Anda di halaman 1dari 35

INSTITUT PENDIDIKAN

GURU
KAMPUS KOTA
BHARU

BMM3112
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Oleh:

Mohd Ruslee Bin Mohd Salleh


Fuziati Binti Misbah

PGSR (BM) 2008/2012

Pensyarah:

Haji Abdullah Bin Mohd Yassin

Jabatan Pengajian Melayu

1
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Pengenalan

Berkurun lamanya orang yang tinggal di alam Melayu ini hidup berkelompok
tanpa berhubungan dengan kelompok yang lain. Mereka dipisahkan oleh gunung-
ganang dan lautan yang luas. Walaupun pada mulanya mereka satu asal tetapi
kerana terputusnya hubungan di antara satu kelompok dengan kelompok yang lain
dalam masa yang sangat lama, maka setiap kelompok mengatur cara hidup dan
menggunakan pertuturan mereka sendiri sesuai dengan keadaan alam dan
keperluan hidup mereka masing-masing. Akibat keadaan inilah timbulnya suku
bangsa dan bahasa yang terdapat di Indonesia dan pelbagai loghat/dialek bahasa
Melayu di Tanah Semenanjung. Sebelum ditemui bukti sejarah berupa tulisan pada
batu bersurat tentulah bahasa Melayu telah digunakan untuk masa yang panjang. Ini
adalah kerana didapati bahasa yang ada pada batu bersurat kemudiannya sudah
agak tersusun pembinaan kata dan pembinaan ayatnya. Bahasa Melayu juga sudah
kuat pengaruhnya sehingga orang India yang menulis perkataan pada batu bersurat
tersebut yang menggunakan aksara Sanskrit memasukkan juga beberapa perkataan
Melayu. Untuk memberi nama pada bahasa yang tidak mempunyai bukti sejarah
tersebut (sebelum bahasa orang India masuk ke Nusantara), ia diberi nama bahasa
Melayu Purba.

Menurut Amat Juhari Moain (2006:27) , terdapat lima zaman perkembangan


Bahasa Melayu.Ini membuktikan bahawa Bahasa Melayu tersebar dan berkembang
secara bertahap –tahap iaitu dari zaman ke zaman.Lima zaman tersebut ialah
Zaman Bahasa Melayu Purba, Zaman Bahasa Melayu Kuno, Zaman Bahasa Melayu
Klasik, Zaman Bahasa Melayu Pramoden dan Zaman Bahasa Melayu Moden.
Secara ringkasnya, berdasarkan klasifikasi zaman-zaman perkembangan, telah
membuktikan bahawa Bahasa Melayu berkembang dan mempunyai sejarah
penyebarannya.

2
Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Dalam Kontek Malaysia

Menurut sejarah, Perkembangan Bahasa Melayu dipercayai bermula dari


sebuah kerajaan lama di tanah Andelas (lebih tepat, di Jambi). Sebuah catatan lama
kerajaan Tiongkok (china) yang ditulis pada tahun 644 masihi, telah menyebut
tentang satu utusan yang datanganya dari Kerajaan Mo-Lo-Yeu (‘Melayu’) pernah
menghadiahkan hasil bumi kepada Kaisar Tiongkok ketika itu. Bangsa dari Kerajaan
‘Melayu’ ini dikatakan tinggal di hulu Sungai Batanghari.

Kerajaan ‘Melayu’ terus bertahan sehinggalah ia diserang oleh Kerajaan


Sriwijaya pada abat ke 7 masihi. Biarpun dari segi pemerintahan, Kerajaan ‘Melayu’
telah tewas, tapi bahasa mereka terus berkembang dan digunakan bersama-sama
dengan bahasa Sanskrit sebagai bahasa rasmi Kerajaan Sriwijaya yang berpusat
di Palembang. Ketika itu, tulisan Palawa mula berkembang menggantikan huruf-huruf
rencong yang pernah digunakan dalam penulisan puisi-puisi berbahasa Melayu
ketika itu.

Penyebaran agama (Hindu/Buddha) & perluasan wilayah juga turut membawa


kepada penyebaran Bahasa Melayu hinggalah bahasa itu kekal digunakan sebagai
bahasa rasmi di kerajaan-kerajaan lain yang muncul selepas era Sriwijaya. Beberapa
batu bersurat yang dijumpai di Pulau Jawa juga memperlihatkan adanya pengaruh
Melayu walaupun ditulis dalam tuilisan yang berbeza.

Selepas kedatangan Islam, tulisan huruf palawa ini diganti pula dengan tulisan
Arab lebih-lebih lagi selepas munculnya beberapa kerajaan Islam di Tanah Melayu
dan Sumatera. Maka bermulalah era tulisan yang lebih dikenali sebagai tulisan Jawi
untuk tempoh yang panjang sebelum Nusantara diceroboh emperial
Barat. Pencerobohan kuasa Barat memberikan impak yang besar kepada bahasa
Melayu selepas mereka memperkenalkan huruf-huruf latin dan huruf Rumi.

Kerajaan Melayu Johor-Riau-Lingga muncul sebagai empayar Melayu terakhir


yang mahsyur sebelum era Kolonial Inggeris di Tanah Melayu. Kekuasaan kerajaan

3
ini tersebar luas merangkumi hampir separuh kawasan Semenanjung dan
sebahagian kecil Pulau Sumatera. Bagaimanapun keterlibatan dalam perang tiga
segi yang panjang dengan Acheh dan Portugis di Melaka menyebabkan satu persatu
jajahan takluknya melepaskan diri manakala satu kawasan di antara Sungai
Segamat hingga Sungai Linggi diserahkan kepada pemerintahan kerabat Raja dari
Pagaruyung. Kawasan tersebut akhirnya menerima budaya dan bahasa
Minangkabau.

Biarpun empayar Johor-Riau semakin mengecil, pengaruhnya dialek Johor-


Riau tetap digunakan dengan luas di setiap negeri-negeri yang pernah dikuasainya
hinggalah ke zaman Kolonial Inggeris. Secara tidak langsung dialek ini menjadi
dialek pemersatu anatara negeri-negeri di seluruh Tanah Melayu hinggalah
dimerdekakan.

Bahasa Melayu dialek Johor-Riau ini kemudiannya menjadi asas kepada


pembentukkan Bahasa Rasmi Negara pada akhir tahun 60-an (tahun 1967 kalau tak
salah). Nama Bahasa Melayu juga digantikan dengan nama
Bahasa Malaysia mengikut contoh bahasa Melayu di Indonesia yang telah ditukar
nama menjadi Bahasa Indonesia. Sebagai memperingati hubungan serumpun yang
erat, bentuk ejaan juga telah diseragamkan mengikut ejaan di Negara jiran itu yang
jauh lebih maju dan bersistematik. Akhirnya lahirlah kata-kata yang mempunyai huruf
akhiran ‘a’ tetapi berbunyi ‘ě’ dalam pertuturan seharian.

Pada tahun 1988, Kerajaan Malaysia melalui kementerian pendidikan


memperkenalkan sebutan baku di sekolah-sekolah dan pada semua acara rasmi
negara. Biarpun ramai pihak yang lebih gemar dengan bunyi ‘ě’ pada akhiran ‘a’,
namun kempen bahasa baku berjalan dengan baik sehingga akhirnya menjadi sebati
pada acara rasmi negara dan semakin selesa dituturkan generasi muda.

Pada tahun 1990, nama Bahasa Malaysia ditukar semula kepada nama
asalnya, bahasa Melayu. Alasannya, bahasa Melayu turut digunakan di Singapura
dan Brunei tanpa tidak diubah namanya mengikut nama negara masing-masing.
Tinggallah Indonesia yang masih mengekalkan nama bahasa itu mengikut nama
negaranya.

4
Akhir 1990-an, sistem sebutan baku yang hampir sebati dengan
rakyat Malaysia turut ditukar kembali menjadi sebutan asal selepas pengasasnya,
Timbalan Perdana Menteri ketika itu dipecat dari kabinet negara. Ada yang
mengatakan ia ditukar kerana tidak mahu Bahasa Melayu Malaysia kelihatan
seperti Bahasa Indonesia. Sebutan dialek Johor-Riau sekali lagi mengambil
kedudukannya menjadi pengasas bahasa rasmi negara selepas penarikan itu.

Zaman Bahasa Melayu Purba

Bahasa Melayu Purba ialah bahasa Melayu yang wujud pada zaman
prasejarah. Bahasa ini dikatakan sedemikian kerana tidak ada sejarah bertulis pada
masa itu. Manakala menurut Asmah Haji Omar,
Bahasa Melayu Purba dipercayai dituturkan oleh kelompok Melayu Deutro. Mereka
menggunakan bahasa ini dalam bentuk lisan. Oleh itu Bahasa Melayu Purba tidak
wujud dalam bentuk tulisan.

Zaman Bahasa Melayu Kuno

Menurut Abdul Rashid dan Amat Juhari Moain, (2006 : 27), bahasa Melayu
Kuno bermula pada abad ke-4 Masihi. Bahasa Melayu Kuno dikatakan bermula pada
abad ke-4 Masihi kerana terdapat beberapa bukti yang telah ditemui di Dong Yen
Chau di Teluk Tourane Vietnam yang diperkirakan bertarikh pada abad ke-4 Masihi.
Bahan bukti yang ditemui ialah sebuah prasasti.

Berdasarkan maklumat daripada wikipedia Bahasa Melayu, bahasa Melayu


Kuno wujud setelah menerima pengaruh daripada India. Bahasa Melayu Kuno
mencapai kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada
Zaman Kerajaan Sriwijaya sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Mereka
yang bertutur bahasa Melayu Kuno merangkumi Semenanjung Tanah Melayu ,
Kepulauan Riau dan Sumatera. Bahasa Melayu Kuno diterima ramai kerana terdapat
beberapa ciri yang boleh diterima oleh orang ramai. Antaranya ialah bersifat
sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu Kuno juga
dikatakan tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat. Sehubungan itu,
5
bahasa Melayu Kuno juga mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa
Jawa.

Terdapat juga teori yang mengatakan bahawa berlakunya perkembangan


bahasa Melayu iaitu bahasa Melayu Purba menjadi bahasa Melayu Kuno adalah
melalui aktiviti perdagangan.Buktinya ialah pada abad pertama, barulah pedagang
dari India belayar ke timur menuju Tiongkok dan pedagang Tiongkok pula belayar ke
barat menuju ke India. Pelayaran dua hala ini mengharuskan mereka melalui Selat
Melaka. Lama-kelamaan pelabuhan yang ada di Kepulauan Melayu ini bukan sahaja
sebagai tempat persinggahan tetapi menjadi tempat perdagangan pedagang India
dan Tiongkok seperti yang telah dirintis lebih awal oleh pedagang Arab.

Di samping itu juga para mubaligh terutama mubaligh India turut datang ke
Kepulauan Melayu ini untuk menyebarkan agama Hindu. Kedatangan para
pedagang dan penyebar agama ini mengakibatkan bahasa Melayu Purba mendapat
pengaruh baru. Bahasa Melayu Purba ini kemudian dinamai sebagai bahasa Melayu
Kuno.

Pengaruh Bahasa Sanskrit dan Hindu dalam Bahasa Melayu Kuno.

Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Ini
adalah kerana kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu dan
Bahasa Sanskrit telah menjadi bahasa bangsawan dan mempunyai hierarki yang
tinggi. Selain itu, sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan juga
antara penyebab bahasa asing seperti Sanskrit diterima. Ini boleh dibuktikan
daripada pengaruh tulisan atau aksara Pallava dan Devanagari yang datang dari
India, kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, rangkai-rangkai kata pinjaman
daripada bahasa Sanskrit, dan fonem-fonem Sanskrit.

Kesan daripada bahasa Sanskrit ini menyebabkan penambahan kosa kata


Bahasa Melayu Kuno. Contoh-contoh perkataan yang diambil daripada Bahasa
Sanskrit adalah seperti syukasyitta, athava, karana, tatakala dan sebagainya.
Bahasa Melayu Kuno tidak mempunyai pengaruh Parsi atau Arab.

6
Penggunaan Bahasa Melayu Kuno

Berdasarkan bahan bukti sejarah yang ditemui, terdapat beberapa batu


bersurat yang menggunakan bahasa Melayu Kuno. Batu bersurat telah ditemui di
sekitar Sumatera dan Jawa yang memperlihatkan penggunaan Bahasa Melayu kuno
pada abad ke-7. Tulisan yang digunakan ialah aksara (alphabet) Pallawa iaitu
sejenis tulisan yang berasal dari selatan India. Antara batu bersurat tersebut
ialah batu bersurat Kedukan Bukit di Palembang, bertarikh 605 Tahun Saka,
bersamaan dengan 683 Masihi. Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini
menggunakan huruf Palava.

Batu Bersurat Talang Tuwo , bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan
684 M dan batu, Jawa Tengah yang bertarikh 832 Masihi ditulis dalam huruf Nagiri.
Ringkasnya, penemuan batu bersurat ini membuktikan bahawa bahasa Melayu Kuno
wujud dan digunakan oleh masyarakat.

Ciri-Ciri Bahasa Melayu Kuno

Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya,
sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Penuturnya di Semenanjung,
Kepulauan Riau dan Sumatera. Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa
pentadbiran kerana:

 Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.


 Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
 Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

Bahasa Melayu Kuno mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Beberapa kajian


telah dijalankan pada bahan bukti iaitu batu bersurat. Tulisan yang terdapat pada
batu bersurat tersebut telah dikaji dari aspek bahasanya.

Berdasarkan kajian tersebut, bahasa Melayu jelas memperlihatkan pengaruh


bahasa Sanskrit, terutama dari segi kata-kata pinjaman. Hal ini terjadi kerana pada
waktu itu bahasa Melayu tidak mempunyai kata-kata yang sesuai untuk
memperkatakan perkara-perkara dan konsep-konsep baru yang dibawa dari
kebudayaan asing. Oleh itu bahasa Melayu terpaksa meminjam daripada bahasa

7
masyarakat yang membawa konsep-konsep baru itu. Contoh contoh perkataan yang
diambil daripada bahasa Sanskrit adalah seperti syukasyitta, athava, karana,
tatakala dan sebagainya.

Bahasa Melayu itu kebanyakannya ditulis oleh raja. Oleh itu dapat dibuat
kesimpulan bahawa bahasa Melayu kuno telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa
untuk urusan pemerintahan di istana.Bahasa Melayu kuno juga telah tersebar luas
dan berfungsi sebagai lingua franca.Selain itu bahasa Melayu kuno juga bersifat
kosmopolitan, kerana menerima pengaruh dari luar terutama pengaruh bahasa
Sanskrit.

Definisi Bahasa Melayu Klasik

Terdapat beberapa definisi yang telah diutarakan oleh pengkaji bahasa


.Antaranya ialah Asmah Hj.Omar (1985:33), “ bahasa abad ketiga belas dan ketujuh
belas itu dinamakan bahasa Melayu Klasik”.

Menurut Ismail Hussein (1984:24), “pembahagian yang dibuat oleh adalah


atas pertimbangan sejarah perkembangan bahasa Melayu. Hal ini dapat dibahagikan
mengikut zaman politik Srivijaya, Majapahit, dan Melaka. Pengaruh kebudayaan
seperti Hindu, Islam, dan Barat atau mengikut zaman tulisan yang digunakan seperti
tulisan Melayu Kuno yang diambil dari India, tulisan Arab, dan akhir sekali tulisan
Latin. Contohnya pada zaman politik Srivijaya, masyarakatnya yang beragama Hindu
dan Buddha menggunakan tulisan yang dibawa dari India. Sasteranya dipenuhi oleh
cerita-cerita sastera India dan bahasa Melayunya pula dipenuhi dengan pinjaman
kata-kata Sanskrit.

Sejarah Bahasa Melayu Klasik

Doktor Zaitul Azma telah mengatakan bahawa perkembangan bahasa Melayu


Klasik mempunyai perkaitan dengan perkembangan karya sastera. Perkembangan
kesusasteraan memberikan gambaran tentang sejarah silam sesuatu bangsa dari
segi kebudayaan,dan keperibadian bangsa .

Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik digunakan oleh pengarang
untuk tujuan menghasilkan sesebuah karya dalam bidang kesusasteraan,

8
ketatanegaraan, kebudayaan, kemasyarakatan dan keagamaan. Seiring dengan
kemunculan bahasa Melayu Klasik, pengaruh Hindu dilihat mula hilang sedikit demi
sedikit sehinggalah ke abad ke-15.

Bahasa Melayu Klasik mula berkembang pada abad ke -13 dan ke -14.
Buktinya ialah penemuan beberapa buah prasasti. Ketika itu juga bahasa Melayu
Klasik telah digunakan sebagai lingua –franca iaitu zaman kerajaan Melayu Melaka.
Penggunaan bahasa Melayu Klasik ini jelas dalam aktiviit perdagangan dan
penyebaran agama Islam.

Bukti tentang penyebaran Agama Islam menggunakan bahasa Melayu Klasik


adalah penghasilan kitab-kitab agama. Antara kitab yang dihasilkan ialah Furu’ Al-
Masa’il oleh Syed Muhammad Daud Al-Fatani,dan Sabil Al-Muhtadin oleh Syed
Muhammad Arsyad Al-Banjari .Kandungan kitab-kitab ini adalah mengenai agama
seperti al- Hadith, Feqah, Tafsir Al-Quran, Tasawuf, di samping sejarah, hikayat, hal
ehwal haiwan, perdukunan, perubatan Melayu, bintang dua belas, pentadbiran dan
pemerintahan, falsafah dan pengembaraan.

Secara ringkasnya bahasa Melayu Klasik meluas dalam kalangan orang bukan
Melayu dari kelompok Asia, juga dalam kelompok orang Eropah dan Asia Barat yang
datang ke Asia Tenggara.

Permulaan Zaman Bahasa Melayu Klasik

Mengikut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, pada abad ke -13, pengaruh
Agama Islam menjadi makin dominan di Nusantara. Perkembangan Agama Islam
membawa bersama-samanya bahasa Arab.

Zaman ini memperlihatkan kemasukan perkataan Arab dan tulisan Jawi yang
menggunakan huruf-huruf Arab. Secara ringkasnya evolusi tahap kedua berlaku
kepada bahasa Melayu. Bahasa Melayu berkembang dengan pesat melalui
peminjaman perkataan Arab dan Parsi. Di samping itu, bahasa Melayu juga mula
berkembang dengan bahasa-bahasa dari Barat seperti Portugis, Inggeris dan
Belanda.

9
Menurut Ismail Hussein (1984:25), bahasa Melayu Klasik bermula sekitar
abad ke-13 dan ke-14. Tetapi beliau menyebutnya sebagai zaman peralihan di
seluruh Kepulauan Melayu dengan kedatangan Agama Islam. Bukti konkrit tentang
bertapaknya Islam di Nusantara dari sudut sejarah diperoleh pada tahun 1292 M
sewaktu Marco Polo melawat Sumatera Utara dan catatannya tentang pengislaman
Pasai.

Pada zaman peralihan dalam abad ke-13 dan ke-14 telah dijumpai beberapa
prasasti dalam bahasa Melayu yang ditulis menggunakan huruf India tetapi
bahasanya sudah terdapat pengaruh bahasa Arab. Di sini bermulanya bahasa
Melayu klasik.

Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik boleh ditandai dengan
kemunculan dan keagungan kerajaan Melayu Melaka. Bahasa Melayu menjadi
medium dalam pemerintahan, perhubungan, perdagangan, dan penyebaran agama
Islam.

Ketika itu juga bahasa Melayu mendapat tulisan baru, iaitu tulisan Jawi, iaitu
dengan meminjam dan menyesuaikan abjad bahasa Arab. Sebelumnya, pada tahap
bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu menggunakan dua jenis tulisan. Tulisan
berkenaan ialah tulisan rencong dan lampung yang tidak terpengaruh oleh tulisan
dari India walaupun bahasa Sanskrit sudah bertapak di Nusantara.Tulisan yang
disesuaikan dengan tulisan Pallava dan Nagiri seperti yang terdapat pada batu-batu
bersurat antara abad ke-7 hingga abad ke-14.

Perkembangan Bahasa Melayu Klasik

Kedatangan pengaruh agama Islam dan bahasa Arab telah menyebabkan


bahasa Melayu melangkah setapak lagi dengan satu lagi tulisan, iaitu tulisan Jawi.
Bahasa Melayu Klasik mula pada abad ke-16 sampai pula pengaruh dari Barat
dengan kedatangan penjajah dari Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris.
Sekali lagi bahasa Melayu bertembung dengan bahasa dan kebudayaan yang baru
yang turut mempengaruhi bahasa Melayu.

Amat Juhari Moain ( 1992:1062) tulisan rumi mula digunakan dengan


penggunaan yang pertama dalam bahasa Melayu oleh David Barbosa pada tahun
10
1516 Masihi setelah Melaka ditawan oleh Portugis. Kemudian pada tahun 1521
Masihi, seorang pengembara Itali, Antonio Pigafetta membuat catatan perkataan
Melayu dalam tulisan rumi dengan padanannya dalam bahasa Itali.

Dengan senario itu, bahasa Melayu Klasik mencakup zaman antara abad ke-
14 hingga abad ke-19, dengan abad ke-12 dan ke-13 sebagai zaman peralihan
antara tahap bahasa Melayu Kuno dengan tahap bahasa Melayu klasik. Bahasa
Melayu klasik dapat disimpulkan sebagai bahasa yang digunakan dalam
kesusasteraan, pemerintahan dan undang-undang, agama, sejarah, perdagangan,
dan perhubungan iaitu budaya dan kemasyarakatan.

Ringkasnya kosa kata daripada bahasa Arab banyak digunakan. Penggunaan


bahasa Melayu dapat dilihat dalam beberapa buah karya seperti Hikayat Raja-raja
Pasai, Misa Melayu, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Negeri Johor dan
banyak lagi karya yang ditulis dalam tulisan Jawi.

Zaman Kegemilangan Bahasa Melayu Klasik

Berdasarkan bahan yang diakses, didapati ada tiga zaman kegemilangan


bahasa Melayu Klasik. Antaranya ialah Zaman Kerajaan Melaka-Acheh dan Zaman
Kerajaan Johor-Riau. Ketika zaman tersebut terdapat beberapa orang tokoh penulis.
Buktinya ialah pada Zaman Kerajaan Acheh. Antara tokoh penulis yang penting ialah
Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul
Rauf al-Singkel.

Ciri-Ciri Bahasa Melayu Klasik

Dari Wikipedia bahasa Melayu Klasik, telah menyatakan beberapa ciri-ciri


bahasa Melayu Klasik. Namun demikian ciri-ciri yang dinyatakan adalah lebih
mencirikan bahasa Melayu Klasik dari aspek perubahan dari segi kosa kata, struktur
ayat dan tulisan. Antara ciri-ciri tersebut ialah ayat yang panjang, berulang dan
berbelit-belit. Ayat yang digunakan kebanyakkannya ialah ayat pasif dan
songsang.Ketika itu juga banyak menggunakan laras bahasa istana.

Manakala terdapat perbezaan dalam mengklasifikasi ciri-ciri bahasa Melayu


Klasik bagi Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah. Beliau telah membahagikan ciri

11
tersebut kepada beberapa aspek iaitu aspek sistem tulisan, kosa kata dan
tatabahasa.

Dr. Zaitul Azama mengatakan bahawa dalam bahasa Melayu Klasik terdapat
penggunaan kata pangkal ayat yang agak usang. Penggunaan kata pangkal ayat ini
agak meluas. Contoh kata pangkal adalah seperti "syahadan",’sebermula” "maka",
"alkisah", "hatta", "arakian", "kata sahibul hikayat", "maka, tatkala" dan
"adapun”. Kata-kata seperti itu bukan sahaja digunakan untuk memulakan sesuatu
perenggan, malah digunakan juga pada awal ayat-ayat dalam perenggan. Penulisan
dalam bahasa Melayu moden tidak memperlihatkan penggunaan kata pangkal ayat
yang sedemikian.

Manakala dari aspek struktur ayat pula, bahasa Melayu Klasik agak berbeza
dengan bahasa Melayu Kuno kerana struktur ayatnya panjang-panjang, berulang-
ulang dan berbelit-belit.Terdapat juga gabungan beberapa ayat tunggal yang
dicantumkan dengan menggunakan kata-kata hubung yang tertentu, terutamanya
"dan" dan "atau" ataupun dengan menggunakan tanda koma dan tanda koma bertitik
sahaja. Contoh ayat bahasa Melayu Klasik seperti ayat berikut “Maka apabila
dibawalah akan mereka itu ke penghadapan Tajul Muluk, demi terpandang akan
anak si peladang itu, mesralah ke dalam hatinya, diberinya wang yang tiada berhisab
banyaknya serta disuruh perbela akan dia baik-baik”.

Dalam bahasa Melayu Klasik juga, terdapat perubahan dari aspek bentuk ayat
yang digunakan. Bentuk ayat yang lebih lumrah digunakan, ialah bentuk ayat pasif,
iaitu bentuk ayat yang lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek. Sebagai
contoh, “Hatta datanglah kepada suatu hari maka Hamzah dan Umar Umayyah
dibawanya oleh Khoja Abdul Mutalib kepada mualim ……”

Selain itu, dalam bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan partikel
“pun”dan “lah”.Contoh perkataan yang digandingkan dengan partikel ialah seperti
“adapun, bertitahlah,dan berebutlah”. Manakala contoh penggunaan partikel dalam
ayat pula ialah seperti berikut ““Maka Bendahara pun hairanlah kalam raja seperti
dikhatankan orang rupanya” dalam Sejarah Melayu.

12
Sehubungan itu terdapat pengaruh daripada beberapa bahasa lain dalam
bahasa Melayu Klasik kerana di kepulauan Melayu ketika itu bahasa Arab dan
Sanskrit bertapak kukuh lantaran aktiviti perdagangan dan penyebaran agama
Islam.Contoh penggunaan bahasa Arab ialah “Allah Taala, makhdum, mualim daulat,
wallahualam, takzim. Bagi bahasa Sanskrit pula ialah “dosa,pahala,dan
raja” .Bahasa Melayu Klasik juga menerima fonem Arab seperti ‘kh’, ‘dz’, dan ‘sy’.
Contoh perkataan seperti “khamis, zakat, syarat”.

Menurut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, bahasa Melayu klasik lebih
bersifat "bahasa istana". Ini amat ketara dari segi penggunaan perkataan dan sistem
panggilannya. Contohnya ialah ‘sembah, beta, titah, berangkat, dan gering.”
Penggunaan ini adalah disebabkan kebanyakan hasil penulisan bahasa Melayu
klasik adalah dalam bentuk karya sastera, yang menceritakan kisah dan peristiwa
yang dialami oleh kalangan raja di istana.

Bahasa Melayu klasik juga lebih banyak menggunakan kiasan dan


perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka dan
gurindam dalam karya prosa. Buktinya ialah terdapat banyak dalam hikayat-hikayat
Melayu lama. Mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu klasik itu sendiri, yang
pada asalnya dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut dikatakan
dapat menghidupkan suasana penceritaan.

Zaman Bahasa Melayu Pramoden

Menurut Amat Juhari dan Abdul Rashid Melebek ( 2006 : 32 ), bahasa Melayu
Pramoden bermula pada abad ke -19. Buktinya ialah kedatangan pendatang luar ke
Asia Tenggara untuk menguasai Asia Tenggara.Pendatang bangsa barat ini bukan
sahaja menguasai ekonomi, tetapi politik. Bagi mengukuhkan kedudukan di tanah
Melayu, mereka telah mengkaji bahasa dan budaya pribumi. Hasil kajian ini telah
mewujudkan pusat-pusat pengajian tentang bahasa, sastera dan budaya pribumi
terutama Melayu. Manuskrip-manuskrip Melayu dan bahan-bahan tinggalan
sejarah,budaya dan sastera Melayu telah dikumpulkan di perpustakaan-
perpustakaan barat ini.

13
Dalam masa yang sama,perkataan-perkataan daripada bahasa barat seperti
Inggeris dan Belanda mula meresap ke dalam bahasa Melayu. Proses ini berlaku
secara sedikit demi sedikit. Kesan penyerapan bahasa ini telah mengakibatkan
kegiatan penulisan Melayu mula menggusur dari istana-istana raja seperti dalam
zaman bahasa melayu Klasik ke dalam masyarakat umum.Dengan kata lain,
kegiatan penulisan dalam bahasa Melayu sudah mula memasyarakat dan merakyat.

Zaman bahasa Melayu Pramoden ini juga, terdapat banyak hasil penulisan
seperti buku “Sejarah Melayu, Taj al- Salatin, Hikayat Abdullah dan lain-lain.Selain
itu, zaman ini turut mencetak banyak kitab agama di Asia Tenggara. Abdul Rashid
Melebek (2006 : 33 ) juga mengatakan bahawa berlakunya beberapa peristiwa pada
abad ke -19. Antaranya ialah pertembungan budaya Melayu dengan Barat,
perkembangan teknologi cetak serta perkembangan perhubungan yang lebih mudah
telah menjadikan bahasa Melayu terdedah kepada pengaruh Barat.Oleh yang
demikian,perkembangan ini bagaikan keadaan yang menyebabkan bahasa Melayu
diresapi oleh unsur-unsur Barat sehingga berlaku beberapa perubahan pada bahasa
Melayu.

Zaman Bahasa Melayu Moden

Apabila melangkah masuk abad ke-20, banyak perubahan berlaku. Negeri-


negeri Melayu yang dahulunya masih bebas terpaksa tunduk di bawah kolonial Barat
antaranya negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor mula ditakluki oleh
penjajah Inggeris, manakala kerajaan Melayu Riau dihancurkan oleh Belanda.
Pengaruh budaya dan tamadun Barat semakin kukuh. Dengan kekukuhan ini,
dominasi penjajahan, budaya dan tamadun Barat berkembang di alam Melayu.

Bahasa Melayu dan bahasa-bahasa peribumi yang lain jatuh menjadi bahasa
vernakular. Pendidikan Barat dikembangkan dengan mendirikan sekolah-sekolah
berbahasa penjajah dan sekolah-sekolah Kristian di merata-rata tempat di seluruh
Nusantara; pegawai-pegawai penjajah disebarkan ke seluruh tanah jajahan bagi
mengukuhkan kekuasaan penjajahan mereka. Bangsa Melayu menjadi anak jajahan
sahaja.

Menurut rencana yang dipetik dari web www.ib.edu.my/bm-

14
net/bahasa/perkembangan_bahasa_melayu menyatakan bahawa pada awal abad
ke-20, penjajah Belanda mengamalkan Dasar Etika (Ethical Policy). Tulisan Rumi
dipakai untuk bahasa Melayu dan dibakukan ejaannya. Setelah kerajaan Penjajah
Belanda mengadakan sebuah Suruhanjaya iaitu Cominissie voor de Inlandsche
School en Volkslectuur (1908) diketuai Dr. G.A.J. Hazeu. Pada tahun 1917
Cominissie itu diubah menjadi Balai Poestaka yang dipimpin oleh Dr. D.A. Ringkes.
Balai Poestaka menerbitkan majalah bulanan Sri Poestaka (1918) dan Mingguan
Pandji Poestaka (1923). Selain itu ia menerbitkan novel-novel seperti Azab dan
Sengsara oleh Mirari Siregar (1920), Sitti Nurbaja oleh Luarah Roesli (1922), dan
Salah Asoehan oleh Abdoel Moeis (1928).

Sejarah bahasa Melayu abad ke-20 di Malaysia mengalami beberapa tahap


seperti Bahasa Melayu awal abad ke-20 dengan wujudnya Maktab Perguruan
Melayu (1900, 1913, 1919) dan majalah al-Imam (1906), kemudian muncul zaman
SITC - Pejabat Karang Mengarang yang berpusat di Tanjong Malim (1922-1941),
Bahasa Melayu Zaman Jepun (1942-1945), Bahasa Melayu Pasca-Perang(1945-
1949). Bahasa Melayu Pramerdeka (1950-1957), Bahasa Melayu Pascamerdeka
(1957-1969), Bahasa Melayu Pasca 1969, dan Bahasa Melayu Pasca 1980.

Dalam abad ke-20 Bahasa Melayu banyak berubah kerana pengaruh kolonial
Barat dan juga pengaruh dan Asia Barat serta Jepun. Jumlah sekolah Melayu
semakin bertambah banyak berlipat-lipat kali ganda, maktab-maktab perguruan
Melayu dibuka, majalah dan akhbar pelbagai jenis diterbitkan, buku-buku bacaan
sekolah, buku-buku umum dan kitab-kitab agama dicetak sama ada di Malaya atau
Indonesia. Bahkan ada yang dicetak di Bombay, Cairo, Mekah, Madinah dan
Istanbul. Persatuan-persatuan penulis, persatuan-persatuan kebajikan, kebudayaan,
bahasa dan kesusasteraan serta politik tumbuh dengan subur walaupun ditekan dan
dicengkam oleh penjajah yang memerintah dengan cara kuku besi.

Bahasa Melayu tetap terus berkembang. Perkembangan bahasa Melayu


semakin pesat apabila negara-negara di Dunia Melayu mencapai kemerdekaannya -
Indonesia (1945), Malaysia (1957), Singapura (1963) dan Brunei (1984).

Di Malaysia, apabila menjelang kemerdekaan terdirilah kelas-kelas menengah

15
Melayu yang menjadi menengah Melayu, begitulah juga dengan terdirinya institusi-
institusi yang lain seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Maktab Perguruan Bahasa
yang kemudiannya Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah menjadi puncak
dasar pendidikan kebangsaan. Bagi mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu
beberapa penyata, akta, dan penggubalan Perlembagaan Negara telah diluluskan
seperti Penyata Razak (1956), Penyata Rahman Talib (1960), Ordinan Pelajaran
(1957), Perlembagaan-perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1957) dan
Perlembagaan Malaysia (1963), Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (1959 dan 1995),
Akta Pendidikan 1961, Akta Bahasa 1963, Akta Bahasa 1967, Akta Universiti dan
Kolej Universiti (1971), Akta Universiti dan Kolej Universiti - Pindaan (1975), dan
pelbagai akta yang lain termasuk Akta Pendidikan 1996.

Dalam abad ke-20 bahasa Melayu sudah menjadi bahasa yang moden kerana
unsur-unsur moden sudah meresap ke dalam bahasa Melayu, banyak buku yang
ditulis dan diterbitkan, banyak majalah dan akhbar yang dicetak dan diedarkan dalam
pelbagai bidang dan jurusan bagi memenuhi keperluan orang Melayu dalam zaman
moden ini. Perkembangan bahasa Melayu semakin pesat selepas negara ini
mencapai kemerdekaannya, terutama dalam bidang sains dan teknologi.

Buku-buku ilmiah banyak diterbitkan antaranya teks-teks pengajian tinggi,


istilah-istilah banyak yang telah digubal, bahkan pada tahun 2000 ini sudah
mencapai ke angka 1,000,000 istilah dalam pelbagai bidang ilmu. Selain itu bahasa
Melayu juga menjadi bahasa pentadbiran di semua peringkat perkhidmatan awam,
dalam mahkamah, dan di semua peringkat pendidikan.

Dari masa ke semasa, Bahasa Melayu mengalami perkembangan yang


beterusan. Bahasa yang kita gunakan sekarang sebenarnya berasal daripada
bahasa Melayu purba yang mengalami perubahan dan perkembangan untuk
disesuaikan dengan keadaan semasa. Ini menunjukkan bahasa Melayu sentiasa
berkembang.

16
KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU (VERSI W.G. SHELLABEAR)

Penggunaan Bahasa Dalam Teks Sejarah Melayu Bab ke 14

Penggunaan Kata Pangkal Ayat

Setelah dibaca berulang kali dan diteliti satu persatu ayat yang terkandung di
dalam petikan teks klasik , saya dapati tersangat banyak penggunaan kata pangkal
ayat (kata mula ayat, kata penghubung dan kata peredaran masa). Kata mula ayat
yang paling banyak digunakan di dalam bab ke 14 yang saya kaji ialah ‘maka’.
Hampir keseluruhan ayat mempunyai kata mula ayat ‘maka’.

Kata Mula Ayat Kata Penghubung Kata Peredaran Masa


Kata sahibu’ul-hikayat Bahwa Hatta
Shahdan Karena Senyampang
Sa-telah berapa lama-nya Telah itu
Ada pun Telah sudah
Maka Ada pun
Sa-bermula Demikianlah

Contoh:

(a) Kata sahibu’bul-hikayat, maka tersebut-lah perkataan raja Majapahit sudah


hilang, tiada beranak laki2; ada baginda beranak sa-orang perempuan, nama-
nya Raden Galoh Wi Kesuma; ialah di-rajakan oleh Patih Aria Gajah Mada.
(b) Maka kata si-penyadap, ‘Benar-lah kata tuan hamba itu, tetapi di-mana kuasa
hamba menghantar tuan hamba kapada ayahanda ka-Tanjong Pura itu?
(c) Shahdan, maka Pateh Aria Gajah Mada pun keluar-lah lalu ia menyuroh
orang memukul chanang berkeliling negeri dan peminggir Majapahit itu, di-
suroh berkampong ka-Majapahit, kerana tuan puteri hendak memileh suami.
(d) Hatta, maka segala perihal ihwal-nya ayahanda baginda bermain ka-laut , dan
peri rusak, dan peri ia di-dapat oleh si-penyadap menimang ia itu, semua-nya
di-katakan-nya pada Pateh Aria Gajah Mada.
(e) Sa-telah berapa lama-nya di-laut, maka sampai-lah ka-Majapahit.
(f) Sa-bermula hampir peseban itu ada sa-buah balai larangan, tiada dapat
orang dudok di-atas-nya; barangsiapa pun baik jikalau naik ka-atas balai itu,
di-tombaki oleh segala Jawa, tiada sa-orang berani naik ka-atas balai itu.
(g) Ada pun akan Laksamana Hang Tuan, barang tempat ia pergi, gegak
gempita bunyi orang daripada hebat melihat sikap laku-nya.

17
Penggunaan Ayat Yang Panjang

Ayat yang digunakan di dalam teks ini adalah panjang, berbelit-belit, berulang-
ulang dan banyak menggunakan ayat jenis pasif. Ayat-ayat didapati ditulis tanpa
tanda noktah. Semuanya diceritakan secara panjang lebar dalam usaha pengarang
untuk menyampaikan penceritaannya. Penggunaan ayat-ayat yang panjang ini
kadang-kala akan menjemukan pembaca kerana kita terpaksa memikirkan semula
apa yang telah dibaca untuk memahami maksudnya. Namun begitu, cerita yang
terdapat di dalamnya akan dapat difahami jika kita membacanya berulang kali. Sekali
baca adalah agak sukar untuk seseorang itu memahami cerita yang ingin
disampaikan oleh pengarang buku ini.

Contoh:

Maka betara Majapahit memberi titah pada Pateh Aria Gajah Mada menyuroh
orang berjaga-jaga empat puloh hari empat puloh malam, memalu segala bunyi-
bunyian, daripada gong, gendang, serunai, nafiri, nagara,gendir, berangsang,
merdangga peri, rana sekati, giring, selukat, chelempong, bangsi, suling, kopak,
cherachap tiada sangka bunyi lagi, bunyi orang bermain itu, terlalu ramai; ada yang
menapak, ada yang bertandak, ada yang menggigal, ada yang berserama, ada yang
berwayang, ada yang merakat, ada yang berperang pupoh, ada yang
mengidong,ada yang berkekawin, masing2 pada pengetahuan-nya.

Unsur Perbandingan

Unsur perbandingan ini dapat membawa gambaran tentang sesuatu keadaan


itu kepada pembaca. Dalam bab 14 ini, diceriakan tentang kisah persiapan Tuan
Puteri Wi Kesuma hendak memilih calon suami. Di dalam perenggan di bawah,
pengarang telah bercerita dengan panjang lebar tentang suasana yaang berlaku di
dalam negeri ketika tiba saat yang dinantikan iaitu Tuan Puteri Wi Kesuma yang
masih belum berpunya itu hendak memilih suami. Keadaan rakyat yang terdiri
daripada semua golongan dibuat perbandingan sebegitu rupa oleh pengarang
Sejarah Melayu ini.

Contoh ayat:

Shahdan, maka Pateh Aria Gajah Mada pun keluar-lah lalu ia menyuroh orang
memukul canang berkeliling negeri dan peminggir Majapahit itu, di-suroh
berkampung ka –Majapahit , kerana tuan puteri hendak memileh suami. Sa-telah
sekaliannya mendengar demikian itu, maka segala raja2 dan menteri,hulubalang,
sida2, bentara dengan segala ra’yat besar kechil, tua muda, dan tinggi rendah,
tempang hirut, petut kiat, chapek riok, buta tuli, sengau bisu, sekalian-nya pun
berhimpun-lah ka-Majapahit, kurang2 di-kerah orang lebeh2 ia hendak datang,
kerana menengar Tuan Puteri Wi Kesuma hendak memileh suami itu; karena pada
bichara-nya, mudah-mudahan kalau ia di-pileh oleh tuan puteri. Dan telah habis

18
semua-nya orang berkampong maka Tuan Puteri Wi Kesuma naik ka-atas
peranginan memandang ka-jalan. Maka segala orang itu pun di-suroh oleh Pateh
aria gajah Mada lalu, saorang2 sa-kali. Hatta , maka segala raja2, dan menteri,
sida2, bentara, hulubalang, sekalian-nya berjalan saorang2 di-hadapan peranginan
itu semua-nya dengan perhiasan-nya , masing2 dengan kenaikan-nya dengan
pelbagai kelakuan-nya. Telah habis-lah segala orang2 besar, maka segala ra’yat
kechil besar semua-nya lalu, sa-orang pun tiada berkenan pada Tuan Puteri Wi
Kesuma.

Penggunaan Ayat Untuk Menggambarkan Kehebatan Seseorang

Di dalam chetera yang keempat belas ini juga iaitu di perenggan yang ke 35,
pengarang menggunakan ayat yang tersusun indah semata-mata hendak
menggambarkan kehebatan yang dimiliki oleh Hang Tuah ketika rombongan Melaka
berada di Majapahit.

Contoh ayat:

Ada pun akan Laksamana Hang Tuan, barang tempat ia pergi, gegak gempita
bunyi orang daripada hebat melihat sikap laku-nya. Jika di-peseban, pesebab
gempar, jika di-panggongan, panggongan gadoh, dan segala perempuan Jawa anak
dara2, jikalau ia berjalan ka-pasar atau barang ka-mana, banyak-lah yang gila akan
Hang Tuah itu. Dan apabila Hang Tuah lalu, perempuan di-dalam pangkuan laki-nya
itu bangun hendak melihat Hang Tuah.

Penggunaan Puisi

Terdapat serangkap pantun bahasa Jawa di dalam ceritera yang ke 14 ini.


Pantun ini juga dituturkan oleh penduduk di Majapahit semata-mata untuk
menggambarkan kehebatan yang terdapat pada diri Hang Tuah.

Contoh:

Onya suruh tanggapana penglipur;

Saben dina katon parandene duka ugi

Iwer sang rara kabeh dene laksamana lumaku2 penjurit ratu Melayu

Geger wong ing panggung dene Sangka Ningrat teka penjurit ratu ing Daha

19
Penggunaan Bahasa Asing

Teks Sejarah Melayu mengandungi banyak ayat yang mempunyai unsur


keislaman yang agak meluas. Boleh dikatakan setiap bab mempunyai kata-kata yang
berupa ayat-ayat Al-Quran.

Contoh:

(a) Maka di-lihat-nya budak itu tiada khabarkan diri-nya, daripada lama di-laut itu
tiada makan dan minum, karena belum maut belum mati; saperti kata Amiru’l
–Mu’minin Ali , karrama ‘Ilahu wajhahu, ‘La mauta illa bi’l-ajali’, ya’ni tiada
mati melainkan dengan ajal.
(b) Wa’Illahu a’lamu bi’ s-sawab,wa ilaihi’l-marji’u wa’’l-ma’’ab (bahagian
penutup setiap cerita)

Penggunaan Kata Ganti Nama

Di dalam teks Sejarah Melayu, terdapat pelbagai jenis kata ganti nama yang
digunakan mengikut kesesuaian keadaan dan watak yang terlibat. Didapati pelbagai
jenis kata ganti nama digunakan di dalam teks Sejarah Melayu. Terdapat juga kata
ganti nama yang agak asing dan jarang ditemui seperti kula (aku), manira (aku),
pakanira (tuan) dan paman. Jika dibaca petikan tanpa merujuk maknanya , maka
pembaca tidak akan dapat menangkap maksud perkataan ini dengan jelas.
Perkataan ini tidak digunakan lagi di dalam perbendaharaan Bahasa Melayu Moden
sekarang ini.

Contoh:

(a) Maka si-penyadap itu bertanya kapada budak itu, ‘Siapa engkau ini dan siapa
nama-mu, dan apa sebab-nya engkau hanyut kapada sa-keping papan itu?’
(b) Maka sahut budak itu, ‘Hamba anak raja Tanjong Pura , piut Sang Maniaka,
anak raja yang pertama turun dari Bukit Si-guntangMahameru itu;nama
hamba Raden Kirana Langu.
(c) Maka sahut Kimas Jiwa, ‘Baik-lah , jikalau manira jadi ratu.
(d) Maka sembah Pateh, ‘Tuanku, pada pemandangan patek hamba tua ini,
tuanku besar-lah sudah : baik juga Tuanku bersuami, kerana tiada baik rupa-
nya Tuanku tiada bersuami.’
(e) Maka titah Tuan Puteri Wi Kesuma,’Jikalau paman hendak memberi beta
bersuami, paman kampongkan-lah segala orang di-dalam negeri ini, biar beta
lihat barangsiapa berkenan kapada beta buat suami.’
(f) ‘Jikalau pakanira tegah, berhenti-lah kami.’
(g) Maka sembah-nya, ‘Mana-tah janji paduka betara dengan kula ? Apabila
Tuanku menjadi betara Majapahit, kula hendak di-jadikan Pateh Ari Gajah
Mada.’

20
Sistem Ejaan

Ejaan yang digunakan di dalam teks Sejarah Melayu didapati tidak


mempunyai pola keselarasan vokal yang betul. Perkataan yang digunakan kelihatan
agak pelik jika dibandingkan dengan perkataan yang wujud pada hari ini. Saya telah
menyenaraikan beberapa perkataan klasik yang terdapat di dalam bab 14 yang saya
kaji ini.

Contoh:

EJAAN KLASIK EJAAN MODEN


rusak rosak
tujoh tujuh
ayer air
kaseh kasih
kapada kepada
burok buruk
berdayong berdayung
pikir fikir
masok masuk
patek patik
menyuroh menyuruh
memileh memilih
besar2 besar-besar
memanchar memancar
berkaseh-kasehan berkasih-kasihan
chuchu cucu
bichara bicara
bunoh bunuh
jatoh Jatuh
pasong pasung

Penggunaan Perkataan Klasik

Setelah membaca berulang kali bab yang keempat belas, saya dapati banyak
bahasa klasik digunakan. Perkataan klasik yang digunakan itu amat sukar itu
difahami maksudnya. Setelah saya meneliti catatan di bahagian akhir buku Sejarah
Melayu (makna perkataan), maka makna perkataan klasik pun menjadi jelas. Namun
begitu, maknanya adalah di luar jangkaan dan mempunyai unsur-unsur bahasa
Jawa.

Contoh:

PERKATAAN KLASIK MAKSUD


senyampang kebetulan
sa-pala2 kerana sudah terlanjur

21
manira aku
chanang gong kecil
Bersabok biaban berikat pinggang
kadar kechuali
Kemit tuboh sejenis gelang
semandarshah bunga cempaka
wilis biru
urap bedak cair
ketirah sejenis tumbuhan berdaun merah
pangus bagus
lamun namun
kula patek
penaka peri
turus tiang
memengkis membentak dengan maksud menentang
mengembari melawan berkelahi seorang lawan
seorang
dapor2 susu dada
perlente orang yang berkeliaran (tiada
pekerjaan)
bergenta mempunyai loceng kecil
berlayam mengayun-ngayun senjata seperti
orang menari
peseban balai penghadapan
balai larangan balai untuk perempuan-perempuan
istana
bersamar tidak terang atau kabur
ter’ala sangat mulia
gendir alat muzik Jawa seperti harmonika
berangsang sejenis alat bunyian purba yang tidak
dikenal lagi sekarang
bertandak menari
mengigal menari mengikut cara Sunda
berserama sejenis alat permainan silat
merakat bermain tari-menari dengan topeng
mengidong syair yang dinyanyikan
berkekawin membaca puisi Jawa kuno
pakanira tuan
kepetangan polis rahsia
sendalkan curi secara diam-diam
sembat sambar, ragut
tiada tersemu tidak dapat ditipu
mufarik terpisah
luroh daerah
pelindongan jamban
hajattu’l-baligh bukti yang sampai
berkendak bersuka-suka atau berzina

22
Kata Nama Khas dan Gelaran Khas

Melalui kajian saya terhadap Teks Sejarah Melayu Bab ke 14, didapati
terdapat berbagai jenis kata nama khas manusia yang merupakan gelaran watak
yang diceritakan dengan penuh kehebatan. Nama-nama yang digunakan kelihatan
agak kreatif dan menarik perhatian sesiapa yang membacanya.

Contoh:

Watak
Raden Galoh Wi Kesuma
Pateh Aria Gajah Mada
Raden Kirana Langu
Kimas Jawa
Sang Aji Jaya Ningrat
Pateh Aria Di-Kara
Pateh Gajah Mada
Raden Galoh Chendera Kirana
Sultan Mansor Shah
Bendahara Paduka Raja
Seri Nara Diraja
Seri Bija Diraja
Tun Bija Sura
Seri Bijaya Tun Sabtu
Tun Siak
Tun Sabtu
Hang Jebat
Hang Kasturi
Hang Lekir
Hang Lekiu
Hang Ali
Hang Iskandar
Hang Hassan
Hang Hussin
Hang Tuah
Maharaja Merlang
Sangka Ningrat
Raja Merlang
Raja Nara Singa
Sultan Abdul Jalil
Raden Kelang
Raja Maha Dewi
Raja Chendera
Tun Nacha
Tun Tahir

23
TERJEMAHAN

Menurut Kamus Dewan perkataan terjemahan bermaksud memindahkan


daripada suatu bahasa kepada bahasa yang lain. Terjemahan juga merupakan
proses mengubah hasil percakapan atau teks dalam sesuatu bahasa kepada hasil
percakapan atau teks dalam bahasa yang lain dengan mengekalkan isi
kandungannya. Aspek makna yang harus dipelihara antara bahasa teks terjemahan
ialah aspek ketepatan, kesamaan dan kesepadanan isi kandungan. Mat Taib bin Pa
merumuskan definisi terjemahan sebagai pemindahan dari satu bahasa ke satu
bahasa yang lain dengan memelihara kesepadanan makna dan bentuk yang boleh
melahirkan persamaan reaksi.

Terjemahan ialah proses menyalin semula maklumat dalam bahasa sumber


kepada bahasa sasaran dari segi persamaan makna dan gaya.

Teknik Terjemahan

Secara terus

Teknik terjemahan jenis ini dikenali juga sebagai terjemahan harafiah dan
lateral. Perkataan-perkataan dalam teks bahasa sumber diterjemahkan satu persatu
dengan perkataan-perkataan yang sepadan dengan bahasa sasaran. Perkataan
bahasa sasaran yang sepadan dengan bahasa sumber tidak semestinya
mengandungi makna asal perkataan atau teks bahasa sumber.

Secara struktural

Teknik terjemahan secara struktural ialah teknik terjemahan dengan teks asal
dalam bahasa sumber dipisahkan kepada ayat-ayat dan frasa. Terjemahan dilakuka
kepada pecahan-pecahan ayat itu dengan memberi keutamaan terhadap bahasa
sumber. Bentuk ayat, struktur ayat, golongan kata, kelas kata, tanda baca dan
makna bahasa sumber mesti dikekalkan.

24
Secara global

Terjemahan secara global merupakan teknik terjemahan secara keseluruhan dan


mengutamakan pemahaman pembaca. Penterjemah bebas menyesuaikan
perkataan bahasa sumber dengan perkataan-perkataan bahasa sasaran.

25
REFLEKSI

Setelah membuat kajian yang mendalam tentang perkembangan Bahasa


Melayu, kami dapat membuat kesimpulan bahasa bahasa melayu telah berkembang
daripada satu peringkat ke satu peringkat untuk sampai ke tahap sekarang. Banyak
perubahan telah berlaku terhadap bahasa melayu dari masa ke semasa.

Bahasa Melayu telah digunakan sejak sekian lama berdasarkan apa yang
telah kami terangkan secara panjang lebar di dalam KKBI ini. Perkembangan bahasa
Melayu telah melalui lima zaman iaitu bermula dengan Zaman Bahasa Melayu
Purba, Zaman Bahasa Melayu Kuno, Zaman Bahasa Melayu Klasik, Zaman Bahasa
Melayu Pramoden dan Zaman Bahasa Melayu Moden.

Kesemua zaman yang dilalui mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Bukti-
bukti penemuan batu bersurat telah dapat menjelaskan peristiwa yang berlaku pada
zaman dahulu disebabkan pada zaman itu kertas belum dihasilkan seperti sekarang.
Oleh itu tulisan Zaman Bahasa Melayu Purba juga ditemui di dinding-dinding gua.

Kami dapati Bahasa Melayu sentiasa mengalami perkembangan dari masa ke


semasa. Buktinya ialah wujudnya perkataan dan istilah baharu pada hari ini yang
menyebabkan Kamus Dewan terpaksa diperbaharui edisinya untuk memenuhi
keperluan perkembangannya. Keadaan ini adalah sesuatu yang positif kerana
bahasa Melayu akan bertambah moden dengan wujudnya istilah baharu walaupun
terpaksa diambil daripada bahasa asing.

Kajian teks klasik Sejarah Melayu bab yang ke empat belas pula telah
mendedahkan betapa indahnya bahasa Melayu pada zaman dahulu digunakan untuk
menceritakan sejarah yang berlaku pada zaman keagungan kerajaan Melayu. Kami
dapati bahasa yang digunakan di dalam teks Sejarah Melayu adalah bahasa lama
yang agak sukar untuk difahami jika tidak dibaca berulangkali. Sesetengah
perkataan yang digunakan adalah merupakan bahasa Jawa kuno yang agak pelik
bunyinya. Contohnya manira, kula, pakanira, gendir, berangsang, merdangga, peri,
rana sekati, giring, selukat, chelempong, bangsi, suling, kopak dan cherachap.

Walaupun begitu keadaan bahasanya, Kami dapati teks ini amat menarik
untuk dibaca untuk menghilangkan kebosanan. Melalui cerita yang ditulis, kami

26
dapat mengetahui betapa agungnya kerajaan Melayu pada zaman dahulukala.
Namun begitu, kami masih berasa sangsi adakah cerita yang dikarang itu benar-
benar berlaku ataupun sekadar dongengan sahaja. Tetapi apa yang pasti ialah teks
Sejarah Melayu mempunyai nilai estetikanya tersendiri dan amat menarik untuk
dibaca ataupun dibuat kajian yang mendalam tentang sejarah kerajaan Melayu dan
bahasa yang klasik yang digunakan. Kami berpendapat pengarangnya sungguh bijak
mengolah cerita yang sebegitu rupa seolah-oleh dialami sendiri olehnya.

Ayat-ayat panjang yang digunakan menunjukkan penggunaan tanda baca


tidak dipentingkan oleh pengarangnya. Kemungkinan besar, pengarang hanya tahu
menulis sahaja tanpa mementingkan aspek-aspek tanda baca dan tatabahasa. Apa
yang pasti ialah pada zaman itu aspek ini belum diberi perhatian lagi. Bahasa
panjang seumpama ini masih kelihatan digunakan di dalam bahasa mahkamah dan
undang-undang pada zaman moden ini.

Sebagai kesimpulannya, kami berpendapat bahawa teks Sejarah Melayu ini


sememangnya amat menarik untuk dibaca oleh semua orang yang berbangsa
Melayu untuk mengetahui serba sedikit tentang peristiwa masa lampau yang
kebanyakannya difokuskan terhadap keluarga diraja dan pembesar-pembesar.
Kemungkinan juga Sejarah Melayu dikarang untuk mengkritik golongan istana dan
pembesar-pembesar yang hidup mementingkan diri sendiri. Jika golongan
berkenaan dikritik secara terus oleh rakyat jelata disebabkan ketidakpuasan hati,
maka hukuman bunuhlah yang akan diterima. Oleh itu kami berpendapat penulisan
Sejarah Melayu ini dikarang untuk tujuan itu. Sejauh mana kebenarannya tidaklah
dapat dipastikan.

27
KAJIAN TEKS SEJARAH MELAYU (VERSI W.G. SHELLABEAR)

Penggunaan Bahasa Dalam Teks Sejarah Melayu Bab ke 14

Penggunaan Kata Pangkal Ayat

Setelah dibaca berulang kali dan diteliti satu persatu ayat yang terkandung di
dalam petikan teks klasik , saya dapati tersangat banyak penggunaan kata pangkal
ayat (kata mula ayat, kata penghubung dan kata peredaran masa). Kata mula ayat
yang paling banyak digunakan di dalam bab ke 14 yang saya kaji ialah ‘maka’.
Hampir keseluruhan ayat mempunyai kata mula ayat ‘maka’.

Kata Mula Ayat Kata Penghubung Kata Peredaran Masa


Kata sahibu’ul-hikayat Bahwa Hatta
Shahdan Karena Senyampang
Sa-telah berapa lama-nya Telah itu
Ada pun Telah sudah
Maka Ada pun
Sa-bermula Demikianlah

Contoh:

(h) Kata sahibu’bul-hikayat, maka tersebut-lah perkataan raja Majapahit sudah


hilang, tiada beranak laki2; ada baginda beranak sa-orang perempuan, nama-
nya Raden Galoh Wi Kesuma; ialah di-rajakan oleh Patih Aria Gajah Mada.
(i) Maka kata si-penyadap, ‘Benar-lah kata tuan hamba itu, tetapi di-mana kuasa
hamba menghantar tuan hamba kapada ayahanda ka-Tanjong Pura itu?
(j) Shahdan, maka Pateh Aria Gajah Mada pun keluar-lah lalu ia menyuroh
orang memukul chanang berkeliling negeri dan peminggir Majapahit itu, di-
suroh berkampong ka-Majapahit, kerana tuan puteri hendak memileh suami.
(k) Hatta, maka segala perihal ihwal-nya ayahanda baginda bermain ka-laut , dan
peri rusak, dan peri ia di-dapat oleh si-penyadap menimang ia itu, semua-nya
di-katakan-nya pada Pateh Aria Gajah Mada.
(l) Sa-telah berapa lama-nya di-laut, maka sampai-lah ka-Majapahit.
(m)Sa-bermula hampir peseban itu ada sa-buah balai larangan, tiada dapat
orang dudok di-atas-nya; barangsiapa pun baik jikalau naik ka-atas balai itu,
di-tombaki oleh segala Jawa, tiada sa-orang berani naik ka-atas balai itu.
(n) Ada pun akan Laksamana Hang Tuan, barang tempat ia pergi, gegak
gempita bunyi orang daripada hebat melihat sikap laku-nya.

28
Penggunaan Ayat Yang Panjang

Ayat yang digunakan di dalam teks ini adalah panjang, berbelit-belit, berulang-
ulang dan banyak menggunakan ayat jenis pasif. Ayat-ayat didapati ditulis tanpa
tanda noktah. Semuanya diceritakan secara panjang lebar dalam usaha pengarang
untuk menyampaikan penceritaannya. Penggunaan ayat-ayat yang panjang ini
kadang-kala akan menjemukan pembaca kerana kita terpaksa memikirkan semula
apa yang telah dibaca untuk memahami maksudnya. Namun begitu, cerita yang
terdapat di dalamnya akan dapat difahami jika kita membacanya berulang kali. Sekali
baca adalah agak sukar untuk seseorang itu memahami cerita yang ingin
disampaikan oleh pengarang buku ini.

Contoh:

Maka betara Majapahit memberi titah pada Pateh Aria Gajah Mada menyuroh
orang berjaga-jaga empat puloh hari empat puloh malam, memalu segala bunyi-
bunyian, daripada gong, gendang, serunai, nafiri, nagara,gendir, berangsang,
merdangga peri, rana sekati, giring, selukat, chelempong, bangsi, suling, kopak,
cherachap tiada sangka bunyi lagi, bunyi orang bermain itu, terlalu ramai; ada yang
menapak, ada yang bertandak, ada yang menggigal, ada yang berserama, ada yang
berwayang, ada yang merakat, ada yang berperang pupoh, ada yang
mengidong,ada yang berkekawin, masing2 pada pengetahuan-nya.

Unsur Perbandingan

Unsur perbandingan ini dapat membawa gambaran tentang sesuatu keadaan


itu kepada pembaca. Dalam bab 14 ini, diceriakan tentang kisah persiapan Tuan
Puteri Wi Kesuma hendak memilih calon suami. Di dalam perenggan di bawah,
pengarang telah bercerita dengan panjang lebar tentang suasana yaang berlaku di
dalam negeri ketika tiba saat yang dinantikan iaitu Tuan Puteri Wi Kesuma yang
masih belum berpunya itu hendak memilih suami. Keadaan rakyat yang terdiri
daripada semua golongan dibuat perbandingan sebegitu rupa oleh pengarang
Sejarah Melayu ini.

Contoh ayat:

Shahdan, maka Pateh Aria Gajah Mada pun keluar-lah lalu ia menyuroh orang
memukul canang berkeliling negeri dan peminggir Majapahit itu, di-suroh
berkampung ka –Majapahit , kerana tuan puteri hendak memileh suami. Sa-telah
sekaliannya mendengar demikian itu, maka segala raja2 dan menteri,hulubalang,
sida2, bentara dengan segala ra’yat besar kechil, tua muda, dan tinggi rendah,
tempang hirut, petut kiat, chapek riok, buta tuli, sengau bisu, sekalian-nya pun
berhimpun-lah ka-Majapahit, kurang2 di-kerah orang lebeh2 ia hendak datang,
kerana menengar Tuan Puteri Wi Kesuma hendak memileh suami itu; karena pada
bichara-nya, mudah-mudahan kalau ia di-pileh oleh tuan puteri. Dan telah habis

29
semua-nya orang berkampong maka Tuan Puteri Wi Kesuma naik ka-atas
peranginan memandang ka-jalan. Maka segala orang itu pun di-suroh oleh Pateh
aria gajah Mada lalu, saorang2 sa-kali. Hatta , maka segala raja2, dan menteri,
sida2, bentara, hulubalang, sekalian-nya berjalan saorang2 di-hadapan peranginan
itu semua-nya dengan perhiasan-nya , masing2 dengan kenaikan-nya dengan
pelbagai kelakuan-nya. Telah habis-lah segala orang2 besar, maka segala ra’yat
kechil besar semua-nya lalu, sa-orang pun tiada berkenan pada Tuan Puteri Wi
Kesuma.

Penggunaan Ayat Untuk Menggambarkan Kehebatan Seseorang

Di dalam chetera yang keempat belas ini juga iaitu di perenggan yang ke 35,
pengarang menggunakan ayat yang tersusun indah semata-mata hendak
menggambarkan kehebatan yang dimiliki oleh Hang Tuah ketika rombongan Melaka
berada di Majapahit.

Contoh ayat:

Ada pun akan Laksamana Hang Tuan, barang tempat ia pergi, gegak gempita
bunyi orang daripada hebat melihat sikap laku-nya. Jika di-peseban, pesebab
gempar, jika di-panggongan, panggongan gadoh, dan segala perempuan Jawa anak
dara2, jikalau ia berjalan ka-pasar atau barang ka-mana, banyak-lah yang gila akan
Hang Tuah itu. Dan apabila Hang Tuah lalu, perempuan di-dalam pangkuan laki-nya
itu bangun hendak melihat Hang Tuah.

Penggunaan Puisi

Terdapat serangkap pantun bahasa Jawa di dalam ceritera yang ke 14 ini.


Pantun ini juga dituturkan oleh penduduk di Majapahit semata-mata untuk
menggambarkan kehebatan yang terdapat pada diri Hang Tuah.

Contoh:

Onya suruh tanggapana penglipur;

Saben dina katon parandene duka ugi

Iwer sang rara kabeh dene laksamana lumaku2 penjurit ratu Melayu

Geger wong ing panggung dene Sangka Ningrat teka penjurit ratu ing Daha

30
Penggunaan Bahasa Asing

Teks Sejarah Melayu mengandungi banyak ayat yang mempunyai unsur


keislaman yang agak meluas. Boleh dikatakan setiap bab mempunyai kata-kata yang
berupa ayat-ayat Al-Quran.

Contoh:

(c) Maka di-lihat-nya budak itu tiada khabarkan diri-nya, daripada lama di-laut itu
tiada makan dan minum, karena belum maut belum mati; saperti kata Amiru’l
–Mu’minin Ali , karrama ‘Ilahu wajhahu, ‘La mauta illa bi’l-ajali’, ya’ni tiada
mati melainkan dengan ajal.
(d) Wa’Illahu a’lamu bi’ s-sawab,wa ilaihi’l-marji’u wa’’l-ma’’ab (bahagian
penutup setiap cerita)

Penggunaan Kata Ganti Nama

Di dalam teks Sejarah Melayu, terdapat pelbagai jenis kata ganti nama yang
digunakan mengikut kesesuaian keadaan dan watak yang terlibat. Didapati pelbagai
jenis kata ganti nama digunakan di dalam teks Sejarah Melayu. Terdapat juga kata
ganti nama yang agak asing dan jarang ditemui seperti kula (aku), manira (aku),
pakanira (tuan) dan paman. Jika dibaca petikan tanpa merujuk maknanya , maka
pembaca tidak akan dapat menangkap maksud perkataan ini dengan jelas.
Perkataan ini tidak digunakan lagi di dalam perbendaharaan Bahasa Melayu Moden
sekarang ini.

Contoh:

(h) Maka si-penyadap itu bertanya kapada budak itu, ‘Siapa engkau ini dan siapa
nama-mu, dan apa sebab-nya engkau hanyut kapada sa-keping papan itu?’
(i) Maka sahut budak itu, ‘Hamba anak raja Tanjong Pura , piut Sang Maniaka,
anak raja yang pertama turun dari Bukit Si-guntangMahameru itu;nama
hamba Raden Kirana Langu.
(j) Maka sahut Kimas Jiwa, ‘Baik-lah , jikalau manira jadi ratu.
(k) Maka sembah Pateh, ‘Tuanku, pada pemandangan patek hamba tua ini,
tuanku besar-lah sudah : baik juga Tuanku bersuami, kerana tiada baik rupa-
nya Tuanku tiada bersuami.’
(l) Maka titah Tuan Puteri Wi Kesuma,’Jikalau paman hendak memberi beta
bersuami, paman kampongkan-lah segala orang di-dalam negeri ini, biar beta
lihat barangsiapa berkenan kapada beta buat suami.’
(m)‘Jikalau pakanira tegah, berhenti-lah kami.’
(n) Maka sembah-nya, ‘Mana-tah janji paduka betara dengan kula ? Apabila
Tuanku menjadi betara Majapahit, kula hendak di-jadikan Pateh Ari Gajah
Mada.’

31
Sistem Ejaan

Ejaan yang digunakan di dalam teks Sejarah Melayu didapati tidak


mempunyai pola keselarasan vokal yang betul. Perkataan yang digunakan kelihatan
agak pelik jika dibandingkan dengan perkataan yang wujud pada hari ini. Saya telah
menyenaraikan beberapa perkataan klasik yang terdapat di dalam bab 14 yang saya
kaji ini.

Contoh:

EJAAN KLASIK EJAAN MODEN


rusak rosak
tujoh tujuh
ayer air
kaseh kasih
kapada kepada
burok buruk
berdayong berdayung
pikir fikir
masok masuk
patek patik
menyuroh menyuruh
memileh memilih
besar2 besar-besar
memanchar memancar
berkaseh-kasehan berkasih-kasihan
chuchu cucu
bichara bicara
bunoh bunuh
jatoh Jatuh
pasong pasung

Penggunaan Perkataan Klasik

Setelah membaca berulang kali bab yang keempat belas, saya dapati banyak
bahasa klasik digunakan. Perkataan klasik yang digunakan itu amat sukar itu
difahami maksudnya. Setelah saya meneliti catatan di bahagian akhir buku Sejarah
Melayu (makna perkataan), maka makna perkataan klasik pun menjadi jelas. Namun
begitu, maknanya adalah di luar jangkaan dan mempunyai unsur-unsur bahasa
Jawa.

Contoh:

PERKATAAN KLASIK MAKSUD


senyampang kebetulan
sa-pala2 kerana sudah terlanjur

32
manira aku
chanang gong kecil
Bersabok biaban berikat pinggang
kadar kechuali
Kemit tuboh sejenis gelang
semandarshah bunga cempaka
wilis biru
urap bedak cair
ketirah sejenis tumbuhan berdaun merah
pangus bagus
lamun namun
kula patek
penaka peri
turus tiang
memengkis membentak dengan maksud menentang
mengembari melawan berkelahi seorang lawan
seorang
dapor2 susu dada
perlente orang yang berkeliaran (tiada
pekerjaan)
bergenta mempunyai loceng kecil
berlayam mengayun-ngayun senjata seperti
orang menari
peseban balai penghadapan
balai larangan balai untuk perempuan-perempuan
istana
bersamar tidak terang atau kabur
ter’ala sangat mulia
gendir alat muzik Jawa seperti harmonika
berangsang sejenis alat bunyian purba yang tidak
dikenal lagi sekarang
bertandak menari
mengigal menari mengikut cara Sunda
berserama sejenis alat permainan silat
merakat bermain tari-menari dengan topeng
mengidong syair yang dinyanyikan
berkekawin membaca puisi Jawa kuno
pakanira tuan
kepetangan polis rahsia
sendalkan curi secara diam-diam
sembat sambar, ragut
tiada tersemu tidak dapat ditipu
mufarik terpisah
luroh daerah
pelindongan jamban
hajattu’l-baligh bukti yang sampai
berkendak bersuka-suka atau berzina

33
Kata Nama Khas dan Gelaran Khas

Melalui kajian saya terhadap Teks Sejarah Melayu Bab ke 14, didapati
terdapat berbagai jenis kata nama khas manusia yang merupakan gelaran watak
yang diceritakan dengan penuh kehebatan. Nama-nama yang digunakan kelihatan
agak kreatif dan menarik perhatian sesiapa yang membacanya.

Contoh:

Watak
Raden Galoh Wi Kesuma
Pateh Aria Gajah Mada
Raden Kirana Langu
Kimas Jawa
Sang Aji Jaya Ningrat
Pateh Aria Di-Kara
Pateh Gajah Mada
Raden Galoh Chendera Kirana
Sultan Mansor Shah
Bendahara Paduka Raja
Seri Nara Diraja
Seri Bija Diraja
Tun Bija Sura
Seri Bijaya Tun Sabtu
Tun Siak
Tun Sabtu
Hang Jebat
Hang Kasturi
Hang Lekir
Hang Lekiu
Hang Ali
Hang Iskandar
Hang Hassan
Hang Hussin
Hang Tuah
Maharaja Merlang
Sangka Ningrat
Raja Merlang
Raja Nara Singa
Sultan Abdul Jalil
Raden Kelang
Raja Maha Dewi
Raja Chendera
Tun Nacha
Tun Tahir

34
35

Anda mungkin juga menyukai