Anda di halaman 1dari 2

Kertas Kerja Kempen “Jom Solat di Masjid Awal Waktu”

Unit Nilai Kulim Malaysia Berhad


_____________________________________________

1. Pendahuluan
Solat merupakan tiang agama dan ibadah yang sangat penting dalam menghubungkan
hamba dengan pencipta. Perintah mendirikan Solat diwahyukan oleh Allah kepada Nabi
Muhammad S.A.W secara langsung melalui peristiwa Israk Mikraj. Peristiwa ini
menunjukkan bahawa Solat memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik
jiwa masyarakat ke arah menjadi insan yang bertaqwa dan generasi yang cinta kepada
agama. Solat dengan Masjid tidak dapat dapat dipisahkan, kerana sunnah Rasulullah
S.A.W mengajar umatnya supaya mendirikan sembahyang berjemaah di Masjid. Generasi
sahabat yang dibentuk oleh Rasulullah S.A.W adalah generasi yang terbaik hasil didikan
Rasulullah S.A.W, dengan memberi penekanan kepada mereka supaya menjaga Solat
Berjemaah awal waktu di Masjid. Maka dengan itulah, unit Nilai mengambil inisiatif
sempena peristiwa Israk Wal Mikraj dengan mengadakan kempen “Jom Solat Di Masjid
Awal Waktu” kepada pekerja, agar usaha ini dapat melahirkan pekerja yang berintegriti
dan berproduktiviti yang dapat menambah nilai kepada Syarikat sepertimana firman
Allah di dalam Surah Al ‘Araf ayat 96:

    


  
   
   
  
96. Jikalau Sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan
kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, Maka Kami
siksa mereka disebabkan perbuatannya.

2. Objektif
2.1 Melahirkan Pekerja yang berintegriti dan berproduktiviti yang dapat
menambai nilai tambah kepada Syarikat Kulim Malaysia Berhad
2.2 Menyebarkan Dakwah Islamiyyah kepada pekerja Kulim Malaysia Berhad
2.3 Membentuk dan mendisiplinkan pekerja Kulim Malaysia Berhad dengan
menjaga Solat berjemaah.

3. Tema
“ Solat Cemerlang, Ummah Terbilang”

4. Nama Program

1
“ Jom Solat Di Masjid Awal Waktu“

5. Tarikh
Bulan Rejab dan Syaaban

7. Tempoh
Bulan Rejab hingga Akhir Syaaban

8. Tempat
Semua Komplek

9. Anjuran
Unit Nilai

10. Sasaran
Semua Pekerja Kulim Malaysia Berhad

11. Penutup
Semoga pelaksanaan murni ini mendapat bantuan dan pertolongan daripada Allah S.W.T.
Harapan kami semoga program ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Seterusnya
berjaya mencapai objektif. Dengan komitmen dari semua pihak, amatlah diharapkan
semoga program ini menjadi salah satu medan bagi melahirkan umat Islam yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.

Anda mungkin juga menyukai