Anda di halaman 1dari 3

Penyataan Sebelum Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Saya akan menjalankan PBS pertama saya di SJKC Chong Cheng yang terletak
di Sungai Ara, Pulau Pinang pada 12 Mac 2017 sehingga 16 Mac 2017. Antara sebab
saya melaksanakan PBS di sekolah ini adalah kerana lokasi tempat yang berdekatan
dengan rumah saya dan kelengkapan prasarananya. Selain itu, sekolah ini telah
melaksanakan pelbagai program dan aktiviti bagi bidang kurikulum dan ko-kurikulum dari
semasa ke semasa.

Sebelum menjalankan PBS di sekolah, saya telah membuat persediaan awal dan
merancang aktiviti-aktiviti yang patut saya lakukan. Sebagai langkah persediaan, saya
telah membaca, meneliti serta memahami kehendak soalan berdasarkan kertas panduan
yang diagihkan oleh pensyarah. Setelah memahami kehendak soalan, saya lebih
mempunyai idea tentang tanggungjawab dan tugasan yang perlu saya laksanakan di
sekolah nanti. Selain itu, saya dapat menyediakan peralatan-peralatan seperti kamera
dan komputer riba seperti pergi ke sekolah. Dengan ini, saya dapat mengelakkan
kesilapan dan meningkatkan keberkesanan PBS saya.

Melalui PBS ini, saya akan memerhatikan persekitaran sekolah dan kelengkapan
serta kemudahan yang terdapat di sekolah. Saya akan mengambil gambar dan
merekodkan pemerhatian saya untuk menyiapkan tugasan PBS saya ini. Sebagai contoh,
saya akan memerhatikan perpustakaan, kantin, pejabat guru, kelas pelajar, makmal sains,
makmal komputer, padang dan lain-lain. Hal ini demikian kerana kemudahan ini adalah
penting untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Di samping itu, saya juga akan
merekodkan maklumat umum sekolah tersebut khususnya bilangan guru, murid,
kakitangan, dan lain-lain.

Semasa di sekolah nanti, saya perlu menjaga penampilan diri. Saya akan
memakai baju yang bersopan dan menunjukkan penampilan yang profesional. Ketika di
sekolah, saya juga perlu bertutur secara bersopan santun ketika berinteraksi dengan
setiap warga sekolah. Di samping itu, saya perlu sentiasa bersenyum dan bersalam ketika
bertemu dengan guru-guru sekolah. Saya perlu sentiasa menjaga perlakuan diri dan
sentiasa mengingati watak diri sebagai seorang guru dan bukannya seorang pelajar. Saya
perlu berusaha untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran di sekolah sebagai
persediaan masa depan.
Bagi kerja perbincangan pula, saya akan menjalankan temu bual dengan guru
besar, PK 1, PK Koko, PK HEM, dan guru-guru lain supaya saya dapat mengumpul
maklumt tentang bidang tugas mereka dan masalah-masalah yang dihadapi di sekolah.
Terutamanya ketika berinteraksi dengan guru matematik, saya dapat mengenali masalah-
masalah dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran matematik. Dengan ini,
saya dapat lebih memahami tentang keadaan sebenar yang bakal berlaku di sekolah nanti
sebagai persediaan.

Selain daripada menemu bual, saya juga akan menjalankan soal selidik di sekolah
PBS saya nanti. Sasaran soal selidik saya ialah guru-guru dan murid-murid di sekolah.
Untuk menjalankan aktiviti ini, saya telah menyediakan borang soal selidik untuk warga
sekolah sebelum saya pergi ke sekolah. Bagi soalan soal selidik untuk guru, saya akan
menimbulkan soal seperti kaedah-kaedah pengajaran guru dan anggaran penguasaan
bahasa murid-murid. Bagi soalan soal selidik untuk murid pula, saya akan menanyakan
sama ada mereka suka pergi ke sekolah, menggunakan TMK dalam membuat kerja
rumah dan adakah mereka subjek tertentu seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
itu susah. Melalui soal selidik di atas, saya dapat simpulkan bahawa sama ada kaeah
pengajaran yang mana adalah lebih digemari dan berkesan kepada murid.

Selain itu, saya cuba meminta kebenaran daripada guru sekolah untuk
membenarkan saya memasuki kelasnya supaya dapat memerhatikan cara beliau
mengajar dan mengendalikan kelas. Saya juga akan meminta kebenaran agar dapat
mengendalikan kelas tambahan di sekolah. Dengan ini, saya dapat memperoleh
pengalaman mengajar di sekolah dan cara untuk mengendalikan kelas. Saya akan
memerhati kaedah pengajaran dan pembelajaran yang telah digunakan oleh para guru
dan membuat refleksi. Refleksi saya melalui pemerhatian di atas tentunya akan banyak
membantu saya apabila waktu praktikum nanti.

Tambahan pula, saya akan memerhatikan aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang
dijalankan di sekolah tersebut. Jika sekolah tersebut menjalankan sebarang program atau
aktiviti semasa tempoh PBS saya, ia akan memberikan banyak faedah dan pengalaman
kepada saya. Saya akan memerhatikan aktiviti-aktiviti sekolah dan menganalisis
kesannya dengan enam aspirasi dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Hal
ini demikian kerana ia akan membantu saya apabila saya mengajar pada suatu hari nanti.
Kesimpulannya, saya berharap PBS saya ini dapat berjalan dengan lancar dan
sempurna. Saya juga berharap saya tidak akan membuat sebarang kesilapan semasa
saya menjalankan PBS di sekolah itu nanti.

Anda mungkin juga menyukai