Anda di halaman 1dari 10

TEKS UCAPAN HARI ANUGERAH CEMERLANG DAN

GRADUASI PRASEKOAH
SK ISMAIL SATU

KATA ALU- Muzik dialun sungguh indah PN SITI


Buat tetamu dan jua taulan AISAH
ALUAN Tetamu dinanti berkunjung sudah
SELAMAT Selamat datang kami ucapkan
DATANG
Ke pekan sehari bersama cik intan
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan majlis.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan


salam sejahtera.

Bismillahhirrohmanirrahim…..
Alhamdulillahhirobbilalamin,ila akhir.....

Yang Berusaha, En Muhamad Yusoh bin Misbah


Guru Besar SK Ismail Satu, Yang Dipertua PIBG
SK Ismail Satu,En Ismail bin Hashim, Yang
Dihormati barisan guru penolong kanan SK Ismail
Satu ,guru-guru, ahli jawatan kuasa PIBG,
pembantu pengurusan murid, murid-murid yang
dikasihi dan para hadirin yang dihormati sekalian

Alhamdulillhah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t


kerana dapat berkumpul di dalam dewan bagi
sama-sama menyaksikan catatan kenangan manis
buat penerima anugerah cemerlang pada tahun ini.
Disamping itu saya ingin mengambil kesempatan
untuk mengucapkan selamat datang dan
merakamkan ucapan terima kasih kepada semua
tetamu yang sudi hadir bagi memeriahkan Hari
Anugerah Cemerlang & Graduasi Prasekolah.
Hadirin, warga dewan yang dihormati, PN MARINA
PERSEMBAH SABARI
AN Dari Kedah ke Kuala Perlis
SELAMAT
Singgah bersantai di tepi jeti
DATANG
Persembahan pembukaan memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati.

Seterusnya, marilah sama-sama kita saksikan


Persembahan Selamat Datang dari anak-anak cilik
Prasekolah..Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih. Persembahan


Selamat Datang itu tadi adalah di bawah pimpinan
Pn Aziah Zainuddin dan Pn Khatijah Salleh

BACAAN DOA Lebat kemiri pohonnya rendah PN SITI


Dahan terikat tali perkasa AISAH
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat Yang Maha Esa

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari


yang penuh bermakna ini,marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan doa yang alan
dibacakan oleh Ustaz Farkhrurazi bin Mohamed.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Ustaz Fakhrurazi atas bacaan doa itu tadi.
Semoga dengan kalimah doa tadi,diberkati
hendaknya segala hasrat yang
direncanakan...InsyaAllah
UCAPAN ALU- Hadirin, warga dewan yang dihormati, PN MARINA
ALUAN MC SABARI
Hari Anugerah Cemerlang & Graduasi Prasekolah
yang diraikan saban tahun ini,antara lain
mengundang objektif untuk menjadi paksi kepada
para pelajar bagi mengukir kecemerlangan dalam
segenap bidang pendidikan terutamanya dam
bidang kurikulum dan ko-kurikulum.

Majlis yang menjadi agenda wajib dalam taqwim


tahunan sekolah ini turut menganugerahkan
penghargaan kepada para pelajar yang
menunjukkan kesungguhan dalam pelbagai bidang
akedemik. Justeru, adalah menjadi harapan kami
warga pendidik agar ianya menjadi tonggak bagi
memulakan anjakan pradigma dan pencetus
revolusi dalam diri setiap pelajar.

Tuan-tuan puan-puan yang saya hormati,


UCAPAN GURU
BESAR
Tirai Majlis kita pada hari ini akan dimulakan
dengan ucapan alu-aluan. Untuk itu, majlis
menjemput
Guru Besar SK Ismail Satu En Muhammad Yusoh
bin Misbah untuk untuk menyampaikan ucaptama
beliau. Majlis mempersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih..

UCAPAN YDP Kalau tuan pikat kenari PN SITI


PIBG Jangan patahkan batang jerami AISAH
Kepada tuan mandat diberi
Mohon disempurnakan majlis kami
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan Ucapan Yang Dipertua
PIBG SK Ismail Satu En Ismail bin Hashim untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih

UCAPAN Tuan-tuan puan-puan yang saya hormati, PN MARINA


PENGURUS BANK SABARI
RAKYAT Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan .

.......................................... Pengurus Bank Rakyat


Caw Muar, bagi meyampaikan sepatah dua kata.

Dipersilakan.

Dengan itu, majlis menjemput Tuan Guru Besar


SK Ismail satu En Muhamad Yusoh bin Misbah
untuk menerima sumbangan dari pihak Bank.

Untuk makluman semua Pengurus Bank Rakyat


Caw Muar telah berbesar hati untuk menyumbang
sebanyak RM200.00 kepada Tabung PIBG SK
Ismail Satu dan menyumbang jersi kepada
Pasukan Bola Sepak Sekolah.

Terima Kasih diucapkan.


PERSEMBAHAN Seterusnya majlis mempersilakan, Persembahan PN MARINA
PPKI Nasyid dari Kumpulan Sautul Jaohari dari Program SABARI
Pendidikan Khas Integrasi. Untuk makluman
hadirin dan hadirat sekalian, Kumpulan Soutul
Jauhari dibawah bimbingan En Azmi Ali dan Pn Siti
Aisah Yahya telah mewakili Negeri Johor dalam
pertandingan Festival Nasyid Peringkat
Kebangsaan di Terengganu dan telah meraih
tempat Ketiga dalam pertandingan tersebut. Majlis
dengan ini mempersilakan.

Terima Kasih diucapakn kepada Kumpulan Soutul


Jauhari

Majlis diteruskan lagi dengan tayangan slide dari


Unit Prasekolah SK Ismail Satu. Marilah sama-
sama kita saksikan.

PENYAMPAIAN Melati kuntum rotan berhias, PN SITI


SIJIL GRADUASI Tumbuh melata di tepi kali AISAH
PRASEKOLAH Anugerah cemerlang 2014
Murid cemerlang kita hargai

Hadirin warga dewan yang dimuliakan,

Penyampaian hadiah terbaik murid-murid PRA


sekolah akan membuka tirai majlis Anugerah
Cemerlang kita pada pagi ini. Dengan ini majlis
dengan segala hormatnya menjemput Guru
Penolong Kanan Kurikulum, En Azman bin
Mahmmod mengiringi En Muhamd Yusoh bin
Misbah Guru Besar SK Ismail Satu bagi
menyampaikan hadiah-hadiah .Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.


MAJLIS BERHENTI Hadirin dan hadirat sekalian PN MARINA
REHAT SEKETIKA SABARI
Majlis akan berhenti rehat seketika. Makanan akan
diedarkan sebentar lagi untuk para ibubapa.

Majlis mempersilakan para tetamu kehormat untuk


ke Bilik Jamuan di Bilik Seni Pendidikan Khas
diiringi oleh Tuan Guru Besar.

PERSEMBAHAN Hadirin dan hadirat yang dimuliakan, PN SITI


ALIRAN BERDANA AISAH
Majlis anugerah cemerlang diteruskan lagi dengan YAHYA
Persembahan Aluanan Qasidah daripada
Kumpulan Nuzum Ismail untuk membuat
persembahan. Majlis dengan ini dipersilakan......

Terima kasih diucapkan. Untuk makluman semua,


persembahan itu tadi adalah dibawah bimbingan
Guru-guru Team Dakwah SK Ismail Satu

ANUGERAH Hadirin dan hadirat yang dimuliakan, PN MARINA


PELAJAR BT SABARI
CEMERLANG Majlis anugerah cemerlang diteruskan lagi.
ALIRAN PPKI Dengan ini majlis dengan segala hormatnya
menjemput

..................................................................untuk
menyampaikan hadiah kepada para penerima.

Rujuk Senarai Penerima Anugerah Cemerlang.

Majlis dengan ini mengucapkan tahniah dan terima


kasih.

ANUGERAH Seterusnya majlis dengan ini meneruskan lagi sesi PN SITI


PELAJAR penyampaian hadiah. Dengan ini majlis menjemput AISAH
CEMERLANG dan mempersilakan
ALIRAN PERDANA ....................................................................... untuk PN MARINA
menyampaikan hadiah.
Rujuk Senarai Penerima Anugerah Cemerlang

Seterusnya disampaikan pula hadiah-hadiah


terbaik dalam aliran dan matapelajaran Tahun 1

Baca nama

Seterusnya disampaikan pula hadiah-hadiah


terbaik dalam aliran dan matapelajaran Tahun 2

Baca nama

Seterusnya disampaikan pula hadiah-hadiah


terbaik dalam aliran dan mata pelajaran terbaik
bagi Tahun 3

Baca nama

Seterusnya disampaikan pula hadiah-hadiah


terbaik dalam aliran dan mata pelajaran terbaik
bagi Tahun 4

Baca nama

Seterusnya disampaikan pula hadiah-hadiah


terbaik dalam aliran dan mata pelajaran terbaik
bagi Tahun 5

Baca nama

Seterusnya disampaikan pula hadiah-hadiah


terbaik dalam aliran dan mata pelajaran terbaik
bagi Tahun 6

Baca nama

Seterusnya penyampaian anugerah bagi Anugerah


Nilam

Tahinah dan terima kasih.


PERSEMBAHAN Seterusnya majlis dengan ini berbesar hati PN SITI
PERDANA mempersilakan Murid-murid Tahun 6 dibawah AISAH

bimbingan ......................................................
untuk mempersembahkan Persembahan penutup
bagi Hari Anugerah Cemerlang dan Gradusi
Prasekolah 2014.

Dipersilakan......

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

ANUGERAH KHAS Majlis anugerah cemerlang diteruskan lagi. PN MARINA

Dengan ini majlis dengan segala hormatnya


menjemput
..................................................................untuk
menyampaikan hadiah kepada para penerima.

Baca nama

Setersnya penyampian anugerah bagi Pengawas


Sekolah dan Pustakawan

Baca nama

Setersnya penyampian Anugerah Penglibatan


Murid

Seterusnya saya akan membacakan bingkisan


biodata Tokoh Murid SK Ismail Satu 2014.

Dengan dipersetujui oleh semua panel juri


pemilihan, maka Tokoh Murid SK Ismail Satu
dinobatkan kepada
.................................................................................

Syabas diucapkan.

Rujuk Senarai Penerima Anugerah Cemerlang

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada .

...............................................
PENUTUP Akar keladi melilit selasih PN MARINA
Selasih tumbuh di hujung taman PN SITI
Kalungan budi junjungan kasih AISAH
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka


tibalah masanya untuk kami selaku pengendali
majlis mengundur diri. Saya Pn SitiAisah
Yahya,Marina bt Sabari menyusun jari sepuluh
memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur
kata, terlampau cara sepanjang kami berbicara.

Terima kasih buat semua warga SK Ismail Satu,


rakan guru, orang perseorangan yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung bagi
menjayakan Hari Anugerah Cemerlang & Graduasi
Prasekolah 2014.Sesungguhnya kerja dan amal
yang penuh dengan keikhlasan akan mendapat
ganjaran dan keberkatan dari Allah s.w.t.
InsyaAllah.

Pohon Kenanga elok merimbun


Tersenyum si dara menyunting bunganya
Kemi menghimpun maaf dan ampun
Wacana hidup berkat selamanya

Burung tekukur terbang rendah


terbang bersama si burung murai
Saat ini saat penyudah
Tanda majlis melabuhkan tirai

Majlis berakhir penuh syafaat


Menjadi ingatan sepanjang zaman
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjangkan iman.

Sekian wbt

Anda mungkin juga menyukai