Anda di halaman 1dari 2

ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera

Terima kasih pengerusi majlis yang begitu ceria, barisan Hakim yang arif lagi adil,
penjaga masa yang teliti, para guru dan rakan-rakan sekalian.

Hai kawan-kawan..

Kawan-kawan semua nak dengar cerita tak..? haaa… kalau nak.. sila duduk dan
jangan lari.. dengar dan hayatilah cerita saya pada hari ini.

Kawan-kawan..

Hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “ANAK IKAN YANG
SUKA MENIPU”.

yang terlena, sedar-sedarkan,

Yang tersedar, dengar-dengarkan

Yang terdengar, fikir-fikirkan

Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan bernama Leo. Leo tidak disukai
rakan-rakanya kerana suka menipu mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang bermain,
Leo akan menjerit, “Jerung jerung sembunyi cepat”. Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari
dan bersembunyi di celah-celah batu. Leo hanya ketawa melihat rakannya itu.
Walaupun Leo selalu menipu mereka namun, ikan-ikan kecil itu tetap mempercayai
Leo.

Kawan-kawan
Pada suatu hari, Leo menghampiri rakan-rakannya untuk mempermainkan mereka
seperti biasa. Tiba-tiba seekor jerung menghampiri mereka dan Leo tidak menyedari
kehadiran jerung itu. “Jerung jerung sembunyi cepat" jerit ikan-ikan itu. ikan-ikan itu
lari lalu bersembunyi di celah-celah batu. Leo tidak mempedulikan jeritan
rakan-rakannya. Leo fikir mereka ingin membalas dendam. “Baiklah, kamu semua
menang. Di sini mana ada jerung. Tak usahlah kamu semua menakutkan aku” jerit
Leo. Jerung itu berenang menghampiri Leo. Leo tidak sempat melarikan diri dan
akhirnya dimakan oleh jerung itu.

Kawan-kawan..

Begitulah balasannya jika kita suka menipu. Jangan jadi seperti Leo ya kawan-kawan.
Kita hendaklah jujur dalam percakapan kerana kita tidak akan dipercayai jika kita
suka menipu. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Indah bersinar berintan cantik,

Nampak berseri kilau cahaya;

Bercakap benar amalan baik,

Itulah tanda amalan mulia

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai