Anda di halaman 1dari 4

TAHUN 6

Pada 18 Januari 2014 hari Sabtu yang lalu, Jawatankuasa Program

Kecemerlangan UPSR bersama PIBG SK Tambun telah mengadakan Program Kursus

Keibubapaan dan Majlis Aku Janji Tahun 6 bertempat di Dewan Terbuka SK Tambun.

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara ibu bapa murid tahun

6 dengan guru-guru terutamanya guru-guru tahun 6. Selain itu, ia juga bertujuan

meningkatkan motivasi murid dalam pelajaran, lebih bertanggungjawab dan berusaha

dengan gigih untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam UPSR kelak. Ibu

bapa juga dapat bersua muka dengan guru kelas anak-anak untuk bertanya lebih lanjut

tentang pelajaran anak-anak mereka. Segala perbelanjaan untuk majlis ini daripada

PIBG serta tabung Tahun 6.

Program bermula dengan pendaftaran pada pukul 8.00 pagi. Semua ibu bapa

dan murid tahun 6 serta ibu bapa murid tahun 1 hingga 5 juga di jemput untuk majlis

ilmu ini. Kehadiran ibu bapa dan murid agak menggalakkan pada hari tersebut.

Pada pukul 8.25 penceramah jemputan iaitu Al Fadhil Ustaz Harith Fadhillah Hj

Abdul Halim, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak tiba dan disambut oleh

Guru Besar dan Penolong Kanan SK Tambun.

Majlis bermula dengan bacaan doa dari Ustaz Zikhirwan, Guru Pendidikan Islam.

Selesai bacaan doa, Guru Besar Puan Hjh Che Wa Saad menyampaikan ucapan alualuan

kepada para tetamu dan mengucapkan tahniah kepada kepada ibu bapa yang

hadir bersama anak-anak demi memastikan kecemerlangan pelajaran anak-anak.

Pada pukul 8.40, ceramah dari Al Fadhil Ustaz Harith Fadhillah Hj Abdul Halim

bermula. Ceramah yang bertemakan ‘Anakku, Permataku, Tanggungjawabku’ amat

sesuai dengan tujuan majlis ini. Dalam ceramahnya beliau menekankan tentang peri
pentingnya ibu bapa memberi perhatian kepada anak-anak terutama dalam zaman

12

yang semakin mencabar ini. Anak-anak juga perlu menghargai ibu bapa dan

membalasnya dengan memberikan kejayaan yang cemerlang.

Ceramah berakhir pada pukul 11.00 pagi, dan majlis diteruskan dengan majlis

aku janji murid-murid dan ibu bapa. Murid-murid dan ibu bapa bergerak ke tempat yang

telah disediakan iaitu kelas tahun 6 Bestari di Dewan Besar, kelas 6 Dinamik di Bilik

Tayangan, kelas 6 Dinamik di Bilik Matematik dan kelas 6 Arif di Bilik Seri Tambun. Ibu

bapa dan murid diberi taklimat oleh guru kelas anak masing-masing tentang NKRS-W

dan program kecemerlangan yang telah dirancang sepanjang tahun. Guru kelas

menerangkan dengan lebih terperinci kelompok anak-anak masing-masing dalam

NKRS-W berdasarkan TOV murid dari keputusan peperiksaan akhir tahun lepas.

Selesai penerangan guru kelas, mesyuarat diadakan untuk melantik AJK dalam

kalangan ibu bapa mengikut kelas masing-masing. Fungsi AJK ini adalah untuk

memastikan sebarang aktiviti atau program yang akan dijalankan dapat dilaksanakan

dengan lebih lancar dengan adanya penglibatan dari ibu bapa. AJK yang dilantik adalah

Pengerusi Kelas, Naib Pengerusi Kelas, Bendahari, Setiausaha dan AJK kecil. AJK ini

juga boleh merancang aktiviti sendiri yang boleh dilakukan demi meningkatkan prestasi

akademik anak-anak.

Selepas itu, murid-murid juga diberi borang target dalam UPSR 2014 dan diminta

mengisi target mereka bersama ibu bapa. Kemudian, mereka diminta membaca ikrar

aku janji berhadapan dengan ibu bapa masing-masing. Antara lain isi kandungan dalam

aku janji iaitu mereka berjanji akan belajar bersungguh-sungguh, menghormati ibu bapa

dan guru, menyiapkan kerja sekolah, memberi perhatian penuh dalam kelas sewaktu

guru mengajar, menghadiri kelas tambahan dan menghormati rakan-rakan.


Seterusnya, murid-murid juga berjanji akan mendapatkan keputusan yang

cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang akan datang. Selesai berikrar, murid

menandatangani aku janji di hadapan ibu bapa. Kemudian borang aku janji ini

diserahkan kepada guru kelas masing-masing.

13

Selesai majlis, murid-murid membantu guru mengemas bilik masing-masing.

kerusi dan meja diletakkan di tempat asal. Ibu bapa murid dijemput untuk menikmati

sedikit jamuan ringan. Majlis berakhir pada pukul 1.00 tengahari.

KEKUATAN

Tema ceramah daripada penceramah jemputan yang bertajuk ‘anakku,

permataku, tanggungjawabku’ amat bersesuaian dengan tujuan majlis. Isi kandungan

yang disampaikan juga menarik minat ibu bapa dan murid. Selain itu, majlis ini juga

dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah lebih-lebih lagi

dengan guru kelas anak-anak. Mereka dapat mengetahui tentang prestasi dan kelakuan

anak-anak mereka. Dengan adanya lantikan AJK dalam kalangan ibu bapa mengikut

kelas anak-anak membolehkan ibu bapa terlibat dengan rasmi dalam apa saja program

yang dapat meningkatkan akademik anak-anak mereka. Hubungan yang erat antara

sekolah dengan ibu bapa murid memudahkan pihak sekolah mendapat kerjasama yang

penuh dari mereka dalam sebarang aktiviti yang bakal dijalankan.

KELEMAHAN

Kehadiran ibu bapa dan waris murid hanya lebih kurang 70 % sahaja terutama

untuk kelas murid yang lemah iaitu kelas Arif hanya seramai 11 orang ibu bapa sahaja

yang hadir. Kurangnya kehadiran ibu bapa ini menyukarkan pihak sekolah

mendapatkan kerjasama mereka dalam sebarang aktiviti yang bakal dijalankan.

CADANGAN
Majlis ini diharapkan dapat dijalankan lagi pada masa akan datang kerana

banyak perkara yang membawa kepada kebaikan kepada pihak sekolah, ibu bapa

khususnya anak-anak mereka. Guru-guru pula perlu menggandakan usaha untuk

memastikan kehadiran ibu bapa 100% untuk majlis-majlis yang akan datang.

14

PENUTUP

Kesimpulannya, program keibubapaan dan majlis aku janji murid tahun 6 ini

dapat meningkatkan motivasi murid dan juga ibu bapa untuk sama-sama dalam

memastikan kecemerlangan anak-anak dalam peperiksaan UPSR. Ibu bapa secara

tidak langsung akan mengambil berat tentang pelajaran anak-anak dengan adanya

penerangan yang lebih teliti daripada guru kelas. Ibu bapa lebih jelas dan faham akan

hasrat sekolah demi kejayaan anak-anak mereka seterusnya bersama-sama

bekerjasama meningkatkan kejayaan sekolah ini. Selain itu, murid-murid tahun 6 lebih

bertanggungjawab dan bermotivasi untuk mendapatkan kejayaan yang cemerlang

dalam UPSR dengan adanya kehadiran ibu bapa mereka. Semoga sasaran sekolah

untuk mendapatkan 38 orang atau lebih lagi mencapai 5A pada tahun ini akan tercapai.

Semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

Disediakan oleh,

………………………………

(Wan Norazlina Mohamad Salleh)

Setiausaha,

Program Tahun 6,

Sekolah Kebangsaan Tambun.

Anda mungkin juga menyukai