Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.

Yang beruasaha Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, SK


Bukit Pekan, Puan Azni Binti Abdul Rahman, yang dihormati dan dikasihi
guru-guru dan seterusnya, rakan-rakan sekalian.

Sidang hadirin yang dihormati,

Tanpa kita sedari, masa berlalu dengan begitu pantas. Tempoh enam
tahun dirasakan umpama semalam sahaja. Kini, kita sudah berada pada
penghujung tahun terakhir di sekolah rendah, iaitu tahun enam. Maka,
minggu ini merupakan minggu terakhir kita menuntut ilmu di SK Bukit Pekan
yang hebat ini. Begitu berat rasanya untuk meninggalkan sekolah yang
tercinta ini.

Begitu hiba rasanya untuk kita berpisah dengan guru-guru yang amat
dedikasi dan prihatin untuk mendidik serta mengasuh kita. Namun demikian,
apalaah daya kita untuk menghalang waktu untuk terus berlalu, lantaran
setiap pertemuan pastinya akan berakhir dengan perpisahan. Justeru itu,
walaupun berat hati untuk berpisah, kenyataannya perpisahan itu pasti akan
hadir.

Guru-guru yang dikasihi dan dihormati,


Jasa dan bakti guru-guru terlalu besar buat kami semua. Tidak akan
terbalas dengan wang ringgit dan harta benda untuk segala bakti yang
kalian curahkan kepada kami. Pastinya akan kami kenang selama-lamanya
selagi jantung dan nadi ini masih berdengup dan berdenyut. Pada
kesempatan ini, saya mewakili rakan-rakan ingin menyusun sepuluh jari
untuk memohon kemaafan dari hujung rambut sampai ke hujung kaki
kepada guru-guru yang dikasihi. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas
segala jasa dan bakti yang telah guru-guru abadikan kepada kami.

Maka dengan ini sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah mendidik
dan membimbing kami selama ini dan maafkanlah segala kesilapan dan
kesalahan kami. Kepada rakan-rakan pula, selamat menempuh alam sekolah
menengah yang tentu jauh bezanya dengan budaya di sekolah rendah.

Semoga kita akan terus membina kecemerlangan dan terus berbakti kepada
ibu bapa kita serta masyarakat dan negara. Gunakanlah segala ilmu yang
telah guru-guru kita curahkan untuk melayari alam remaja dan seterusnya
dewasa dengan penuh ketabahan, keimanan dan ketakwaan.

Pulau pandan jauh ke tengah


Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai