Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI INDIVIDU TERHADAP KELAS KEPIMPINAN DAN PENYELIAAN

1. Apakah yang diperolehi daripada subjek tersebut?

Melalui kursus Kepimpinan dan Penyeliaan BBP20302, saya dapat mempelajari tentang erti
sebenar kepimpinan dan penyeliaan dalam dunia pekerjaan yang bakal ditempuhi serta
mengaplikasikan ilmu-ilmu yang diperolehi apabila bekerja kelak. Subjek ini mengandungi 8
bab dan mempunyai sub topik yang menerangkan dengan jelas keadaan yang akan berlaku
semasa bekerja kelak.
Antara bab yang paling saya berminat ialah bab 3 iaitu Etika dan Politik Organisasi.
Saya dapat mempelajari pelbagai nilai-nilai murni yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan
seharian kerana kita akan bekerjasama dengan manusia yang mempunyai pelbagai watak dan
sikap. Etika dan Politik organisasi ini akan kita gunakan apabila kita melangkah ke alam
pekerjaan yang pasti mempunayi banyak cabaran. Ironinya, untuk seseorang mendapatkan
kerjaya yang diidamkan, seseorang itu perlu melalui pelbagai dugaan untuk mendapatkannya.
Oleh itu, kita haruslah mempunyai etika dalam sesuatu kerjaya, bukan sekadar berpolitik untuk
mendapatkan sesuatu. Letakkan minat dan kesungguhan yang tinggi ketika membuat sesuatu
pekerjaan.

Seterusnya, elemen bertanggungjawab. Elemen ini haruslah diterapkan di dalam diri


masing-masing untuk memudahkan urusan kita sendiri dan urusan bersama orang lain. Hal ini
kerana, jika kita memudahkan urusan orang, nescaya orang memudahkan urusan kita kelak.
Elemen ini ditonjolkan melalui tugasan simulasi itu sendiri. Setiap orang, berusaha bersungguh-
sungguh menjalankan tugas-tugas yang telah dipertanggungjawabkan. Sebagai contoh, setiap
ahli kumpulan mempunyai tugas-tugas khas yang perlu dipatuhi.
Saya juga dapat meningkatkan keyakinan diri saya sendiri. Melalui kedua-dua tugasan
yang dilakukan dapat menghilangkan perasaan malu apabila berhadapan dengan orang ramai .
Melalui simulasi majlis Watikah Perlantikan Pengawas, saya merupakan AJK cenderahati dan
saya akan berada di hadapan pentas untuk menjalankan aturcara majlis tersebut. Sebagai
contoh, gimik perasmian dan penyampaian cenderahati kepada tetamu jemputan.
Sebagai kesimpulan, banyak yang saya pelajari daripada subjek ini dan menyuntik
elemen semangat kepimpinan di dalam diri saya. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai