Anda di halaman 1dari 5

REFLEKSI

Semasa saya menerima tugasan ini, persoalan utama yang muncul pada minda saya
ialah mampukah saya menyiapkan kerja kursus ini pada masa yang ditetapkan. Ini
disebabkan pada masa yang sama terdapat juga beberapa kerja kursus yang lain perlu
disiapkan dalam tempoh masa yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi
tekanan kepada saya. Walau bagaimanapun, saya pun berfikiran positif untuk menyahut
cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan. Ini
disebabkan saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang diberi oleh pensyarah
tidaklah begitu sukar kerana topik berkenaan telah pun diajar oleh Cik. Maznah Binti
Shaari semasa kuliah.

Semasa mengumpul dan menganalisis maklumat, saya tidak beberapa faham


tentang latihan kecergasan dan kesihatan diri. Saya rasa kecergasan dan kesihatan diri
hanya melibatkan aktiviti fizikal sahaja. Apabila, menjalankan tugasan Kerja Kursus
Pendek (KKP) saya mempelajari latihan kecergasan dan kesihatan diri, seseorang
individu itu akan mempengaruhi perlakuan dan kemahiran, terutama dalam sesuatu
aktiviti. Saya juga dapat mempelajari kecergasan dan kesihatan diri adalah kemampuan
tubuh badan dan minda untuk berfungsi secara effisien dan efektif.

Kehidupan yang aktif dari segi fizikal adalah penting untuk meningkatkan taraf
kesihatan individu. Amalan senaman yang berkala akan meningkatkan tahap
kecergasan fizikal dan seterusnya boleh menjauhkan seseorang individu daripada
beberapa penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, diabetes, penyakit
tulang dan kanser. Tahap kecergasan fizikal yang baik diterjemahkan sebagai
melakukan kerja tanpa kelesuan yang menggunakan tenaga yang sedikit dan
mempunyai tenaga simpanan untuk digunakan pada waktu senggang dan waktu
kecemasan. Clarke (1997), dalam Baumgartner (1995) mendefinisikan kecergasan
fizikal adalah kemampuan melakukan kerja harian dengan kesungguhan sepenuhnya
tanpa lesu dan mempunyai baki tenaga untuk digunakan semasa kesenggangan dan
ketika kecemasan. Menurut Prentice (1994), kecergasan fizikal ialah keupayaan
melaksanakan tugas harian dengan cekap dan cergas tanpa rasa kepenatan yang
berlebihan serta mempunyai tenaga yang mencukupi untuk melakukan aktiviti riadah.

Saya juga perlu sentiasa bersedia untuk menyiapkan tugasan yang berkaitan
latihan kecergasan dan kesihatan diri kerana telah mendapat pengalaman yang
mendalam. Sebelum ini, saya tidak tahu cara membuat brosur secara kreatif. Apabila
saya menjalankan KKP ini saya mahir dalam membuat brosur secara kreatif, inovatif
serta berwarna-warni. Ia merupakan suatu mengalaman yang indah untuk saya.

Selain itu, saya mengenalpasti bahawa sebagai bakal guru, saya perlu
mempertingkatkan lagi pengetahuan saya selaras dengan matlamat Falsafah
Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru.Tambahan pula, peranan guru dalam
dunia pendidikan adalah sangat besar bagi mencapai matlamat negara untuk
melahirkan anak murid yang berkualiti. Kecergasan dan kesihatan diri di sekolah lahir
daripada seorang guru kerana guru merupakan model untuk murid-murid. Ini adalah
disebabkan guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Jadi peningkatan pengetahuan
saya dalam aspek kecergasan dan kesihatan diri amat berfaedah.

Di samping itu, saya telah mempelajari banyak nilai murni semasa


melaksanakan tugasan ini, saya telah sedar bahawa pentingnya menghargai masa.
Oleh itu, saya mendapat soalan tugasan daripada pensyarah, saya haruslah bertindak
proaktif supaya dapat menjalankan tugasan dengan sempurna. Jika saya dapat
merancang dengan teliti, saya dapat elak daripada melaksanakan tugasan pada saat-
saat terakhir. Saya juga ingin memastikan tugasan yang saya hasilkan adalah berkualiti
dan menepati standard yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya boleh
menguruskan masa dengan baik dan berkesan seterusnya mengelakkan budaya
kurang sihat seperti mengantuk dalam kelas kerana menyiapkan kerja sampai larut
malam.

Kesimpulannya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah


saya kerana saya telah lebih memahami tajuk ini. Saya berasa teruja untuk belajar
tajuk-tajuk yang berkaitan dengan kecergasan dan kesihatan diri. Latihan kecergasan
dan kesihatan diri amat penting kepada semua rakyat Malaysia kerana minda yang
cerdas ada pada badan yang sihat.

LATIHAN LARIAN
LARI SAMBIL SEPAK KAKI KE HADAPAN

LARI SAMBIL MEMBUAT LUNGES


LARI SAMBIL MEMBUAT HIGH KNEE

LARI SAMBIL MEMBUAT STRECHING


LARIAN 2.4 KM

Anda mungkin juga menyukai