Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA PROJEK KEUSAHAWANAN

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN


SMK SEREMBAN 2, 70300 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

PENDAHULUAN

Mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan satu cabang dalam Kurikulum Pendidikan
Khas. Melalui sukatan pendidikan khas, murid-murid dapat mempelajari pelbagai bentuk
kemahiran dalam persediaan melengkapkan diri ke arah insan berdikari bila tamat sekolah.
Hasil kerja ini akan dapat memberi input yang amat berguna kepada murid pendidikan khas
dalam membantu mereka mempertingkatkan pemikiran kreatif dan inovatif pada diri
masing-masing.

RASIONAL

Program ini bukan sahaja dapat membantu mempertingkatkan kemahiran dalam pengurusan
kehidupan seharian tetapi juga boleh mencungkil bakat dan memperkembangkan potensi diri
murid. Di samping itu pendedahan awal tentang kemahiran dalam pembuatan ini juga akan
menjadikan satu punca ke arah mendapatkan peluang kerjaya dan punca pendapatan
apabila mereka dewasa kelak.

MATLAMAT

Program ini memberi peluang untuk murid memperkembangkan potensi diri bagi persiapan
menghadapi cabaran kehidupan ke arah mendapat peluang kerjaya pada masa akan
datang.

OBJEKTIF

1. Menyahut dasar kerajaan Satu Sekolah Satu Inovasi.


2. Mempelajari ilmu dan kemahiran pembuatan dan pemprosesan makanan serta
pembungkusan.
3. Menanam ilmu asas keusahawanan untuk memperlengkapkan diri murid bagi
menceburi bidang industri kecil dan sederhana.
4. Memupuk keyakinan diri dalam menjayakan projek keusahawanan dalam pembuatan
ABC, Buah-buahan Potong, Jagung Manis dan juga pembungkusan.
5. Mempunyai keterampilan diri dan personaliti individu kreatif.
6. Menguasai kemahiran dalam proses pembuatan dan pembungkusan kreatif.
7. Menghasilkan idea kreatif dan inovatif dalam penghasilan produk makanan..
8. Menguasai kemahiran komunikasi.

KUMPULAN SASARAN

1
1. Murid-murid Pendidikan Khas

1. HAMEEZUL AREEFIN BIN ROSLEE (14 TAHUN)


2. HARITS DANIAL BIN AZMI (14 TAHUN)
3. MOHD ZIKRY AZRAEI BIN RASID (17 TAHUN)
4. MUHAMMAD HAFIZ BIN KHAIRIL ANUAR (15 TAHUN)
5. MUHAMMAD IMRAN DANIEL BIN MOHD FARID (15 TAHUN)
6. NORSYUHADAH BINTI MASDINOR (17 TAHUN)
7. MUHAMMAD IQBAL BIN ZULKEFLEE (15 TAHUN)
8. TEO KUOK XIANG (17 TAHUN)
9. CALVIN RAJ A/L M. VINSSAN (15 TAHUN)
10. IKHWAN AMIN BIN ROZEMAN (14 TAHUN)
11. MUHAMMAD ARIF BIN AMRAN (15 TAHUN)
12. NELVIN VISHNU NAIR A/L S. PRAKASH (15 TAHUN)
13. SABRINA JANE A/P M. VINSSAN (13 TAHUN)
14. SYED ABDUL AZIZ BIN SYED MOHAMAD (17 TAHUN)
15. VAAITIEASWARY A/P BASKARAN (13 TAHUN)
16. ASHRAF BIN MOHD SYAZWAN (14 TAHUN)
17. CHONG JAA WEN (15 TAHUN)
18. LAI WAN XIN (13 TAHUN)
19. MOHAMMAD IKMAL BIN MOHAMMAD TAIB (17 TAHUN)
20. MUHAMMAD ADLI AZIM BIN RASLI (15 TAHUN)
21. MUHAMMAD YUSOF SHAH BIN MUHAMMAD AMINU ZAIKHAN ALBASHAH
(16 TAHUN)
22. VOON CHING YEE (18 TAHUN)
23. YIM JIA TIAN (16 TAHUN)
24. AMIRUL BIN OMAR (15 TAHUN)
25. BRYN WONG SONG JUN (15 TAHUN)
26. KABILAN A/L LETCHUMANAN (16 TAHUN)
27. KISHUVAN A/L NADARAJA SEGARAN (16 TAHUN)
28. LEE WILLIAM (14 TAHUN)
29. MUHAMMAD NAIM BIN HAMDAN (16 TAHUN)
30. NURUL AISHAH ASHIKIN BINTI ARIFFINE (16 TAHUN)
31. SHAMSUL FIQRI BIN SHAARI (16 TAHUN )
32. ABIRRAMY A/P SOLIAPPAN (16 TAHUN)
33. CHOR SHI BOON (14 TAHUN)
34. LEONG HO YAN (18 TAHUN)
35. MOHAMAD SHUKRI BIN DOLAH (19 TAHUN)
36. MUHAMAD FITRI BIN ROSMIN (19 TAHUN)
37. TONY LIM CHEE YOONG (16 TAHUN)
38. VANITHATHAARSHINI A/P PALANISAMY (19 TAHUN)

2. Guru-guru Pendidikan Khas

EN. ROSLAN BIN IBRAHIM


PN. ROSLIZA BT A.RASHID
PN. KAMALUNNISAK BT KASIM
PN. NURUL ASYIKIN BT SUTAN SHAHRIL
PN. NORMALA BT AHAD
PN. HANIZAA BT HAMIDON
PN. NORAINA BINTI ABDUL SHUKOR
EN. MOHD AFIQ BIN HAMID
PN. JECINTHA A/P ANTHONYSAMY
PN. AZLINA BT SHARONI (PPM)
CIK NOR HAZALIZA BT ZAINAL (PPM)
PN. NUR ADILAH BINTI NORLAN (PPM)

KOS DAN SUMBER

2
1. Peruntukan Matapelajaran Geran Per Kapita

2. Tabung Kelab Keusahawanan

ANGGARAN KOS UNTUK SETAHUN

Bil Perihal Barang (Kekal) Kuantiti Anggaran Harga Seunit


1 Bekas penyejuk makanan 2 buah RM 120.00

2 Bekas Buah Potong 1 RM 90.00

JUMLAH RM 210.00

Bil Perihal Barang (Luput) Kuantiti Anggaran Harga Seunit


1 Cawan plastik ABC 10 bungkus RM 11.00 X 10 = RM 110.00

2 Straw besar 10 bungkus RM 5.00 X 10 = RM 50.00

3 Jagung manis 40 tin RM 2.20 X 40 = RM 88.00

4 Susu cair 40 tin RM 2.50 X 40 = RM 100.00

5 Cincau 18 paket RM 5.00 X 18 = RM 90.00

6 Agar-agar 18 paket RM 2.00 X 18 = RM 36.00

7 Gula pasir 30 kg RM 2.75 X 30 = RM 82.50

8 Pewarna 5 botol RM 1.50 X 5 = RM 7.50

9 Sirap 6 botol RM 4.00 X 6 = RM 24.00

10 Ais 32 blok RM 4.50 X 32 = RM 144.00

11 Plastik sampah 1 bungkus RM 2.00 X 1 = RM 2.00

12 Susu Pekat 48 tin RM 2.80 X 48 = RM 134.40

13 Jagung 24 bungkus RM 7.00 X 24 = RM 168.00

14 Bekas Plastik Jagung 20 bungkus RM 7.00 X 5 = RM 35.00

15 Marjerin 5 bungkus RM 7.90 X 5 = RM 39.50

16 Garam 1 bekas RM 2.00 X 1 = RM 2.00

17 Plastik Buah 5 bungkus RM 3.50 X 5 = RM 17.50

18 Lidi Buah 5 bungkus RM 3.50 X 5 = RM 17.50

19 Asam Buah 50 paket RM 2.00 X 50 = RM 100.00

20 Ais Buah 5 bungkus RM 3.50 X 5 = RM 17.50

21 Gula Merah 10 kg RM 2.80 X 10 = RM 28.00

22 Buah-Buahan

Tembikai (5 biji) RM 35.00 X 6 = RM 210.00

3
Tembikai Susu (5 biji) RM 30.00 X 6 = RM 180.00

JUMLAH RM 1683.40

JUMLAH KESELURUHAN RM 1893.40

Catatan: Harga barang juga tertakluk kepada saiz barang dan kos semasa.

JADUAL AKTIVITI JUALAN

BI TARIKH HARI AKTIVITI


L
1. 4/3/2015 Rabu Jualan ABC, Jagung Manis & Buah-buahan Potong

2. 25/3/2015 Rabu Jualan ABC, Jagung Manis & Buah-buahan Potong

3. 1/4/2015 Rabu Jualan ABC, Jagung Manis & Buah-buahan Potong

4. 17/6/2015 Rabu Jualan ABC, Jagung Manis & Buah-buahan Potong

5. 29/7/2015 Rabu Jualan ABC, Jagung Manis & Buah-buahan Potong

6. 5/8/2015 Rabu Jualan ABC, Jagung Manis & Buah-buahan Potong

7. 9/9/2015 Rabu Jualan ABC, Jagung Manis & Buah-buahan Potong

8. 7/10/2015 Rabu Jualan ABC, Jagung Manis & Buah-buahan Potong

STRATEGI PERLAKSANAAN

1. Guru membimbing murid dalam penghasilan ABC, Jagung Manis dan Buah-
Buahan Potong yang melibatkan mata pelajaran Kemahiran Hidup dan
Kemahiran Manipulatif.

2. Penghasilan produk juga mengambil kira pada sambutan hari perayaan,


sambutan hari guru, hari karnival sekolah dan sebagainya.

3. Pada peringkat permulaan sasaran jualan adalah kepada semua warga sekolah
SMK Seremban 2.

PROSES CARA KERJA

4
ABC

i. Masukkan jagung manis, cincau dan agar-agar ke dalam cawan plastik.


ii. Kisar ais dengan mesin pengisar.
iii. Masukkan ais yang telah dikisar ke dalam cawan plastik.
iv. Tuangkan sirap gula dan susu cair ke atas ais.
v. Masukkan straw.
vi. Pasarkan produk tersebut.
vii. Buka buku akaun jualan tunai.

JAGUNG MANIS
i. Kukus jagung di dalam pengukus.
ii. Masukkan jagung yang telah dikukus ke dalam bekas bersama dengan marjerin,
susu pekat dan sedikit garam.
iii. Kacau jagung di dalam bekas bersama bahan-bahan tadi.
iv. Isi jagung di dalam bekas jagung (polistrin).
v. Tambahkan mayonis (jika perlu).
vi. Pasarkan produk tersebut.
vii. Buka buku akaun jualan tunai.

BUAH-BUAHAN POTONG
i. Basuh buah-buahan yang akan di potong.
ii. Potong buah yang telah di basuh di atas papan pemotong. Potong dadu.
iii. Dengan memakai sarung tangan plastik, isi buah yang telah di potong di dalam
plastik buah.
iv. Susun buah yang telah siap dibungkus di dalam bekas jualan buah yang telah di
letakkan ais batu.
v. Tambahkan asam (jika perlu).
vi. Pasarkan produk tersebut.
vii. Buka buku akaun jualan tunai.

PENILAIAN

1. Penghasilan ABC dapat disiapkan 200 cawan sehari.


2. Penghasilan Jagung Manis dapat disiapkan 100 cup sehari.
3. Penghasilan Buah-Buahan Potong dapat disiapkan 100 bungkus sehari.

KESIMPULAN

5
Adalah diharapkan projek inovasi ini dapat dijalankan dengan jayanya dalam menyahut
seruan kerajaan untuk menjadikan satu sekolah satu inovasi. Hasrat murni ini dapat
menyuntik rasa kecintaan murid-murid terhadap pembuatan dan pembungkusan ABC,
Jagung Manis dan Buah-buahan Potong serta dapat meningkatkan daya kreativiti murid dan
seterusnya dapat melatih murid-murid asas-asas keusahawanan sebagai persediaan dalam
menongkah arus cabaran kerjaya pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai