Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA PROGRAM GANYANG AEDES SMK SUNGAI TIRAM TAHUN 2014

PENDAHULUAN

Program ganyang aedes adalah hasil kerjasama bersepadu semua pihak untuk memastikan
warga sekolah dan masyarakat setempat bebas dan selamat daripada serangan nyamuk
aedes. Pihak sekolah berusaha untuk menerangkan punca dan bahaya denggi terhadap para
pelajar, keluarga, masyarakat dan negara. Adalah diharapkan agar ini dapat mencapai
sasarannya. Program yang dirancang khas untuk memberi maklumat, di samping menjalankan
aktiviti-aktiviti yang boleh memberi faedah kepada semua pihak. Walaupun program seumpama
ini julung kali diadakan, diharap dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.

MATLAMAT

Memberi kesedaran kepada para pelajar, warga sekolah,ibu bapa dan masyarakat setempat
terhadap tanggungjawab menghapuskan tempat pembiakan dan cara mencegah pembiakan
nyamuk aedes di kawasan rumah mereka.

OBJEKTIF

1. Untuk memberikan kesedaran kepada warga sekolah tentang bahaya nyamuk aedes
dan demam denggi.
2. Memastikan persekitaran sekolah bersih dan bebas daripada tempat pembiakan
nyamuk aedes.
3. Pelajar dapat mengetahui dan menyedari bahaya denggi dan kesan-kesannya.
4. Dapat menyemai sikap tanggungjawab melindungi keluarga dan jiran daripada
jangkitan denggi.
5. Membentuk pelajar yang bertanggungjawab dan perihatin terhadap persekitaran mereka
dan bertindak dengan segera.

PELAKSANAAN

Tarikh : 20 Julai 2014 (pelancaran program)


24 Julai 2014 (gotong-royong

Masa : 7.30 pagi – 8.10 pagi (pelancaran)


7.30 pagi – 9.30 pagi (gotong-royong)

Tempat : SMK Sungai Tiram


KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar dan guru SMK Sungai Tiram

PENUTUP

Semoga program yang dijalankan ini akan dapat memberi kesedaran kepada para pelajar
tentang bahaya nyamuk aedes dan jangkitan denggi dan kesan-kesannya. Selain itu, ianya
juga bertujuan untuk melahirkan insan yang sihat dan cergas serta dapat menimbulkan rasa
tanggungjawab kepada diri, keluarga, agama dan negara. Pencegahan tempat pembiakan
nyamuk aedes adalah tanggungjawab bersama.

Disediakan oleh:

.....………………………
(Nurasyiken Binti Sukirman)
Penyelaras Program

Disemak oleh:

...…………………………..
(Pn Rozita Binti Abd Wahid)
Pen. Kanan HEM

Disahkan oleh:

...…………………………
(En Johan Bin Abd Rahim)
Pen. Kanan Pentadbiran

Anda mungkin juga menyukai