Anda di halaman 1dari 15

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

GGGB 6013: KAEDAH PENYELIDIKAN 1

TUGASAN 3 & 4

NAMA PENSYARAH:
DR. AHMAD ZAMRI BIN MANSOR

NO MATRIK PELAJAR:
GP03465

NAMA PELAJAR:
MUHAMAD FAIZ BIN KHIR

PUSAT KULIAH PERTEMUAN 1:


KUCHING

TOPIK KAJIAN:
KESEDIAAN GURU TEKNIKAL DALAM MENGIMPLEMENTASI KURIKULUM REKA
BENTUK DAN TEKNOLOGI STANDARD SEKOLAH RENDAH DI PEDALAMAN SARAWAK
TUGASAN PENULISAN 3

3.1 Objektif Kajian

Antara objektif kajian yang dijalankan oleh penyelidik ialah ;


i. Mengenal pasti tahap kesediaan guru Teknikal dari segi sikap terhadap pelaksanaan
KSSR dalam pengajaran RBT.
ii. Mengenal pasti tahap kesediaan guru Teknikal dari aspek pengetahuan pedagogi isi
kandungan KSSR RBT terhadap pelaksanaan KSSR dalam pengajaran RBT.
iii. Mengenal pasti tahap kesediaan guru Teknikal dari aspek pengetahuan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) terhadap pelaksanaan KSSR dalam pengajaran RBT.
iv. Mengenal pasti tahap kesediaan guru Teknikal dari aspek penguasaan kemahiran
teknikal terhadap pelaksanaan KSSR dalam pengajaran RBT.

3.2 Rekabentuk Yang Dipilih

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang berbentuk deskriptif kuantitatif di mana
borang soal selidik digunakan dalam kajian ini. Penyelidikan deskriptif merupakan
penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang berlaku dan
mendapatkan maklumat mengenai sesuatu peristiwa yang sedang berlaku. (Mohd Majid,
2005). Nelavathi (2004) menyarankan seseorang penyelidik yang ingin mendapatkan data
tentang populasi berdasarkan sampel yang dipilih sesuai menggunakan kaedah tinjauan.
Kaedah ini sesuai dipilih bagi mengenal pasti tahap kesediaan guru teknikal di sekolah
pedalaman dari aspek sikap, pengetahuan pedagogi isi kandungan, pengetahuan PBS dan
kemahiran teknikal dalam mengimplementasi kurikulum RBT dalam KSSR. Tinjauan
terhadap aspek-aspek dalam kajian ini memberi maklum balas terhadap tahap kesediaan
guru teknikal yang mengajar di pedalaman dalam mengimplementasi kurikulum baharu.

3.3 Pembolehubah Kajian

Tidak berkaitan kerana rekabentuk kajian yang dipilih ialah kaedah tinjauan.

3.4 Instrumentasi

Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen yang dibina sendiri berdasarkan
pemerhatian daripada beberapa instrumen soal selidik dalam kajian lepas. Memandangkan
populasi kajian agak besar dan di kawasan pedalaman, instrumen soal selidik dipilih dalam
kajian ini. Menurut Mohd Majid (2005), untuk mengkaji populasi yang besar dan kedudukan
responden yang berjauhan antara satu sama lain, soal selidik lebih berkesan dan praktikal
untuk digunakan. Penyelidik mengadaptasi item soalan dalam soal selidik dari kajian Azizi
dan Azizi Yahaya et al. (2008), Norazilawati et al. (2014) dan Koleh Anyan (2008). Maka,
terhasil satu instrumen soal selidik bagi kajian ini. Soal selidik ini terbahagi kepada lima
bahagian, iaitu Bahagian A, B, C, D dan E.

i. Bahagian A : Soal selidik demografi responden


ii. Bahagian B : Soal selidik sikap guru teknikal dalam pelaksanaan kurikulum RBT
iii. Bahagian C : Soal selidik pengetahuan pedagogi isi kandungan RBT
iv. Bahagian D : Soal selidik pengetahuan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
v. Bahagian E : Soal selidik kemahiran teknikal RBT

3.4.1 Bahagian A : Soal Selidik Demografi Responden

Bahagian ini dibina supaya penyelidik dapat mengumpulkan maklumat tentang ciri-ciri
demografi responden iaitu guru yang mengajar mata pelajaran RBT seperti jantina, umur,
etnik, pengalaman mengajar, lokasi sekolah, taraf akademik, opsyen dan kehadiran kursus
KSSR. Bahagian ini dibina bagi mengenal pasti sama ada faktor-faktor demografi responden
mempengaruhi tahap kesediaan guru dalam mengimplementasi kurikulum RBT atau tidak.

3.4.2 Bahagian B : Soal Selidik Sikap Guru Teknikal dalam Pelaksanaan Kurikulum RBT

Bahagian ini mengandungi 10 item soalan yang dibina untuk menjawab persoalan kajian
yang pertama iaitu tahap kesediaan dari aspek sikap guru yang mengajar di sekolah
pedalaman dalam pelaksanaan kurikulum RBT. Objektif yang pertama dapat dinilai
berdasarkan maklum balas responden terhadap soal selidik pada bahagian ini.

3.4.3 Bahagian C : Soal Selidik Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan RBT

Bahagian ini mengandungi 10 item soalan yang dibina bertujuan menjawab persoalan kajian
yang kedua iaitu tahap kesediaan guru yang mengajar mata pelajaran RBT dari aspek
pengetahuan pedagogi isi kandungan mata pelajaran RBT. Objektif yang kedua dapat dinilai
berdasarkan maklum balas responden terhadap soal selidik pada bahagian ini.
3.4.4 Bahagian D : Soal Selidik Pengetahuan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Bahagian ini mengandungi 10 item soalan yang dibina bertujuan menjawab persoalan kajian
yang ketiga iaitu tahap kesediaan guru yang mengajar mata pelajaran RBT dari aspek
pengetahuan PBS. Objektif yang ketiga dapat dinilai berdasarkan maklum balas responden
terhadap soal selidik pada bahagian ini.

3.4.5 Bahagian E : Soal Selidik Kemahiran Teknikal RBT

Bahagian ini mengandungi 10 item soalan yang dibina bertujuan menjawab persoalan kajian
yang keempat iaitu tahap kesediaan guru teknikal dari aspek kemahiran teknikal dalam RBT.
Objektif yang keempat dapat dinilai berdasarkan maklum balas responden terhadap soal
selidik pada bahagian ini.

Instrumen soal selidik pada Bahagian B, Bahagian C, Bahagian D dan Bahagian E


menggunakan skala likert lima mata. Jadual 4 di bawah menunjukkan skala pengukuran
aspek dalam instrumen kajian.

JADUAL 4 Skala Likert Instrumen Soal Selidik

Skala
1 Sangat Tidak Setuju
2 Tidak Setuju
3 Tidak Pasti
4 Setuju
5 Sangat Setuju

3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumentasi

Bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen soal selidik ini, set soal selidik
dibina berpandukan item soalan dari beberapa penyelidik yang lepas sebagai rujukan
pembinaan instrumen soalan dalam kajian ini. Selain itu, penyelidik berbincang dan
menyaring item soalan yang telah dibina dengan penyelia bagi kesahan kandungan item
soalan dalam soal selidik. Malahan, pengujian terhadap item soalan dalam soal selidik
mendapat kesahan melalui kajian rintis yang dilakukan oleh penyelidik ke atas 10 orang
guru yang terlibat dalam mengajar mata pelajaran RBT di sekolah pedalaman. Hal ini
bertujuan mengenal pasti masalah-masalah melibatkan kefahaman dan interpretasi item
soalan. Kajian rintis dilakukan bagi mendapatkan kebolehpercayaan instrumen bagi melihat
sejauh mana indeks ketekalan bagi setiap item soalan. Memandangkan nilai Alpha
Cronbach bagi setiap item kajian melebihi 0.6, maka kebolehpercayaan dan ketekalan dapat
diguna pakai. Hal ini disokong oleh Mohd Majid (2005) yang menyatakan nilai pekali
kebolehpercayaan yang melebihi 0.60 dianggap mencukupi dan dapat diguna pakai untuk
sesuatu kajian. Jadual 5 menunjukkan nilai Alpha Cronbach bagi setiap item yang dikaji.

JADUAL 5 Nilai Alpha Cronbach Setiap Bahagian


Bahagian Bilangan item Nilai Alpha Cronbach
Sikap 10 0.90
Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi 10 0.94
Pengetahuan PBS 10 0.88
Kemahiran Teknikal 10 0.86
3.6 Lampiran Soal selidik

LAMPIRAN A

FAKULTI PENDIDIKAN

TAJUK:
KESEDIAAN GURU TEKNIKAL DALAM
MENGIMPLEMENTASI KURIKULUM REKA BENTUK DAN
TEKNOLOGI STANDARD SEKOLAH RENDAH DI
PEDALAMAN

Kajian ini bertujuan meninjau tahap kesediaan guru teknikal yang mengajar di
sekolah pedalaman dalam mengimplementasi kurikulum Reka Bentuk dan
Teknologi Standard Sekolah Rendah. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru
yang mengajar mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi diminta dengan
hormatnya menjawab secara ikhlas semua soalan yang dikemukakan. Segala
maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan hanya analisis umum diterbitkan.
Kerjasama daripada pelajar-pelajar amatlah dihargai.

Borang soal selidik ini akan dikendalikan oleh pembanci yang telah dikenalpasti
boleh membantu penyelidik dalam mendapatkan maklumat daripada pihak
responden. Sebarang pertanyaan bolehlah dimajukan kepada penyelidik:

Muhamad Faiz bin Khir (GP03465)


Sarjana Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor

TERIMA KASIH
ARAHAN: SILA ISI RUANG KOSONG DAN TANDAKAN ( √ ) PADA
RUANGAN PILIHAN ANDA.

BAHAGIAN A: DEMOGRAFI RESPONDEN

Lelaki
JANTINA
Perempuan

UMUR
________ tahun

Melayu
Iban
ETNIK Cina
India
Lain-lain

1 tahun – 4 tahun
PENGALAMAN MENGAJAR 5 tahun – 9 tahun
Lebih 10 tahun

Pedalaman 1
LOKASI SEKOLAH Pedalaman 2
Pedalaman 3

MCE
Diploma
TARAF AKADEMIK
Ijazah
Sarjana

Reka Bentuk dan Teknologi


OPSYEN Kemahiran Hidup
Lain-lain

Pernah mengikuti kursus


KURSUS KSSR
Tidak pernah mengikuti kursus
BAHAGIAN B : SIKAP GURU TEKNIKAL DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM RBT

1 2 3 4 5
Sangat Tidak Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju
Setuju

ITEM
PERNYATAAN 1 2 3 4 5
SOALAN
Saya menyambut baik transformasi
1 kurikulum RBT dalam KSSR menggantikan
kurikulum KH dalam KBSR.
Saya sentiasa menyokong perubahan
2
kurikulum RBT untuk keperluan murid.
Saya menganggap mata pelajaran RBT
3
amat penting walaupun subjek elektif
Saya bersedia melaksanakan pengajaran
4
dan pembelajaran RBT dalam KSSR.
Saya sentiasa bersemangat dalam
5 melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran RBT dalam KSSR
Saya bersedia dalam melakukan proses
6 pengajaran dan pembelajaran abad ke-21
dalam mata pelajaran RBT
Saya menitikberatkan keberhasilan
7 pengalaman yang diperolehi oleh murid dari
mata pelajaran RBT
Saya menitikberatkan pencapaian
8 akademik semata-mata dalam mata
pelajaran RBT.
Saya sentiasa membuat persediaan dan
perancangan yang rapi sebelum
9
melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran RBT.
Saya tetap mendedahkan kepada murid
10 pembelajaran teori dan amali walaupun
kemudahan bengkel tiada di sekolah.
BAHAGIAN C : PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN RBT

1 2 3 4 5
Sangat Tidak Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju
Setuju

ITEM
PERNYATAAN 1 2 3 4 5
SOALAN
Saya telah didedahkan dengan ilmu
1
pedagogi RBT dalam KSSR.
Saya sentiasa merujuk standard
pembelajaran RBT dalam KSSR dalam
2
menyampaikan isi kandungan mata
pelajaran RBT.
Saya sentiasa menerapkan pembelajaran
3 abad ke-21 dalam proses pengajaran dan
pembelajaran RBT.
Saya sentiasa memulakan proses
4 pengajaran dan pembelajaran dengan set
induksi.
Saya sangat berpengetahuan dalam
5 menyampaikan isi kandungan dalam RBT
(teori dan amali).
Saya bijak menarik perhatian murid semasa
6 proses pegajaran dan pembelajaran
dijalankan.
Saya sentiasa mengaitkan topik
7 pembelajaran dengan kegunaan dalam
kehidupan seharian murid.
Saya sentiasa mengaitkan contoh-contoh
8 yang terdekat dengan persekitaran kepada
murid.
Saya akan memberikan keterangan dengan
9
jelas sebelum murid diberikan tugasan.
Saya sentiasa meminta murid membuat
10 rumusan selepas proses pengajaran dan
pembelajaran
BAHAGIAN D : PENGETAHUAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

1 2 3 4 5
Sangat Tidak Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju
Setuju

ITEM
PERNYATAAN 1 2 3 4 5
SOALAN
Saya telah didedahkan dengan
1
pelaksanaan sistem PBS
Saya berpengetahuan mengendalikan
2
sistem PBS

3 Saya melaksanakan PBS di sekolah.

PBS memberi peluang kepada saya


4 sebagai guru mentaksir mengikut aras
murid.
PBS membantu saya menilai proses
5 perkembangan murid secara menyeluruh
dalam setiap topik
Saya menjalankan PBS secara berterusan
6
mengikut topik dalam mata pelajaran RBT.
Saya sentiasa mengumpul evidens murid
7
yang telah dinilai secara PBS.
PBS memudahkan saya menetapkan
8 objektif pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran RBT.
PBS mampu meningkatkan kesahan dan
9
kebolehpercayaan dalam mentaksir murid.
Saya masih keliru dengan sistem PBS yang
10
dijalankan di sekolah.
BAHAGIAN E : KEMAHIRAN TEKNIKAL RBT

1 2 3 4 5
Sangat Tidak Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju
Setuju

ITEM
PERNYATAAN 1 2 3 4 5
SOALAN
Saya pernah didedahkan dengan ilmu
1
kemahiran teknikal
Saya berkemahiran dalam menggunakan
2
alatan tangan dan mesin mudah alih.
Saya berkemahiran dalam menyelenggara
3 peralatan alatan tangan dan mesin mudah
alih.
Saya menguasai semua kemahiran yang
4 diperlukan untuk mengajar mata pelajaran
RBT.
Saya dapat mendemonstrasikan
5 penggunaan alatan tangan dan mesin
mudah alih kepada murid dengan baik.
Saya dapat menunjukkan langkah yang
6 betul kepada murid dalam setiap gerak
kerja amali.
Saya pernah menghasilkan projek amali di
7
sekolah.
Saya berkeupayaan membimbing murid
8 dalam melaksanakan penghasilan projek
amali sehingga berjaya.
Kemahiran teknikal memberi kekuatan
9 kepada saya melaksanakan mata pelajaran
RBT dengan baik dan berkesan.
Saya hanya menunjukkan video tunjuk cara
10
bagi topik yang penghasilan projek amali.

KERJASAMA DARI PIHAK TUAN DAN PUAN DIDAHULUI DENGAN JUTAAN TERIMA
KASIH.
SOAL SELIDIK UNTUK RESPONDEN KAJIAN RINTIS
Arahan : Sila jawab soalan yang dikemukakan dengan telus.

1. Berapa lamakah masa yang anda perlukan untuk menjawab soal selidik ini?

_______ minit / ______ jam

2. Adakah terdapat item-item soalan yang kabur?

Ya Tidak

Jika ada, sila nyatakan Bahagian ______ item soalan _____ dan kenapa?

___________________________________________________________

___________________________________________________________

3. Adakah terdapat mana-mana item soalan yang anda tidak ingin menjawab?

Jika ada, Bahagian _____ item soalan _____ dan kenapa?

___________________________________________________________

___________________________________________________________

4. Pada pandangan anda, adakah terdapat topik utama yang ditinggalkan?

___________________________________________________________

___________________________________________________________

5. Adakah keseluruhan soal selidik jelas dan menarik?

YA TIDAK

6. Nyatakan ulasan yang anda ingin kemukakan untuk penambahbaikan.


Subtopik Markah Kriteria

3.1 Objektif Kajian 1 Sekurang-kurangnya 3 objektif, hendaklah sama


seperti dalam tugasan 1 dan 2 (kecuali jika
pertukaran tajuk dimaklumkan kepada pensyarah),
buat dalam bentuk point form, tidak perlu membuat
huraian lanjut

3.2 Rekabentuk Kajian 1 Menyatakan rekabentuk yang dipilih samada


korelasi, eksperimental, expost facto, kaedah
tinjauan, kajian kes, etnografi atau kajian tindakan

3.3 P/Ubah Kajian 1 Menyatakan PB dan PTB jika berkaitan

3.4 Instrumentasi 1 Menerangkan bahagian-bahagian yg ada dalam


soalselidik dan bagaimana setiap satu objektif kajian
diliputi oleh item dalam soalselidik tersebut

3.5 Kesahan dan 4 Menerangkan langkah-langkah yang di ambil untuk


Kebolehpercayaan memastikan kesahan dan kebolehpercayaan
soalselidik

3.6 Borang Soalselidik 2 Melampirkan soalselidik yang bermula daripada


mukadepan sehingga muka terakhir

JUMLAH MARKAH 10 Markah ditolak sekiranya ada unsur plagiat.


TUGASAN PENULISAN 4

4.1 Populasi Kajian

Populasi kajian ini terdiri daripada guru-guru yag mengajar mata pelajaran Reka Bentuk dan
Teknologi di sekolah pedalaman Daerah Kapit, Sarawak. Kajian ini berfokus terhadap tahap
kesediaan guru teknikal dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam
mengimplementasi kurikulum RBT Standard Sekolah Rendah di pedalaman. Oleh itu,
populasi kajian ini terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran RBT di 38 buah
sekolah pedalaman Daerah Kapit, Sarawak.

4.2 Sampel atau Responden Kajian

Penyelidik menggunakan kaedah persampelan rawak mudah ke atas guru-guru yang


mengajar mata pelajaran RBT di 38 buah sekolah pedalaman di Daerah Kapit, Sarawak di
mana penyelidik mengambil seorang guru yang mengajar di setiap 38 buah sekolah
pedalaman di Daerah Kapit, Sarawak sebagai responden kajian. Melalui cara ini, penyelidik
dapat membuat kesimpulan yang lebih tepat dan menyakinkan.

4.3 Prosedur Pengumpulan Data

• Pembinaan instrumen soal selidik


• Perbincangan dengan penyelia bagi penambahbaikan dan penyaringan item soalan.
• Menyediakan surat rasmi kepada PPD Kapit dan Guru Besar untuk tujuan kebenaran
penyebaran soal selidik.
• Penyebaran soal selidik kepada responden kajian rintis
• Penambahbaikan item soalan yang diulas oleh responden kajian rintis
• Penyebaran instrumen soal selidik melalui Guru Besar atau wakil guru.
• Penyebaran instrumen soal selidik kepada responden yang terlibat dalam kajian.

4.4 Prosedur Analisis Data

• Data yang diperoleh akan dianalisis menggunakan perisian Statiscal Package for the
Social Science Version 20.0
• Analisis dibuat oleh penyelidik menggunakan statistik deskriptif dalam bentuk
frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai.
4.5 Senarai Rujukan

Azizi Yahaya, Nor’ani binti Saidun & Raja Roslan Raja Abd Rahman. 2008. Persepsi Pelajar
Terhadap Keberkesanan Pengajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah. 1-14. [Tidak diterbitkan].
http://eprints.utm.my/6295/ [12 Ogos 2015].

Koleh Anyan. 2008. Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Penceritaan Oleh Guru Mata
Pelajaran Sejarah. Kertas Projek Sarjana. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi, Selangor, D.E.

Mohd Majid Konting. 2005. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Edisi ke-7. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka

Nelavathi A/P Suppiah. 2014. Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah: Tinjauan
Amalan Di Tadika Agensi Kerajaan, Daerah Seremban Barat. Kertas Projek Ijazah
Sarjana, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, D.E.

Norazilawati et al. 2014. Kesediaan Guru Sains dan Matematik dalam Pelaksanaan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik
Malaysia. 8 (1): 81-96.
http://jpsmm.upsi.edu.my/images/JPSMMVol4No12014/KesediaanGuruSains.pdf
[14 Ogos 2015].

Subtopik Markah Kriteria

4.1 Populasi Kajian 2 Menyatakan populasi yang menjadi fokus kajian

4.2 Sampel atau 2 Menyatakan kaedah persampelan dan responden yang


Responden Kajian dipilih

4.3 Prosedur 3 Menyatakan langkah-langkah dalam mengumpul data,


Pengumpulan Data buat dalam bentuk point form.

4.4 Prosedur 3 Menyatakan langkah-langkah dalam menganalisis data,


Analisis Data buat dalam bentuk point form

JUMLAH 10 Markah ditolak sekiranya ada unsur plagiat.

Anda mungkin juga menyukai