Anda di halaman 1dari 6

SMJK TIONG HUA SANDAKAN

KERTAS KERJA PROGRAM RIMUP


& BADAN PENGAWAS
SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI & HARI GURU
TAHUN 2018

6 JULAI 2018
(JUMAAT)

DISEDIAKAN OLEH
PUAN NUR HAFIZAH BINTI ABDUL HALIM

ANJURAN:
UNIT RIMUP, BADAN PENGAWAS & UNIT HEM
1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan merupakan salah satu perkara yang penting dan berkesan bagi membangunkan
identiti nasional. semangat kebangsaan, perpaduan dan cinta akan negara dalam kalangan rakyat yang
berbilang kaum di negara ini. Program RIMUP yang diilhamkan oleh Kementerian Pendidikan bertujuan
mempertingkatkan dan memupuk semangat kerjasama antara kaum sebagai pemangkin kepada perpaduan
nasional dan dapat direncanakan dengan lancar dan sistematik.
Bagi tahun 2018, pihak sekolah telah menggabungkan program Sambutan Hari Raya dan Hari

Guru yang akan diadakan serentak Sambutan Hari Guru adalah di bawah anjuran badan pengawas SMJK

Tiong Hua bagi tahun 2018. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk menghargai dan mengenang jasa guru-

guru. Aktiviti ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan bakat mereka dan membuat

persembahan pada Sambutan Hari Guru.

2.0 PENGENALAN

Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan program yang
dilaksanakan bagi melibatkan semua kaum di sekolah. Bagi SMJK Tiong Hua yang mempunyai peratus
kaum Cina lebih kurang 70% , Melayu 20% dan pelajar lain-lain 10% program RIMUP amat penting
untuk dilaksanakan. Unit RIMUP mengambil inisiatif untuk mengadakan program sambutan Hari Raya
Aidilfitri peringkat sekolah dalam suasana masih berhari raya untuk diraikan oleh semua warga sekolah di
peringkat staf sekolah iaitu pekerja pembersihan hinggalah ke pengetua. Begitu juga dengan murid
sekolah dari peralihan ke tingkatan lima melibatkan semua kaum.

3.0 MATLAMAT

Matlamat RIMUP sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri ini adalah untuk memupuk semangat
bersatu padu. bertoleransi dan saling memahami antara satu sama lain dalam kalangan pelajar. RIMUP
dapat mengukuhkan lagi perpaduan yang sedia ada itu terutama di peringkat sekolah agar keharmonian
dan keamanan dikecapi hari ini dapat terus dikekalkan pada masa depan. Tiada jurang antara kaum dalam
kalangan pelajar di sekolah ini, apatah lagi dengannya program RIMUP yang boleh mengukuhkan jalinan
silaturrahim mereka. Secara tidak langsung, integrasi nasional dapat dipupuk dalam hati mereka dari kecil
lagi umpama pepatah `melentur buluh, biarlah dari rebungnya’ .

4.0 OBJEKTIF
4.1 Meningkatan pengetahuan tentang sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri.
4.2 Meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri dalam suasana yang meriah
4.3 Membudayakan perayaan Hari Raya Aidilfitri.
4.4 Melahirkan persefahaman dan tolenrasi antara murid pelbagai kaum di sekolah
4.5 Menerapkan integrasi kaum dalam hidup bermasyarakat
4.6 Mengenang jasa guru-guru atas usaha mendidik anak-anak murid.
4.7 Memupuk semangat murid menyayangi guru.

4.8 Melatih pengawas untuk merancang dan melaksanakan aktiviti.

4.9 Memupuk semangat kerjasama dan bertolak ansur dalam kalangan

pengawas.

5.0 KUMPULAN SASARAN


5.1 Semua pelajar
5.2 Warga sekolah

6.0 JAWATANKUASA PROGRAM RIMUP & HARI GURU


( Rujuk lampiran yang disediakan)

7.0 TARIKH DAN TEMPAT


TARIKH : 6 Julai 2018
HARI : Jumaat
TEMPAT : Dewan SMJK Tiong Hua, Sandakan.

8.0 PROGRAM TENTATIF


(Rujuk Lampiran yang disediakan)
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
(Rujuk Lampiran yang disediakan)

10.0 PENUTUP
Pihak kami berharap agar aktiviti ini dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya. Selain
itu, pihak kami akan cuba sedaya upaya untuk menjalankan dengan sebaik mungkin supaya
program ini dapat mencapai kecemerlangan dan memenuhi objektif program.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.......................................................... ..........................................................
(NUR HAFIZAH BINTI ABDUL HALIM) (ANNIE CHIN HOI FUNG)
Penyelaras Penolong Kanan HEM
Program Sambutan Hari Raya & Hari Guru SMJK Tiong Hua, Sandakan
SMJK Tiong Hua, Sandakan

Disahkan oleh,

............................................................
(HUANG LEE YUNG)
Pengetua
SMJK Tiong Hua, Sandakan
ATURCARA SAMBUTAN HARI RAYA

TARIKH 6 JULAI 2018


HARI JUMAAT

8.30 pagi Guru dan pelajar berkumpul di dewan


8.50 pagi Persembahan pembukaan ( Tarian Selamat
Datang )
8.55 pagi Ucapan Alu-aluan Pengetua
9.05 pagi Nyanyian Solo
9.10 pagi Cabutan Bertuah I
9.20 pagi Tayangan Multimedia I
9.30 pagi Kuiz I
9.40 pagi Pertandingan Pantas Pakaian Baju Raya
9.50 pagi Nyanyian Kumpulan
10.00 pagi Pakaian Terbaik Aidilfitri
10.05 pagi Kuiz II
10.15 pagi Sketsa
10.30 pagi Cabutan Bertuah II
10.40 pagi Tayangan Multimedia II
10.50 pagi Nyanyian Solo
10.55 pagi Teka Kuih Raya
11.10 pagi Persembahan Guru & Staff
11.25 pagi Bersurai

Anda mungkin juga menyukai