Anda di halaman 1dari 7

Pks2/2016 Bahasa Malaysia tahun 4

Soalan 1 hingga 13
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “ Cikgu, bolehkah _______ pergi ke perpustakaan?” tanya Roshidi dan Chen.


A kami
B kamu
C aku
D kita

2 Zaini akan menyewakan rumah kampungnya itu _______ sesiapa yang berminat.
A daripada
B dengan
C kepada
D pada

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Ayah mengisikan angin ke dalam tayar keretanya yang _______


A tipis
B susut
C kempis
D cengkung

1
Pks2/2016 Bahasa Malaysia tahun 4

Puteri Nirmala masuk ke kamarnya kerana malam sudah semakin


larut.

4 Apakah yang dilakukan oleh Puteri Nirmala selepas itu?


A bersiram
B bersantap
C beradu
D bersemayam

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5 Di tepi sungai itu ada _______ buluh..


A sebatang
B serumpun
C segugus
D sejambak

6 Suara budak-budak yang sedang bermain di halaman rumah Mak Siti menjadikan
suasana di situ _______ .
A kusut-masai
B kacau- bilau
C hingar-bingar
D gundah-gulana

2
Pks2/2016 Bahasa Malaysia tahun 4

7 Sambutan ibubapa terhadap program gotong-royong pada kali ini amat


menggalakkan kerana _______ sahaja yang tidak dapat hadir.
A separuh
B segelintir
C sebahagian
D seperempat

8 Syafiqah menekan loceng bas apabila _______ tiba di sekolah.


A jauh
B jarang
C hampir
D nyaris

9 Wanita itu _______dulang berisi minuman untuk para tetamunya.


A menatang
B menadah
C memikul
D mengangkat

10 Cikgu Siti Aishah sedang _______ murid kelas Empat Bestari cara-cara menulis
karangan Bahasa Melayu.
A mengajari
B mengajarkan
C mempelajari
D mengajar

3
Pks2/2016 Bahasa Malaysia tahun 4

11 _________ Rani berketurunan India _______ dia fasih bertutur Bahasa Melayu.
A Meskipun … dan
B Namun … bahkan
C Walaupun … tetapi
D Sungguhpun … kerana

12 Pak Zul menghirup air kopi yang masih panas itu perlahan-lahan.
Pilih perkataan sinonim bagi menghirup
A meneguk
B menyedut
C meniup
D menghisap

13 Nur Basyirah _______ dipilih sebagai olahragawati jika memenangi satu pingat
emas lagi dalam acara pecut yang diminatinya itu.
A pasti akan
B harus sudah
C sudah pernah
D sedang hendak

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

14 Puan Salwa memaklumkan bahawa pertandingan masakan ini diadakan khas


untuk kaum wanita.
A “Kaum wanita perlu tahu bahawa pertandingan masakan khas telah
diadakan,” kata PuanSalwa.
B Kata Puan Salwa, “Pertandingan memasak ini diadakan khas untuk kaum
wanita.”
C “Kaum wanita akan menyertai sesuatu pertandingan masakan khas,” kata
Puan Salwa.
D “Pertandingan memasak ini diadakan khas untuk Puan Salwa,” kata kaum
wanita.

4
Pks2/2016 Bahasa Malaysia tahun 4

Soalan 15 dan 16
Pilih ayat yang betul.

15 A Berbagai sayur –sayuran kampung dijual di pasar tani..


B Kebanyakan bahan yang dipamerkan itu berasal dari Sarawak.
C Setengah pengunjung yang datang ke pameran itu membawa anggota
keluarga masing-masing.
D Encik Razi makan dua ketul roti canai kerana terlalu lapar.

16 Pilih ayat yang betul


I Farah dan Najwa sering berjoging di waktu petang.
II Kek coklat itu dibuat oleh kami petang semalam.
III Diakah yang menyuruh kamu mengambil beras di balai raya?.
IV Syabas, puan berjaya menjadi pemenang tempat pertama pertandingan
kuiz itu!
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Yang saya hormati Puan Pengerusi Majlis, Puan Hasniza binti Ahmad. Yang
Berusaha, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Senangan, Encik Ramlee bin Abu
Bakar, guru pengawas, guru-guru dan para pengawas. Saya sebagai wakil Pengarah
Pendidikan negeri Pulau Pinang ingin merakamkan ucapan terima kasih atas jemputan
pihak sekolah ke majlis penutupan kursus pengawas ini.

Hadirin yang saya hormati,

Saya mengucapkan tahniah kepada barisan pengawas kerana berjaya mengikuti


kursus yang julung-julung kali diadakan oleh pihak sekolah ini. Pelbagai aktiviti seperti
ceramah, bengkel kepimpinan, ceramah motivasi, latihan berketerampilan diri dan

5
Pks2/2016 Bahasa Malaysia tahun 4

sukaneka telah diadakan sepanjang kursus ini. Kursus pengawas yang diadakan ini
adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada pengawas
tentang tugas-tugas mereka sebenarnya.

Dengan ini para pengawas akan lebih bertanggungjawab dan berkeyakinan


semasa menjalankan tugas. Saya yakin bahawa para pengawas dapat membantu pihak
sekolah untuk menjaga disiplin, memastikan semua murid mematuhi peraturan sekolah
serta menjaga tahap kebersihan sekolah.

Para hadirin yang dihormati,

Saya juga berharap agar pengawas menjaga penampilan diri, cara


berkomunikasi, serta menunjukkan sahsiah yang baik sebagai contoh kepada murid-
murid yang lain. Pengawas juga merupakan model bagi murid-murid lain. Dengan ini,
pengawas akan dihormati semasa menjalankan tugas.

Saya juga menghargai usaha pihak sekolah kerana berjaya mengadakan kursus
ini bagi melahirkan pengawas yang berkebolehan serta memiliki ciri-ciri kepemimpinan.
Diharapkan agar kursus sedemikian dapat diadakan lagi pada masa hadapan.

Akhir kata, saya merasmikan majlis penutupan Kursus Pengawas Sekolah


Kebangsaan Taman Senangan.

Sekian, terima kasih.

17 Siapakah yang menyampaikan ucapan tersebut?


A Ketua Pengawas Sekolah Kebangsaan Taman Senangan
B Guru Pengawas Sekolah Kebangsaan Taman Senangan
C Wakil Pengarah pendidikan Negeri Pulau Pinang
D Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Senangan

18 Apakah tujuan kursus pengawas diadakan?


A Untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada pengawas tentang
tugas-tugas mereka.
B Untuk melahirkan para pengawas yang memiliki ciri-ciri kepimpinan.
C Untuk mendidik para pengawas dengan nilai-nilai murni.
D Untuk menjelaskan tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh pengawas di
sekolah.

6
Pks2/2016 Bahasa Malaysia tahun 4

19 Mengapakah seseorang pengawas perlu berketerampilan dan mengamalkan sikap


yang baik?
A Untuk menunjukkan bahawa mereka ialah pengawas sekolah.
B Untuk dijadikan model oleh murid-murid yang lain.
C Untuk menunjukkan mereka bertanggungjawab.
D Untuk menjalankan tugas dengan baik.

20 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A Ucapan ini disampaikan semasa Kursus Motivasi Pengawas dijalankan.
B Kursus Asas Pengawas belum pernah diadakan sebelum ini.
C Pengawas harus memberikan maklumat kursus kepada murid-murid lain.
D Kursus pengawas ini melibatkan semua murid, pengawas dan guru-guru
Pengawas Sekolah Kebangsaan Taman Senangan.

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai