Anda di halaman 1dari 13

FASAL 1: BAGAIMANA ANDA MEMPELAJARI ILMU MUSTALAH?

1. Teori (2 bahagian).
a) Kitab-kitab Mustalah al-Hadith (3 peringkat).
i) Karya-karya ringkas:
o ‘Ulum al-Hadith, oleh: Ibn Salah (643).
o Al-Mawqizhah, oleh al-Dzahabiy (748).
o Nuzhah al-Nazhar, oleh: Ibn Hajar (852).
o Nukhbah al-Fikar, oleh: Ibn Hajar (852).

ii) Karya-karya yang lebih luas.


o Al-Madhkal Ila al-Sahih, oleh: al-Hakim (405).
o Al-Kifayah, oleh: al-Khatib (463).
iii) Kajian berkaitan sepesifik topik-topik tertentu.
o Syarh ‘ilal al-Tirmidziy, oleh: Ibn Rajab (795).
o Al-Nukat ‘Ala Kitab Ibn al-Salah, oleh: Ibn Hajar (852).
b) Pendapat/kata-kata tokoh-tokoh ilmuwan hadis dalam penulisan mereka (2 cara).
i) Perbahasan khas yang lebih tersusun.
o Muqaddimah Sahih Muslim (261).
o Risalah Abi Dawud Li Ahli Makkah (275).
o Al-‘Ilal al-Saghir al-Tirmidziy (279).
o Muqaddimah al-Jarh Wa al-Ta’dil Ibn Abi Hatim (327).
o Muqaddimah Sahih Ibn Hibban (354).
ii) Perbahasan yang tidak tersusun.

2. Praktikal (2 bahagian).
a) Peringkat menghimpunkan jalan-jalan riwayat hadis serta memberi penilaian ke
atasnya (2 peringkat).
i) Banyak baca dan menelaah karya-karya al-Takhrij.
ii) Baca kitab-kitab hadis ketahui manhaj serta kriteria penulisnya.
b) Penilaian terhadap para perawi hadis.
i) Telaah karya-karya ‘Ilal al-Hadith.
o Mulai dengan kitab al-Tamyiz, oleh: Muslim (261).
o Kemudian al-‘Ilal al-Kabir, oleh: al-Tirmidziy (279).
o Kemudian al-‘Ilal, oleh: al-Darqutniy (385).
o Kemudian al-‘Ilal, oleh: Ibn Abi Hatim (327).

3. Bagaimana ilmuwan hadis menjelaskan permasalahan Mustalah al-Hadith?


a) Bentuk para ilmuwan hadis menjelaskan permasalahan Mustalah al-Hadith:
i) Puisi/syair.
o Alfiyyah al-‘Iraqiy (806).
o Alfiyyah al-Suyutiy (911).
ii) Formula ringkas (al-Mutun).
o Nukhbah al-Fikar, oleh: Ibn Hajar (852).
iii) Penulisan.
o Al-Kifayah, oleh: al-Khatib (463).
o ‘Ulum al-Hadis, oleh: Ibn al-Salah (643).
o Al-Ba’ith al-Hathith, oleh: Ibn Kathir (774).
o Fath al-Mughith, oleh: al-Sakhawiy (902).
iv) Fakta-fakta ringkas yang padat (al-Nukat).
o Al-Zarkasyiy (794).
o Ibn hajar (852).
v) Pengenalan (al-Muqaddimat) & kajian ilmiah yang spesifik.
o Muqaddimah Sahih Muslim (261).
o Risalah Abi Dawud Li Ahli Makkah (275).
vi) Perbahasan isu-isu Mustalah al-Hadith dalam karya-karya Usul.
o Al-Risalah, oleh: al-Syafi’iy (204).
o Al-Ihkam, oleh: Ibn Hazm (456).
b) Karya-karya Mustalah al-Hadith berdasarkan peringkat zaman.
i) Zaman al-Syafi’iy (204), Muslim (261), Abu Dawud (275), al-Tirmidziy (279).
ii) Zaman Ibn Hazm (456), al-Khatib al-Baghdadiy (463), Ibn ‘Abd al-Bar (463).
iii) Zaman Ibn Salah (643) dan selepasnya.
c) Cara para ilmuwan hadis mengarang kitab Mustalah al-Hadith (2 bahagian).
i) Penulisnya mengutamakan nukilan nas-nas dari ulama’ hadis al-
mutaqaddimin sebagai paksi.
o Syarh ‘ilal al-Tirmidziy, oleh: Ibn Rajab (795).
ii) Penulisnya menulis karyanya berdasarkan apa yang beliau sendiri fahami dari
disiplin ilmu Mustalah, tanpa menyentuh secara meluas nas-nas dari ulama’
hadis lain.
o ‘Ulum al-Hadis, oleh: Ibn al-Salah (643).
FASAL 2: KARYA-KARYA HADIS DARI SUDUT BILANGAN DAN KEABSAHAN.

1. Bilangan (2 bahagian).
a) Tiada limitasi jumlah hadis dalam penulisan.
i) Bertujuan memperbanyak rekod riwayat penulis.
o Musnad Ahmad (241).
o Musnad Baqiy bin Makhlad (276).
o Mu’jam al-Tabraniy (360).
b) Melimitasi jumlah hadis dalam penulisan.

2. Keabsahan.
* Kesilapan penuntut ilmu dalam menukil penilaian ulama’ terhadap hadis ialah
menyamaratakan penilaian al-mutaqaddimin dan al-mutaakhkhirin.
a) Yang mensyaratkan sahih.
i) Darjat tertinggi.
o Sahih al-Bukhariy (256).
o Sahih Muslim (261).
ii) Darjat sahih yang lebih umum.
o Muntaqa Ibn al-Jarud (307).
o Sahih Ibn Khuzaymah (311).
o Sahih Ibn Hibban (354).
o Mukhtarah al-Dhiya’ al-Maqdisiy (643).
o Ilzamat al-Darqutniy (385).
iii) Banyak jumlah hadis-hadisnya sahih:
o Sunan al-Nasa’iy (303).
o Sunan Abu Dawud (275).
o Jami’ al-Tirmidziy (279).
o Sunan Ibn Majah (273).
o Musnad Ahmad (241).
o Muwatta’ Malik (179).
o Sunan al-Darqutniy (385).
o Karya al-Bayhaqiy (458).
FASAL 3: BAGAIMANA MENDALAMI PERBAHASAN SANAD? )’ILM AL-RIJAL).

1. Cara mengenali para perawi dan kejituan mereka (2 cara).


a) Kerap telaah kitab hadis bersanad dan kemudian rujuk pada karya-karya rijal (biografi
perawi) berdasarkan sanad-sanad hadis yang dibaca. Cara ini lebih berkesan kerana lebih
mudah untuk diingati serta mengenali tabaqat (tingkatan) para perawi.
b) Merujuk langsung kepada karya-karya rijal.

2. Pusat peredaran para perawi dalam sanad-sanad suatu hadis. Kebiasaannya sanad-sanad
hadis berlegar dalam kalangan mereka. Misalnya:
a) Madinah:
o al-Zuhriy:
- Malik bin Anas.
- Ibn Ishaq.
b) Makkah:
o ‘Amr bin Dinar:
- Ibn Jurayj.
- Sufyan bin ‘Uyaynah.
c) Basrah:
o Qatadah al-Sadusiy & Yahya bin Abi Kathir:
- Sa’id bin Abi ‘Arubah.
- Hammad bin Salamah.
- Hammad bin Zayd.
- Abu ‘Awanah.
- Syu’bah bin al-Hajjaj.
- Ma’mar bin Rasyid.
d) Kufah:
o Abu Ishaq al-Sabi’iy & al-A’masy:
- Sufyan al-Thawriy.

3. Mengetahui sahabat-sahabat Nabi yang banyak meriwayatkan hadis dan perawi-perawi


yang mengambil hadis dari mereka. Misalnya:
o Abu Hurayrah RA:
- Abu Salih al-Samman:
 Al-A’masy.
 Suhayl bin Abi Salih.
- Abu Salamah bin ‘Abd al-Rahman bin ‘Awf:
 Al-Zuhriy.
 Yahya bin Abi Kathir.
 Muhammad bin ‘Amr bin ‘Alqamah.
- ‘Abd al-Rahman bin Hurmuz al-A’raj:
 Abu al-Zinad.
- Sa’id bin al-Musayyib:
 Al-Zuhriy.
- Hammam bin Munabbih:
 Ma’mar bin Rasyid.
 Wahb bin Munabbih.
- Sa’id al-Maqburiy:
 ‘Ubaydullah bin ‘Umar.
 Ibn Abi Dzi’b.
 Al-Layth bin Sa’d.
o Ibn ‘Umar RA.
o Anas bin Malik RA.
o ‘Aisyah RA.
o Ibn ‘Abbas RA.
o Jabir bin ‘Abdullah RA.
o Abu Sa’id al-Khudriy RA.
o Ibn Mas’ud RA.
o ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA.
o ‘Aliy bin Abu Talib RA.

4. Praktiskan pada kitab al-Muwatta’ karangan imam Malik untuk peringkat permulaan,
sebabnya:
a) Sanadnya pendek.
b) Para perawinya lebih ternama dan berkredibiliti.
c) Para perawinya banyak yang menjadi pusat peredaran sanad-sanad yang sahih dan para
ulama’ yang datang selepas imam Malik.
FASAL 4: KRITIKAN HADIS DAN KECACATANNYA.

1. Karya-karya al-Jarh Wa al-Ta’dil & al-‘Ilal yang sangat utama, antaranya:


i) Al-Tarikh al-Kabir, oleh: al-Bukhariy (256).
ii) Al-Jarh Wa al-Ta’dil, oleh: Ibn Abi Hatim (327).
iii) Al-Dhu’afa’ al-Kabir, oleh: al-‘Uqayliy (321).
iv) Al-Kamil, oleh: Ibn ‘Adiy (365).
v) Al-‘Ilal al-Kabir, oleh: al-Tirmidziy (279).
vi) Al-‘Ilal, oleh: al-Darqutniy (285).
Contoh dari al-Dhu’afa’ al-‘Uqayliy:
،‫ فوض ا ا ل‬،‫ جاءت أم أمين موالة النيب ص ا اهلل اي عهلليل ب ا اهللم ب ا ر‬:‫حدثنا ثابت البناين عن أنس بن مالك قال‬... ‫إبراهيم بن ثابت القص ااا‬
،‫ الهللهم أ ين بأحب خهللقك إليك يأكل م ي‬:‫ فقال بااول اي ص اهلل اي عهلليل ب اهللم‬،‫ طا ر صاان ل لك‬:‫ ما هذا؟ قالت‬:‫فقال هلا بااول اي‬
‫ اه عن اد بن ب ا ا اهللاب عن ثابت عن‬،‫ قد تابع هذا الشا ا اايب م هلل بن عبد الر ن‬،‫ ليس هلذا من حديث ثابت أصا ا اال‬:‫ قال‬.‫فجاء عهللي‬
‫ هذا‬،‫ ال عن ثقب عن ثابت‬،‫ مل يأت بل ثقب عن اد بن ب ا ا اهللاب‬،‫ م هلل عندهم يكذب‬،‫ حدثنا الص ا ا ااا س عن اوا ا ا اان اوهللواين عنل‬،‫أنس‬
.‫ هكذا قال حماد بن إمساعيل البخا ي‬،‫ ال ن هللم فيل شيء ثابت‬،‫الباب الر ايب فيها لني ض ف‬

2. Ilmu ‘Ilal (kecacatan hadis).


a) Ilmu ini berasaskan dua perkara:
i) Himpunan jalan-jalan hadis.
ii) Pentarjihan jalan-jalan tersebut berdasarkan disiplin tertentu.
b) Hal ehwal perawi berdasarkan kredibiliti periwayatan.
Status keabsahan suatu hadis terhasil dari dua sudut:
i) Kredibiliti perawi sama ada kuat atau lemah.
ii) Menentukan status riwayat mereka jika berlaku masalah.
c) Pembahagian perawi-perawi “thiqah” yang menjadi pusat peredaran sanad (3 bahagian).
i) Riwayat mereka diterima secara total.
o Contoh: Sa’id bin al-Musayyib & al-Sya’biy.
ii) Ada perincian pada periwayatan mereka yang tidak memberi impak yang
signifikan kecuali pada sudut darjat sahih yang tertinggi atau kurang sedikit.
o Contoh: Sufyan bin ‘Uyaynah & Abu Mu’awiyah al-Dharir.
iii) Ada perincian pada periwayatan mereka yang memberi impak signifikan yang
barangkali boleh dinilai lemah sebahagian riwayat mereka.
o Contoh: ‘Abd al-Aziz al-Drawurdiy & Simak bin Harb.
3. Perincian hal ehwal perawi.
Hal-hal terperinci dan rumit tidak akan dijumpai pada karya-karya ringkas rijal seperti Taqrib
Ibn Hajar. Kadangkala ia memerlukan analisis riwayat-riwayat perawi (sabr al-marwiyyat).
Antara perkara-perkara yang perlu diteliti dalam menyemak status perawi:
a) Hadis-hadis dari sudut guru dan muridnya.
o Contoh: Abu Mu’awiyah al-Dharir, perawi yang berkredibiliti tinggi (thiqah) lagi banyak
riwayatnya. Jika beliau riwayat dari al-A’masy maka ianya sangat bernilai tinggi kerana
beliau merupakan antara perawi yang paling mantap dari beliau. Manakala selain dari
al-A’masy ada perbahasannya khususnya riwayat Abu Mu’awiyah dari ‘Ubaydillah bin
‘Umar yang dianggap lemah.
b) Adakah hadis tersebut diriwayatkan dari ingatannya atau kitab?
o Contoh: ‘Abd al-Aziz al-Drawurdiy, perawi yang dinilai benar (saduq) dan banyak
riwayatnya. Namun kejituannya (dhabt) ada perinciannya: Riwayatnya yang paling
mantap ialah dari kitabnya, manakala jika beliau riwayatkan suatu hadis dari
ingatannya atau kitab orang lain, maka perlu diteliti kerana ada berlaku kesilapan.
Begitu juga hadis yang diriwayatkan beliau dari ‘Ubaydillah bin ‘Umar berlaku banyak
kesilapan serta dinilai lemah jika bersendirian atau jika menyalahi riwayat pihak lain
yang lebih baik halnya.
o Bagaimana boleh diketahui seseorang perawi itu riwayat dari kitabnya atau tidak?
- Melalui murid-muridnya yang mengambil riwayat tersebut darinya.
- Sememangnya telah dikenali perawi tersebut sering meriwayatkan
dari kitabnya. Kebiasaan riwayat dari kitab berlaku pada kurun selepas
sahabat dan tabi’in yang ketika itu hadis-hadis telah mula direkodkan
dan daya ingatan semakin berkurangan.
- Segelintir ahli hadis seperti Ibn Ma’in (233), Ahmad (241), Abu Zur’ah
(264) hanya meriwayatkan dari guru-guru mereka yang mempunyai
kritikan pada daya ingatan mereka jika guru-guru tersebut
meriwayatkan hadis dari kitab-kitab mereka.
c) Keabsahan riwayat dari sudut wilayah tertentu.
d) Kecelaruan riwayat perawi yang bercelaru.

4. Perawi-perawi yang terkesan dengan perubahan memori (al-mukhtalitin) atau fizikal seperti
buta.
a) Antara persoalan utama berkenaan al-mukhtalitin: Adakah benar perawi tersebut
bercelaru? Jika benar, adakah kecelaruan tersebut memberi impak signifikan? Jika teruk
kecelaruannya, bilakah masanya perawi tersebut meriwayatkan hadis itu?
b) Perawi buta (2 bahagian):
i) Hafalannya jitu walaupun setelah buta, seperti: Hammad bin Zayd.
ii) Hafalannya kurang jitu, maka setelah hilang daya penglihatan riwayat mereka juga
terkesan yang mengakibatkan berlaku kesilapan, seperti: ‘Abd al-Razzaq al-
San’aniy.

5. Talqin.
a) Syarat-syaratnya:
i) Talqin dari kitab perawi.
ii) Yang melakukan talqin seorang yang terpercaya dan mahir supaya tidak berlaku
kesilapan dan kecelaruan ketika mentalqin gurunya.
b) Jenis-jenisnya:
i) Tidak memudaratkan perawi.
Syarat-syaratnya:
- Talqin dari kitab perawi.
- Yang melakukan talqin seorang yang terpercaya dan mahir supaya
tidak berlaku kesilapan dan kecelaruan ketika mentalqin gurunya.
Contoh: Yazid bin Harun, setelah buta beliau barangkali akn bertanya kepada anak
buahnya yang memiliki kitabnya jika beliau ditanya tentang hadis yang beliau tidak
ketahui.
ii) Memudaratkan perawi.
Iaitu dengan mencampur-adukkan hadis perawi dengan hadis perawi lain.
Contoh: Qays bin al-Rabi’ yang ada dinilai lemah sebahagian ulama’ hadis walhal
puncanya adalah anak beliau yang pernah memasukkan hadis orang lain kepada
hadis ayahnya. Lalu disangka Qays ada mendakwa mendengar hadis dari perawi
yang tidak pernah dijumpainya.
FASAL 5: PERBEZAAN MANHAJ ILMUWAN HADIS AL-MUTAQADDIMIN DAN AL-
MUTAAKHKHIRIN.

1. Pemahaman hadis sahih.


Sahih mafhumnya luas meliputi ciri-ciri hadis yang diterima (maqbul).

2. Al-Mutawatir dan al-Ahad.


Pembahagian hadis Ahad kepada Masyhur, ‘Aziz dan Gharib perlu diberi penelitian kerana ia
asalnya diambil dari Muktazilah. Antara topik yang menjadi isu perbezaan manhaj antara al-
mutaqaddimin dan al-mutaakhkhirin:
a) Al-‘Aziz.
b) Al-Hasan.
c) Al-Tadlis.
d) Ziyadah al-Thiqah.
e) Al-Mursal al-Khafiy.
f) Al-Bid’ah.

3. Penaik tarafan hadis.


Di sisi amalan al-mutaqaddimin hadis yang mempunyai kelemahan biasa jika disokong oleh
pelbagai jalan dan sumbernya serta tidak terlalu rapuh, dan teksnya elok tidak menyanggahi
nas-nas syariah maka ianya boleh diperkuatkan.

4. Metode al-Bukhariy dan Muslim dalam merekodkan hadis-hadis dari jalan perawi-perawi
yang mempunyai kritikan terhadap kredibiliti mereka.
Mereka meriwayatkan dalam Sahih mereka hadis-hadis yang pada sanadnya perawi-perawi
yang dikritik kredibiliti mereka jika hadis tersebut disokong oleh jalan dan pelbagai bukti lain.
Jenis –jenis perawi yang dikeluarkan oleh al-Bukhariy dalam Sahihnya:
i) Perawi yang menjadi hujah secara total.
ii) Perawi yang menjadi hujah pada sesetengah bab.
iii) Perawi yang layak dijadikan sokongan.
iv) Perawi yang disebut al-Bukhariy secara ta’liq.

*** PESANAN AKHIR PENULIS:


1. Kepentingan aspek praktikal.
2. Tidak menyibukkan diri dengan ilmu yang menjadi wasilah sehingga alpa dengan objektif
sebenar menuntut ilmu hadis.
3. Tidak tergesa-gesa mengkritik atau menyanggah penilaian ilmuwan hadis al-
mutaqaddimin serta keperluan memahami manhaj serta pandangan mereka secara teliti
sebelum menyanggahnya.

Anda mungkin juga menyukai