Anda di halaman 1dari 6

HBHE1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan

Contoh Soalan dan Jawapan

HBHE1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan

SET A

BAHAGIAN A

SOALAN 1

Nyatakan DUA (2) daripada empat langkah dalam pembelajaran masteri.

i Penentuan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai pelajar.

ii Pengajaran dengan kaedah dan aktiviti yang berkesan.

iii Penilaian dengan ujian diagnostik untuk mengesan tahap penguasaan

iv Pelaksanaan tindakan susulan yang berupa aktiviti pemulihan bagi pelajar yang
belummenguasai hasil pembelajaran dan aktiviti pengukuhan serta pengayaan bagi pelajar
yang sudah menguasai hasil pembelajaran yang ditentukan.

SOALAN 2

Apakah yang dimaksudkan dengan kecerdasan matematik – logik?

Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara
deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung
dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan
matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis,
mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.

SOALAN 3

Nyatakan DUA (2) faedah pembelajaran secara kontekstual kepada pelajar.


i. mengaitkan pembelajaran dengan pekerjaan

ii. mengaitkan pembelajaran kehidupan harian

iii mengaitkan kandungan pembelajaran dengan pengalaman harian

iv memindahkan kemahiran

v meneroka dan mendapatkan bukti

SOALAN 4

Berikan DUA (2) pekerjaan yang menunjukkan individu tersebut mempunyai tahap
kecerdasan kinestetik yang tinggi.

Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk


berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan anggota
atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan
seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu juga cekap
memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental.

BAHAGIAN B

SOALAN 1

Senaraikan teknik-teknik pengajaran yang boleh digunakan dalam bilik darjah. –

(a) menarik perhatian

(b) menyatakan objektif pelajaran

(c) merangsang proses mengingat semula kandungan lepas

(d) bahan-bahan yang boleh menimbulkan rangsangan pelajar

(e) memberikan bimbingan

(f) tugasan dan soalan


SOALAN 2

Huraikan bentuk-bentuk pembelajaran yang berlaku dalam proses pembelajaran kontekstual.

• Relating (Menghubungkan) situasi sehari-hari ke informasi baru atau masalah-masalah


untuk dipecahkan.

• Experiencing (Mengalami) dalam konteks eksplorasi, penemuan hal-hal yang sudah ada,
dan peemuan hal-hal baru.

• Applying (Menerapkan) konsep-konsep dan informasi di dalam sebuah konterks yang


berguna seperti situasi-situasi nyata dalam kehidupan.

• Cooperating (bekerja sama) dalam konteks berbagi (sharing), merespon, dan


berkomunikasi dengan para pelajar lainnya.

• Transferring (Mentransfer) pemakaian-pemakaian dan membangun berdasarkan apa yang


telah diketahui oleh siswa.

Huraikan LIMA (5) faktor perlaksanaan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan
pembelajaran.

(a) Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid.

(b) Mempelbagaikan cara penilaian.

(c) Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah.

(d) Menggalakkan inovasi dan penyeledikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran.

(e) Menerima persamaan dan perbezaan di antara individu dengan mengakui bahawa

unik dan belajar dengan cara yang berlainan.

SET B
BAHAGIAN A

1. Senaraikan EMPAT faktor yang membantu proses perlaksanaan pembelajaran dan


pengajaran kontekstual.

i Pembelajaran

ii Murid

iii Pengajaran

iv Guru

v Sokongan

2. Kenapakah teknik pengajaran penting?

Kepelbagaian teknik pengajaran adalah untuk membantu para guru untuk menyampaikan
pengajaran mereka dengan lebih berkesan. Pengajaran yang berkesan akan memberikan
mutu pembelajaran yang berkesan kepada murid. Setiap pengajaran adalah diharapkan akan
berlaku proses pembelajaran yang sempurna kepada murid

3. Terangkan SATU dari empat pendekatan yang dicadangkan UNESCO untuk


membangunkan penggunaan ICT di kalangan guru.

1. Peringkat ‘emerging’ (Pengenalan) iaitu memberi tumpuan kepada mengenal fungsi


teknikal dan penggunaan ICT dan pengetahuan tentang impak ICT terhadap masyarakat dan
sekolah. Guru menggunakan aplikasi ‘Word’ untuk membuat nota pelajaran, mencari
maklumat dalam CD Rom atau internet dan berhubung dengan rakan menggunakan e-mail.

2. Peringkat ‘Applying’ (Aplikasi) iaitu guru menggunakan ICT untuk meningkatkan proses
pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran yang diajar menggunakan pelbagai alat
dan sumber ICT. Guru mengintegrasikan ICT untuk mengubah reka bentuk pengajaran atau
menggabungkan kaedah lama dengan kaedah yang baru. Guru juga menggunakan ICT dalam
program latihan.

4. Dengan ringkas terangkan apa itu pembelajaran masteri.

Pembelajaran masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran di mana

pelajar dapat menguasai apa yang diajar dalam satu unit pembelajaran atau tajuk sebelum
ke unit pembelajaran atau tajuk lain.

5. Terangkan konsep kajian masa depan.


1. Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal masa-masa

depan.

2. Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan.

3. Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan.

4. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan.

5. Membina sikap dan nilai tentang masa depan

6. Kenapa proses perbandingan penting di dalam kemahiran berfikir?

Proses ini adalah untuk mencari persamaan dan perbezaan ciri, kualiti, sifat serta unsur

objek atau konsep. Kemahiran ini adalah penting untuk:

- Apabila terdapat banyak ciri atau kebarangkalian.

- Untuk membuat pilihan

7. Apakah strategi metakognitif?

Metakognitif ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui.
Strategi Metakognitif merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses
berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud, seseorang dapat
mengawal fikirannya dengan merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari.

8. Huraikan SATU ciri guru reflektif.

1. Keterbukaan Minda

2. Tanggung Jawab

3. Kesungguhan

4. Seorang guru yang terbuka mindanya sering bersedia untuk membuat refleksi dan
mencabar andaian-andaian, prasangka, ideologi tersendiri dan juga orang lain.

5. Guru membuat rancangan mengajar dan terus bersedia

BAHAGIAN B
1. Pendidikan kesihatan adalah tertakluk kepada polisi dan falsafah pendidikan nasional.

(a) Terangkan secara ringkas LIMA komponen yang dirangkumi pendidikan kesihatan.

(i) Komposisi badan/kandungan lemak

(ii) Daya tahan kardiovaskular

(iii) Fleksibiliti/Kelenturan

(iv) Kekuatan otot

(v) Daya tahan otot

(b) Bilakan seseorang itu boleh dianggap betul-betul cergas dari segi fizikal?

Kecergasan ialah keupayaan seseorang untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian dengan cekap
dan bertenaga tanpa rasa keletihan yang keterlaluan dan mempunyai tenaga yang cukup
untuk menjalankan aktiviti riadah dan menghadapi bcabaran apabila kecemasan

Anda mungkin juga menyukai