Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PENUH :

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis

Yang Dihormati Pengerusi Majlis, 

Wakil Pegawai Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan,

………………………………, Yang dipertua PIBG SMK Seremban 2

…………………………….., Puan Pengetua Cemerlang SMK seremban 2

……………………………, Penolong Kanan Pentadbiran,

……………………………., Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

………………………………, Penolong Kanan Kokurikulum,

Para ibu bapa,

Guru-guru dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

Salam Sejahtera dan Salam satu Malaysia

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya pada pagi yang mulia ini
dapat kita bersama-sama menghadiri “Majlis Anugerah Cemerlang’, SMK Seremban 2
bagi tahun 2012. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian
pihak sekolah menjemput saya menghadiri majlis yang gilang-gemilang ini. Majlis
seperti ini amat sesuai dijadikan sebagai acara tahunan kerana ianya memberi
pengiktirafan kepada pelajar dan guru yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang
dalam bidang akademik. Selain memberi pengiktirafan, majlis ini juga turut akan
menyuntik semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk meningkatkan pencapaian masing-
masing. Malah majlis kita pada hari ini juga menjadi medan pertemuan tiga penjuru
antara guru, murid dan ibu bapa . apa yang pasti pertemuan ini akan menyuntik semangat
para ibubapa terus memberikan dorongan dan semangat kepada anak-anak supaya
belajar bersungguh-sungguh.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Aspek pendidikan diakui sangat penting dalam menyediakan negara dengan modal insan berkualiti yang
memiliki sahsiah, berkemahiran tinggi serta mampu berfikir secara kreatif dan kritis
khususnya untuk mengisi ruang pemodenan menuju wawasan 2020. Pendidikan juga dilihat sebagai
teras kecemerlangan dan kegemilangan sesebuah ummat dan dalam usaha kita.memartabatkan sesebuah
bangsa, aspek ekonomi, pendidikan dan sosial haruslah direalisasikan dengan perkembangan dunia.
Maka, tidak hairanlah, cabaran pembinaan modal insan ini terletak sebahagian besarnya di bahu pendidik
terutama di peringkat sekolah dan kepada merekalah kita sandarkan harapan yang menggunung tinggi
untuk mengembangkan potensi, bakat dan kualiti seseorang murid atau pelajar.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

Abad ke 21 ini telah menjanjikan pelbagai kemungkinan kepada kita. Kepesatan


teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) melahirkan fenomena globalisasi, “Dunia
Tanpa Sempadan”. Untuk menikmati kejayaan berterusan dalam persekitaran globalisasi
yang mencabar ini, kita perlu menyedia dan melengkapkan diri para pelajar dengan
pelbagai ilmu pengetahuan, kemahiran tinggi yang inovatif, memiliki jati diri dan
beretika secara berterusan dalam usaha untuk mempertingkatkan keupayaan generasi
muda untuk menangani perubahan dan cabaran dengan cekap dan berkesan.

Dengan kewujudan dunia tanpa sempadan ini pelajar tidak lagi terkongkong hanya
dengan penggunaan buku rujukan dan buku teks semata-mata sebaliknya peljar bebar
meneroka dunia gelobal menggunakan jaringan WAN ( Wide Area Network) untuk
memperolehi maklumat terutamanya untuk mendapatkan koleksi soalan, maklumat
matapelajaran terkini, malah pelajar juga boleh mengekses sukatan pelajaran bagi mata
pelajaran yang belum dipelajari. Pelajar hanya perlu buka dan tekan kekunci komputer
untuk belajar. Perubahan teknologi masa kini sepatutnya digunakan sebaik mungkin oleh
pelajar hari ini demi pencapaian yang lebih maksimum. Hendak seribu daya tak hendak
seribu dalih.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Memperkasakan pelbagai ilmu pengetahuan, kebolehan berkomunikasi terutamanya


dalam Bahasa Inggeris dan penerapan pelbagai kemahiran dalam kalangan pelajar-pelajar
menjadi agenda utama bagi sesebuah sekolah. Walau bagaimanapun, penguasaan ilmu
dan berketrampilan sahaja tidak mencukupi seandainya faktor nilai -nilai murni tidak
dijadikan pedoman. Nilai-nilai agama dan moral inilah yang akan memberi petunjuk dan
pedoman kerana ia terkandung nilai yang baik untuk generasi muda menempuh
kehidupan yang penuh cabaran.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Pembangunan modal insan ini perlu dirancang teliti dengan mengambil kaedah
menyeluruh dan bersepadu. Segala bakat dan potensi para pelajar dapat dibangunkan
dengan efektif. Dengan ini, SMK Seremban 2 akan dapat melahirkan generasi pewaris
kepemimpinan negara yang memiliki idea, mencakupi pelbagai rutin kehidupan,
berketrampilan dalam pelbagai bidang, kritis dan kreatif sekaligus kontruktif.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Kita tidak mahu melahirkan ulat buku yang hanya cemerlang dari segi akademik semata-
mata, sebaliknya generasi yang seimbang perkembangannya dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelektual, mempunyai disiplin diri yang tinggi, berketrampilan, patriotik dan
tidak bersikap individualistik malah mampu memainkan peranan dalam masyarakat.
Usaha ini selaras dengan dua daripada enam teras strategik PIPP iaitu, Membina Negara
Bangsa dan Membangunkan Modal Insan. PIPP merupakan wadah terbaik sebagai
anjakan paradigma sistem pendidikan negara ke tahap yang lebih cemerlang pada
peringkat tempatan dan global, sekaligus sebagai pemangkin kepada wawasan kerajaan
untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Dengan adanya gandingan mantap antara pihak sekolah dengan pihak ibu bapa akan
menjadikan SMK Seremban 2 lebih beraspirasi untuk meningkatkan pencapaian
akademik dan kokurikulum pelajar agar terus cemerlang serta dapat meningkatkan
penglibatan dan rasa kepunyaan ibu bapa serta komuniti terhadap sekolah ini. Hubungan
rapat dan mesra ini akan meningkatkan iklim pembelajaran yang kondusif yang
faedahnya akan dinikmati oleh para pelajar. 

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah yang telah menganjurkan
majlis anugerah ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah
kepada seluruh warga SMK Seremban 2 kerana telah menunjukkan pencapaian yang
memberangsangkan dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah bagi tahun
2011/2012. saya dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan SPM baru-baru ini telah
menunjukkan peningkatan dari tahun sebelumnya. Harapan saya agar sekolah ini akan
terus mencipta dan mengukir kejayaan dalam semua bidang yang sedang dan yang akan
diceburi. Dengan sukacitanya, saya merasmikan ‘Majlis Anugerah Cemerlang’ SMK
Seremban 2 bagi tahun 2012.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai