Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan:

Terima kasih pengerusi majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-
guru, rakan-rakan dan seterusnya sidang hadirin yang dirahmati Allah.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakahtuh dan salam satu Malaysia.


Pada hari ini saya akan menyampaikan sebuah kisah yang sangat penting
dalam sejarah lslam.

Mari bersama kita kenangkan,


Kisah teladan di dalam Al-
Quran, Nasyid
kisah Muhammad Nabi akhir zaman,
Israj Mikraj yang penuh keagungan.
Sidang hadirin,
Nabi Muhammad saw merupakan anak kepada Abdullah dan ibunya
bernama Aminah. Baginda telah dilantik menjadi rasul ketika berumur 40
tahun. Baginda merupakan nabi akhir zaman dan risalahnya untuk semua
manusia.Semasa menyampaikan dakwahnya, baginda telah mendapat
pelbagai rintangan dan tentangan daripada kaum Quraisy.

Isi pertama:

Antaranya ialah tindakan kaum Quraisy memulaukan Bani Hashim dan orang
lslam. Akibat pemulauan tersebut , Baginda telah kehilangan penyokong
dan pelindung utamanya iaitu bapa saudaranya Abu Talib dan isteri
tersayang Siti Khadijah bt Khuwailid yang telah meninggal dunia. Kesedihan
ini ditambah lagi dengan penolakan dakwah oleh penduduk Taif. Lantas
Allah mengingatkan Nabi dengan berfirman :

dan janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah kamu


berdukacita………(surah ali-Imran :ayat 139)

Sebagai umat lslam, jangan kita mudah berputus asa dalam menghadapi
dugaan Allah seperti musibah banjir yang baharu kita alami. Redha dan
mohonlah pertolongan daripada Allah Taala.

Untuk mengubati kesedihan Baginda, Allah Taala telah memperjalankan


Baginda melalui peristiwa Israk dan Mikraj. Selain itu, peristiwa ini juga untuk
menunjukkan keagungan dan kebesaran Allah Taala.
di samping kewajipan kefardhuan solat 5 waktu.

isi 2:

Sebelum diIsrak Mikrajkan, Baginda terlebih dahulu melalui proses penyucian


hati oleh dua malaikat iaitu Jibrail dan Mikail. Setelah itu dimasukkan ke
dalam hati Baginda hikmah, ilmu dan iman. Kemudian dimeterikan dengan “
khatimin Nubuwwah”.

Begitulah kawan-kawan, kita juga perlu menjaga kebersihan diri, pakaian


dan tempat daripada najis terutamanya ketika menunaikan ibadat kepada
Allah Taala.

malam isnin 27 rejab… tahun kesebelas kenabian


menaiki Buraq….

. ditemani Jibrail
diperjalankan dengan jasad dan
roh nasyid
melihat keagungan Tuhan yang penuh keajaiban

Allah berfirman:

“Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada


malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin),
Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-
tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang
Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.” ( Surah al-Israk: ayat 1 )

isi 3:

Baginda telah melalui Madinah, Bukit Tursina, Baitul Laham dan seterunya ke
Baitul Maqdis. Pelbagai gambaran dan suasana peristiwa telah diperlihatkan
dengan penuh keajaiban.Setiap gambaran telah diperjelaskan oleh Jibrail
as.

Antara peristiwa yang telah dialami baginda ialah petani bercucuk tanam
dan memungut hasilnya tanpa henti. Menurut Jibrail as itulah balasan
kepada orang yang sanggup berjihad fiisabillah dalam menegakkan syiar
lslam.

Kita umat lslam sepatutnya mencontohi semangat dan keberanian orang


Palestin untuk bersama-sama berberjuang menentang keganasan Israel.
Allah berfirman: surah al Maidah 35

dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu
beroleh kejayaan.

Nabi juga melihat manusia memecahkan kepalanya dengan batu. Itulah


balasan bagi mereka yang tidak menjaga solatnya.
Sekarang ini ramai manusia meringan-ringan solat semata-mata untuk
mengejar urusan duniawi. Ingatlah solat itu adalah diwajibkan kepada kita
untuk dikerjakan.

Allah berfirman dalam surah al-Ankabut 45:

dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu


mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar

isi 4:

sampailah sudah di Masjidil Aqsa


mengimani solat sekelian para anbia’, sajak
minuman susu dipilih jua
akhirnya ke Sidratul Muntaha dimikrajkan pula.

Di langit pertama baginda bertemu dengan Nabi Adam. Di sini juga


baginda melihat keadan orang-orang yang makan riba’ dan harta anak
yatim dan melihat keadaan orang yang berzina yang sangat buruk
perlakuannya.

Dewasa ini kita digemparkan dengan pelbagai gejala kelahiran anak luar
nikah yang berleluasa. Ingatlah zina itu perbuatan keji dan dimurkai
Allah.Ianya merosakkan keturunan manusia.
Allah berfirman dalam surah al-Israk ayat 32 :

dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan).

Seterusnya di langit kedua baginda bertemu dengan Nabi Isa dan Yahya, di
langit ketiga Nabi Yusof, di langit keempat Nabi Idris, di langit kelima Nabi
Harun, di langit keenam Nabi Musa dan di langit ketujuh Nabi Ibrahim
Khalilullah.

Setelah itu, Baginda telah ke Sidratul Muntaha dan akhirnya ke Hadratul


Qudus dan Hadratul Rabbul Arbab berseorangan diri untuk bertemu dengan
Allah Taala. Baginda telah menerima kefardhuan solat yang asalnya 50
waktu, tetapi atas nasihat Nabi Musa kemudiannya Allah
mengurangkannya kepada 5 waktu sahaja sepertimana sekarang.

Setelah itu, Baginda telah dibawa kembali ke Baitul Maqdis dan


menunggang Buraq kembali ke Masjidil Haram di Mekah pada malam yang
sama.

Penutup
Suasana masyarakat terbahagi kepada dua, ada yang bertambah penuh
keimanan seperti mana Abu Bakar yang akhirnya mendapat gelaran
“asSyiddiq” tetapi ramai juga yang kufur kerana tidak mempercayainya
manakala orang musyrikin menjadikannya sebagai bahan cercaan.

Kisah Israk dan Mikraj telah kita amati,


Bersama kita mengukuhkan iman,
Marilah kita bertekad di hati,
Suruhan Allah sentiasa amalkan.

Bunga dedap diatas para


Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta

Sekian, terima Kasih


Wabillahi taufik wal-hidayah wassalammualaikum warahmatuhi
wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai