Anda di halaman 1dari 10

Kerajaan Maritim di Nusantara

Buku yang bertajuk Majapahit Peradaban Maritim iaitu ketika Nusantara menjadi
pengendali perlabuhan dunia merupakan hasil karya Irwan Djoko Nugroho. Buku ini
mempunyai beberapa pembahagian bab dan subtopik di mana subtopik dalam buku
ini menceritakan mengenai kerajaan Maritim di Nusantara termasuk negara yang
terkenal sebagai pengendali perlabuhan dunia seperti Jawa.

Negara-negara maritim merupakan negara yang memiliki visi ataupun


pandangan hidup kelautan bagi mengawal dan memanfaatkan laut sebagai syarat
mutlak untuk mencapai kesejahteraan dan kejayaan. Menurut Mahan, terdapat enam
syarat bagi sesebuah negara maritim iaitu lokasi geografi, karakteristik tanah dan
pantai, luas wilayah, jumlah penduduk, ciri-ciri penduduk dan cara pemerintahan.
Sesebuah negara maritim mestilah dapat mentadbir dan memerintah pulau-pulau
yang telah menjadi wilayah kekuasaannya. Oleh itu, negara maritim wajib memiliki
armada laut yang kuat sama ada dari segi armada perang mahupun armada dagang.
Nusantara memiliki tiga laut yang utama serta terdapat lima zon komersial di
kawasan Asia Tenggara pada abad ke-14 dan awal abad ke-15. Zon-zon tersebut
adalah Zon Teluk Benggala yang mencakupi kawasan India Selatan, Sri Lanka,
Birma dan Pantai Utara Sumatera. Zon kedua adalah di sekitar kawasan Selat
Melaka. Zon ketiga adalah kawasan Laut China Selatan yang meliputi Pantai Timur
Semenanjung Malaysia, Thailand dan Vietnam Selatan. Zon keempat adalah
kawasan Sulu yang mencakupi Pantai Barat Luzon, Mindoro, Cebu, Mindanao dan
Pantai Utara Kalimantan. Zon yang terakhir adalah sekitar kawasan Laut Jawa yang
melibatkan kawasan Kalimantan Selatan Jawa, Sulawesi, Sumatera dan juga Nusa
Tenggara. Selain lima zon komersial tersebut, terdapat dua buah zon lagi iaitu
kawasan Laut Arab yang mencakupi Cochin, Malabar Oman dan Aden. Zon
seterusnya adalah kawasan Laut Merah yang meliputi Mombasa, Mogadishu, Muza,
Berenike dan juga Alexandria.

Ketujuh-tujuh buah zon komersial tersebut bukan hanya menjadi tumpuan


pada abad ke-14 dan awal abad ke-15 bahkan sebelum itu lagi zon-zon tersebut
telahpun dikenali di seluruh dunia. Oleh itu tidak hairanlah sekiranya zon-zon ini
menjadi mangsa perebutan untuk dimonopoli oleh setiap kerajaan yang ada pada

1
ketika itu. Secara umumnya perebutan untuk memonopoli tujuh zon komersial ini
menyebabkan berlakunya konflik seperti antara Mongol dengan Jawa, India dengan
Jawa, Khmer dengan Jawa, Jawa dengan Sumatera dan juga Arab dengan Jawa.
Dalam setiap konflik yang berlaku itu, Jawa selalunya menang. Disebabkan itulah
jumlah kapal-kapal yang berlabuh di zon-zon komersial ini lebih didominasi oleh
kapal-kapal Jawa. Hal ini membuktikan bahawa banyaknya armada kapal
menunjukkan kekuatan kerajaan yang memiliki armada-armada tersebut. Contohnya
Makassar memiliki 200 buah perahu dalam satu ekspedisi yang dilakukan. Manakala
Jawa pula memiliki lebih dari 2800 buah perahu dalam satu ekspedisi. Jelaslah di
sini bahawa jumlah armada laut yang banyak yang dimiliki oleh sesebuah wilayah
menunjukkan bahawa wilayah itu lebih kuat berbanding dengan wilayah lain pada
masa itu. Ini menjadikan Jawa sebagai sebuah negara maritim yang utama pada
ketika itu disebabkan oleh kekuatannya berbanding dengan yang lain.

Kerajaan-kerajaan di Zon Laut Jawa melakukan pendekatan secara memujuk


terlebih dahulu sebelum menggunakan kekuatan ketenteraan sekiranya berlaku
ketidaksefahaman dengan kerajaan yang lain. Ketenteraan menjadi pilihan terakhir
apabila cara-cara lain yang digunakan tidak berhasil. Hal ini menunjukkan bahawa
kerajaan-kerajaan di Zon Laut Jawa memiliki ikatan yang lain selain daripada
penjajahan dengan cara “kekeluargaan”. Meskipun sikap saling hormat-
menghormati merupakan sikap semula jadi kerajaan-kerajaan di Nusantara, namun
aturan berkaitan dengan batasan kekuatan ketenteraan tetap dikawal dengan ketat
oleh Jawa. Ini kerana Jawa tidak mahu adanya permusuhan atau tindakan yang akan
merugikannya. Kemenangan Raja Jawa terhadap Raja Khmer yang masih muda
pada suatu masa dahulu menunjukkan keangkuhan dan kesombongan Raja Jawa
yang merasakan bahawa perlawanan tersebut tidak memberi apa-apa erti. Perkara ini
adalah kerana kekuatan ketenteraan Kemboja pada masa itu sangat kecil jika
dibandingkan dengan Jawa. Kebesaran yang ada pada armada laut Jawa berbanding
dengan kerajaan lain pada masa tersebut menjadikan Jawa sebuah kerajaan maritim
terkemuka di seluruh kawasan nusantara.

Sangatlah jelas di sini bahawa Kerajaan Jawa pernah menjadi sebuah


kerajaan maritim yang hebat pada suatu masa dahulu di nusantara. Hal ini adalah
berbalik dengan kekuatan armada laut yang ada pada kerajaan tersebut. Kekuatan

2
yang ada pada armada laut menjadi tunjang kepada kekuatan sesebuah kerajaan
maritim tersebut. Hal ini kerana nusantara menjadi sebuah jalan yang utama bagi
sesebuah kerajaan maritim itu untuk menguasai sesebuah kerajaan maritim yang
lain. Oleh itu, sudah pasti armada laut merupakan satu aspek yang penting dan wajib
ada dalam pemerintahan sesebuah kerajaan maritim tersebut. Tanpa adanya armada
laut, nescaya sesebuah kerajaan maritim itu akan tumbang dengan mudah sekali di
tangan kerajaan maritim yang lain.

Dalam buku ini juga, penulis telah menyentuh tentang Pulau Jawa. Menerusi
aspek Pulau Jawa ini, penulis telah memaparkan Pulau Jawa sebagai sebuah
kerajaan maritim nasional. Dalam topik ini penulis memaparkan tentang
latarbelakang, kedudukan geografi Pulau Jawa dan definisi Jawa menurut para tokoh
serta bukti Jawa sebagai kerajaan maritime nasional. Penulis telah memberi
gambaran tentang Pulau Jawa pada zaman Prasasti Canggal pada tahun 732, iaitu
Pulau Jawa dikatakan sangat indah, hijau, subur dan kaya dengan emas. Pulau Jawa
merupakan salah satu pulau utama di Indonesia yang terletak di bahagian timur laut
Samudra Hindia di bahagian Asia Tenggara. Jawa juga merupakan nama sebuah
Kerajaan awal maritime di Nusantara. Istilah Kerajaan Jawa juga digunakan dalam
tradisi Arab dan Cina.

Penulis telah memaparkan beberapa tokoh yang menerangkan tentang Jawa


seperti Warsito Sastroprajitno dan Paul Michel Munoz. Menurut Warsito
Sastroprajitno dan Paul Micheal Munoz, istilah Jawa tidak hanya menerangkan
tentang wilayah pulau Jawa itu tetapi juga menggambarkan tentang wilayah di
sekitarnya. Hal ini menunjukkan bahawa wilayah Jawa ini sangat luas di Nusantara
sebagai sebuah kerajaan Maritim awal di Indonesia. Penulis juga telah memaparkan
dua interpretasi mengenai Jawa. Interpretasi pertama mengenai Jawa dapat dilihat
melalui cacatan para pengembara atau pedagang dari luar seperti dari Eropah, Cina,
India dan Arab yang pernah sampai di Jawa. Catatan-catatan mengenai Jawa sebagai
sebuah kerajaan Maritim dapat dilihat menerusi catatan Cina menerusi catatan
Cheng Ho dan catatan Eropah menerusi Tome Pires. Secara umumnya catatan-
catatan mengenai Jawa berkisar tentang perdagangan yang aktif yang dijalankan di
Jawa. Interpretasi kedua mengenai Jawa menerangkan bahwa Jawa merujuk kepada
wilayah Jawa itu sendiri, Sumatra dan Semenanjung seperti yang terdapat dalam

3
penulisan dari Yunani, Sanskrit, India Selatan, Thailand dan Khmer. Hal ini
menunjukkan bahawa Jawa aktif menjalankan hubungan diplomatik dan
perdagangan dengan negara luar.

Selain daripada itu, penulis juga menerangkan tentang bukti Jawa sebagai
kerajaan maritim nasional. Menurut penulis, Jawa merupakan kerajaan maritime
nasional dapat dilihat apabila Jawa termasuk dalam kerajaan-kerajaan maritim awal
di Nusantara yang aktif menjalankan aktiviti perdagangan dan pelayaran kerana
mempunyai pelabuhan pesat dan laluan perdagangan. Di samping itu, kenyataan
yang menunjukkan Jawa sebagai kerajaan maritim dapat dilihat dari sudut sejarah di
mana Kerajaan Jawa telah wujud semasa zaman Kerajaan Majapahit dan Kerajaan
Melaka yang merupakan kerajaan maritim awal yang berkembang pesat sebelum
kedatangan kuasa barat. Kerajaan Jawa pada masa dahulu dikatakan merupakan
kerajaan yang digeruni oleh kerajaan Nusantara yang lainnya. Hal ini dapat dilihat
bahawa Kerajaan Jawa mempunyai kekuatan kententeraan yang kuat apabila
kerajaan Nusantara yang lain meminta bantuan ketenteraan daripada Kerajaan Jawa
untuk mengalahkan serangan musuh untuk menjaga keselamatan negara. Kekuatan
dan kegemilangan Kerajaan Jawa dari aspek kelautan pada masa lalu membuktikan
bahawa kerajaan maritim nasional di Nusantara.

Dalam buku ini juga penulis telah menyentuh tentang ekonomi Asia hingga
abad ke-15. Hal ini dapat dilihat dalam kegiatan bisnes di Asia. Dalam Hikayat
Banjar penulis telah menceritakan tentang seorang saudagar yang bernama Ampu
Jatmaka yang terkaya dari Keling Mangkubumi risau jika sekiranya ada saudagar
lain yang akan memperdaya kekayaannya. Oleh itu beliau mengambil keputusan
meninggalkan Keling dan telah mendirikan sebuah kerajaan di Nagara-Dipa iaitu
daerah baru yang belum berkembang. Saudgar lain yang berasal dari Keling telah
mengutuk Ampu Jatmaka ketika mereka melihat Ampu Jatmaka mendirikan sebuah
kerajaan. Mereka telah menyumpah keturunan Ampu Jatmaka kerana telah
mendirikan sebuah kerajaan dan menjadikan dirinya sebagai seorang raja padahal
beliau bukannya berasal daripadda keturunan raja. Kutukan tersebut telah
menyedarkan Ampu Jatmaka akan kesalahannya sehingga beliau telah menyumpah
anak-anaknya sekiranya mereka menjadi raja. Beliau melarang anak-anaknya supaya
tidak menjadi raja kerana beliau bukan berasal dari keturunan raja. Melalui cerita

4
tersebut, penulis mengatakan bahawa kisah tersebut menunjukkan bahawa menurut
pandangan Asia, Khususnya di Nusantara, kaum pedagang bukanlah berasal
daripada kelas satu tetapi mereka berada di kelas bawahan. Kisah tersebut dikatakan
dipengaruhi oleh Varna Hinduisme.

Penulis mengatakan bahawa Portugis, Spanyol, Inggeris dan belanda


mengangkat fenomena para waisya pahlawan bukannya pembuka pasar baru di Asia
dan bukan juga sebagai perintis perdagangan dunia. Spanyol dan Portugis pada masa
dahulu yang baru merasakan kemerdekaan mereka, terlalu lemah untuk membuka
pasaran dunia. Perjalanan mereka untuk menyeberangi lautan yang pertama tidak
berjaya. Penulis juga mengatakan bahawa kuasa-kuasa di eropah hanya melanjutkan
aktiviti perdagangan yang telah berlangsung sejak beberapa abad ketika Mesir
Purba. Penulis mensimpulkan bahawa negara-negara Eropah hanya melanjutkan
perdagangan yang dibangun selama berabad-abad.

Penulis juga mengatakan bahawa cacatan Kerajaan Wu dan Faxian


pada tahun 414 menunjukkan bahawa Jawa merupakan pusat perdagangan dunia
kerana adanya perdagangan dan pelayaran kapal-kapal besar. Dalam sebuah karya
Meilink Roelofsz penulis telah mengulas mengenai perdagangan Asia sebelum
kedatangan Eropah dan sejauhmana perdagangan orang-orang Eropah di Asia
mempunyai pengaruh terhadap kemajuan perdagangan di Asia. Dalam karya
tersebut telah dinyatakan bahawa ketika kuasa-kuasa dating ke Asia, perdagangan
sudah dijalankan secara besar-besaran. Penulis mengatakan data yang diperolehi dari
VOC dan Portugis telah membuktikan bahawa perdagangan beras dan lada di
Indonesia menggunakan kapal-kapal besar. Penulis mengatakan terdapat perbezaan
pemdapat antara Van Leur dan Roelofz iaitu van Leur mengatakan bahawa
perubahan besar dalam struktur perdagangan di Asia Tenggara baru terjadi setelah
datangnya bangsa Belanda di Indonesia manakala Roelofz yang merujuk kepada
sumber Portugis mengatakan bahawa perubahan sudah terjadi ketika Portugis
menduduki Melaka pada tahun 1511.

Penulis mangatakan pada abad ke-17 perdagangan di Asia tidak


berubah dari sebelumnya. Seorang sarjana iaitu C.R Boxer mengatakan bahawa
gudang-gudang di Belanda pada 1664 penuh dengan hasil-hasil tanaman seperti

5
merica, buah pala, cengkih serta rempah-rempah yang lain yan berharga. Beliau
mengatakan bahawa perdagangan sebelum ini juga sudah pasti menjual hasil yang
sama. penulis mengatakan bahawa perjalanan eksport barangan rempah akan melalui
jalanan darat yang melewati teluk Persia dan Laut Merah. Pada abad ke -17, barang-
barang dagangan bergantung kepada keperluan masyarakat. Hanya barang-barang
tertentu sahaja yang laku mengikut keperluan masyarakat. Belanda telah menjadi
pengeksport pertanian yang terbesar sehingga abad ke-19.

Penulis juga menceritakan pada abad ke-17, kain seperti sutra,belacu,


dan tekstil telah membanjiri negara Eropah. Kain kain yang berasal dari India juga
telah membanjiri jawa ketika Eropah belum mengenali kain yang dikatakan ‘modis’.
Ken bwt lor atau kain buatan daerah utara adalah salah satu benda yang
dipersembahkan untuk pejabat dalam upacara Sima. Penulis mengatakan lagi
perdagangan yang meliputi tembaga, daun ubat, kapur, kapas mengkudu, besi,
timah, garam padat, minyak, beras gula, sutra dan kosumba juga diperdagangankan.
Tembaga, kapur dan sutera merupakan komoditi internasional, beras dan minyak
adalah komiditi Nusantara manakala besi dan timah adalah komoditi Asia. Penulis
mangatakan bahawa perdagangan di Jawa bukan sahaja memperdagangkan bahan-
bahan baku tetapi mereka juga menjual barang lain seperti senjata yang mengeksport
terus ke luar negara. Semua produk yang di dagangkan adalah dihasilkan di Jawa
atau dari wilayah yang lain dan kemudiannya dieksport ke negara-negara yang
menginginkannya.

Wilayah seperti Tenasserim, Pegu, Bengal, Pacalit, Coromandel,


Malabar, Cambay dan Aden merupakan tempat pengeksportan kapal-kapal jawa
yang membawa muatan hasil-hasil dagangan pada masa dahulu. Para pelaut Jawa
yang berdagang bukan hanya berhenti di Terusan Suez tetapi juga menerusi Afrika.
Penjualan senjata dari baja yang bagus menunjukkan bahawa Jawa mampu
mengolah logam dengan sempurna. Hal ini membuktikan bahawa Jawa bukan sahaja
dikenali sebagai negara yang kaya dengan hasil pertanian tetapi juga mahir dalam
aktiviti industri.

Perdagangan adalah perkara yang vital bagi kawasan Asia sejak dahulu lagi.
Zaman keemasan Asia Tenggara sebagai pusat perdagangan dunia adalah pada awal

6
abad ke-15 iaitu ketika Islam mula memapankan kehadirannya di Utara Sumatera,
timur Jawa, Champa, dan Pesisir timur semenanjung Malaya. Dalam catatan sekitar
perniagaan di Asia hingga Abad ke-15 terdapat lima komponen utama yang telah
dibincangkan iaitu jalur perdagangan, kota-kota perdagangan, perkapalan, komoditi
perdagangan, dan mata wang.

Jalur perdagangan yang terdapat di Asia pada abad ke-15 adalah terdiri
daripada dataran China hingga Eropah dan juga melalui lautan Pasifik dan lautan
Hindia. Terdapat tiga jalur perdagangan utama yang menghubungkan Timur dan
Barat iaitu Jalur Sutera di mana jalur ini menjadi jalan raya bagi pertukaran budaya
antara Eropah, Timur Tengah dan Asia. Jalur Sutera juga menjadi komoditi terbesar
dalam perdagangan dan sangat diminati di timur tengah. Kedua adalah Jalur
Keramik yang berkembang pesat pada zaman Dinasti Tang dan Dinasti Song.
Manakala, Jalur rempah-rempah adalah jalur yang paling penting bagi perdagangan
dan komunikasi antara timur dan barat.

Seterusnya adalah kota-kota perdagangan yang terdapat dalam perniagaan di


Asia hingga abad ke-15 adalah yang pertama Melaka. Melaka merupakan sebuah
pelabuhan entrepot yang mampu menarik banyak pedagang untuk singgah di
pelabuhannya. Hal ini telah menyebabkan Melaka muncul sebagai kota penghubung
antara dunia barat dan timur serta menjadi tempat untuk mengumpul segala jenis
barangan yang diniagakan. Aceh pula adalah sebuah kota perdagangan yang
berkembang menjadi pusat perdagangan pada masa pemerintahan Sultan Iskandar
Muda. Aceh juga merupakan satu-satunya pelabuhan di Nusantara yang tidak pernah
dipengaruhi orang-orang barat dan tetap menjadi sebuah kuasa yang penting. Selain
daripada kota Melaka dan Aceh kota seperti Banten, Cirebon, Makasar, dan Champa
juga merupakan kota perdagangan pada ketika itu. Semua kota ini menjadi kota
perdagangan yang muncul pada abad ke-15. Ianya memainkan peranan yang sangat
penting dalam aktiviti perniagaan di Asia Tenggara disebabkan kepentingan
perdagangan yang berlaku pada ketika itu semakin berkembang pesat di seluruh
dunia.

Perkapalan di Asia pada abad ke-15 memperlihatkan ciri-ciri kapal asli Asia
Tenggara di mana sebuah lambung yang dibentuk dengan menyambungkan papan-

7
papan pada lunas dan kemudian saling disambungkan dengan pasak kayu tanpa
menggunakan paku besi atau kerangka. Pada abad ke-15 dan abad ke-16, kapal-
kapal yang lebih besar telah mula dibangunkan dengan tiga buah tiang. Kapal ini
mengangkut barang dengan lebih banyak dengan jarak yang lebih jauh. Kapal ini
biasa disebut sebagai Junk, dan Jong. Sejumlah Jung di laut China Selatan dibuat
oleh tukang kayu Asia tenggara bahkan kayunya lebih baik.

Selain itu komoditi perdagangan yang masuk di Asia pada abad ke-15
semakin berwarasi antaranya emas, perak, tekstil, rempah, dan tanaman-tanaman
import lainnya. Rempah merupakan komoditi perdagangan yang paling laris kerana
keuntungan yang paling besar dapat diperoleh. Selain rempah, tekstil dari India juga
menguasai pasaran Asia Tenggara. Tekstil menjadi barang yang paling banyak
memerlukan pengeluaran di Asia Tenggara. Pedagang Inggeris, Belanda, dan
Perancis membawa peraknya untuk membeli tekstil dari India yang menjadi barang
penting. Lada juga merupakan komoditi perdagangan yang paling menguntungkan
di wilayah Sumatera yang menghasilkan perak dan emas dengan jumlah yang
banyak. Pusat perdagangan lada di Utara Sumatera adalah di Aceh dan Banten.
Secara keseluruhannya, Eropah mengirim 72 ton perak ke timur pada akhir abad ke-
16 melalui jalur Portugis. Pada awal abad ke-17 perak dari Amerika dan Jepun
meningkat di Asia Tenggara sebagai sebuah komoditi perdagangan.

Sepanjang abad ke-15, Asia Tenggara tidak mempunyai mata wang. Namun
begitu, mata wang tembaga Cina dan mata wang tempatan merupakan antara mata
wang yang digunakan di kawasan Asia Tenggara. Selain itu, terdapat juga mata
wang lain iaitu timah, perak, yang banyak dijadikan sebagai mata wang di beberapa
kepulauan Asia Tenggara. Contoh negara yang Berjaya mencetak mata wang adalah
Siam di mana, Siam maju dengan pembuatan mata wang perak sekitar tahun 14330-
an. Oleh itu, dapat dilihat bahawa mata wang yang digunakan di Asia Tenggara pada
abad ke-15 adalah bersifat tradisional.

Seterusnya, dalam bab lain dalam buku ini menceritakan lebih kepada kaitan
pengembaraan bangsa Cina ke Jawa. Pada abad ke 141, Jawa merupakan pengendali
pelabuhan dunia yang terkenal. Sehinggakan orang Cina biksu Faxian juga telah
sampai ke Jawa namun beliau hanya mengambil masa perjalanan hanya 32 hari

8
daripada masa yang sepatutnya kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Buku
ini juga menceritakan mengenai kaitan pedagang daripada Cina yang kurang
melakukan perdagangan menggunakan inisiatif maritim walaupun pada abad
tersebut Jawa terkenal dengan aktiviti perdagangan menggunakan laut. Selepas
kedatangan Fixian ke Jawa, setelah itu berabad-abad tidak lagi dijumpai pengembara
dari kalangan Cina yang melakukan ekspedisi ke Jawa. Orang Cina dikatakan hanya
belayar hingga ke Kalah iaitu sebuah pulau wilayah yang disatukan dengan Jawa di
daerah semenanjung Malaya.

Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan orang Cina tidak belayar sampai
ke Jawa kerana menurut Prasasti Cane yang dikeluarkan pada 1021 Prasasti Patakan
dan Prasasti Hyang A tahun 1036 mencatat bahawa Cina tidak memiliki wargga
kilalan yang tinggal di Jawa. Wargga Kilalan yang tinggal di Jawa hanya dari Kling
iaitu daerah di India Selatan, Aryya dari daerah India Utara dan banyak lagi. Namun
demikian, kenyataan tersebut telah ditolak kerana pada tahun 1416, Cina juga
dikatakan telah tinggal di Jawa terutamanya dari wilayah Guangdong, Zhangzhou,
dan Quanzhou. Mereka yang dikatakan belum lama tinggal di Jawa adalah pelarian.
Namun demikian, oleh kerana Cina tidak melakukan ekspedisi perdagangan ke Jawa
dan tidak memiliki wargga kilalan ia menunjukkan cina tidak melakukan
perdagangan insentif melalui laut.

Oleh sebab Jawa mempunyai banyak Wargga Kilalan Jawa dapat


mengembangkan budayanya yang tersendiri tetapi hak pemilikan tanah diatur oleh
kerajaan. Hal ini kerana, hingga abad ke-15, Jawa adalah penguasa pelabuhan utama
yang mengawal jalur perdagangan komoditi utama dunia seperti rempah ratus, sutra,
porselin dan emas. Melalui kekayaan hasil bumi di Jawa ini juga telah menjadi
faktor Mongol memilih untuk menyerang Jawa daripada negara-negara di Sumatra,
Semenanjung Malaya, Indochina, India atau Kalimantan dan Sulawesi.

Seterusnya, disebabkan telah diwujudkan peraturan perdagangan laut di Asia


sebagai pusat utama aktiviti perdagangan dunia membuat Jawa mampu mengatur
pengeluar barang-barang yang diperlukan oleh dunia. Mereka melarang pedagang-
pedagang di Asia menjual barangnya dengan bebas. Peraturan tersebut dilaksanakan
agar tidak mengganggu komoditi utama perdagangan untuk pengeluar keperluan

9
penduduk wilayah Asia dan keperluan para pedagang mereka yang tinggal di
wilayah-wilayah Asia.

Selain itu, dalam bab ini juga ada menyentuh mengenai pelayaran Ibn
Battuta yang dapat memberi informasi banyak hal. Antaranya adalah beliau
menyatakan bahawa perjalanan dari Mul Jawa ke Samudera adalah memakan masa
21 hari. Kedua ialah kedatangan Ibn Battuta ke Mul Jawa menunjukkan
perjalanannya harus diketahui oleh Jawa kerana pada masa tersebut Jawa menguasai
pelabuhan di Asia. Ketiga, beliau juga ada menyatakan bahawa barang yang
dipasarkan di Jawa adalah lebih lengkap berbanding di Samudera.

Kesimpulannya, pada akhir bab ini menceritakan mengenai Jawa adalah


merupakan wilayah yang terkaya di dunia pada tahun 1365. Hal ini dikatakan oleh
Robert Dick-Read, beliau menyatakan hampir semua catatan kuno menggambarkan
Jawa sebagai pulau yang kaya dengan emas dan memiliki timbang emas. Namun
demikian, terdapat juga para ahli arkeologi yang menyangkal bahawa Jawa pernah
mempunyai emas yang besar nilainya. Tetapi wajarlah bila wilayah Jawa dikatakan
wilayah yang kaya kerana wilayah tersebut berperanan sebagai pengendali
pelabuhan-pelabuhan di dunia.

10

Anda mungkin juga menyukai