Keagresifan 5 Muka Surat
Keagresifan 5 Muka Surat
Pertama sekali marilah kita mengenali sukan itu sendiri. Sukan terdiri daripada
aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan,
keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.
Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya,
berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan
tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.
Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat
khabar,dan televisyen diberikan kepada sukan. Sukan dapat juga menjadi sumber
pendapatan. Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan
melihat kegunaan umum istilah tersebut. Sukan juga ialah aktiviti yang mengandungi
latihan kemahiran berguna secara rekreasi dan mempunyai peraturan-peraturan
tertentu dalam mengejar kecemerlangan.
Tingkah laku agresif atau ganas dalam sukan melibatkan beberapa individu
seperti atlet atau pemain, pegawai, jurulatih dan penonton. Seseorang atlet akan
melakukan keagresifan apabila berada dalam keadaan tertekan dan kekecewaan.
Kekecewaan boleh berpunca dari keputusan pertandingan dan keputusan pengadil
yang dirasakan berat sebelah. Kekecewaan ini akanmenyebabkan pemain akan
bertindak lebih agresif semata-mata memuaskan hatinya.Keagresifan yang berpunca
daripada pegawai atau jurulatih biasanya terjadi apabila merekamemberi tekanan
yang melampau kepada pemainnya. Jurulatih juga boleh membangkitkansemangat
anak buahnya. Dalam keadaan yang menang, pemain mungkin lebih
bersemangatuntuk berman dengan mempamerkan aksi yang lebih baik. Bagi
pasukan yang kalah, tekanandaripada jurulatih dan emosi yang tidak
terkawan akan melahirkan tindakan yang agresif kepada pasukan lawan.
Selain daripada atlit atau pemain dan jurulatih, penonton yang hadir
menyaksikan juga boleh menimbulkan banyak tindakan agresif. Tingkah laku
agresif ini boleh berlaku di kalangan pemain yang berada di atas padang atau
dikalangan penonton dengn penonton pihak lawan. DiMalaysia tindakan agresif
penonton biasanya berlaku dalam sukan bola sepak. Ada kalanyakeagresifan
penonton ini melibatkan kecederaan yang serius. Keganasan di kalangan
penonton biasanya terjadi kepada penonton kepada pasukan yang kalah.
Kekecewaan kekalahan pasukannya menyebabkan penonton bertindak liar dengan
membakar harta-harta dalamstadium, melontar botol air kepada pemain di padang dan
membuat provokasi. Contohnya bekas penjaga gol Kelantan yang bertindak menerpa
dengan kaki ke arah penonton. Kejadian ini harusdipandang serius kerana boleh
menjejaskan imej sukan negara.
Kedua adalah dari sudut kursus motivasi. Selain daripada kurikulum sukan,
kursus-kursus motivasi juga perlu kerap diadakan bila-bila m a s a s e b a g a i s a l a h
satu program kesedaran terhadap pentingnya semangat
k e s u k a n a n dikalangan atlet atau pemain. Selain daripada atlet jurulatih
juga harus mendalami kursus berkaitan semangat kesukanan dan jati diri. Cara
ketiga pula adalah Teknik Mengurus Perasaan. Adat ketika bertanding, ada yang menang dan
ada yang kalah. Namun berapa ramai yang bolehmenerima kekalahan dalam
pertandingan. Sebagai pemain, jurulatih dan pegawai sukan harusada satu
kemahiran dalaman iaitu teknik mengawal perasaan semasa pertandingan dan
dapatmenerima sesuatu keputusan secara rasional dan sentiasa menyedari
keupayaan diri sendiri danmenghargai orang lain atau pihak lawan. Selain itu,
para atlet dan jurulatih harus sentiasa menanamkan sikap bahawa kemenangan
bukanlah segala-galanya. Keempat pula ialah Teknik Mengurus Keagresifan. Setiap individu
harus mempamerkan satu tingkah laku altenatif yang perlu dipraktikan
secara berulang kali supaya akan menjadi satu kelaziman pada diri sendiri. Antara
tingkah lakutersebut adalah menggunakan masa lapang secara produktif, tegaskan
pendirian, pengurusan konflik yang dihadapi secara langsung tanpa berselindung,
mengelakkan diri dari tingkah laku menyalahkan orang lain dan memberikan tindak balas yang
positif kepada orang lain. Selain itu tingkah laku yang perlu diamalkan adalah penilaian semula
matlamat dan harapan, berehat danrelaksasi buat sementara waktu.
Kelima pula ialah Penyesuaian Diri. Setiap atlet atau pasukan dalam
sesebuah pertandingan mempunyai tekanannya tersendiri.Tekanan hidup tidak
seharusnya dielakkan kerana tekanan hidup adalah satu-satunya fenomena yang dapat
menyiapkan dan mematangkan manusia untuk menghadapi kecemasan atau
bahaya dengan berada pada tahap yang lebih berjaga-jaga. Kita harus menyesuaikan diri
dengan sebarang bentuk tekanan yang umum brbanding tekanan semasa pertandingan
yang lebih khusus.Akhir sekali adalah dari sudut Peranan Jurulatih itu sendiri.
Peranan jurulatih sangat penting bagi atlet atau pasukan semasa
pertandingan s e d a n g berlangsung dalam mengawal emosi atlet atau
pemainnya apabila mengalami kekecewaankerana kekalahan, kesakitan fizikal,
kesilapan pengadil, keaiban atau bermain di bawah keupayaan
sebenar.jurulatih perlu memainkan peranan a g a r keagresifan dapat
dikawal.
Arahan :
A. MAKLUMAT RESPONDEN
i. Umur : Tahun
ii. Jantina :
Lelaki Perempuan
No. BILANGAN
SOALAN
1 10
2 8
3 13
4 8
5 9
6 5
7 7
8 7
9 9
10. 13
Kesimpulan Hasil Dapatan
Berdasarkan kekerapan jawapan pada borang soal selidik yang telah saya
lakukan kepada 15 orang responden yang rata-ratanya di bawah umur 12 tahun,
kekerapan jawapan yang saya dapati 13 orang menandakan “YA” pada soalan 3
iaitu “Saya menggunakan kekerasan sewaktu bermain bola sepak kerana
dipengaruhi rakan untuk membalas dendam dan mengasihani rakan yang dikasari
oleh pihak lawan” dan soalan 10 iaitu “saya mengasari pihak lawan kerana dicabar
oleh pihak lawan.”. Setelah mendapat bilangan tersebut saya juga telah
mencerahkan keputusan tersebut dalam bentuk graf bar dan carta pie agar mudah
untuk melihat perbezaan dan kekerapan jawapan tersebut.
10
9
8
7
6
Bilangan
5
4
3
2
1
0 2 4 6 8 10 12 14
Rajah 1 : Graf Bar kekerapan jawapan keagresifan dalam sukan bola sepak
berdasarkan jawapan 15 orang responden dalam boring soal selidik
CARTA PIE KEKERAPAN JAWAPAN
BORANG SOAL SELIDIK
KEAGRESIFAN DALAM SUKAN BOLA SEPAK
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
Rajah 2 : Carta Pie kekerapan jawapan keagresifan dalam sukan bola sepak
berdasarkan jawapan 15 orang responden dalam boring soal selidik
Melalui keputusan borang soal selidik ini, dapatlah saya menjawab dan
merungkaikan persoalan saya iaitu adakah keagresifan itu berlaku disebabkan oleh
pengaruh pihak lawan yang saling cabar-mencabar. Persoalan saya terjawab
apabila daripada 15 orang responden tersebut yang diwakili oleh 8 orang lelaki dan
7 orang perempuan masing-masing berumur dalam lingkungan bawah 12 tahun
tersebut, rata-rata daripada mereka telah menjawab „YA‟ pada soalan 3 dan soalan
10. Soalan tersebut maksudnya adalah lebih kurang sahaja kerana kedua-duanya
memberi maksud kepada cabar-mencabar antara satu sama lain walaupun telah
dididik untuk sentiasa berdisiplin sewaktu bermain oleh jurulatih.
Pada umur responden yang rata-ratanya berumur 12 tahun, terdapat
responden yang boleh mengawal emosi mereka walaupun dicabar oleh pihak lawan.
Hal tersebut terbukti apabila responden-responden tersebut mengatakan “TIDAK”
pada borang soal selidik tersebut. Walaubagaimanapun, responden tersebut berada
dalam kumpulan terkecil kerana mereka sudah mempunyai kematangan dan boleh
mengawal emosi dengan baik sewaktu bermain lebih-lebih lagi responden tersebut
akan berpindah ke bangku sekolah menengah pada tahun hadapan. Selain daripada
itu, Responden yang menjawab „YA‟ pula rata-ratanya adalah berumur 11 tahun dan
masih mudah menerima pengaruh pihak lawan supaya saling cabar-mencabar
melalui mulut, dan akhirnya berlaku kekerasan dari segi fizikal yang boleh
mendatangkan kecederaan kepada diri masing-masing.Seperti kata seorang penulis
iaitu Justin Magian dan Mohd Sufian Omar Fauzee, “Kebanyakan tindak balas
seumpama ini akan menyebabkan beberapa kerosakan yang khusus dan tindakan
berkenaan lazimnya akan menjadi perbuatan kelak “
Selain daripada itu, seorang penulis berkata “ Illegitimate violence in sport can
occur in all activities “Adam Epstein, daripada dapatan ini juga, saya dapat
simpulkan bahawa perasaan cabar-mencabar memang biasa berlaku sewaktu
pertandingan. Tidak kiralah dari segi percakapan ataupun teknik semasa bermain.
Semua kumpulan mahukan kemenangan. Cabar-mencabar ini berlaku sebelum,
semasa dan selepas bermain. Apatah lagi dalam lingkungan umur seperti ini,
mereka akan sentiasa bertanding dan gembira apabila lebih handal daripada orang
lain. Seperti kata seorang penulis,” Research has shown that when athletes place a
strong emphasis and beating others(in contrast to focusing on personal improvement
and their own performance) they are more likely to endorse cheating and perceive
intentionally injurious acts as more acceptables “.
Rajah 3 : Dua orang kanak-kanak melakukan keagresifan tolak menolak
Keagresifan ini sebenarnya boleh dilihat dari dua sudut berbeza iaitu dari
sudut positif dan sudut negatif. Jika hal ini memberikan impak yang baik kepada
mutu sukan Negara, atlet serta jurulatih maka perkara tersebut digunakan sebaiknya
dari sudut positif dan merupakan satu keuntungan kepada kemajuan sukan tanah air
dan negeri Sabah khususnya. Jika digunakan dengan sudut negatif maka perkara
tersebut menjadi satu kerugian besar terhadap kemajuan sukan Negara itu sendiri.
Oleh itu, hasil dapatan yang dapati ini mampu untuk menggerakkan mutu
sukan tanah air, atlet dan jurulatih sukan sekiranya sahaja menggunakan
keagresifan cabar-mencabar dan membalas dendam itu dengan cara yang betul,
mematuhi undang-undang serta peraturan dan juga pengadil yang mengadili
perlawanan itu sendiri. Kesemua perkara tersebut akan menjadi satu kerugian jika
tidak digunakan dengan sebaik-baiknya. Semoga mutu sukan Negara akan
mencapai sasaran yang diinginkan pada suatu hari nanti.