Anda di halaman 1dari 4

Kertas Kerja

Bulan Penghayatan Islam Sempena Maal Hijrah


Kompleks Palong

_____________________________________

1. Pendahuluan

Peristiwa Hijrah adalah salah satu peristiwa yang terjadi kepada Rasulullah dan bersama
dengan para sahabat. Peristiwa ini telah dirakamkan di dalam Al- quran dan telah dipilih
oleh Saidina Umar sebagai taqwin kalendar permulaan tahun untuk umat Islam.
Peristiwa hijrah ini mempunyai banyak pengajaran dan menjadi panduan kepada Umat
Islam untuk diaplikasikan di dalam kehidupan seharian, tetapai mutaakhir ini kita melihat
masyarakat Islam sudah kurang menghayati peristiwa- peristiwa yang berlaku kepada
Rasulullah S.A.W.. Kesan daripada itu masyarakat semakin jauh dengan Islam, akhlak
semakin rosak, dan gejala- gejala maksiat semakin berleluasa di kalangan masyarakat
sedangkan sirah yang berlaku kepada Rasulullah S.A.W sepatutnya dibaca dan dihayati
pengajarannya dan boleh mendidik masyarakat ke arah lebih baik. Justeru itu, Badan Hal
Ehwal Islam Komplek Palong cuba mencari alternatif dengan menganjurkan program
sempena peristiwa hijrah untuk menyedarkan masyarakat supaya mencintai Nabi
Muhammad S.A.W dan menghayati kisah hijrah ini sebagai permulaan untuk berhijrah ke
arah lebih baik. Semoga dengan program yang dianjurkan ini dapat membina masyarakat
dan melahirkan generasi yang cinta kepada Islam, sepertimana Firman Allah S.W.T di
dalam surah Al- A’raf ayat 96

   


 
  
  
  
   
96. Jikalau Sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan
kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, Maka Kami
siksa mereka disebabkan perbuatannya.

2. Objektif
2.1 Mendidik masyarakat untuk cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W dan
Menghayati kisah hijrah Nabi Muhammad dan para Sahabat.
2.2 Membentuk masyarakat yang berketrampilan, berakhlak dan bersahsiah
tinggi selaras dengan apa yang Islam tetapkan.

2.3 Melahirkan masyarakat yang mempunyai rasa tanggungjawab terhadap


diri, agama, bangsa dan Negara.

1
3. Tema
“Hijrah membentuk peribadi Muslim”

4. Nama Program
“Bulan Penghayatan Islam sempena Maal Hijrah “

5. Tarikh
2 Oktober – 31 Oktober 2016

7. Tempoh
Sebulan

8. Tempat
Setiap Unit Operasi

9. Anjuran
Unit Nilai Kompleks Palong

10. Sasaran
Komuniti Setiap Unit Operasi Kompleks Palong

11. Program dan Tarikh


Rujuk Lampiran 1

15. Penutup
Semoga pelaksanaan murni ini mendapat bantuan dan pertolongan daripada Allah S.W.T.
Harapan kami semoga program ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Seterusnya
berjaya mencapai objektif. Dengan komitmen dari semua pihak, amatlah diharapkan

2
semoga program ini menjadi salah satu medan bagi melahirkan umat Islam yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.

Lampiran 1

BIL PROGRAM TARIKH TEMPAT


1 Kempen cintai Masjid dan Solat 3 Oktober – 31 Setiap Unit Operasi
Berjemaah Oktober
2 Keluarga Sakinah 12 Oktober Surau Perumahan
Kilang Palong Cocoa
3 Estet dan Kilang With Quran One 14 Oktober Setiap Unit Operasi
Hour
4 Khidmat Kesihatan dan Pengubatan 16 Oktober Ladang Kemedak
Islam
5 Kursus Pengurusan Jenazah 18 Oktober Ladang Palong
6 Program Motivasi untuk anak – anak 21 Oktober Ladang Mungka
Estet
7. Perlawanan Futsal 25 Oktober Padang Futsal Segamat
8 Kursus Azan 27 Oktober Ladang Labis Bharu
9. Forum Maal Hijrah 31 Oktober Ladang Umac

3
4

Anda mungkin juga menyukai