Anda di halaman 1dari 10

3/18/2019 KAJIAN TINDAKAN: CONTOH PENULISAN LAPORAN PENUH KAJIAN

更多 luisvoon@gmail.com 信息中心 退出帐号

WEDNESDAY, 3 AUGUST 2011

CONTOH PENULISAN LAPORAN PENUH KAJIAN


hit counter
BIL KANDUNGAN MUKA SURAT
hit counter

1. Sekilas Bicara 2 Kuala Lumpur


Time
2. Abstrak 3

3. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu 4 Click to enable


Adobe Flash
Player
4. Fokus Kajian 5

Calendar
5. Objektif Kajian 5 ×
Notice to Admin
This widget code
6. Objektif Khusus 5 has been upgraded.
Please regenerate
code here and
update in your site.
7. Kumpulan Sasaran 5

8. Pelaksanaan Kajian 6 - 17

« March 2019 »
S M T W T F S

9. Cadangan Untuk Kajian Seterusnya 17 1 2

3 4 5 6 7 8 9

10. Bibliografi 18 10 11 12 13 14 15 16

17 18 19 20 21 22 23

24 25 26 27 28 29 30

31

SEKILAS BICARA

ABOUT ME
Assalamualaikum w.b.t. Syukur Alhamdulillah bersyukur saya   SAMSUDIN MOHD
ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya, ARIPIN
maka dapatlah saya menjalankan dan menyempurnakan Kajian Tindakan pada kali ini.
View my complete
profile
Sememangnya peluang yang diberikan kepada saya ini, banyak
mematangkan diri dan pemikiran saya untuk membina keyakinan dalam diri untuk membantu murid-murid
FOLLOWERS
pemulihan khas khususnya untuk meningkatkan tahap kemahiran membaca dan melengkapkan.
关注者(2 人)
Setinggi- tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar
SK. LKTP Tenggaroh Selatan, guru-guru Penolong Kanan serta guru- guru rakan seperjuangan yang terlibat secara
langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan kajian tindakan yang telah saya usahakan ini.. 关注

http://ktindakan.blogspot.com/2011/08/normal-0-false-false-false-en-my-x-none.html 1/10
3/18/2019 KAJIAN TINDAKAN: CONTOH PENULISAN LAPORAN PENUH KAJIAN

Dengan garapan idea, sokongan, tenaga dan pengalaman mereka, BLOG ARCHIVE
maka dapatlah saya menyiapkan kertas kerja kajian tindakan ini dengan baik , demi membantu murid-murid ▼ 2011 (3)
yang mempunyai pencapaian rendah di dalam kemahiran asas membaca dan melengkapkan .
▼ August (3)
CONTOH
  PENULISAN
Wassalam. LAPORAN PENUH
  KAJIAN

FORMAT
      Mat Zaidi b. Dahlan PENULISAN
( GURU PEMULIHAN KHAS ) PROPOSAL
       SK. LKTP Tenggaroh Selatan, Kota Tinggi KAJIAN TINDAKAN
       2010

1. Abstrak

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan


kemahiran mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv dalam
matapelajaran bahasa Melayu Pemulihan Khas tahap 1 iaitu murid-murid
pemulihan khas tahun 2 seramai 2 orang.
Pemilihan kumpulan sasaran untuk kajian saya ini dilakukan melalui
pemerhatian yang dilakukan sepanjang bulan Januari hingga Februari.
Pemerhatian ini khusus untuk melihat penguasaan anak-anak murid saya
dalam mengeja , menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv.
Saya telah menggunakan kaedah IT Bestari iaitu menggunakan
bahan Powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran yang mudah dan
menyeronokkan yang memberikan respon yang sangat baik dari kumpulan
sasaran yang dipilih. Setiap aktiviti yang disediakan dalam kaedah IT Bestari
ini membolehkan murid mengaksesnya sendiri dengan guru sebagai
pembimbing. Adalah diharapkan agar kajian tindakan yang telah dibuat ini
akan dapat membantu rakan sejawatan atau sesiapa saja yang berminat
membantu para pelajar yang mempunyai masalah yang sama. Saya juga
amat berharap agar dapat membina bahan powerpoint yang sama untuk
murid menguasai kemahiran-kemahiran perkataan yang lain dalam Bahasa
Melayu khususnya murid-murid Pemulihan Khas .

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

                 Saya telah ditugaskan mengajar murid-murid Pemulihan Khas SK.


Tenggaroh Selatan sejak tahun 2004 lagi, setiap tahun saya mengalami
banyak masalah untuk membolehkan mereka menguasai kemahiran
mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan. Beberapa cara telah
digunakan untuk mengatasi masalah tersebut tetapi yang pastinya masih
ada di kalangan murid tahap satu yang belum menguasai kemahiran
mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan dengan baik
terutamanya murid-murid pemulihan khas .

                Beberapa orang murid pemulihan yang berada dalam tahap satu
langsung tidak mempunyai minat dan usaha untuk menguasai kemahiran
membaca. Mereka sentiasa menjadi murid yang tersisih apabila berada di
dalam kelas. Disebabkan mereka tidak pandai membaca walaupun suku
kata yang paling mudah, guru mata pelajaran yang mengajar Bahasa
http://ktindakan.blogspot.com/2011/08/normal-0-false-false-false-en-my-x-none.html 2/10
3/18/2019 KAJIAN TINDAKAN: CONTOH PENULISAN LAPORAN PENUH KAJIAN

Malaysia sukar untuk mengajar matapelajaran Bahasa Malaysia akibat


daripada masalah tersebut.

                              Dalam pemerhatian saya, mereka tidak menunjukkan


kesungguhan dalam kemahiran mengeja suku kata yang diberikan. Mereka
tidak dapat membatangkan sukukata dan mengecam sukukata dengan
betul. Oleh yang demikian mereka selalu melengkapkan suku kata atau
perkataaan yang salah apabila guru meminta mereka melengkapkan
semula sukukata yang disebutkan.
Saya pernah menggunakan kaedah yang lain untuk membantu mereka 
mengingat semula suku kata awalan. Kaedah tersebut adalah menyuruh
mereka mengeja suku kata  awalan sebanyak sepuluh kali. Kemudian,
diikuti dengan suku kata kedua. Namun, mereka masih belum
menguasainya. Akibatnya mereka berputus asa untuk mengeja perkataan
tersebut. Ini juga membuatkan murid tersebut kurang berminat untuk
menguasai kemahiran dengan sempurna dan akhirnya mereka gagal
melengkapkan perkataan dengan baik.

                            Saya perlu memperbaiki kelemahan pada diri saya dengan


membina bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan
untuk murid-murid saya .
          

2. FOKUS KAJIAN

                                              Murid pemulihan memang sangat bermasalah dalam


mengenal perkataan-perkataan tertentu. Saya akan fokuskan kajian kali ini
terhadap masalah mengeja,menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv.
Antaranya murid tidak dapat mengecam bunyi  suku kata dan menyebut
perkataan tersebut dengan tepat, mereka juga tidak boleh mengingat bunyi
suku kata awalan dan akhiran. Akibat daripada itu, mereka juga tidak boleh
melengkapkan perkataan tersebut dengan baik.

                                Dengan mengadakan aktiviti interaktif menggunakan perisian


powerpoint mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv , saya
berharap dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran  tersebut dan
menambahkan keyakinan serta meningkatkan minat murid terhadap
pelajaran mereka.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai


objektif berikut :

i. Objektif umum

· Mengatasi masalah penguasaan kemahiran mengeja ,


menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv

ii. Objektif Khusus


Objektif khusus kajian ini adalah agar

· Murid dapat menyanyikan lagu sukukata kv supaya mereka


dapat menyebut sukukata dengan betul.
· murid dapat mengeja dan menyebut perkataan kvkv
· Meningkatkan kebolehan murid menggunakan perisian
powerpoint dalam menguasai kemahiran melengkapkan
perkataan kvkv.
· Guru dapat menguji keberkesanan perisian powerpoint yang
dibina untuk meningkatkan kemahiran murid pemulihan khas
dalam mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan
kvkv

http://ktindakan.blogspot.com/2011/08/normal-0-false-false-false-en-my-x-none.html 3/10
3/18/2019 KAJIAN TINDAKAN: CONTOH PENULISAN LAPORAN PENUH KAJIAN

4. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 2 orang murid pemulihan Khas Tahun 2 , SK Tenggaroh


Selatan.
5. TINDAKAN YANG DIRANCANGKAN

5.1. Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan


kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti telah dibuat
bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut.
Tinjauan yang telah dilakukan dengan mengutip data seperti berikut.

Pemerhatian
               Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid-murid
               semasa proses  pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan
didapati 
               murid tiada motivasi untuk belajar dan lebih banyak mendiamkan
diri dan
               tidak mahu mengeja sukukata dan perkataan dengan betul. Murid
juga
               tidak dapat melengkapkan perkataan dengan sempurna
Ujian pra  ( Tarikh laksana : 27 Mac 2010 )
          Ujian pra telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk
          mengesan  penguasaan murid terhadap kemahiran yang akan
          diuji. Ujian ini mengandungi  24 perkataan kvkv bergambar  yang
perlu
          dilengkapkan oleh murid .
Murid yang tidak dapat  melengkapkan kurang daripada 15
perkataan adalah terlibat dalam kajian ini.
Perkataan yang diuji
   (bola,dadu,roda,jari,gigi,buku,ceri,topi,baca,kuda,lari,peti,bayi,
mata,yoyo,lori,beca,duku,duri,guli,sudu,kayu,rusa dan sofa  )
Murid melengkapkan perkataan dalam perisian powerpoint yang
telah saya bina untuk mengetahui kemahiran melengkapkan
murid berdasarkan gambar.  
         KEPUTUSAN UJIAN PRA.

Keputusan ujian pra yang telah dilakukan adalah seperti ditunjukkan  dalam
jadual 1 diatas, didapati kedua-dua murid tidak dapat melepasi sasaran
markah yang ditetapkan untuk ujian melengkapkan perkataan kvkv
berdasarkan gambar yang diberi. Oleh yang demikian, saya telah membina
bahan-bahan latihan secara interaktif dalam bentuk powerpoint bagi
mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv bagi
membolehkan murid menguasai kemahiran yang dikehendaki  dengan
lebih baik.

Perlaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah

Kaedah IT Bestari
    
Dalam meningkatkan penguasaan kemahiran murid melengkapkan
perkataan kvkv ini, saya telah menggunakan Kaedah IT Bestari iaitu
murid murid menggunakan bahan latihan powerpoint yang telah saya
bina khas untuk murid-murid pemulihan yang terlibat.

Aktiviti yang dijalankan


  Empat aktiviti yang dijalankan iaitu
a) Nyanyi lagu sukukata dan perkataan
b) Eja dan sebut perkataan
http://ktindakan.blogspot.com/2011/08/normal-0-false-false-false-en-my-x-none.html 4/10
3/18/2019 KAJIAN TINDAKAN: CONTOH PENULISAN LAPORAN PENUH KAJIAN

c) Latihan interaktif sukukata perkataan kvkv


d) Latihan melengkapkan perkataan interaktif.

Aktiviti 1 : Nyanyian lagu suku kata  dan perkataan.


Tarikh : 30 Mac 2010 hingga 3 April 2010

     Cara pelaksanaan

Guru memaparkan senikata lagu .


Murid mengeja sukukata pada lagu tersebut.
Mendengar lagu suku kata yang dinyanyikan oleh guru.
Murid menyanyikan secara individu dan berkumpulan
Murid menyanyikan lagu sukukata dengan dengan iringan
muzik
Guru menambahkan pada senikata lagu dengan perkataan
berdasarkan lagu suku kata yang diberi.
Untuk pengukuhan guru menukar perkataan lain untuk
menyanyikan lagu tersebut.

Aktiviti 1

CONTOH LAGU SUKUKATA

ba   ba  ba  ba
be   be   be  be
bi   bi   bi  
bi   bi   bi
be   be   be   be   be  be
bu   bu   bu   bu   bu   bu
bo   bo   bo
bo   bo   bo

Tambahkan perkataan dibelakang bersama


gambar

ba     ba     ba ju

be     be     be si
bi     bi      bi ru

bi     bi      bi ri

be    be    be    be      be  ca

bu    bu    bu    bu       bu   ku

http://ktindakan.blogspot.com/2011/08/normal-0-false-false-false-en-my-x-none.html 5/10
3/18/2019 KAJIAN TINDAKAN: CONTOH PENULISAN LAPORAN PENUH KAJIAN

bo     bo   la

bo     bo    la

pengukuhan : Guru menggunakan sukukata dan perkataan


lain

Refleksi dari aktiviti 1


Daripada aktiviti yang dijalankan didapati murid sangat seronok
menyanyikan lagu sukukata dan perkataan, ini sedikit sebanyak dapat
menarik minat mereka untuk menyebut sukukata dan perkataan. Mereka
juga dapat mengingat sukukata dan perkataan yang disebut. Penggunaan
gambar perkataan dihujung lagu juga sedikit sebanyak dapat membantu
murid mengingat perkataan kvkv yang digunakan. Pengukuhan dengan
perkataan kvkv lain beserta dengan gambar dapat menambahkan lagi
perkataan yang boleh diingati murid.

  Aktiviti 2 : Mengeja dan menyebut perkataan


 Tarikh  :  14 April hingga 17 April 2010

      Cara Pelaksanaan:

Murid mengguna bahan powerpoint yang telah dibina guru untuk


mengeja dan membunyikan sukukata serta menyebut perkataan
kvkv yang disediakan.
Murid diminta klik pada sukukata dan perkataan, suara mengeja
dan menyebut sukuta akan kedengaran dan murid perlu
mengikuti suara sukukata  dan perkataan tersebut

Contoh slaid yang digunakan : Slid tak dapat dimasukkan

Refleksi dari aktiviti 2

Dalam menjalankan aktiviti 2 ini, saya dapati murid dapat mengeja dan

menyebut perkataan kvkv dengan mudah kerana dibantu bahan powerpoint

yang telah saya sediakan. Pada sukukata dan perkataan dalam slaid itu telah

ditambahkan suara menyebabkan murid mudah untuk mengikuti suara

sukukata dan perkataan. Murid dapat menggunakannya berulang-ulang, ini

membolehkan murid mengeja dan menyebut dengan betul

Aktiviti 3 : Latihan interaktif mengisi sukat awal dan akhir, padan perkataan,
isi
                 huruf tertinggal menggunakan bahan powerpoint yang dibina guru
                 

Cara Pelaksanaan:

Murid menggunakan  bahan latihan interaktif powerpoint padan


perkataan, mengisi  sukukata  awal dan akhir ,mengisi huruf tertinggal
perkataan kvkv berdasarkan gambar yang diberi.
http://ktindakan.blogspot.com/2011/08/normal-0-false-false-false-en-my-x-none.html 6/10
3/18/2019 KAJIAN TINDAKAN: CONTOH PENULISAN LAPORAN PENUH KAJIAN

Gambar tidak dapat disertakan

Refleksi dari aktiviti 3


Aktiviti 3 yang dijalankan ini telah berjaya menarik minat murid untuk terus
menggunakan latihan powerpoint yang disediakan. Ini kerana murid dapat
menjalankan aktiviti yang pelbagai iaitu mengisi sukukata awal dan akhir
perkataan, padan perkataan dan mengisi huruf tertinggal perkataan . Cara ini
sedikit sebanyak membolehkan murid menguasai kemahiran menggunakan
komputer dan dengan menggunakan hyperlink dalam powerpoint ini semakin
menarik minat untuk murid terus belajar. Saya juga sangat teruja dengan
perubahan sikap murid yang telah berminat untuk mengulangi latihan-latihan
yang telah saya sediakan itu.
Aktiviti 4 : Penggunaan bahan latihan Powerpoint melengkapkan perkataan
kvkv
                  dengan betul.
Tarikh     :  4 Mei hinga 8 Mei 2010

      Cara Pelaksanaan:

· Murid mengguna bahan powerpoint yang telah dibina guru untuk


melengkapkan perkataan kvkv berdasarkan gambar yang diberi.
· Murid melengkapkan perkataan kvkv secara rawak melalui
nombor soalan yang diberi.

 Gambar tidak dapat disediakan

Refleksi dari aktiviti 4

Semasa menjalankan aktiviti ini, saya dapati murid telah dapat melengkapkan

perkataan berdasarkan gambar dengan baik. Kaedah pengulangan

melengkapkan perkataan ini,sangat membantu mereka melengkapkan

sebarang perkataan kvkv. Disamping itu mereka juga dapat mempelajari

bagaimana menggunakan bahan latihan perpandukan komputer dan mereka

dapat belajar menggunakan papan kekunci dan tetikus yang ada pada

komputer. Ini sedikit sebanyak membolehkan mereka bukan sahaja celik huruf,

malahan juga celik IT.

UJIAN POS
1. Ujian pos  ( Tarikh laksana : 25 Mei 2010 )
          Ujian pos telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk
          Mengesan sejauh mana  keberkesanan aktiviti yang dijalankan
          dapat membantu penguasaan murid terhadap kemahiran yang
          diuji. Ujian ini sama seperti ujian pra mengandungi melengkapkan
24    perkataan  kvkv yang  diberikan.
Murid yang tidak dapat membaca dan melengkapkan kurang
daripada 20 perkataan adalah gagal dalam kajian ini.
Perkataan yang diuji   
(bola,dadu,roda,jari,gigi,buku,ceri,topi,baca,kuda,lari,peti,bayi,m
ata,yoyo,lori,beca,duku,duri,guli,sudu,kayu,rusa dan sofa  )
Murid melengkapkan perkataan dalam perisian powerpoint yang telah
saya bina untuk mengetahui kemahiran melengkapkan perkataan
murid berdasarkan gambar.

http://ktindakan.blogspot.com/2011/08/normal-0-false-false-false-en-my-x-none.html 7/10
3/18/2019 KAJIAN TINDAKAN: CONTOH PENULISAN LAPORAN PENUH KAJIAN

Keputusan ujian pos yang telah dijalankan adalah seperti ditunjukkan 


dalam jadual 2 diatas. Keputusan menunjukkan murid telah berjaya
melengkapkan perkataan kvkv dan melepasi had yang ditetapkan

Penilaian dan refleksi


Berdasarkan Ujian Pos dan analisis yang telah dilaksanakan , saya dapati
bahawa Program IT Bestari yang saya bina menggunakan program perisian
powerpoint khusus untuk murid pemulihan ini merupakan salah satu kaedah
yang sesuai dan dapat menarik minat murid  pemulihan khas untuk
menguasai kemahiran mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan
kvkv.
                      Hasil Kajian ini juga telah menunjukkan  perkembangan murid
pemulihan dalam mengenal perkataan kvkv dengan mudah. Mereka telah
dapat melengkapkan perkataan kvkv dengan baik berdasarkan gambar
ataupun secara lisan.
            Atas kesedaran ini , saya amat yakin dan ingin meneruskan membina
bahan-bahan seperti ini untuk kemahiran-kemahiran asas mengeja,
menyebut dan melengkapkan perkataan yang lain pula. Saya juga amat
berharap agar sentiasa mendapat sokongan daripada pihak sekolah serta
rakan-rakan sama ada daripada sumbangan idea dan juga kewangan bagi
membolehkan saya membina banyak lagi bahan-bahan seperti ini.

6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya.


                      Sebagai lanjutan daripada kajian ini, saya bercadang untuk
menjalankan kajian yang seterusnya iaitu IT Bestari untuk kemahiran asas
mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkvk.
            Saya akan cuba menambahkan lagi aktiviti interatif menggunakan
aplikasi powerpoint yang telah saya pelajari sebaik mungkin....Insyaallah..

BIBLIOGRAFI

Buku panduan, Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas (masalah


penguasaan  3M) (1998) Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam


Pengajaran & Pembelajaran ,Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, Belajar


Cara Belajar. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Nik Safiah Karim,Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa (2000), Tatabahasa Dewan
Jilid 2, Perkataan, Fajar Bakti Sdn. Bhd,

Jurnal Kajian Tindakan , Sekolah  - sekolah Negeri Johor Jilid 2/2009


OthmanPuteh,Talib Abdullah, L. Shirley, Kamus bergambar generasi baharu
KBSR, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

http://ktindakan.blogspot.com/2011/08/normal-0-false-false-false-en-my-x-none.html 8/10
3/18/2019 KAJIAN TINDAKAN: CONTOH PENULISAN LAPORAN PENUH KAJIAN

Pengolahan Persembahan, Microsoft Powerpoint 2007,

http://www.webmediacenter.com

Posted by SAMSUDIN MOHD ARIPIN at 21:04

8 comments:

NorazreenMdKhairani 14 November 2012 at 01:52


Wah...best lah. Thank for the info
Reply

Evy Ang 23 November 2012 at 22:54


tq..bnyk membantu
Reply

POK DAN NASAR 16 February 2015 at 19:17


assalamualaikum.. mohon share bahan ini untuk rujukan dan
analisis saya.. orang tua yg baru belajar.....
Reply

Rajat Mishra 13 December 2016 at 23:58


Nice post! Really liked it, you gonna check this one
october2017moonphasescalendar
digital marketing company
Thanks
Reply

balkhais.jamaluddin balkhais 5 January 2017 at 02:21


Alhamdulillah...syukur saya bertemu dgn contoh kajian ini. terima
kasih byk2.
Reply

Hafis Amran 10 August 2017 at 04:33


Assalamualaikum
saya nak tanya fokus kajian nie
nak kena hurai tentang apa ?
Reply

PPKI GEMILANG SMKAK 1 July 2018 at 18:21


ada idea tak untuk pendidikan jasmani?
Reply

Unknown 19 December 2018 at 07:20


mohon share yer sebagai rujukan saya
Reply

http://ktindakan.blogspot.com/2011/08/normal-0-false-false-false-en-my-x-none.html 9/10
3/18/2019 KAJIAN TINDAKAN: CONTOH PENULISAN LAPORAN PENUH KAJIAN

Enter your comment...

Comment as: wong jess (Goo Sign out

Publish Preview Notify me

Home Older Post

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Picture Window theme. Powered by Blogger.

http://ktindakan.blogspot.com/2011/08/normal-0-false-false-false-en-my-x-none.html 10/10

Anda mungkin juga menyukai