Anda di halaman 1dari 4

BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2019

SEKOLAH KEBANGSAAN LABU ULU (BT.8),


71900 LABU, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
NBA 4013, Email: nba4013@ppdseremban.net
TEL: 06-7911727 FAX: 06-7911727

KERTAS KERJA
PELAKSANAAN GURU PENYAYANG 2019

1. TUJUAN
Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan
membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

2. KONSEP
Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi,
mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna
Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap
setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara
mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa,
saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting
yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi
setiap masa.
Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam
perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

3. OBJEKTIF
Objektif Guru Penyayang;
3.1 Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
3.2 Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
3.3 Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
3.4 Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada
sekolah.

4. SASARAN

Semua warga SK Labu Ulu, Negeri Sembilan

1
BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2019

5. PELAKSANAAN

Sepanjang Tahun 2019

5.1 Program dilaksanakan kepada semua murid sekolah rendah dan menengah.
5.2 Melaksanakan program mentor mentee sebagai aktiviti rasmi sekolah
mengikut kesesuaian masa seperti:
a) Waktu perhimpunan rasmi
b) Waktu Kokurikulum
c) Selepas waktu sekolah
5.3 Perjumpaan diadakan sekurang –kurangnya 10 kali setahun. Jangka masa
perjumpaan adalah antara 30 – 40 minit dan 1 kali dalam sebulan.
5.4 Pengisian bagi setiap perjumpaan adalah berdasarkan Modul Pelaksanaan
Mentor Mentee yang mengandungi aspek seperti berikut:
a) Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah Diri Murid
b) Peningkatan Disiplin Diri Murid
c) Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid
d) Pendidikan Kerjaya Murid.

6. PELANCARAN

Tarikh : 23.02.2019 (Sabtu)

Masa : 7.30 pagi

Tempat : Dewan Seri Budi, SKLU

7. PENGANJUR

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SK Seremban Labu Ulu

8. STRATEGI PELAKSANAAN

8.1 Mengadakan taklimat penerangan tentang konsep, objektif dan kepentingan


perlaksanaan kepada murid dan guru.
8.2 Mengadakan majlis penyerahan mentor dan mentee.
8.3 Perjumpaan diadakan di dalam kelas atau mengikut kesesuaian sekolah.
8.4 Pelantikan mentor.
a) Semua guru dilantik menjadi mentor.
b) Pelantikan mentor dibuat secara rasmi
c) Setiap mentor diberikan senarai tugas, peranan, modul dan senarai mentee.
8.5 Pengagihan
i) Mentee adalah terdiri daripada murid Tahun Enam.
ii) Seorang mentor mempunyai sekurang-kurangnya dua mentee.

2
BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2019

8.6 Tugas Mentor


a. Mengendalikan sesi perjumpaan dengan mentee.
b. Melaksanakan aktiviti mengikut modul yang telah disediakan.
c. Mengambil tahu dan menjaga kebajikan mentee.
d. Membantu mentee yang memerlukan perhatian.
e. Mengambil kehadiran mentee.
f. Mengisi borang pertemuan mentor mentee.

9. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Item Jumlah (RM)

1. Fotostat Modul Program Mentor Mentee 112.00


(RM 4.00 x 28 set)

2. Fail 140.00
(RM 5.00 x 28)
Jumlah RM 252.00

Sumber Kewangan:
Unit Bimbingan dan Kaunseling RM 252.00
JUMLAH RM 252.00

10. JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Puan Nur Fairudzaini binti Zainal Abdin


Guru Besar SK Labu Ulu

Timb Pengerusi : Puan Nazuhaakmal binti Ariffin


Penolong Kanan Hal Ehwal

Naib Pengerusi : Puan Norfaizah binti Abu


Penolong Kanan Akademik

Encik Rosnisam bin Dahlan


Penolong Kanan Kokurikulum

Setiausaha : Encik Ahmad Dur Ihsan bin Zulkifli

AJK : Pn. Hasliza Bt Hasan


Pn. Hamidah Bt Abd Malek
Pn. Masita Bt Ab Latif
Pn. Rozaliza Bt Misban
Pn. Hanisah Bt Abdul Hamid
En. Ahmad Rushdi Bin Abd Rahman

3
BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2019

11. PENUTUP

Program ini diharap akan dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid dan
secara tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan guru dan murid, di samping dapat
mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera dalam kalangan murid
dan guru.

Disemak oleh :
Disediakan oleh :

---------------------------------------------
---------------------------------------------
NAZUHAAKMAL BINTI ARIFFIN
AHMAD DUR IHSAN BIN ZULKIFLI
PK Hal Ehwal Murid
Setiausaha Program Guru Penyayang
Sekolah Kebangsaan Labu Ulu
Sekolah Kebangsaan Labu Ulu
Negeri Sembilan
Negeri Sembilan

Disahkan oleh :
---------------------------------------------------

AHMAD DUR IHSAN BIN ZULKIFLI

Penyelaras Program Guru Penyayang


---------------------------------------------------------

NUR FAIRUDZAINI BINTI ZAINAL ABDIN

Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Labu Ulu

Negeri Sembilan

Anda mungkin juga menyukai