Anda di halaman 1dari 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang Dan Selama


Jabatan Pendidikan Negeri Perak
Jalan Taming Sari Tel : 05-8084119/05-8079488
34000 Taiping, Perak Faks : 05-8080660
Laman Web : http://jpnperak.moe.gov.my/ppdlms

Ruj. Kami : PPDLMS 630-1/2 Jld. 3 (63)


Tarikh : 15 Januari 2019
Semua Pengetua/Guru Besar
Sekolah Menengah dan Rendah
Daerah Larut Matang dan Selama

Tuan,

PROGRAM JELAJAH PEMANTAPAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)


BAGI DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), Sektor


Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Pejabat
Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama akan mengadakan program di atas seperti
maklumat berikut:-

2.1 Tarikh : 22 Januari 2019


2.2 Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang
2.3 Tempat : Dewan Kuliah, SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping
2.4 Pendaftaran : 8.30 pagi

3. Sehubungan itu, kerjasama tuan dipohon untuk membenarkan Setiausaha PPDa


sekolah tuan untuk hadir ke program di atas. Guru tersebut adalah dipohon untuk membawa
bersama :

3.1 Borang Biodata PPDa 2019 (BBG 001/19)


3.2 Borang Senarai J/Kuasa Pelaksana PPDa Sekolah Tahun 2019 (BJKPPDa
SEKOLAH 2019)
3.3 Instrumen Pemantauan Kendiri 2019

4. Untuk makluman tuan, semua borang di atas boleh dimuat turun dari Portal JPN Perak
untuk diserahkan kepada Urusetia semasa pendaftaran.

5. Kerjasama dan perhatian tuan adalah sangat dihargai. Jika terdapat sebarang
pertanyaan, sila hubungi Puan Norehan binti Yusof di talian 05-8079488 atau 014-9665022.

Sekian, terima kasih

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menjalankan amanah,

(KHAIROL ANUAR BIN KHALID PPT. )


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
b.p Pegawai Pendidikan Daerah
Larut Matang dan Selama

Anda mungkin juga menyukai