Anda di halaman 1dari 14

JANUARY 14, 2018

PEMBEKALAN UDANG ORGANIK KEPADA


RANGKAIAN RESTORAN
()

TYCOON ORGANIC
KANDUNGAN

1. PENGENALAN

2. TUJUAN KERTAS KERJA

3. KELEBIHAN UDANG ORGANIK PANAFARM SDN BHD

4. ISU HARGA

5. KELEBIHAN BAGI PIHAK RESTORAN

6. KOMITMEN SYARIKAT

7. KAPASITI PENGELUARAN

8. PENGIKTIRAFAN

9. PENUTUP

LAMPIRAN
PENGENALAN
Tycoon Organic™ merupakan sebuah jenama milikan syarikat bumiputera yang

ditadbir oleh Ecodent Smart Trading ( AS 0390648-A ) dimana syarikat memasarkan

udang organik dari kolam yang diiktiraf antarabangsa melalui pencapaian dan sijil-sijil

pengiktirafan yang diterima.

Jenama TYCOON ORGANIC™ ini membekal

udang organik segar dari ladang milikan Blue

Archipelago Berhad dimana berpengalaman

lebih 18 tahun yang mampu menghasilkan

produk 100% bebas kimia, bahan pengawet,

antibiotic, hormon dan mendapat

pengiktirafan dari pelbagai pihak. Antaranya :-

 HACCP dari Kementerian Kesihatan Malaysia

 Lulus Skim Pemeriksaan Keselamatan Makanan

 Lulus GMP 1 Malaysia

 EU Number 102

 SPLAM - Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia

 Best Aquaculture Practices oleh Responsible Seafood Choice

 BRC FOOD Certificate

 HALAL MALAYSIA Certificate

 BRC Certification Body - Global Standart for Food Safety

 Good Aquaculture Practise Certificate


TUJUAN KERTAS KERJA

Kami di Tycoon Organic™ ingin bekerjasama dengan pihak Giant bertujuan

memasarkan udang organik ini yang telah mula mendapat sambutan ramai terutama

di kalangan penggemar produk organik. Harapan kami ingin bersama pihak Giant

untuk menjadi pelopor bagi produk-produk makanan secara organik ( terutama udang

organik ) memandangkan kini masyarakat amnya tidak mempunyai pilihan untuk

mendapatkan produk yang lebih sihat walaupun hakikatnya masyarakat kian sedar

dengan keperluan tersebut.


KELEBIHAN UDANG TYCOON ORGANIC™

Udang organik kami merupakan

udang air masin yang dipelihara

dengan menggunakan teknologi tinggi

tanpa sebarang antibiotik, hormon

atau kimia berbahaya.

Udang Organik ini selamat dimakan tanpa was-was tanpa

kesan sampingan jangka panjang dan telah melepasi kritiria

ketat untuk pasaran luar negara

Rasa yang manis dan bau udang yang asli disamping isi

yang pejal dan tidak mengecut apabila dimasak

membuatkan hidangan sangat enak dan lazat ketika menjamu selera bersama

keluarga.

Kualiti terbaik ini dapat dicapai dengan kaedah penternakan secara organik disamping

bantuan teknologi terkini menggunakan sistem penternakan air masin untuk

memastikan tahap kesegaran serta jaminan mutu udang bagi setiap tuaian.

Rahsia produk udang dari Tycoon

Organic™ ialah ladang

pengeluaran di susun dan di

rangka agar dapat diintegerasikan

dengan kilang pemprosesan

secara pantas dan efisyen melalui


penggunaan teknologi terkini yang mampu mengekalkan kesegaran setiap

udang yang dituai. Proses ini juga adalah untuk memastikan jangkamasa

pengangkutan udang dari kolam ke kilang pemprosesan tidak melebihi 1 jam.

Oleh itu, kesegaran udang yang dituai dari Tycoon Organic™ dapat

dikekalkan walaupun setelah dibekukan. Hasilnya adalah udang yang segar,

lazat, padat dan mempunyai warna serta saiz yang sekata bagi setiap

pengeluaran. Pendek kata, dari kolam ke meja hidangan, jenama Tycoon

Organic™ menjadi pilihan hati kerana kualiti dan mutunya boleh dipercayai

serta dijamin sangat mesra alam. Dunia Indah Masyarakat Aman.

Dengan segala kelengkapan yang ada, ladang ini telah mendapat pengiktirafan antara

lainnya dari Global Aquaculture Alliance dan Kementerian Perikanan Malaysia.


ISU HARGA

Seperti yang sedia maklum, sememangnya harga udang organik adalah sedikit tinggi

berbanding udang lain yang sama saiz di pasaran. Ini merupakan faktor biasa

memandangkan proses penternakan udang organik adalah amat berbeza

dibandingkan dengan proses biasa penternakan udang. Bermula dari proses

pembenihan, pilihan makanan, penjagaan hinggalah tuaian. Udang organik

mempunyai tahap kualiti yang jauh berbeza dari udang biasa dan harganya pula telah

diterima baik oleh penggemar udang tempatan kerana kualitinya membawa kepuasan

yang jauh lebih tinggi. Walaupun demikian, harganya jauh mampu bersaing dalam

kelasnya di pasaran.

KELEBIHAN UNTUK PASARAYA GIANT

Sekiranya kerjasama ini dapat direalisasikan, Pasaraya Giant akan menjadi pelopor

utama bagi udang organik amnya .Ini termasuk juga produk yang lain dari jenama

Tycoon Organic™. Langkah ini mampu memberikan jalan penyelesaian kepada

pelanggan yang tercari-cari rangkaian produk seperti ini. Pasaraya Giant pasti akan

dapat menarik lebih ramai pelanggan baru dan pelanggan dari penggemar organik

sendiri. Ini adalah selari dengan hasrat kerajaan ingin menjadikan Malaysia ‘Rakyat

Sihat Negara Maju’ dimana kempen-kempen telah pun lama dijalankan.


KOMITMEN SYARIKAT

Di TYCOON ORGANIC™, kami komited untuk memasarkan produk Udang Organik

ini dengan jaminan mutu yang baik bagi kepuasan kesemua rantaian pelanggan kami.

Dengan komitmen ini, kami mengharapkan hubungan baik yang berterusan dengan

para pemborong dan peruncit kami, seterusnya dengan pengguna akhir produk kami.

Kami juga komited dalam mempromosi makanan yang lebih sihat untuk rakyat

Malaysia bagi menjamin kesihatan yang lebih baik dan mesra alam secara amnya,

KAPASITI PENGELUARAN

Setelah mengambil kira semua faktor, syarikat bersedia membekalkan udang dari

jenama Tycoon Organic™ sebanyak 1-2 tan udang setiap hari bekerja bagi memenuhi

keperluan permintaan pihak Pasaraya Giant.

Tycoon Organic™ juga memasarkan udang organik jenis VANNAMEI ( udang putih )

dan MONODON ( udang harimau ).

( Jadual tuaian dan harga akan dikeluarkan setiap 2 minggu )


PENGIKTIRAFAN

Ini antaranya latihan khusus yang diberikan kepada setiap pekerja yang

mengendalikan hal ehwal pemasaran dan produksi ladang. Skim latihan 4 peringkat

ini yang lebih dikenali sebagai CISA (Certificate In Shrimp Aquaculture) akan

memastikan setiap pekerja mempunyai pegetahuan dan juga skill dalam pengurusan

akuakultur udang yang menepati standard dunia. Ianya telah dirangka dengan teliti

bersama Universiti Putra Malaysia dan disokong oleh Koridor Utara serta Kementerian

Perikanan Malaysia. Skim latihan ini juga telah mendapat pengiktirafan Kementerian

Sumber Manusia Malaysia.

PENUTUP

Semoga dengan kerjasama ini dapat mendidik serta mendekatkan lagi masyarakat

dengan rantaian pemakanan sihat terutamanya berasaskan organik yang hakikatnya

agak sukar didapati di pasaran apatah lagi dengan harga runcit yang mampu bersaing.

Dengan kestabilan dan langkah baik Pasaraya Giant, pihak syarikat amat meyakini

‘produk sihat’ ini mampu melangkah jauh dalam merealisasikan keperluan rakyat

Malaysia bagi menikmati kehidupan sihat dan lebih baik melalui pemakanan yang

sihat yang mampu dan mudah didapati dalam setiap cawangan Pasaraya Giant.

Anda mungkin juga menyukai