Anda di halaman 1dari 7

PROSES DAN FASA DALAM KAUNSELING

Oleh,
Mansor abu Talib
Jabatan Pembangunan Manusia & Pengajian Keluarga
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia

Kemahiran menjalankan kerja penasihatan, bimbingan dan kaunseling boleh


dipelajari sama ada secara formal atau melalui pengalaman. Bab ini membincangkan
mengenai proses dan peringkat serta kemahiran asas kaunseling, apa yang
dimaksudkannya secara ringkas. Bersesuaian dengan pemeringkatan dalam modaliti
menolong yang melihat kaunseling sebagai lebih professional berbanding bimbingan
dan penasihatan, proses dan kemahiran yang dibincangkan dalam bab ini boleh diterima
pakasi secara asasnya

Mizan & Halimahtun (1995) menggariskan ciri-ciri proses kaunseling seperti


berikut:

1. Proses kaunseling mempunyai suatu jangka masa untuk membolehkan


klien berubah. Ia memerlukan beberapa jam atau sesi pertemuan.
2. Proses kaunseling diikuti dengan kaedah atau langkah tertentu.
Pembimbing atau pengamal kaunseling memulakan hubungan
kaunseling dengan mengujudkan hubungan yang baik dengan kliennya
sehingga akhir perhubungan. Sepanjang sesi, klien dipermudah untuk
meneroka permasalahannya, mengenali atau menghampiri dirinya
daripada pelbagai perspektif. Klien dibantu untuk memahami,
menganalisis, mengakui realiti dan bersama mencari jalan
penyelesaiannya.
3. Proses kaunseling mementingkan perhubungan terbuka antara
pembimbing atau pengamal kaunseling dan klien. Hubungan terapeutik
ini merupakan unsur utama yang akan mempertingkatkan perkongsian
dan peluahan perasaan klien.
4. Kaunseling memerlukan pemahaman tentang ilmu psikologi. Proses
kaunseling melibatkan aplikasi pemahaman pembimbing atau pengamal
kaunseling tentang ilmu mengenai manusia dan kejadiannya. Ini meliputi
pemahaman tentang permasalahan manusia, punca masalah, motivasi,
keperluan dan kaedah pembelajaran.

Berdasarkan ciri-ciri proses, kaunseling boleh dibahagikan kepada tiga fasa


ringkas seperti berikut:

a. Fasa membina hubungan

1. Mendengar dengan aktif

Pembimbing atau pengamal kaunseling perlu berlatih untuk mendengar


secara aktif dan selektif, memahami apa yang didengarinya dan
mengkomunikasikan apa yang telah didengarnya kembali kepada klien.
Pembimbing atau pengamal kaunseling digalakkan sentiasa ‘berada
bersama klien’, merespon terhadap verbal dan non verbal klien. Melalui
kemahiran aktif ini, pembimbing atau pengamal kaunseling akan
mengesan dan merespon kepada ketidak seragaman terhadap apa yang
dia dengan (secara verbal) dengan apa yang dilihat melalui pernyataan
tingkahlaku non verbal klien.

2. Berempati

Empati ialah kebolehan pembimbing atau pengamal kaunseling merasai


apa yang dirasai oleh klien seolah-olah dirinya adalah diri klien
sebenar. Empati melibatkan dua kemahiran asas :

1. Persepsi (mahir membuat tanggapan yang sama)


2. Komunikasi (kemahiran menyatakan mesej kepada
klien)

Rogers (1980) yang mengemukan teori pendekatan klien atau


humanistik sangat mementingkan empati dan mentakrifkannya
sebagai;

‘It means entering the private perseptual world of others and


becoming thoroughlu at home in it. It involves being sensitive,
moment by moment, to the changing felt meanings which flow in
this other person, to the fear or rage or tenderness or confusion or
whatever that he or she is experiencing. It means temporarily
living in other’s life, moving about it delicately without making
judgement.(p142)

Empati memberi mesej bahawa pembimbing atau pengamal kaunseling


memahami tema atau isu utama klien. Pembimbing atau pengamal
kaunseling yang berempati dapat merasai secara intuitif dunia
subjektif kliennya (yang dia sendiri berusaha untuk memahaminya).
Pembimbing atau pengamal kaunseling berkebolehan untuk melihat dan
merasai dari kaca mata klien walau pun dia sendiri belum pernah
merasainya. Pembimbing atau pengamal kaunseling yang mahir
menggunakan rasa empatinya akan menyatakan kefahamannya kepada
klien agar klien rasa diri mereka di fahami.

Dalam menyatakan rasa empatinya kepada klien, pembimbing atau


pengamal kaunseling masih perlu sedar untuk membezakan identiti
dirinya dan tidak bersimpati kepada klien seolah-olah isu klien adalah
isunya sendiri sehingga menjadi personal kepada dirinya.

3. Hormat dan tulen

Hubungan kaunseling adalah hubungan kemanusiaan yang terbina


secara sukarela dengan rasa hormat menghormati antara pembimbing
atau pengamal kaunseling dan klien. Pembimbing atau pengamal
kaunseling menunjukkan yang dia sentiasa mementingkan klien dan
menghargai hubungan kaunselingnya itu.

Pembimbing atau pengamal kaunseling yang hormat kepada kliennya


akan menunjukkan tingkah laku yang tulen dan secara semula jadi.
Pembimbing atau pengamal kaunseling menerima klien tanpa syarat dan
mengiktiraf keunikan klien sebagai sangat berharga dan mempunyai
potensi untuk berkembang secara optimum.

4. Konkrit

Pembimbing atau pengamal kaunseling juga berperanan sebagai


pembimbing dan seorang pemudah cara. Melalui proses kaunseling,
pembimbing atau pengamal kaunseling membantu kliennya melihat
dengan jelas dan objektif terhadap pemikiran, perasaan atau
tingkah laku sendiri yang berkemungkinan menjadi penyebab kepada isu
yang dihadapinya.

Ivey (1994) menjelaskan kaunselor yang konkrit cuba mendapatkan


perasaan yang spesifik, atau pemikiran yang spesifik atau pun tingkah
laku yang spesifik dan bukannya secara umum. Klien dibantu oleh
pembimbing atau pengamal kaunseling untuk menjelaskan setiap
pernyataan yang diungkapkan dan mencanggah perasaan atau
pernyataannya yang berkonflik. Klien seringkali tidak menyedari isu
sebenar atau cuba berdalih. Pembimbing atau pengamal kaunseling
secara konkrit membantu klien memfokuskan kepada punca utama yang
menyebabkan isunya itu.

Penjelasan pembimbing atau pengamal kaunseling yang dilakukan


secara penuh berasas akan membantu klien meneroka secara mendalam
ke dalam dirinya yang sebelum ini masih samar.

5. Sensitif kepada budaya berbeza

Pembimbing atau pengamal kaunseling sentiasa menghormati dan


mengiktiraf keunikan serta perbezaan yang ada pada diri klien termasuk
latar belakang budayanya. Penerimaan tanpa syarat oleh pembimbing
atau pengamal kaunseling meliputi menerima secara automatik
perbezaan bahasa, budaya hidup, bangsa dan status ekonomi
kliennya. Pembimbing atau pengamal kaunseling sentiasa faham
pengaruh perbezaan faktor gender, etnik, status sosial, status ekonomi,
agama, politik dan diversiti nya dalam proses kaunseling (Pedersen,
1991).

Sue, Arredondo & McDavis (1992) menggariskan tiga kemahiran pelbagai


budaya untuk pembimbing atau pengamal kaunseling iaitu (1) kesedaran
pembimbing atau pengamal kaunseling mengenai nilai dan bias
budayanya, (2) pemahaman pembimbing atau pengamal kaunseling
terhadap sudut pandangan atau world view klien, dan (3) kebolehan
pembimbing atau pengamal kaunseling menggunakan strategi intervensi
dalam kaunseling yang bersesuaian dengan budaya klien dan setempat.
B. Fasa Penerokaan dan pemahaman

6. Mengenalpasti tema

Setelah hubungan terbina hasil dari pemecahan tembuk asing antara dua
belah pihak, proses kaunseling memasuki ke fasa ‘bekerja’ iaitu peringkat
di mana pembimbing atau pengamal kaunseling bertindak balas bagi
penerokaan lebih mendalam dan mempertingkatkan kefahaman dirinya
tentang klien.

Pada peringkat ini, pembimbing atau pengamal kaunseling menunjukkan


kemahirannya mengenalpasti tema utama isu yang diutarakan oleh klien
dan melihat pola perluahannya. Pembimbing atau pengamal kaunseling
akan meneroka lebih jauh bukan sekadar apa yang diluah atau nyatakan.
Pembimbing atau pengamal kaunseling akan meletakkan pelbagai
serpihan cerita atau pelbagai ranting untuk mengenalpasti pokok secara
dinamik. Memandangkan sesetengah isu belum lagi disedari
kewujudannya oleh klien, pembimbing atau pengamal kaunseling
menjelaskan tema yang difahaminya dan meminta pengesahan dari klien.
Pada ketika ini, pembimbing hendaklah membezakan ‘pokok’ dari
‘rantingnya’ dan melihat pokok sebagai lebih utama dari pelbagai ranting
yang menghiasnya.

7. Memfokus dan merumus

Pembimbing atau pengamal kaunseling menyusun kembali senario dan


mencantumkan pelbagai cerita untuk menjadikan satu kisah yang lebih
jelas tema permasalahannya. Setelah mendapat pengesahan dari klien,
pembimbing atau pengamal kaunseling akan terus bersama klien
menentukan arah sesi kaunseling selanjutnya.

Pembimbing atau pengamal kaunseling akhirnya menyatakan ringkasan


secara merumuskan apa yang telah dinyatakan dan dipersetujui oleh
klien.

8. Pendedahan kendiri pembimbing

Proses kaunseling berlaku dalam suasana mesra dan selamat.


Pengambilan risiko oleh pembimbing atau pengamal kaunseling dengan
berkongsi tentang dirinya akan mendorong klien mencabar dirinya sendiri
untuk meneroka jauh lebih dalam secara selesa dan bersahaja.

Pendedahan kendiri melibatkan kesediaan pembimbing atau pengamal


kaunseling berkongsi reaksi peribadinya yang berkait dengan isu yang
sedang dan tengah diperbincangkan. Perkongsian ini bukannya bersifat
penilaian atau penghakiman kepada klien kerana ini akan
membantutkan perkembangan kendiri klien dalam proses kaunseling.
Pendedahan kendiri juga dilihat sebagai model kepada klien untuk ditiru
untuk hidupnya di luar sesi kaunseling.
9. Memberi maklum balas

Memberi maklum balas tidak bermaksud memberi nasihat kerana nasihat


paling tidak digunakan dalam kaunseling kecuali dalam kes tertentu
seperti krisis. Demi kesejahteraan dan manfaat klien, pembimbing atau
pengamal kaunseling berkongsi maklumat profesional yang pada
pandangannya dapat digunakan oleh klien secara yang konstruktif untuk
perubahan diri.

Maklumbalas adalah seharusnya penuh jujur dan bersifat neutral tanpa


terlalu peribadi. Pembimbing atau pengamal kaunseling menjelaskan
maklumbalas yang dikongsi dan menyerahkan kembali kepada klien
untuk bertindakbalas terhadapnya serta membuat keputusan sendiri
samada mahu menggunakan maklumat tersebut atau tidak.

10. Menanyakan soalan

Pembimbing atau pengamal kaunseling akan menggunakan soalan untuk


mencerna secara aktif pemikiran dan tindakan klien dan menjauhkan
pola soal-jawab seolah berada dalam sesi temuduga jawatan kosong.
Pembimbing atau pengamal kaunseling yang direktif akan merasa selesa
dengan banyak menyaol manakala yang berorientasikan kepada klien
akan hanya mengemukakan soaln juka perlu. Kesimpulannya, menyoal
perlu dilakukan dengan berhati-hati agar sesi kaunseling tidak menjadi
serupa dengan komunikasi harian klien samada bersama rakan sebaya
atau ahli keluarganya.

11. Konfrontasi

Setelah pembimbing atau pengamal kaunseling memahami pola


pemikiran dan tingkahlaku klien, pembimbing atau pengamal
kaunseling mengesan percanggahan yang mungkin ditunjukkan oleh
klien. Untuk mencapai perubahan diri, klien dirangsang untuk melalui
zon kurang selesa. Pembimbing atau pengamal kaunseling ‘mencabar’
klien secara berhemah dan terus terang bagi membolehkan klien
bertindakbalas secara tidak defensif.

Melalui cabaran kesan konfrantasi akan menggalakkan klien melihat


percanggahan atau ketidakselarasan dirinya dalam keadaan yang
selamat dan tidak terancam. Pada masa yang sama, pembimbing atau
pengamal kaunseling memodelkan kepada klien bagaimana untuk
‘mencabar’ orang lain secara asertif, berjaga-jaga dan penuh hurmat.

Konfrantasi tidak bererti mencabar klien dengan cara melemparkan


penilaian kerana ini akan menjejaskan keberkesanan proses kaunseling.
12. Intrepretasi

Pembimbing atau pengamal kaunseling adalah manusia biasa yang


kadangkala membawa pengalaman sehariannya ke sesi kaunseling.
Pembimbing atau pengamal kaunseling juga tidak dapat lari dari bermain
dengan persepsi dirinya tetapi jika keterlaluan akan menjejaskan
kredibilitinya dalam bertindak balas terhadap permasalahan klien.

Melalui interpretasi, pembimbing atau pengamal kaunseling menyemak


persepsinya dan meminta pengesahan dari klien. Interperstasi juga perlu
menjauhi dari bersifat penilaian. Pembimbing atau pengamal kaunseling
yang mahir akan membuat pernyataan interpretasinya secara tentatif
atau kemungkinan sahaja. Interperasti juga boleh dinyatakan sebagai
satu bentuk hipotesis atau gerak hati (haunch) pembimbing atau
pengamal kaunseling. Pembimbing atau pengamal kaunseling
kemudiannya menjemput klien membuat interpretasinya tersendiri.

c. Fasa tindakan

13. Penentuan matlamat


Setelah berpuas hati meneroka dan memahami ‘dunia’ klien dan
kehidupannya, pembimbing atau pengamal kaunseling menggunakan
kemahiran untuk mengerakkan klien bertindak. Pembimbing atau
pengamal kaunseling mendorong klien untuk memberikan definisi baru
terhadap isu sebenar yang sedang dihadapinya. Pada peringkat ini,
klien telah jelas mengenai perkara yang menjadi pokok permasalahannya
dan bukan lagi ranting-ranting yang melengkapkan pokok asal.

Pembimbing atau pengamal kaunseling kemudiannya membantu klien


membentuk matlamat dan bersama-sama membincangkan matlamat
yang berkemungkinan berfaedah baginya untuk perubahan dan
perkembangan selanjutnya. Setelah persetujuan dua belah pihak
tercapai, pembimbing atau pengamal kaunseling menggunakan keadah
perjanjian atau kontrak diri sebagai kaedah untuk klien menjelaskan
lagi matlamat, peranan, kaedah dan motivasi dirinya bagi keberkesanan
proses kaunseling. Pembimbing atau pengamal kaunseling
bertanggungjawab membantu klien kenalpasti isu dan menentukan
matlamat sesi kaunseling. Dyer & Vriend (1993), menjelaskan 7 kriteria
mengenai matlamat kaunseling:

1. Matlamat dipersetujui bersama oleh pembimbing atau pengamal


kaunseling-klien.
2. Matlamat adalah spesifik
3. Matlamat berkaitan dengan perubahan tingkah laku.
4. Matlamat boleh dicapai
5. Matlamat boleh diukur (quantifiable & measurable)
6. Matlamat berasaskan tingkah laku yang
boleh dilihat
7. Mudah difahami dan dinyatakan kembali
14. Penyelesaian masalah

Tidak semua klien berminat menyelesaikan masalahnya. Majoriti dari


mereka hanya inginkan orang berkecuali untuk mendengar
permasaalahannya tanpa sebarang prejudis dan penghakiman.

Masalah yang telah dikenalpasti di analisis agar akhirnya matlamat yang


telah ditentukan terdahulu tercapai.

15. Mengerakkan tindakan

Setelah pelbagai alternatif dipertimbangkan baik dan buruknya,


pembimbing atau pengamal kaunseling mendorong klien untuk memilih
alternatIf yang dirasai bersesuaian. Berdasarkan penilaian klien,
pembimbing atau pengamal kaunseling seterusnya mendorongnya untuk
mengambil tindakan seperti yang dipersetujuinya dengan bertanyakan
soalan seperti bagaimana melakukannya, bila? jika berlaku sebaliknya ?
dan lain-lain. Pembimbing atau pengamal kaunseling mendorong klien
untuk melakukan apa yang telah dipersetujuinya agar klien dapat
bersedia secara mental.

Egan (1998) menjelaskan mengerakkan tindakan diskong dengan adanya


pelan tindakan yang meliputi lebih dari satu aktiviti, ianya merupakan satu
pelan bertindak yang berstruktur yang sangat jelas berkait dengan
matlamat yanbg spesifik yang telah ditentukan di fasa terdahulu.

15. Membuat rujukan

Rujukan (referal) boleh dilakukan dalam beberapa keadaan;

a. Atas permintaan klien agar kes dan/atau dirinya dirujukkan


kepada pakar atau orang lain.
b. Apabila pembimbing atau pengamal kaunseling
merasakan ada orang lain yang akan lebih memberikan
manfaat kepada klien. Dalam hal ini, klien hendaklah
diberitahu dan keizinannya diperolehi terlebih dahulu.
Walau bagaimana pun, klien tidak boleh meminta dirinya
dirujukkan kepada pembimbing atau pengamal kaunseling
lain sedang dalam waktu yang sama hubungannya dengan
pembimbing atau pengamal kaunseling asal belum
ditamatkan.

Mansor Abu Talib


FEM3107/PEM3501
Semester Pertama 2010

Anda mungkin juga menyukai