Anda di halaman 1dari 9

KENALI CARA BELAJAR

MELALUI TEKNIK V.A.K

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK SUNGAI TIRAM


 Setiap pelajar melalui proses pembelajaran yang berbeza.
Seorang guru tidak boleh samaratakan para pelajar tahap
penerimaan ilmu. Secara umumnya, para pelajar
belajar melalui visual (apa yang dapat dilihat atau diamati),
auditori (apa yang dapat didengar) dan kinestetik (apa yang
dapat digerakkan atau dilakukan) sehingga mereka
memerlukan perlakuan yang berbeza sesuai dengan gaya
belajar masing-masing.
Apa itu teknik V.A.K?

 Teknikpembelajaran VAK merupakan model  yang


menggunakan 3 jenis deria dalam menerima
informasi iaitu penglihatan, pendengaran dan
pergerakan. Pembelajaran akan menjadi efektif dan
efisyen dengan memerhatikan ketiga-tiga elemen
tersebut.
Bagaimana mengenali ciri-ciri pelajar
melalui VAK?
1.Visual (belajar dengan cara melihat)
 Belajar harus menggunakan indra mata melalui,

mengamati, menggambar, mendemonstrasikan,


membaca, menggunakan media dan alat peraga.
Penglihatan mata memainkan peranan penting
kepada pelajar yang lebih ke arah visual.
Ciri-ciri pelajar Visual:
 lirikan mata ke atas bila berbicara
 bercakap dengan cepat
 suka melihat bahasa badan “body language”

dan muka gurunya


 cenderung duduk di depan guru
 berfikir menggunakan gambar-gambar di

otak
 suka mencatat dengan penuh teliti (detail)
2. Auditory (belajar dengan cara mendengar)
 Belajar harus mendengarkan, menyemak,
berbicara, presentasi, mengemukakan pendapat,
berbincang, memberi andaian dan berdebat.
Seorang pelajar lebih suka mendengar kaset audio,
ceramah-kuliah, perbincangan, debat, dan instruksi
(perintah) verbal. Alat perakam sangat membantu
pembelajaran pelajar jenis auditori.
Ciri-ciri pelajar Auditory:
 lirikan mata ke kiri atau ke kanan
 mendatar bila berbicara dan sedang-sedang saja
 cepat belajar apabila berbincang
 mudah menerima dan mendengar
penyampaian/kata-kata guru
 mudah faham melalui tone (nada), suara, pitch
(tinggi rendahnya), kecepatan berbicara
 dapat menghafal lebih cepat dengan membaca
dan mendengar bahan audio seperti CD, MP3
dan perakam suara.
3. Kinestetik (belajar dengan cara bergerak)
 Belajar melalui aktiviti fizikal dan keterlibatan

langsung. Seorang pelajar lebih suka menangani,


bergerak, menyentuh dan merasakan/mengalami
sendiri gerakan tubuh (hands-on, aktivitis fizikal).
Bagi pelajar jenis kinestetik belajar itu haruslah
mengalami dan melakukan.
Ciri-ciri pelajar Kinestetik:
 lirikan mata ke bawah bila bercakap
 berbicara lebih lambat
 sukar untuk duduk lama
 sangat suka eksplorasi
 mudah faham melalui pergerakan dan

beraktiviti
 cepat faham melalui eksperimen

Anda mungkin juga menyukai