Anda di halaman 1dari 2

UNIT PERPUSTAKAAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

“WORLD BOOK CAPITAL”

TAJUK BUKU : Mudahkan Jangan Susahkan


PENGARANG : Syed Alwi Alatas
PENERBIT : Galeri Ilmu Sdn Bhd
TAHUN TERBITAN : 2012
PENGULAS : Ukhtie Rashidah
JABATAN / UNIT : Jabatan Sains Sukan
E-MEL : afizfirdaus9630@gmail.com

ULASAN:
Buku ini adalah sebuah karya motivasi Islam yang dipenuhi dengan kisah-kisah benar yang dilalui
penulis dan orang terdekat beliau juga kisah tauladan dari sirah,zaman silam dan
selainnya.Kesemua kisah tersebut mengandungi tauladan yang tidak terhingga nilainya kerana ia
memperingatkan kita tentang kesukaran dan kemudahan.

Buku ini memberi kesedaran supaya kita semua melihat sesuatu perkara itu mudah,walaupun
terkadang ada perkara susah dilalui seperti perkara yang baru pertama kali dilakukan,perkara yang
tidak suka dilakukan atau perkara yang tidak suka untuk dilakukan atau dilalui jadi, kita perlu belajar
meraikan pengalaman-pengalaman baru dalam hidup kita.Lantaran ia akan dapat dilalui dengan
lebih mudah.

Sungguhpun demikian,bukan semua perkara boleh kita pandang mudah.Perkara tentang


dosa pahala,halal haram bukan perkara yang boleh dibuat main-main atau dipemudahkan-
mudahkan.Contoh sudah Allah tetapkan solat Zohor empat rakaat tidak bolehlah kita mudahkan jadi
tiga,dua dan sebagainya.Kalaupun menjadi dua rakaat pada keadaan tertentu keadaan yang
membolehkan solat qasar.
Ada kalanya,kita mempunya sikap terlalu memikirkan perkara yang belum tentu kita
lalui.Terkadang memikirkannya secara berlebihan mendatangkan keburukan kepada kita seperti
terlalu risau kalau sakit,kalau rumah dimasuki pencuri,kalau gagal dalam peperiksaaan dan
sebagainya sedangkan perkara tersebut belumpun dilalui lagi.Untuk itu kita perlu banyak
beristighfar dan menggantungkan tawakal kepada Allah.Lantaran itu kita turut perlu berusaha
seperti menjaga kesihatan,mengambil langkah-langkah keselamatan juga berusaha untuk
menghadapi peperiksaan berbanding hanya rasa takut tanpa sebarang persediaan atau persiapan.

Sedang kita tidak suka orang menyusahkan kita maka kita juga sama,perlu memudahkan
urusan orang lain seperti kita suka orang lain memudahkan urusan kita.Nah!pada detik membaca
bahagian ini saya terbayangkan kadang-kadang prosedur yang pelbagai dan karenah birokrasi
sangat menyusahkan pelanggan misalnya,namun dari satu sudut yang lain prosedur yang adakala
menyusahkan itu ada pula kebaikannya.

Ada masanya dalam kehidupan kita,kita terpaksa melalui kesusahan.Kita perlu lalui
kesusahan itu tanpa kompromi.Dalam keadaan-keadaan tertentu Allah menguji kita dengan
kesusahan,pasti mereka yang bertabah tidak dipersia-siakan nilai ketabahan mereka itu oleh Allah
SWT.Pada saat kita ditimpa sesuatu,mari kita sama-sama tanamkan pertahanan bahawa Allah
sedang memilih kita untuk diberi pahala yang berlimpah-ruah.Pada satu ketika yang lain kita diberi
dengan kesenangan,bolehkah kita bersyukur?Jadi mungkin ada lebih baiknya kita diuji supaya kita
lebih mensyukuri sesuatu yang kita punyai.

Apatah lagi,jika kita bandingkan kesusahan yang kita lalui tidaklah sehebat yang Rasulullah
saw lalui.Jika kita difitnah pula,tidaklah sedahsyat fitnah yang dihadapi Nabi Allah Yusuf.Itulah
antara cara untuk kita lebih bersyukur tatkala membandingkan kesusahan kita dengan para aulia
'alaihimusolatu wassalam.

Ringkasnya,kesusahan yang Allah berikan pada kita,ternyata bersesuaian dengan


kemampuan kita menghadapinya.Yakinlah dengan itu,yakinlah dengan pertolongan Allah.Jika kita
pening-peningkan kepalapun,ia tidak mampu mengubah sesuatu yang susah menjadi
senang,bahkan mungkin jadi lebih susah lagi.

Amalkan doa supaya Allah tidak menimpakan sesuatu yang diluar kemampuan
kita.Dan...cubalah kita renung-renungkan adakalanya kita tidak tersedar kita telah melalui beberapa
siri kesedihan dan kedukaan,itulah tanda Allah sedang berkomunikasi dengan kita dan beruntunglah
bagi mereka yang mengambil peluang keemasan ini dengan tabah dan redha.

Anda mungkin juga menyukai