Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (T) CONVENT, KOMPLEKS SEKOLAH WAWASAN, 2018

SEREMBAN 2, 70300 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (T) CONVENT,


KOMPLEKS SEKOLAH WAWASAN, SEREMBAN 2,
70300 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

KERTAS KERJA PROJEK MENCERIAKAN


BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH

PROJEK INTERNSHIP (KUMPULAN)


PISMP UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING AMBILAN JUN 2014
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

DI BAWAH KENDALIAN GURU PELATIH


LOGANANTHINI A/P DHANABALAN
VITHIYAAVATHY A/P NITTIANATHAM
PELAJAR PISMP BIMBINGAN DAN KAUNSELING AMBILAN JUN 2014

DENGAN KERJASAMA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SJK(T) CONVENT,


SEREMBAN 2.

1
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (T) CONVENT, KOMPLEKS SEKOLAH WAWASAN, 2018
SEREMBAN 2, 70300 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

1. PENGENALAN

Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru
permulaan. Guru pelatih dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek atau aktiviti
rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah. Pada peringkat ini, guru pelatih perlu
menunjukkan sifat kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan
bimbingan mentor. Internship juga memberi peluang kepada setiap guru pelatih untuk
meningkatkan keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri, membentuk sifat kepemimpinan dan
memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru permulaan yang
berkesan.

Sehubungan dengan itu, kami seramai dua orang guru pelatih dari Institut
Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar akan membuat projek menceriakan bilik bimbingan
dan kaunseling sepanjang sebulan internship di SJK(T) Convent. Melalui projek ini, dapat
juga mencantikan dan membersihkan bilik bimbingan dan kaunseling. Info kaunseling yang
akan dipaparkan di bilik bimbingan dan kaunseling turut dapat meningkatkan kesedaran
dalam diri warga sekolah mahupun klien yang datang ke bilik bimbingan dan kaunseling.
Fail-fail akan dikemaskini dan sudut terapi akan ditambah baik.

2. MATLAMAT PROGRAM
Matlamat projek ini bertujuan untuk menceriakan bilik bimbingan dan kaunseling. Prasarana
dan pengurusan bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif dan teraputik menjadi
agenda penting dalam rutin seharian di sekolah. Keselesaan dan suasana yang kondusif
digabungjalinkan pula dengan suasana menjalankan sesi melalui penceriaan dan
pembersihan bilik bimbingan dan kaunseling akan menjadikan klien lebih selesa. Secara
tidak langsung melalui keceriaan bilik, para murid akan dapat meningkatkan minat untuk
berjumpa dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling di bilik bimbingan dan kaunseling.

3. OBJEKTIF PROGRAM
Objektif program ini adalah :-
 Mewujudkan suasana yang lebih ceria dan harmonis di bilik bimbingan dan
kaunseling.

2
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (T) CONVENT, KOMPLEKS SEKOLAH WAWASAN, 2018
SEREMBAN 2, 70300 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

 Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif serta identiti sekolah yang positif.
 Meningkatkan kesedaran warga sekolah melalui bilik kaunseling yang kondusif.
 Menjadikan bilik bimbingan dan kaunseling tempat perhatian murid.

4. TARIKH, DAN TEMPAT PELAKSANAAN


Tarikh : 20.02.2018 hingga 16.03.2018
Tempat : Bilik Bimbingan dan Kaunseling

6. PELAN TINDAKAN
Tarikh Perkara

20/2/2018 -  Perbincangan dengan guru besar tentang pemilihan projek


23/2/2018 internship kumpulan
 Menyediakan kertas kerja
 Menyerah kertas kerja kepada guru besar untuk disahkan
 Mengenalpasti alatan yang diperlukan akan disediakan
semasa projek ini dilaksanakan
26/2/2018 -  Pembahagian kerja antara guru pelatih
2/3/2018  Projek mula dijalankan

5/3/2018 -  Laporan pelaksanaan internship ditulis dan refleksi


9/3/2018 dilakukan
 Semakan dibuat agar laporan yang disediakan tidak
mempunyai sebarang kesalahan kosa kata dan ayat
12/3/2018 -  Menyerahkan laporan kepada guru besar untuk disemak
16/3/2018  Penilaian dilakukan.

3
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (T) CONVENT, KOMPLEKS SEKOLAH WAWASAN, 2018
SEREMBAN 2, 70300 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Item Kuantiti Harga Jumlah Catatan


seunit (RM) (RM)

1. Kertas warna 1 rim 11.00 11.00 Mohon dari sekolah

2. Bahan hiasan 10 2.12 21.20 Mohon dari sekolah

3. Alas meja 5 2.12 10.60 Mohon dari sekolah

4. Masking tape 5 3.00 15.00 Mohon dari sekolah


(24mm)

5. Cermin panjang 1 20.00 20.00 Mohon dari sekolah

Jumlah Keseluruhan 77.80

9. SUMBER KEWANGAN

 PCG Unit Bimbingan dan Kaunseling

10. PENUTUP
Semoga pelancaran projek menceriakan bilik bimbingan dan kaunseling ini dapat
meningkatkan motivasi diri para murid untuk rasa selesa semasa sesi kaunseling di
samping mengindahkan lagi kawasan sekolah. Diharapkan juga apa yang dirancang dapat
dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Oleh itu, kerjasama semua pihak amat kami
hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

……………………………… ....................................................... ................................


(CIK.N.VITHIYAAVATHY) (PN.A.SATTIAWATHY) (EN.P.KRISHNAN)
Guru Pelatih Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru Besar

4
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (T) CONVENT, KOMPLEKS SEKOLAH WAWASAN, 2018
SEREMBAN 2, 70300 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

SJK(T) Convent SJK(T) Convent SJK(T) Convent

Anda mungkin juga menyukai