Anda di halaman 1dari 2

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

MINIT MESYUARAT

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR EASTER

MINIT MESYUARAT LINUS BIL 3 TAHUN 2017

Tarikh : 02.10.2017 (Selasa)

Masa : 1.30 tengahari

Tempat : Bilik Mesyuarat SKBE

Pengerusi : Puan Ngatina Binti Senen

Kehadiran(Bilangan) : 37

Turut Hadir (Jika ada) : .......................................................................................................................

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Majlis dimulai dengan bacaan Ummul Kitab.
1.2 Penyelaras mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada AJK
kerana dapat hadir pada mesyuarat kali

2 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) / FOKUS MESYUARAT


2.1 Penerangan daripada GPK1 mengenai LINUS tahun 1

Berdasarkan pencapaian tahap penguasaan literasi bahasa melayu dalam kalangan


murid-murid LINUS tahun 1 2017 berada pada tahap yang kurang memuaskan dan
membimbangkan. Pihak pentadbiran sekolah telah membuat pelan strategik untuk
memikirkan program penambahbaikan untuk mengatasi masalah LINUS tersebut.

2.2 Berdasarkan pelan strategik yang dibuat, terdapat 4 strategik yang dijana iaitu :

I. Meningkatkan pencapaian saringan LINUS Literasi BM Tahun 1 melalui


pencapaian cemerlang kemahiran membaca murid-murid prasekolah dengan
bantuan guru dan ibubapa.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

II. Meningkatkan penggunaan bahan bacaan dan kaedah pembelajaran yang


menarik, efisyen dan sesuai dengan bantuan Fasilatator LINUS PPD Kota
Tinggi, PIBG serta agensi luar.
III. Meningkatkan kesedaran ibu bapa murid-murid prasekolah terhadap
kepentingan pelajaran anak menggunakan kepakaran guru besar dan
pengalaman guru.
IV. Meningkatkan minat dan kesungguhan murid-murid prasekolah terhadap
pelajaran melalui kepelbagaian aktiviti yang menarik selaras dengan
perkembangan teknologi masa kini.

2.3 Pemilihan strategik akan dijalankan oleh semua guru-guru menggunakan


skala likert. Rumusannya akan dibuat oleh pihak pentadbiran seterusnya
memikirkan program untuk pencapaian yang cemerlang dalam LINUS tahun 1.

3 HAL-HAL LAIN
3.1 Puan Salmah Binti Ahmad selaku Penyelaras LINUS membentangkan
keputusan saringan LINUS untuk tahun 2 dan 3.
Tindakan: Penyelaras LINUS
4 PENUTUP
4.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan penetapan
tarikh mesyuarat yang berikutnya. Mesyuarat untuk program penambaikan akan diadakan
dalam jangka masa yang terdekat

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh,

(PUAN SALMAH AHMAD)


Penyelaras LINUS tahun 1,
SK Bandar Easter,
Kota Tinggi, Johor.
Tarikh : 07 Oktober 2017

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00

Anda mungkin juga menyukai