Anda di halaman 1dari 2

Majlis Hari Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 5 SeMAI telah berlangsung pada

12 April 2018, bersamaan hari Khamis bertempat di Dewan Terbuka SMA Al- Islahiah Al-Islamiah Felda Lubok
Merbau Kedah. Majlis tersebut bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 2.00 tengah hari. Objektif majlis
ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada para pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam bidang
akademik, sahsiah dan kokurikulum tahun 2017 disamping penghargaan kepada staf yang cemerlang dan
berdedikasi. Ketibaan para tetamu jemputan dan waris serta tetamu kehormat bermula pada pukul 8.30 pagi. Para
waris telah mendaftarkan kehadiran mereka di meja pendaftaran dan mereka berkumpul di Dewan Terbuka SeMAI
sementara menunggu tetamu kehormat tiba. Sesi pendaftaran kehadiran para jemputan dapat dilaksanakan dengan
lancar.

Pada jam 8.45 pagi, para pentadbir, tetamu jemputan , para guru serta pasukan kompang sekolah telah
berbaris di sepanjang jalan berhadapan Dewan Terbuka untuk menyambut kedatangan tetamu kehormat iaitu Yang
Berusaha, Tuan Haji Ismail bin Yahya, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam Negeri Kedah. Ketibaan
beliau telah disambut meriah dengan paluan kompang oleh pasukan kompang sekolah lalu berarak menuju ke
Dewan Terbuka diiringi bersama oleh Tuan Haji Roslan bin Sidek, Pengerusi LPS, Tuan Haji Ismail Bin Ahmad ,
Pengetua SeMAII, En. Yaman bin Che Harun, Yang DiPertua PIBG serta barisan pentadbir SeMAII, masuk ke
dewan dan mengambil tempat. Seterusnya para tetamu diminta berdiri dan bersedia untuk menyanyikan lagu
Negaraku, lagu Negeri Kedah dan melagukan nasyid asma al- Husna.

Majlis pada hari tersebut dipengerusikan oleh En. Mohd Faizal bin Ahmad Noriman serta Cik Mahfuzah
bin Sobri. Pengerusi Majlis, telah mengalu- alukan kedatangan kepada semua tetamu yang hadir dan merakamkan
sekalung terima kasih atas keperihatinan dan kesudian para ibu bapa dan penjaga untuk bersama-sama menjayakan
Majlis Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 5. Demi memberkati majlis pada hari itu, bacaan
doa telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Syukrilah bin Jaafar. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan alu-
aluan , Tuan Haji Ismail Bin Ahmad , Pengetua SeMAII kepada semua tetamu yang hadir. Seterusnya,
ucapan oleh Yang Berusaha, Tuan Haji Ismail bin Yahya, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam
Negeri Kedah seterusnya merasmikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang ke -2 dan Mesyuarat Agung PIBG kali ke
-5 tahun 2018.

Sebagai penyeri majlis pada hari itu, satu persembahan nasyid yang dibimbing oleh Ustaz Azhar bin
Hamid dipertontonkan kepada para tetamu yang hadir. Persembahan tersebut dianggotai oleh pelajar Aspuri.
Selepas itu, bermulalah acara kemuncak iaitu penyampaian hadiah dan sijil kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam
tingkatan, PT3 , SMRA serta staf – staf yang cemerlang dari pelbagai aspek yang disampaikan oleh Tn Haji Ismail
bin Yahya dan diiringi oleh Tuan Pengetua. Anugerah Kecemerlangan Sahsiah 2017 disandang oleh Mohd Sidqy
bin Abdul Hamid serta Nurul Husna Abdul Wahab. Manakala Pelajar Terbaik Kokurikulum disandang oleh peserta
– peserta pasukan bola tampar sekolah. Penghargaan juga diberikan kepada agensi- agensi yang banyak membantu
serta bekerjasama dalam merancakkan pembangunan sekolah dari pelbagai aspek. Sebelum majlis berakhir , Yang
berusaha Tuan Pengetua sudi menyampaikan cenderamata kepada tetamu kehormat yang sudi hadir dalam majlis ini.
Majlis diakhiri dengan nyanyian Lagu Sekolah. Para tetamu VIP dan semua jemputan termasuk para waris
telah dijemput ke bilik khas untuk menikmati kudapan tengah hari.

Majlis diteruskan lagi dengan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 5 kira -kira jam 11.30. Mesyuarat dimulai
dengan ucapan Pengerusi PIBG, Encik Yaman bin Che Harun diteruskan dengan pengesahan minit yang
dikendalikan oleh Puan Farah Syazwani binti Alias. Majlis diteruskan lagi dengan perbincangan usul yang
dikendalikan oleh Encik Halim, Timbalan NYDP PIBG. Mesyuarat dirancakkan lagi dengan perbincangan –
perbincangan usul yang lain untuk pemantapan Kurikulum Sekolah. Mesyuarat diteruskan dengan acara kemuncak
iaitu perletakan jawatan serta pemilihan AJK PIBG yang baru. Majlis berakhir kira-kira jam 1.30 pm. Secara
keseluruhannya, Majlis Hari Anugerah Cemerlang ke-2 dan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 5 pada tahun ini telah
disempurnakan dengan jayanya, hasil usaha gigih dan kerjasama semua warga sekolah dari peringat awal hingga
akhir dan berjaya mencapai objektifnya.

Anda mungkin juga menyukai