Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KELAMBU

42700 BANTING

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KELAMBU


TAHUN 2018

TARIKH : 19 April 2018

HARI : KHAMIS

MASA : 8.00 PAGI – 10.00 PAGI

TEMPAT : SK SUNGAI KELAMBU


LAPORAN
PROJEK MEGA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
UJIAN SEGAK PERDANA
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KELAMBU
TAHUN 2018

Tarikh : 19 April 2018

Hari : Khamis

Masa : 8.00 – 10.00 pagi

Tempat : Tapak Perhimpunan SKSK

Ujian SEGAK Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk


Murid Sekolah Malaysia ( SEGAK ) ini telah dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah.

Gaya hidup masyarakat Malaysia kini bertambah sedentari. Kecergasan yang optimum
boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian tanpa berasa letih dan lesu.
Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan
sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan bagi setiap item ujian dan dinilai
mengikut norma yang telah ditetapkan. Dengan ini, satu penilaian yang standard dapat
diukur. Pada Ujian SEGAK kali ini, murid-murid mula didedahkan dengan elemen
KBAT. Murid-murid digalakkan untuk meneroka atau berfikir cara yang lebih baik untuk
mendapatkan mata yang lebih untuk setiap ujian yang dijalankan supaya mata yang
diperoleh adalah lebih baik dari ujian yang lepas.

“SEGAK” mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005.
Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan
tahun 2008. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara
peperiksaan berpusat.
Rekod penilaian kecergasan memberi maklumat tentang tahap kecergasan murid. Ujian
yang dijalankan secara sistematik perlu diadakan dua kali setahun dan diharap dapat
memotivasikan murid mengamal gaya hidup sihat.

MATLAMAT
Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk
meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum.

OBJEKTIF
Murid dapat :
1. Mengetahui kepentingan kecergasan fizikal;
2. Melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah;
3. Menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu;
4. Melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui
perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan
5. Pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.

PROSEDUR
Semua murid perlu menjalani ujian‐ujian kecergasan fizikal yang dicadangkan dalam
buku panduan ini. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur,
keupayaan murid dan mengambilkira peralatan serta tempat ujian dijalankan. Umur
murid dikira pada 1 hb. Januari untuk rujukan norma.

Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani.
Ujian ini juga mesti dilengkapkan pada hari yang sama. Guru melatih murid terlebih
dahulu dan murid digalakkan membuat ujian secara individu, bersama rakan atau
keluarga mereka. Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan.
Urutan item bateri ujian adalah seperti berikut;

Ukuran antropometrik untuk mendapatkan Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum
melakukan ujian ini.Ujian yang dicadangkan ini boleh digunakan sebagai aktiviti latihan
kecergasan. Ujian ini perlu dilaksanakan dua kali setahun pada bulan Mac dan Ogos
Bagi murid yang tidak sihat, guru boleh menjalankan ujian pada hari yang lain pada
bulan yang sama. Ujian SEGAK perdana yang dijalankan mendapat kerjasam sama
daripada semua guru. Diharapkan pgorgram ini dapat diteruskan bagi melahirkan
generasi yang lebih cergas, sihat, berdaya saing dan mempunyai matlamat yang nyata

Disediakan oleh :

………………………………………….
(NOOR AZAKIAH BT ABD AZIZ)
LAMPIRAN
Murid berkumpul mendengar taklimat
mengenai ujian yang akan dijalankan

Perekodan
Stesen untuk setiap ujian

Sesi memanaskan badan sebelum memulakan ujian


Ujian Komposisi Badan (BMI)

Ujian Naik Turun Bangku


Ujian Tekan Tubi

Ujian Jangkauan Melunjur

Ujian Ringkuk Tubi Separa

Anda mungkin juga menyukai