Anda di halaman 1dari 3

PERJANJIAN SEWA RUMAH

PERJANJIAN ini dibuat pada tarikh …………………… di antara …………………………………


…………………………..(No.K/P …………………………… ) beralamat di …………………….
……………………………………………………………………………………………………………….
(Kemudian ini dinamakan “Penyewa”)
DAN
Saya …………………………………………………………(No.K/P ………………………….. ) Yang
beralamat di ………………………………………………………………………………............
(Kemudian ini dinamakan “Tuan Punya Rumah”)

BAHAWASANYA saya ………………………………………. bersetuju untuk menyewakan rumah


beralamat ………………………………………………………………………………………………...
kepada penyewa dengan harga sewa rumah sebanyak RM …………………………………………
sebulan. Bayaran bulanan dibuat pada …………….. haribulan pada setiap bulan ke dalam akaun
bank ……………………………………………….. (no akaun) ……………………………….. atau
secara tunai kepada Tuan Punya Rumah.

Bersama ini juga disertakan syarat-syarat tambahan sewaan rumah:

1. Bayaran cagaran sewaan rumah sebanyak ……………… bulan berjumlah RM ……………….


termasuk bil elektrik dan bil air.

2. Penyewa bertanggungjawab membayar segala bil-bil elektrik, air dan telefon yang dikenakan
pada rumah tersebut semasa penyewaan ini berjalan.

3. Rumah hendaklah dijaga sepenuhnya oleh Penyewa. Penyewa hendaklah memastikan


kebersihan rumah termasuk tandas dan dapur terjamin agar tidak mengundang haiwan seperti
tikus dan lipas.

4. Penyewa TIDAK DIBENARKAN untuk menambah / mengurangkan apa-apa bahagian


bangunan rumah sewaan kecuali dengan persetujuan daripada Tuan Punya Rumah.

1
5. Penyewa hendaklah menanggung semua kos pembaikan terhadap sebarang kerosakan
rumah (jika ada) semasa dalam tempoh penyewaan jika kerosakan tersebut adalah disebabkan
kelalaian Penyewa.

6. Penyewa juga TIDAK DIBENARKAN memasang kunci tambahan tanpa kebenaran bertulis
daripada Tuan Punya Rumah. Tuan Punya Rumah akan diberikan pendua kesemua kunci yang
dipasang atas tanggungan Penyewa, sebelum ia dipasang.

7. Penyewa hendaklah MEMBENARKAN Tuan Punya Rumah atau wakil yang telah diberikan
kuasa olehnya atau pekerja-pekerja yang diupah pada bila-bila masa sahaja yang munasabah
memasuki rumah tersebut untuk membuat pemeriksaan atau pembaikan kepada rumah tersebut
yang mana Tuan Punya Rumah menganggap adalah mustahak.

8. Penyewa TIDAK DIBENARKAN untuk menyewakan atau menyerahkan sama ada secara
keseluruhan dan/atau sebahagian dari ruang rumah tersebut kepada orang lain tanpa terlebih
dahulu mendapat kebenaran dari Tuan Punya Rumah dan sekiranya Penyewa mengingkari
kehendak dan maksud perenggan ini, maka Tuan Punya Rumah berhak mengambil apa-apa
tindakan seperti mana yang telah ditetapkan dalam surat perjanjian ini.

9. Penyewa TIDAK DIBENARKAN meletak/menyimpan apa jua barangan beracun dan/atau bahan
merbahaya yang mudah meletup/terbakar di dalam rumah kecuali setelah memenuhi tuntutan
undang-undang dan mendapat kebenaran dari pihak berkuasa berkenaan dan persetujuan Tuan
Punya Rumah.

10. Penyewa TIDAK DIBENARKAN atau membenarkan sesiapa sahaja melakukan perbuatan
sumbang atau salah laku atau sebarang perkara yang menyalahi undang-undang di rumah
tersebut yang boleh mengganggu suasana atau ketenteraman atau rasa tidak senang penduduk
di kawasan tersebut.

11. Notis perlu diberi oleh Penyewa kepada Tuan Punya Rumah untuk menamatkan perjanjian
sewaan sekurang-kurangnya SATU BULAN dari tarikh penamatan kontrak.

12. Penyewa hendaklah menyerahkan rumah sewaan kepada Tuan Punya Rumah dalam
keadaan baik, bersih, dan sedia untuk disewakan kepada orang lain serta membersihkan semua
sampah dengan teratur dan sempurna. Penyewa juga hendaklah mengeluarkan semua
peralatan, kelengkapan atau apa juga barangan miliknya yang telah dipasang dan akan membaiki
apa juga kerosakan akibat daripada pemasangan atau pembukaan peralatan, kelengkapan atau
barangan yang dipasang.

2
13. Tuan Punya Rumah berhak menamatkan perjanjian sewa rumah ini dengan memberikan notis
dalam tempoh sekurang-kurangnya DUA BULAN kepada Penyewa atau dengan membayar ganti
rugi yang sewajarnya.

14. Tuan Punya Rumah perlu memaklumkan kepada Penyewa niat untuk menetapkan kadar sewaan
yang baru sekurang-kurangnya dua bulan sebelum penetapan kadar sewaan baru.

15. Sebarang perubahan atau penambahan tentang perjanjian sewa rumah ini yang tidak
disenaraikan dalam butiran perjanjian ini boleh dirujuk kepada perbincangan antara Tuan Punya
Rumah dan Penyewa dari semasa ke semasa.

BAHAWASANYA, saya (Penyewa) …………………………………………. memahami segala


syarat-syarat seperti yang dinyatakan di atas dan saya bersetuju untuk menyewa rumah yang
beralamat seperti di atas.

Tandatangan Penyewa: Tandatangan Tuan Punya Rumah:

………………………….. …………………………..
Nama: …………………………………… Nama: …………………………………..
No K/P: ………………………………… No K/P: …………………………………
Tarikh : ………………………………….. Tarikh: …………………………………..

Anda mungkin juga menyukai