Anda di halaman 1dari 4

LONTAR PELURU SIRI 4

Posted on March 15, 2010 by faozika


Standard
UNDANG-UNDANG

1. Giliran peserta-peserta membuat percubaan akan dijalankan dengan undian.

2. Di mana lebih daripada lapan orang peserta mengambil bahagian, tiap-tiap peserta dibenarkan
membuat tiga percubaan dan lapan orang peserta yang terbaik di antara kesemuanya akan
dibenarkan pula untuk membuat tiga percubaan tambahan. Jika berlaku seri di tempat yang kelapan,
ia tidak diputuskan. tetapi pesenta-peserta yang seri itu akan dibenarkan lagi membuat tiga
percubaan tambahan bersama dengan peserta yang layak tadi. Sekiranya terdapat hanya 8 peserta
atau kurang daripada 8 peserta bertanding, setiap peserta dibenarkan 6 percubaan sahaja.

[Nota: Maksud seri di sini ialah peserta-peserta mencapai aras yang sama oleh sebab itu peraturan
146[3] tidak akan dikenakan]

3. Di tempat pertandingan, setiap peserta, jika boleh, diberi dua percubaan sahaja untuk latihan.
Percubaan latihan ini dijalankan cara undi dan peserta-peserta dipanggil nama-nama mereka dan
diawasi oleh hakim.

4. Apabila pertandingan dimulakan, peserta-peserta tidak dibenar meggunakan alat-alat itu untuk
tujuan berlatih atau menggunakan bulatan dalam sektor untuk Iatihan, dengan atau menggunakan
bulatan dalam sekotor untuk latihan, dengan atau tanpa a1ata-a1at akan meninggalakan kesan.

5. Lontaran hendaklah dibuat dan dalam bulatan. Seseorang peserta mestilah memulakan
lontarannya dengan keadaan diam tidak bergerak. Seseorang peserta dibenarkan menyentuh
bahagian dalam relang dan papan.

6. Peserta mestilah memulakan lontarannya dan pendirian yang tetap (keadaan tidak bergerak)
dalam bulatan. Peluru mestilah dilontar melalui atas bahu dengan sebelah tangan sahaja. Semasa
peserta membuat pemulaan lontaran dalam bulatan, peluru mestilah menyentuh atau rapat dengan
dagu dan tangan tidak boleh dijatuhkan ke bawah daripada tempat lontaran. Peluru tidak boleh
dibawa kebelakang dan paras garisan bahu.

7. (a) Tiada sebarang alatan, seperti ikatan, dua atau Iebih jari yang boleh membantu peserta bila
rnernbuat lontaran, akan dibenarkan. Penggunaan pita ditangan tidak dibenarkan kecuali untuk
membalut luka.

(b) Sarung tangan tidak boleh digunakan.

(c) Untuk mendapat cengkaman yang baik, peserta-peserta dibenarkan menggunakan bahan yang
sesuai di bahagian tangan sahaja.

(d) Untuk menyelamatkan tulang belakang dan kecederaan, peserta peserta dibenarkan memakai
tali pinggang kulit atau bahan-bahan sejenis itu.

(e) Peserta-peserta tidak dibenarkan menyembur sebarang bahan sama ada di dalam bulatan atau
kesutnya.
Lontarannya dikira batal dan tidak dikira jika seorang peserta, sesudah memasuki bulatan dan
memulakan lontarannya, tersentuh dengan mana-mana bahagian sebarang anggotan badannya ke
tanah, di luar bulatan atau bahagian atas hujung bulatan atau dengan tidak senonoh melepaskan
peluru pada ketika membuat percubaan.
9. Semasa percubaan, seseorang peserta itu dengan tidak melanggar peraturan-peraturan di atas,
boleh menghentikan sesuatu percubaan setelah memulakannya, meletakkan alatnya di dalam atau
di luar bulatan dan boleh meninggalkan bulatan (semasa meninggalkan bulatan ia mestilah keluar
dengan mengikut peraturan diberi di bawah) sebelum kembali semula untuk memulakan percubaan
yang baru.

[Nota: Semua pergerakan yang dibenarkan dalam perengganinmi adalah termasuk dalam had
maksimum masa untuk sesuatu percubaan seperti dalam Peraturan 142 para 4].

10. Untuk lontaran yang sah, keseluruhan peluru hendaktah jatuh di datam kawasan di antara
dua sisi sebelah dalarn garisan 50mm lebar.

11. Pengukuran bagi tiap-tiap lontaran mestilah dilakukan terus-menerus daripada tanda yang
hampir sekali yang dibuat oleh jatuhan peluru kebahagian dalam relung bulatan melalui satu garisan
dan tanda yang dibuat oleh peluru kepada pusat bulatan.

12. Peserta tidak boleh meninggalkan bulatan sebelum peluru meyentuh tanah. Ia mestitah
tinggalkan bulatan dari separuh bulatan belakang yang akan ditandakan dengan garisan lurus putih
yang dilukis dari luar melalui bahagian tengah bulatan dan berakhir di luanya. (Lihat para 17)

13. Setelah selesai sesuatu Iontaran, peluru itu mestilah dibawa batik ketempat pemulaan atau
bulatan dan tidak secara dibaling.

14. Lontaran yang terbaik dari semua lontarannya bagi tiap-tiap peserta, termasuk lontaran yang
diambil untuk menyelesaikan seri untuk tempat pertama akan dikira.

15. Dipertandingan di bawah peraturan 12.1(a), (b) dan (c) hanya alat-alat yang disediakan oleh
pihak Pengelola sahaja boleh digunakan, dan sebarang pengubahan kepada alat-alat tersebut tidak
akan dibenarkan ketika pertandingan dijalankan. Tiada sesiapa pun di antara peserta akan
dibenarkan membawa masuk alat-alatnya dalam gelanggang. Di pertandingan di antara dua atau
lebih, para peserta boleh menggunakan alat-alat sendiri, dengan syarat alat-alat ini diperiksa dan
ditanda dengan tanda lulus oleh Pihak Jawatankuasa Pengelola terlebih dahulu sebelum
pertandingan dijalankan dan alat-alat itu boleh digunakan oleh semua yang rnengambil bahagian.

16. Untuk menentukan jarak lontaran yang dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik selepas sesuatu
lontaran, iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga ke bahagian tengah bulatan lontaran.
Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian dalam papan penanda pada bulatan
tersebut. Peserta yang mencapai jarak paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang.

17. Undang-undang sukan olahraga yang merangkumi acara lontar peluru menetapkan iaitu setiap
atlit yang mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan hendaklah berpakaian yang sesuai dan
tidak menjolok mata bagi peserta wanita. Begitu juga dengan kasut yang sesuai mengikut keselesaan
peserta dan tidak pula mengganggunya ketika melakukan lontaran.
KESALAHAN YANG BIASA BERLAKU

1. Kegagalan untuk membuat fasa persediaan yang betul. Kesalahan yang biasanya berlaku pada
fasa persediaan ialah kegagalan atlit berada dalam keadaan yang baik dan tenang sebelum membuat
gelungsuran. Apa yang biasanya berlaku ialah atlit akan tunduk rnenyebabkan dagu menghampiri
dada dan ini akan meletakan peluru keparas yang rendah. Kesalahan ini akan mernbawa kepada
kegagalan mernbuat fasa-fasa yang berikutnya.

2. Kedudukan siku tangan melontar yang tidak betul. Sepatutnya siku tangan melontar hendaklah
berada tinggi untuk memudahkan peluru ditolak keluar. Kedudukan siku yang rendah akan
menyukarkan peluru ditolak dan akan menghasilkan jarak yang kurang rnemuaskan

3. Kesilapan kaki kiri yang membantu gelungsuran kaki kanan. Biasanya lutut kaki kiri seharusnya
bengkok dan dirapatkan dengan lutut kaki kanan dan seterusnya menendang kebelakang untuk
membuat gelungsuran. Pergerakan yang salah ialah atlit meluruskan kaki kiri sebelum membuat
gelungsuran yang menyukarkan pengheretan kaki kanan untuk melakukan gelungsuran.

4. Kegagalan membuka pinggang mengarah arah lontaran. Selepas fasa gelungsuran pinggang
rnestilah di buka dan diangkat kearah lontaran untuk mendapatkan kuasa yang sepenuhnya dari
kaki. Pergerakan ini berlaku pantas bersambungan dengan fasa gelungsuran. Jika pergerakan ini
gagal dilakukan dengan betul maka keadaan badan akan rendah dan kuasa tidak dapat dialihkan
ketangan.

5. Kegagalan melakukan pusingan badan yang betul. Sebelum melepaskan peluru iaitu selepas fasa
gelungsuran, badan dipusingkan kearah lontaran dan kesalahan yang biasa berlaku ialah “over
pulled” atau “Thnder pulled”. Ini berpunca dari tangan kiri yang tidak dikunci sikunya. ‘Over pulled’
bermakna pusingan yang terlebih dan ‘Under pulled’ pusingan yang tak sampai maka akan
menyebabkan peluru tidak menuju kearah lontaran.

6. Kegagalan membuat fasa pemulihan yang baik. Selepas lontar pergerakan pemulihan merupakan
fasa mengimbangkan badan agar tidak terlajak keluar ke hadapan. Biasanya atlit tidak dapat
mengimbangi pergerakan. Sepatutnya kaki kanan yang turut berpusing selepas lontaran mestilah
rnengantikan kedudukan kaki kiri, manakala kaki kiri mestilah dilojakkan ke belakang.

7. Lontaran yang tidak mengikut sudut 450° Biasanya peluru yang menghasilkan jarak yang baik
ialah peluru yang dilontar bersudut 450° Ianya bergantung kepada fasa selepas gelungsuran dan
berpunca dan kesalahan melakukan fasa lontaran yang baik. Peluru tidak seharusnya dilontar terlalu
tinggi atau terlalu rendah.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Keselamatan adalah faktor yang paling penting bagi peserta lontar peluru, guru dan juga jurulatih.
Berbeza dengan peserta lompatan, ia hanya membahayakan dirinya sendiri jika dia cuai. Bagi peserta
lontaran ia juga berkemungkinan membahayakan orang lain di sekeliling kawasan lontaran atau yang
berdiri terlampau dekat dengan peserta. Oleh itu adalah penting

Iangkah-langkah ini diperhatikan:

1. Selalu pastikan kawasan peluru mendarat sesuai dan bebas dari gangguan.

2. Pastikan orang yang berada di keliling peserta memerhatikan apa yang sedang dilakukan dan
akan dilakukan oleh perserta.

3. Bila lontaran dibuat dalam kumpulan, ia mesti dilontar serentak dan bila memunggut peluru juga
dilakukan serentak.

4. Pastikan setiap peserta atau murid sudah di ajar cara-cara memegang dan membawa peluru
dengan cara yang betul. Beri masa yang cukup untuk murid memegang peluru.

5. Semua lontaran mesti ke satu arah sahaja. Tidak ke arah kawan mereka.

6. Murid mestilah diletakkan sepanjang satu garis lurus dan sekurang-kurang berjarak 5 meter
antara satu sama lain.

7. Pastikan tidak ada murid yang melintas garisan lontaran selagi lontaran belum lagi dibuat atau
peluru mendarat. Mereka mestilah mengikut giliran dalam membuat lontaran.

8. Murid yang melontar dengan tangan kiri mestilah diletakan dalam satu kumpulan

9. Pastikan blok kayu tidak bergigi atau tajam.

10. Jika peluru lembab atau basah, sapu dulu dengan kain.

11. Arahan guru mestilah TERANG, JELAS dan TEGAS.

Anda mungkin juga menyukai