Anda di halaman 1dari 7

HHHC9101 (SET 31)

KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN

TAJUK:

PERKHEMAHAN KETRAMPILAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


DETACHMENT 88H

DISEDIAKAN KEPADA:

PUAN ROSNIZA AZNIE BIN CHE ROSE

DISEDIAKAN OLEH:

MAIZATUL ASHIKIN BINTI SAMSUDEN

(A144824)

AJK PROGRAM
SINOPSIS

Perkhemahan Ketrampilan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) merupakan satu


perkhemahan yang dianjurkan oleh ahli jawatankuasa tertinggi bagi Bulan Sabit Merah Malaysia
(BSMM) Detachment 88H (Kolej Keris Mas). Perkhemahan ini telah berlangsung selama tiga
hari iaitu pada 21 hingga 23 Februari 2014. Perkhemahan ini dijalankan di Hutan Pendidikan
Alam (HPA), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Perkhemahan ini dianjurkan bertujuan untuk melatih ahli-ahli Bulan Sabit Merah
Malaysia yang baru dengan ilmu asas pertolongan cemas. Selain itu, perkhemahan ini juga
bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan ahli BSMM untuk
menghadapi situasi sebenar di samping membina kekuatan mental dan fizikal ahli.

Di dalam program ini,saya Maizatul Ashikin binti Samsuden memegang jawatan sebagai
AJK PROGRAM. Perkhemahan ini telah membantu saya untuk bekerja dalam satu pasukan
dengan baik di samping mempelajari kemahiran untuk berkomunikasi dengan orang lain
menggunakan bahasa yang sopan dan lemah-lembut. Saya telah ditugaskan untuk mengatur
aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sepanjang perkhemahan bersama beberapa orang ahli
jawatankuasa program yang lain.
KEMAHIRAN INTERPERSONAL

Kemahiran untuk berkomunikasi dengan orang lain selalunya dikenali sebagai kemahiran
komunikasi. Aspek ini melibatkan penggunaan beberapa kemahiran seperti pendengaran yang
aktif dan kawalan nada suara. Maka, kemahiran ini dapat kita lihat pada diri seseorang dalam
sifat kepimpinannnya dan bagaimana beliau membahagi-bahagikan tanggungjawab kepada orang
bawahannya. Dalam komunikasi interpersonal, dua individu terlibat dan saling menghasilkan
seta mentafsirkan maklumat.

Semasa menjalankan tugas sebagai ajk program, saya dan beberapa ajk program yang
lain telah berbincang mengenai aktiviti yang sesuai untuk dijalankan sepanjang perkhemahan
berlangsung. Daripada hasil perbincangan, kami bersepakat untuk mengadakan sebanyak 17
jenis aktiviti. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah sesi suai kenal, sesi pembelajaran teori dan praktikal-
balutan dan kegunaan, sesi pembelajaran teori-anatomi manusia, sesi pembelajaran teori-
peralatan pertolongan cemas, sesi pembelajaran-pengangkutan, ceramah bertemakan “Undang-
undang Kemanusiaan”, ceramah bertemakan “Kesihatan”, ceramah bertemakan “Pertolongan
Cemas dan teknik CPR”, ekspedisi hutan, pertandingan pertolongan cemas mini, ujian teori,
pertandingan kes simulasi, permainan wheel of history mystory, permainan anatomy arcade,
pertandingan nurture the nature, permainan mengumpul harta dan permainan kemasyarakatan.
Kesemua aktiviti ini telah ditetapkan masa untuk dilaksanakan. Aspek keselamatan turut diambil
kira untuk menjalankan kesemua aktiviti ini. Selain itu, kami mencadangkan aktiviti-aktiviti ini
untuk dijalankan kerana ianya sangat bersesuain dengan alam sebagai seorang ahli Bulan Sabit
Merah Malaysia.

Di samping bertindak sebagai ajk program, saya turut melibatkan diri dalam beberapa
aktiviti yang diadakan. Hal ini demikian kerana kami kekurangan peserta kerana beberapa orang
peserta telah menarik diri daripada menyertai program ini pada saat-saat akhir. Keadaan ini tidak
menghalang saya untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ajk program kerana saya dibantu
oleh ahli jawatankuasa yang lain. Kami telah berbincang mengenai perkara ini bersama dengan
ahli jawatankuasa tertinggi program dan mereka bersetuju. Saya dapat menimba pengalaman
baru dan dapat mengenali ahli-ahli BSMM yang lain. Kami dapat mengeratkan hubungan
silaturahim sesama kami.

Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sepanjang perkhemahan telah melatih


kemahiran komunikasi dalam diri saya. Di samping itu, saya dapat belajar cara utnuk
bekerjasama dengan baik dalam sesebuah kumpulan. Sebagai contoh, semasa aktiviti sesi
pembelajaran-pengangkutan, saya perlu bekerja bersama ahli kumpulan yang lain. Hal ini
demikian kerana tanpa mereka, saya tidak akan mampu melakukan pengangkutan untuk
mengangkat mangsa ke tempat yang selamat. Komunikasi interpersonal yang baik antara kami
telah mendatangkan hasil yang cemerlang bagi kumpulan kami.
KESAN KEPADA MASYARAKAT

Perkhemahan Ketrampilan BSMM ini telah mendatangkan impak yang besar kepada semua
peserta. Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan, kami dapat mengeratkan hubugan silaturahim
antara kami. Meskipun kami adalah pelajar daripada fakulti yang berbeza, tiada halangan bagi
kami untuk saling beramah mesra dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat. Di
samping itu, kerjasama yang baik antara kami telah membantu kami untuk mencapai objektif
perkhemahan ini diadakan iaitu memupuk semangat perpaduan, kerjasama, saling membantu
dalam kalangan peserta dan keprihatinan terhadap mangsa kemalangan serta menghulurkan
bantuan secara sukarela.

Program ini juga telah melatih diri saya dan ahli-ahli BSMM yang lain supaya yakin diri
dan sentiasa bertindak mengikut apa yang dipelajari supaya mangsa dapat diselamatkan dengan
cepat. Kami juga dilatih untuk mengetahui asas pertolongan cemas supaya kami dapat membantu
komuniti di saat mereka memerlukan bantuan daripada ahli Bulan Sabit Merah Malaysia yang
terlatih. Ilmu yang dipelajari semasa perkhemahan dapat dijadikan panduan bagi kami sebagai
ahli Bulan Sabit Merah Malaysia untuk menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang
memerlukan perkhidmatan kami.
KEKANGAN YANG DIHADAPI

Semasa proses perbincangan aktiviti, saya tidak menghadapi sebarang masalah untuk berbincang
dengan ahli-ahli jawatankuasa yang lain. Perbincangan antara kami berjalan dengan baik tanpa
ada sebarang perselisihan. Alhamdulillah, beberapa aktiviti berjaya dirancang untuk
dilaksanakan semasa perkhemahan.

Namun begitu, terdapat beberapa kekangan yang terpaksa saya dan ahli jawatankuasa yang lain
hadapi. Antaranya ialah beberapa orang peserta menarik diri pada saat-saat akhir. Mereka
memberi alasan terlibat dengan aktiviti di fakulti. Selain itu, Sesi Pembelajaran Teori-Anatomi
Manusia tidak dapat dijalankan kerana Cik Tan Shuk Ling tidak dapat hadir kerana masalah
peribadi. Sehubungan dengan itu, permainan anatomy arcade tidak dapat dilaksanakan.

Ekspedisi Hutan juga tidak dapat dijalankan kerana kami tidak mendapat bantuan daripada
Ranjer Hutan. Hal ini demikian kerana beliau bercuti pada tarikh tersebut. Ketiadaan air di Hutan
Pendidikan Alam juga telah membantutkan perjalanan program kami.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Bagi masalah ketiadaan Ranjer Hutan untuk menjadi guide, perkara ini tidak dapat dielakkan
oleh pihak pelaksana. Begitu juga dengan masalah ketiadaan air. Hal ini demikian kerana, negeri
Selangor menghadapi krisis air ketika perkhemahan tersebut dijalankan.

Cadangan saya untuk penambahbaikan yang lain ialah ahli jawatankuasa program boleh
mengajar para peserta untuk berdikari dengan menyediakan bahan untuk mereka memasak
sendiri dan bukannya hanya memakan makanan yang telah dihidangkan oleh orang lain. Selain
itu, tempat tidur yang mungkin agak tidak sesuai untuk aktiviti yang diberi nama perkhemahan
apabila peserta sudah disediakan tempat penginapan. Mungkin peserta boleh diberi peluang
untuk menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar yang sedang mengikuti kem perkhemahan
iaitu tidur di dalam khemah. Dengan cara ini, peserta akan dapat mempraktikan pelbagai
kemahiran.

Anda mungkin juga menyukai