Anda di halaman 1dari 3

IMAN DAN RUKUN IMAN

IMAN DAN RUKUN IMAN

Iman ertinya kepercayaan atau tasdiq. Iman ialah kesepaduan antara tiga
perkara iaitu percaya dalam hati, mengaku dengan lidah serta beramal dengan
segala rukun dan perintah. Dengan demikian, orang yang beriman adalah
orang yang beramal kerana amal membuktikan keimanannya. Jika tidak,
maka imannya adalah mainan perasaan dan cita-cita sahaja.

Kalau anda ingin fahami maksud iman dengan mudah, telitilah kata-kata
mutiara yang diungkapkan oleh al-Hasan al-Basri r.a yang bermaksud:

Bukanlah iman itu dengan perhiasan dan cita-cita akan tetapi iman itu
ialah apa yang teguh dalam hati dan dibenarkan oleh amal. Barang
siapa berkata (ikrar) baik pada hal ia mengerjakan amal yang tidak
baik, nescaya Allah menolak perkataannya. Dan barang siapa berkata
dan berbuat baik, nescaya mengangkat akan amalnya.

Iman adalah dasar akidah atau kepercayaan orang Islam. Oleh itu, ia adalah
sesuatu yang tetap dan pasti sebagaimana yang diajarkan. Iman tidak
mungkin dipinda oleh perubahan tempat dan zaman.

Dalam hadis daripada Umar r.a., malaikat Jibril yang menyerupai seoang
lelaki telah bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w. mengenai iman:

Katanya lagi: Maka khabarkan kepadaku darihal Iman. Rasulullah


s.a.w. menjawab: Iman itu ialah bahawa engkau beriman kepada Allah,
dan malaikat-Nya, dan segala kitab-Nya, dan para Rasul-Nya, dan
engkau beriman kepada takdir baik-Nya dan jahat- Nya. Dia berkata:
Benarlah engkau!

(HR. Muslim)

Hadis ini dengan jelas telah menyebutkan tentang enam perkara yang
terangkum dalam pengertian iman. Keenam-enam perkara inilah yang
dimaksudkan sebagai rukun iman. Rukunnya yang enam itu tetaplah enam,
tidak berkurang atau terlebih. Mari kita kaji rukun iman satu persatu agar kita
faham dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan iman.
Beriman kepada Allah

Beriman kepada Allah bererti percaya akan kewujudan-Nya sebagai Tuhan


Yang Sempurna sifat-Nya secara mutlak, Pencipta alam ini, Penyusun
peraturannya dan Pengatur perjalanannya. Allah s.w.t. merupakan Tuhan
yang wajib disembah dan diakui kemuliaan-Nya, kekuasaan-Nya dan dipatuhi
hukum-hukum-Nya. Bukti kewujudan Allah ialah wujudnya sekalian makhluk
dan alam ini. Allah turut menyatakan dalil kewujudan-Nya sebagai Tuhan
Yang Maha Kuasa dengan firman-Nya dalam al-Qur’an yang bermaksud:

Dan tuhan kamu itu Tuhan yang satu. Tiada tuhan melainkan Dia, yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya dalam penciptaan
langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang
belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang
Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan
bumi sesudah mati (keringnya) dan Dia sebarkan di bumi itu segala
jenis haiwan dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara
langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan
kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.

(Surah al-Baqarah: 163 – 164)

Selanjutnya, kalau ditinjau secara lebih mendalam isyarat atau petunjuk-


petunjuk ayat tersebut, ternyatalah bahawa ada dua perkara yang menjadi
unsur utama untuk kehidupan rohani dan jasmani manusia iaitu:

1. Pertama, unsur agama yang bertalian dengan kepercayaan terhadap Tuhan


Yang Maha Esa iaitu Allah. Kepercayaan ini adalah dasar utama bagi orang
yang beriman.

2. Kedua, unsur kehidupan di dalam dunia. Kehidupan di dalam dunia terdiri


daripada langit dan bumi, perubahan malam dengan siang, pelayaran kapal di
laut membawa muatan, kehidupan tanaman dengan air, pembiakan segala
jenis binatang dengan banyaknya, peredaran angin dan awan menurut
masanya. Semua itu menjadi bukti yang nyata menunjukkan keesaan Allah
s.w.t. dan menjadi sumber bagi kehidupan di dunia.

Sebagai seorang muslim anda mesti menerima kedua-dua unsur di atas


agar hidup anda berisi dengan cahaya iman.
Beriman kepada sekalian malaikat

Beriman kepada sekalian malaikat adalah wajib. Malaikat dijadikan daripada


cahaya, bukan lelaki dan bukan pula perempuan, taat kepada Allah s.w.t. dan
patuh menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Berikut ialah malaikat-
malaikat yang wajib diketahui dan tugas-tugas mereka.

Anda mungkin juga menyukai