Anda di halaman 1dari 8

Dasar Kokurikulum Dan Sukan - Jabatan Pelajaran W.P.

Labuan – DKS-JPWPL:Januari2013

(Bil : DKS-JPWPL:Januari 2013)

Dasar Kokurikulum Dan Sukan


Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan

1. Penyediaan Draf Awal oleh Unit Kokurikulum Dan Unit Sukan,


Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan.
Tarikh : 9 – 31 Januari 2012

2. Pembentangan Draf Awal Peringkat Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan,


Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan.
Tarikh : 21 Februari 2012
Tempat : Bilik Mesyuarat Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
Hadir : Semua Staf Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

3. Pembentangan Draf Dalam Mesyuarat Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan,


Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan
Tarikh : 27 Februari 2012
Tempat : Bilik Seminar Raflesia, Kompleks Ujana Kewangan Labuan
Hadir : Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan Kokurikulum, Pengerusi Teknik Dan
Pembangunan Sukan dan Pengerusi Teknik Dan Pembangunan Kokurikulum

4. Pemurnian Pertama Dasar Kokurikulum Dan Sukan


Tarikh : 9 Ogos 2012
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Pekan Dua
Hadir : Penolong Kanan Kokurikulum

5. Pemurnian Kedua Dasar Kokurikulum Dan Sukan


Tarikh : 3 Januari 2013
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan
Hadir : Penolong Kanan Kokurikulum

6. Pembentangan Untuk Pengesahan Dasar Kokurikulum Dan Sukan


Dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi,
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan
Tarikh : 7 Januari 2013
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan

7. Majlis Pelancaran Dasar Kokurikulum Dan Sukan


Dalam Majlis Perhimpunan Guru 1Labuan
Tarikh : 19 Januari 2013
Tempat : Dewan Persidangan, Kompleks Ujana Kewangan Labuan

1
Dasar Kokurikulum Dan Sukan - Jabatan Pelajaran W.P.Labuan – DKS-JPWPL:Januari2013

Dasar Kokurikulum Dan Sukan


Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan

FUNGSI DAN PERANAN KOKURIKULUM DAN SUKAN

Unit Kokurikulum Dan Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan sebagai
perancang, pelaksana, pemantau dan penilai sebarang perkara yang berkaitan dengan
kokurikulum dan sukan sekolah.

Peranan dan fungsi ;

Melaksanakan dasar sedia dan dasar baru kokurikulum Kementerian Pelajaran


Malaysia yang terkini.
Membida peruntukan dengan Bahagian Kokurikulum Dan Kesenian dan
Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Menyediakan program dan aktiviti peringkat negeri untuk guru dan murid.
Menyedia pasukan negeri untuk penyertaan ke peringkat kebangsaan dan
antarabangsa
Menyedia pelaporan.

MISI PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN SUKAN

Memberi ruang dan peluang kepada semua murid menjalankan kegiatan kokurikulum
dan sukan di semua peringkat.

VISI KOKURIKULUM DAN SUKAN

Pelaksanaan kegiatan kokurikulum dan sukan di sekolah seimbang dengan keperluan


akademik.

DASAR PENGURUSAN KOKURIKULUM & SUKAN

Dasar 1 : Tenaga Pengajar


Dasar 2 : Penyertaan Murid
Dasar 3 : Hari Rabu Hari Kokurikulum
Dasar 4 : Dasar Sukan
Dasar 5 : Penyertaan Aktiviti Peringkat Negeri, Kebangsaan Dan Antarabangsa
Dasar 6 : Penilaian Kokurikulum Dan Sukan
Dasar 7 : Penghargaan

2
Dasar Kokurikulum Dan Sukan - Jabatan Pelajaran W.P.Labuan – DKS-JPWPL:Januari2013

DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR

1.1.Guru Penolong Kanan Kokurikulum adalah orang yang dipertanggungjawabkan


sepenuhnya membantu Guru Besar / Pengetua memastikan semua aktiviti kokurikulum
dan sukan di peringkat sekolah dilaksanakan serta mengurus penyertaan murid/pasukan
sekolah ke peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

1.2.Guru-guru yang mengendalikan kegiatan atau aktiviti Kokurikulum & Sukan dikenali
dengan gelaran

1.2.1. Guru Penasihat/Pemimpin (guru kelab/persatuan/permainan)

1.2.2. Guru Pegiring (jika mengiring murid menyertai aktiviti sekolah/negeri)

1.2.3. Jurulatih /guru pembimbing kokurikulum dan sukan sekolah,

1.2.4. Jurulatih Utama Kokurikulum/Sukan Negeri (JU)

1.2.5. Pengerusi Teknik Dan Pembangunan Kokurikulum Negeri (PTPK)

1.2.6. Pengerusi Teknik Dan Pembangunan Sukan Negeri (PTPS)

1.2 Semua guru adalah terlibat dan menjadi guru penasihat dalam :-

1.2.1. Kelab dan Persatuan .

1.2.2. Pasukan Badan Beruniform .

1.2.3. Sukan dan Permainan .

1.2.4. Kegiatan-kegiatan lain sebagaimana ditentukan oleh menteri.

1.3 Semua guru penasihat perlu melaksanakan perkara-perkara berikut :-

1.3.1. Memastikah semua bidang kokurikulum dan sukan dilaksanakan.

1.3.2. Menggubal perlembagaan kelab dan persatuan yang ada di sekolah.

1.3.3. Memastikan kelab dan persatuan berdaftar dengan badan induk.

1.3.4. Mempunyai tauliah yang sah daripada badan induk.

1.3.5. Melantik Jawatankuasa setiap unit di bawah kawalan.

1.3.6. Mendaftar murid dengan badan induk.

3
Dasar Kokurikulum Dan Sukan - Jabatan Pelajaran W.P.Labuan – DKS-JPWPL:Januari2013

1.3.7. Merekod kehadiran murid setiap perjumpaan/aktiviti.

1.3.8 Melaksanakan aktiviti harian,mingguan dan tahunan.

1.3.9. Menyimpan rekod penglibatan dan pencapaian murid.

1.3.10 Menyediakan statistik lengkap yang sentiasa kemaskini dari segi jumlah
dan peratus penglibatan murid mengikut kelab dan persatuan.

1.3.11 Menyediakan Pelaporan Tahunan.

DASAR 2 : PENYERTAAN MURID

2.1 Semua murid sekolah rendah Tahap Dua ( Tahun 4, 5 dan 6 ) dan sekolah menengah
(Tingkatan 1 – 6) diwajibkan menyertai kegiatan bagi ketiga-tiga bidang berikut :-

2.1.1.Kelab dan Persatuan

2.1.2.Pasukan Badan Beruniform

2.1.3.Sukan dan Permainan

2.2. Bilangan masa yang ditetapkan untuk sekolah rendah (mengikut SPI bil 2/2007)

2.2.1. Tahun 3 dan 4, 60 minit seminggu

2.2.2. Tahun 5 dan 6, 120 minit seminggu

2.3. Bilangan masa yang ditetapkan untuk sekolah menengah (mengikut SPI bil 2/2007)

2.3.1. Jurusan teknik dan vokasional - 120 minit seminggu

2.3.2.Sekolah Menengah Harian, Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Jurusan Lain
- 180 minit seminggu .

2.4 . Semua murid Tahun 3, digalakkan menyertai ketiga- tiga bidang di atas dengan
kebenaran ibubapa.

2.5. Semua murid diberikan kebebasan untuk memilih kegiatan yang ingin disertai
berdasarkan pilihan-pilihan yang ditawarkan oleh sekolah.
4
Dasar Kokurikulum Dan Sukan - Jabatan Pelajaran W.P.Labuan – DKS-JPWPL:Januari2013

2.6. Semua murid diwajibkan hadir semasa kegiatan dijalankan:-

2.6.1. Pasukan Badan Beruniform

2.6.1.1 18 Kali perjumpaan atau lebih setahun


(Bahagian Kokurikulum & Kesenian, Kementerian pelajaran Malaysia)

2.6.1.2 12 Kali perjumpaan atau lebih setahun


(Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK),
Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia)

2.6.2. Kelab dan Persatuan - 12 kali perjumpaan atau lebih setahun

2.6.3. Sukan dan permainan – 12 kali perjumpaan atau lebih setahun.

DASAR 3 : HARI RABU HARI KOKURIKULUM

3.1. Semua kegiatan /aktiviti kokurikulum dijalankan pada hari Rabu di luar waktu
pembelajaran dan pengajaran (PdP).

3.2. Semua murid wajib memakai pakaian pasukan badan beruniform (PBB) lengkap
mengikut unit masing-masing semasa sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP)
(SPI bil 8/2007).

3.3. Sebelum atau selepas sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP), semua murid diwajibkan
memakai pakaian pasukan badan beruniform (PBB) lengkap ATAU pakaian
aktiviti mengikut unit yang telah dijadualkan pada hari tersebut.

3.4. Sebelum atau selepas sesi persekolahan semua guru diminta memakai pakaian pasukan
badan beruniform (PBB) lengkap ATAU pakaian aktiviti mengikut unit yang telah
dijadualkan pada hari tersebut.

3.5. Perhimpunan Khas Kokurikulum mesti diadakan pada hari Isnin minggu ketiga setiap
bulan (mengikut jadual perhimpunan sekolah) atau hari Rabu (sebagai pilihan jika perlu)

3.6. Pihak sekolah boleh membatal/menangguhkan perjumpaan/aktiviti atas arahan Pengarah,


Pengetua dan Guru Besar sebab berikut :-

Cuaca buruk ( hujan lebat, ribut petir, banjir dan sebagainya).


Ada aktiviti utama yang berlangsung di sekolah.
Cuti khas yang diumumklan oleh kerajaan.

3.7. Notis/pengumuman mengenai hari perjumpaan/aktiviti hendaklah dibuat sekurang-


kurangnya 2 hari lebih awal. Ini memberikan tempoh masa yang cukup kepada
ibubapa/penjaga merancang pengangkutan dan makan anak/jagaan masing-masing.

5
Dasar Kokurikulum Dan Sukan - Jabatan Pelajaran W.P.Labuan – DKS-JPWPL:Januari2013

3.8. Sekiranya hari perjumpaan/aktiviti hendak dibatalkan/ditunda, maka notis/pengumuman


mengenai pembatalan mestilah dimaklumkan kepada murid sekurang-kurangnya 1
hari sebelum hari perjumpaan/aktiviti. Pihak sekolah tidak dibenarkan membuat
pengumuman pada hari yang sama di mana perjumpaan/aktiviti akan diadakan, kerana
pemberitahuan secara mengejut, akan menimbulkan masalah keselamatan, disiplin dan
pengurusan pengangkutan murid-murid.

Dasar 4 : DASAR SUKAN

Sukan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Sukan Untuk Semua(SUS) dan Sukan
Untuk Kecemerlangan (SUK)

4.1. Sukan Untuk Semua (SUS) 1M1S

4.1.1. Penglibatan murid Tahap Dua (tahun 4,5 &6) di Sekolah Rendah,
dan Kelas Peralihan sehingga Tingkatan 6 di Sekolah Menengah
adalah wajib.

4.1.2. Murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan


juga wajib mengambil bahagian dalam aktiviti sukan.

4.1.3. Murid tahap 1 (Pra sekolah, tahun 1,2 & 3) adalah digalakan
untuk menyertai aktiviti sukan & permainan.

4.1.4. Sebarang ativiti latihan sukan di peringkat sekolah mestilah


dijalankan pada waktu petang sebagai langkah Melindungi Masa
Instruksional (MMI)

4.1.5. Kejohanan Balapan & Padang peringkat sekolah mestilah


dilaksanakan selepas Bulan Jun. Bagi aktiviti lain boleh
dilaksanakan sepanjang tahun (cth merentas desa, sukantara dll)

4.1.6. Masa yang diperuntukkan adalah 90 minit seminggu, minimum 12


kali setahun (SM), 60 minit seminggu, minimum 12 kali
setahun (SR).

6
Dasar Kokurikulum Dan Sukan - Jabatan Pelajaran W.P.Labuan – DKS-JPWPL:Januari2013

DASAR 5 : AKTIVITI PERINGKAT NEGERI, KEBANGSAAN DAN


ANTARABANGSA.

5.1. Penyertaan pasukan sekolah dalam mana-mana kegiatan di peringkat negeri, kebangsaan
dan antarabangsa, sama ada di bawah kelolaan kementerian, jabatan dan agensi luar
mestilah mendapat kelulusan pengarah.

5.2. Permohonan untuk penyertaan mestilah sekurang-kurangnya

5.2.1 Dua minggu sebelum tarikh program untuk peringkat negeri,

5.2.2 Satu bulan untuk peringkat kebangsaan

5.2.3 Tiga bulan untuk peringkat antarabangsa.

5.3. Tujuan penyertaan mestilah atas dasar memberi peluang penyertaan, penglibatan dan
pendedahan di kalangan murid dan bukannya atas tujuan sebagai memeriahkan atau
meramaikan acara/program.

5.4. Setiap 10 orang murid atau kurang mesti diringi oleh seorang guru
pengiring/pembimbing (nisbah 10:1) dan sekiranya ada murid perempuan mesti diringi
oleh guru perempuan.

5.5. Murid mestilah mendapat kebenaran ibubapa/penjaga secara bertulis.

5.6. Guru pengiring/pembimbing mesti menjaga kebajikan dan keselamatan murid termasuk
perjalanan pergi dan balik ke tempat program.

5.7.Pihak penganjur bertanggungjawab menjaga kebajikan dan keselamatan sepanjang


tempoh program dijalankan.

5.8.Guru pengiring /pembimbing wajib bersama-sama murid sepanjang masa semasa aktiviti .

5.9. Penyertaan dan penglibatan murid di peringkat negeri mestilah tidak melibatkan waktu
pembelajaran dan pengajaran (PdP). Sekiranya melibatkan waktu tersebut, pihak
pengelola/penganjur mestilah mendapatkan kebenaran pengarah.

DASAR 6 : PENILAIAN PENCAPAIAN KOKURIKULUM DAN SUKAN

6.1. Penilaian pencapaian kokurikulum dan sukan murid wajib dibuat sepanjang tempoh
persekolahan. Penilaian di sekolah rendah merangkumi tahun 4,5 dan 6 (Tempoh 3 tahun
persekolahan) dan sekolah menengah merangkumi tingkatan 1-5 (Tempoh 5 tahun
persekolahan), manakala penilaian untuk tingkatan 6 merangkumi tingkatan 1- 6 Atas
(Tempoh 7 tahun persekolahan)

7
Dasar Kokurikulum Dan Sukan - Jabatan Pelajaran W.P.Labuan – DKS-JPWPL:Januari2013

6.2. Penilaian kokurikulum dan sukan murid hendaklah dibuat berdasarkan garis panduan
yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu penilaian markah 10% ke
IPTA (Bahagian Kokurikulum Dan Kesenian) dan Sistem (Pentaksiran Aktiviti Jasmani,
Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK), Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kem.Pelajaran Malaysia.

6.3. Sekolah hendaklah menyedia dan menyerahkan pelaporan bertulis pencapaian


kokurikulum dan sukan murid kepada ibubapa setiap akhir tahun.

6.4. Sekolah hendaklah menyimpan rekod kokurikulum dan sukan murid dengan baik dan
teratur untuk tujuan rujukan, pemantauan dan penilaian. Jika ada murid berpindah dari
sekolah lain, pihak sekolah hendaklah mendapatkan rekod kokurikulum dan sukan dari
sekolah asal murid tersebut. Pihak sekolah juga hendaklah membekalkan maklumat yang
serupa jika ada murid yang berpindah ke sekolah lain.

6.5.Sekolah mestilah membuat penilaian dan pengiraan bagi

6.5.1 Gred Point Average (GPA) dan Cumulative Gred Point Average CGPA murid.

6.5.2 Gred Purata Pencapaian Persatuan/Kelab.

6.5.3 Gred Purata Pencapaian Kokurikulum Sekolah (GPS)

DASAR 7 : PENGHARGAAN

7.1 Memberikan pelbagai bentuk penghargaan kepada murid yang mengharumkan nama
sekolah dan Jabatan Pelajaran melalui pelbagai kegiatan Kokurikulum & Sukan
berbentuk :-

Barangan, trofi, medal atau Wang Tunai


Sijil Penghargaan

7.2. Setiap kejayaan murid diperingkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa mestilah
diumumkan dalam majlis sekolah seperti semasa perhimpunan mingguan atau
perhimpunan Kokurikulum & Sukan (HRHK). Hadiah-hadiah dan sijil hendaklah
dipamerkan pada ruang /sudut khas (Hall of Fame/galeri).

7.3 Mewujudkan Anugerah Khas kepada murid/pelajar yang cemerlang dalam kokurikulum
dan sukan seperti Anugerah Kokurikulum & Sukan Sekolah dan Anugerah Gemilang
Kokurikulum & Sukan Unit/Sektor/Jabatan.

7.4. Setiap penglibatan dan pencapaian mestilah direkodkan .

7.5. Penghargaan hendaklah diberikan kepada guru yang terlibat.

Anda mungkin juga menyukai