eredhaan d
an keampunan Mu
ke atas diri kami pada hari ini. Berkatilah majlis ini dari permulaan hingga
pengakhirannya.
Kurniakanlah kepada kami ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap
dugaanMu. Bekalkan kami dengan kasih sayang sejati. Perasaan belas kasihan yang hakiki. Tekad
usaha yang tidak mengenal penat. Tawakkal kepadaMu yang tidak mengenal pasrah. Kesetiaan
antara satu sama lain yang tidak mengenal sangsi. Ketaatan pada orang-orang tua mereka yang tidak
mengenal derhaka. Dan Keimanan padaMu yang tidak mengenal ingkar. Kurniakanlah kami
ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan dan cubaan hidup
berumahtangga lebih lebih lagi di akhir zaman yang penuh pancaroba ini.
Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia
Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kami serta eratkan hubungan kami
sepertimana telah Engkau hubungkan di antara air & tanah, Adam & Hawa, Ibrahim & Siti Hajar,
seperti Yusuf & Zulaika, dan seperti Baginda Muhammad s.a.w & Khadijah.
Ya Allah, satukalah keduanya dalam inayah dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang
mendambakan rahmatMu.
Ya Allah, Kami menadah tangan kami dan memohon kepadamu dengan penuh rendah hati
Sekiranya pada diri kami ini masih ada kelemahan dan dosa
Pada tertunainya doa kami yang terbit dari hati yang ikhlas