau membenci seseorang kita cenderung menyukai ataupun membenci orang itu

sampai bila-bila. Fenomena kesan pertama juga mempunyai kesan yang serius terhadap orang yang

kita nilai. Seperti juga halnya dengan fenomena kesan halo di tempat kerja, fenomena ini boleh

menyebabkan kita membuat penilaian yang sangat tidak adil ke atas orang-orang bawahan kita.

Walaupun tugas menilai prestasi orang bawahan adalah salah satu tugas penting para pengurus,
tetapi lazimnya, apabila kita menilai seseorang, kita tidak menilai prestasinya berdasarkan

prestasinya semata-mata. Sebaliknya, kita menilai orang berdasarkan kesan pertama yang kita

alami sewaktu kita mula mengenalinya. Sering kali prestasi seseorang itu sebenarnya sudah

meningkat, tetapi peningkatan itu tidak dilihat oleh ketuanya kerana si ketua masih berpegang

kepada penilaian awalnya yang berdasarkan kesan pertamanya terhadap pekerja itu. Kesilapan

kesan pertama juga berlaku sebaliknya, di mana seseorang ketua membuat penilaian positif

berdasarkan kesan pertamanya. Walaupun prestasi pekerja itu sudah mula menurun tetapi ketuanya

tidak melihat penurunan itu. Fenomena kesan pertama tidak semesti boleh dilihat dengan jelas.

Kajian yang dibuat oleh Dougherty dan rakan-rakannya mendapati pelbagai bentuk kesilapan

kesan pertama yang halus. Kajian mereka mendapati apabila juru interbiu itu memberi penilaian

yang tinggi kepada caloncalon sewaktu mereka baru menilai borang permohonan dan hasil ujian

mereka, juru-juru interbiu itu memberi layanan yang lebih positif kepada calon-calon tersebut.

Analisis pita video rakaman interbiu menunjukkan calon-calon yang berjaya mencipta kesan

pertama yang positif ke atas juru interbiu mendapat layanan yang lebih positif sepanjang interbiu

mereka.
KESIMPULAN

Anda mungkin juga menyukai