Anda di halaman 1dari 6

KEMAHIRAN MEMBACA

4.2.1 Pengenalan

Apakah bacaan? Kebanyakan pengertian yang telah diberi, menyatakan bacaan menekankan aspek-aspek
yang khusus seperti kognitif atau pengamatan dan peringkat-peringkat bacaan iaitu mod yang berupa
bacaan secara nyaring atau secara senyap. Pengertian ini tidak mampu memberi gambaran yang jelas dan
menyeluruh tentang apa yang terjadi apabila seseorang itu membaca. Oleh itu, cuba kita bincangkan
definisi-definisi ini.

i. Haris dan Sipay (1980:8) menyifatkan proses membaca sebagai satu proses mendapatkan
interpretasi yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis.
ii. Kenedy (1981:5) mentafsir proses membaca sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk
visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu
dengan bunyi atau makna yang telah diketahui dan seterusnya, berasaskan pengalaman lalu,
memahami dan mengintegrasikan maksudnya.
iii. Smith dan Johnson (1980:4) menganggap proses membaca sebagai satu proses komunikasi kerana
dalam sesebuah perlakuan membaca, berlaku pertukaran idea-idea di antara penulis dan pembaca.
Dengan itu, seseorang itu tidak dikatakan membaca sekiranya dia tidak berjaya mendapatkan mesej
atau apa yang hendak disampaikan oleh penulis di dalam penulisannya.

Sekarang mari kita kenal pasti inti pati definisi-definisi di atas. Kita boleh rumuskan bahawa;

i. terdapat dua komponen dalam perlakuan mambaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam
perkataan-perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca;
ii. aspek yang ditekan dalam proses membaca ialah aspek kepentingan berfikir, merasai dan
membayangkan serta memahami apa yang dibaca.
iii. proses membaca adalah untuk memahami isi, maklumat, penerangan atau mesej yang hendak
disampaikan oleh penulis;
iv. seseorang pembaca (contohnya, pelajar) akan membawa tujuan, jangkaan dan pengetahuan serta
pengalaman lalu kepada apa yang dibacanya.

Dengan itu, membaca memerlukan proses pengalihan maksud dari minda ke minda iaitu pengalihan mesej
dari penulis kepada pembaca. Akan tetapi, sudah tentu ini tidak semudah kita fikirkan kerana kita
terpaksa meneroka bagaimana kita memperoleh maksud melalui pembacaan dan bagaimana pembaca
serta penulis teks akan memberi sumbangan kepada proses membaca itu sendiri.

Untuk menjawab soalan itu kita perlu mengenal pasti perkara yang perlu dilakukan semasa kita membaca.
Dalam sebuah proses membaca, tugas-tugas berikut perlu dilakukan oleh pembaca.

i. Mengesan atau mengenal lambang-lambang atau perkataan-perkataan yang dilihat.


ii. Mengaitkan lambang-lambang atau perkataan-perkataan itu dengan lambang atau makna.
iii. Menterjemah makna perkataan itu dengan mengaitkannya kepada apa yang telah sedia ada di
dalam minda.
iv. Cuba menghuraikan atau menjelaskan idea-idea yang didapati kepada diri sendiri, rakan atau
guru.

Tegasnya, dalam perlakuan membaca itu, kebolehan untuk mengaitkan dan mengintegrasikan segala
aspek tersebut di atas adalah penting bagi menghasilkan sebuah pembacaan dengan kefahaman.
Kita telah menyentuh perkataan kefahaman. Malah perkataan kefahaman ini adalah sinonim dengan
perkataan bacaan. Maksudnya, apabila kita memperkatakan tentang bacaan, tidak boleh tidak, kita pasti
menyentuh kefahaman. Malah, guru sendiri selalu bertanya pelajarnya bila sudah membaca sesebuah
teks…

" Kamu faham tak apa yang kamu baca tadi?"


" Cuba kamu beritahu apa yang kamu faham daripada teks yang kamu baca itu."
" Kamu sudah baca teks itu. Sekarang bagi tahu cikgu cerita
keseluruhan teks itu."

Jadi, apakah kefahaman itu? Kafahaman ialah keupayaan menubuh, mentafsir dan menilai sesuatu dengan
sepenuhnya tentang apa yang dibaca. Ini merupakan satu proses mendapatkan makna daripada
komunikasi sama ada melalui lisan, tulisan atau penggunaan lambang-lambang tertentu. Proses
kefahaman ini juga merangkumi proses mental yang kompleks seperti mengecam perkataan, memilih
makna yang sesuai, menghubungkaitkan idea-idea dengan perkataan dan pengalaman yang sedia ada,
penyusunan idea-idea, penubuhan generalisasi dan juga penilaian. Tegasnya, tanpa kefahaman tentang
apa yang dibaca, sesebuah perlakuan bacaan itu tidak lengkap. Oleh itu, bacaan adalah kefahaman.
Sehubungan itu, matlamat guru mengajar kemahiran membaca dan memahami ialah supaya murid dapat
bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Daripada kemahiran ini, mereka
akan dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan bertulis.

4.2.2 Jenis Bacaan

Sebentar tadi, kita telah memperkatakan tentang konsep dan pengertian bacaan dan kefahaman atau
membaca dan memahami. Sekarang mari kita fahamkan tentang jenis bacaan itu pula. Bacaan terbahagi
kepada dua jenis iaitu bacaan mekanis atau bersuara dan bacaan mentalis atau senyap. Cuba and baca dan
fahami penyataan di bawah ini.

Jenis Bacaan Keterangan Cadangan pengajaran dan


pembelajaran

Bacaan Mekanis/ kuat /  Bacaan bersuara dengan  Beri petikan teks yang
nyaring sebutan yang jelas dan sesuai
(bersuara) tepat mengikut sistem  Buat latih tubi baca
bunyi bahasa Melayu. perkataan/ rangkai kata yang
 Membaca dengan gaya dan sukar.
intonasi yang betul.  Tunjuk cara contoh bacaan
yang betul.
 Murid membaca dan guru
memantau bacaan murid.
 Guru berbincang dan
bersoaljawab dengan pelajar
tentang isi bacaan bagi
menguji pemahaman
pelajar.
Bacaan Mentalis/ akaliah  Bacaan dalam hati tanpa  Baca petikan secara senyap
(senyap / kefahaman) suara. untuk mengesan maksud.
 Dijalankan sebelum atau  Bersoal jawab tentang isi
selepas pelajar menguasai petikan.
bacaan bersuara.  Aktiviti pengukuhan
 Membaca untuk memahami menceritakan semua isi
maklumat/ idea/ buah petikan yang dibaca.
fikiran.

i. Bacaan Mekanis
Daripada keterangan bacaan mekanis di atas dapat kita simpulkan bahawa membaca mekanis itu adalah
satu aktiviti membaca yang disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan informasi,
fikiran dan perasaan seseorang pengarang. Ini bermaksud, orang yang membaca itu harus mempunyai
kemampuan untuk memaknakan apa sahaja yang tersirat dalam bahan-bahan yang dibaca. Oleh yang
demikian, dia terlebih dahulu harus menguasai keterampilan persepsi yang menglibatkan penglihatan dan
daya tanggap yang membolehkannya mengenal, dan memahami kata-kata dengan cepat dan betul. Begitu
juga, dia mesti mampu dan cekap mengelompokkan kata-kata dalam satu kesatuan fikiran serta
membacanya dengan baik dan lancar. Jadi, berdasarkan penerangan di atas kita sudah faham bahawa
sebab-sebab pelajar tidak dapat membaca dengan lancar, tersekat-sekat dan berhenti pada tempat yang
salah yang akhirnya menjejaskan wacana sesuatu teks yang dibaca itu adalah kerana mereka tidak cekap
menanggap dan memberi makna kepada kata-kata yang dibacanya. Lantas, mereka tidak dapat membunyi
dan menggayakan kata-kata atau ungkapan yang dibaca itu dengan nada dan intonasi yang betul mengikut
konteks dan wacana teks yang dibacanya itu.

ii. Bacaan Mentalis


Membaca mentalis atau membaca senyap adalah gaya membaca dalam hati yang merupakan kegiatan
membaca yang melibatkan pengaktifan mata dan ingatan (visual memory). Tujuan utama membaca jenis
ini adalah untuk memperoleh informasi dan pemahaman. Bacaan senyap ini juga lebih bertepatan dengan
membaca secara perseorangan (personalized reading). Ini menyatakan bahawa seseorang itu lebih selesa
membaca bahan yang sesuai dengan selera dan pilihan masing-masing. Hal ini dipercayai dapat
memenuhi keperluan individu tersebut secara berkesan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran
kemahiran membaca pula, iaitu yang bertujuan untuk menggalakkan pelajar mencari, memilih, dan maju
sendiri, program membaca senyap secara perseorangan ini adalah satu strategi yang amat menarik.

Oleh itu, bacaan senyap ini ialah bacaan yang disuarakan di dalam hati. Pembaca menukarkan isi bacaan
kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Begitu juga, bacaan senyap ini boleh dilakukan lebih laju
daripada bacaan bersuara atau mekanis. Ini adalah disebabkan bacaan senyap tidak perlu memberi
pertimbangan seperti nada, suara, sebutan,dan intonasi yang jelas seperti mana yang diperlukan dalam
bacaan bersuara.

Bacaan mekanis dan bacaan mentalis ternyata mempunyai ciri-ciri dan cara pengendalian yang berbeza .
Dengan itu, pengajaran kedua-kedua jenis bacaan ini juga sudah tentu mempunyai tujuannya masing-
masing. Jadi, mengapakah anda mengajar jenis-jenis kemahiran membaca ini kepada pelajar anda?

4.2.3 Teknik Bacaan


i. Bacaan pantas
Membaca pantas adalah satu bentuk kegiatan membaca yang dilakukan dengan kadar kelajuan tertentu
dan tujuaannya menjimatkan masa. Walaubagaimanapun, kelajuan membaca itu disesuaikan dengan apa
yang dibaca dan tujuan membaca ketika itu. Membaca pantas ini melibatkan pergerakan mata. Mata
bergerak berperingkat-peringkat mengikut urutan baris-baris yang bercetak. Bagi pembaca yang lemah,
mata mereka akan berhenti membaca pada tahap-tahap tertentu untuk menyerap perkataan atau berundur
ke belakang kepada perkataan yang sebelumnya. Namun, pembaca yang baik akan melakukan perkara
yang sama terutama apabila teks itu sangat sukar difahami. Oleh itu pergerakan mata penting dalam
hubungan dengan kelajuan membaca. Dalam keadaan membaca pantas, pergerakan mata boleh
mempengaruhi kandungan yang dibaca. Oleh yang demikian, kadar kelajuan membaca itu menentukan
maklumat visual yang dapat diperoleh para pelajar dan ini memperlihatkan tahap keupayaan membaca
para pelajar.

Membaca pantas hanya berlaku melalui bacaan senyap atau membaca dalam hati. Berbanding dengan
bacaan kuat atau bersuara, pelajar sebenarnya menurunkan keupayaan membaca pada kadar kelajuan
bercakap. Ini adalah kerana sewaktu membaca kuat, pembaca melibatkan pergerakan bibir dan lain-lain
alat pengucapan manusia. Oleh itu, bacaan pantas adalah bacaan senyap yang melibatkan mental,
manakala bacaan kuat pula adalah sebagailatihan bercakap.

Membaca pantas ini terbahagi kepda dua jenis iaitu skimming dan scanning.

Jenis Keterangan Cara pelaksanaan


Skimming  Membaca secara sekilas pandang.  Pembaca meneliti halaman judul,
 Mata bergerak dengan cepat, kata pengantar, daftar isi, gambar
melihat bahan bertulis untuk dan diagram, indeks dan
mendapatkan maklumat denagn sebagainya.
semerta.  Pembaca mendapatkan
 Tujuan untuk mendapatkan kesan pandangan yang baik tentang
umum daripada sesebuah teks organisasi teks tersebut.
yang dibaca.
 Mencari hal-hal yang melibatkan
fakta dan informasi tertentu.
 Kebaikannya, seseorang itu akan
mendapat banyak maklumat dan
fakta dalam satu jangka masa
yang singkat.
Scanning  Membaca secara sepintas lalu..  pembaca meneliti bahagia-
 Disebut juga sebagai bacaan bahagian buku.
tinjauan.  Pembaca meneliti indeks, daftar
 Tujuan untuk mendapatkan kata, judul, bab, rangka kasar
maklumat awal dan gambaran buku, bibliografi., kandunga
keselruhan tentang teks sebelum prakata, pendahuluan, sinopsis,
menjadi pilihan untuk dibaca. abstrak dan sebagainya.

Penerangan di atas tidak menunjukkan perbezaan secara jelas antara skimming dan scanning. Walau
bagaimanapun, kita dapat menyimpulkan bahawa skimming adalah membaca secara pantas sesuatu bahan
dengan tujuan memahami ide utama atau tema bahan bacaan berkenaan. Dalam kata lain, membaca
bertujuan mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu bahan yang dibaca.
Manakala, scanning pula adalah pembacaan cepat untuk mendapatkan maklumat yang khusus dan bukan
untk mendapat gambaran keseluhan sesuatu bahan bacaan itu. Pembacaan ini boleh melangkau bahagian-
bahagian yang kurang penting. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini lebih pantas daripada skimming.

ii. Bacaan Intensif


Definisi
 Bacaan yang dilakukan secara teliti.
 Melibatkan telaah isi dan bahasa.
 Telaah isi melibatkan membaca untuk memahami, membaca kritis dan membaca idea.
 Telaah bahasa menumpukan kepada aspek yang menyangkut tentang bahasa.

Konsep
 Membaca dengan pimpinan guru.
 memberi penerangan tentang struktur perkataan yang sukar dan memperkembangan
perbendaharaan kata.
 Mengkaji ciri-ciri tatabahasa, seperti susunan kata dalam ayat,dan pengertian menurut
kamus.
 Men gembangkan lagi pengawalan penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan.
 Gerak laju dan kelinan latihan adalah dianggap penting.

Tujuan
 Untuk membolehkan pelajar dengan baik, betul dari segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu
menggunakan tanda bacaan denagn baik.
 Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan itu dengan
mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus.
 Menilai atau mengulas isi-isi yang diperoleh daripada bahan-bahan yang dibaca.
 Mengesan dan menikmati unsur estetik dalam bahasa.
 Mengenal pasti pelbagai laras bahasa
 Membuat kesimpulan apa yang dibaca

iii. Bacaan Ekstensif


Definisi
 Membaca secara luas.
 Membaca sebanyak teks dalam wakgtu yang singkat.
 Untuk memahami isi yang penting secara cepat.
 Melibatkan membaca tinjauan meneliti indeks, daftar kata, judul, bab, kandungan dsb.
 Membaca sekilas untuk mendapatkan maklumat umum, menemukan hal-hal tertentu dan
menemukan bahan daripada perpustakaan.
 Membaca dangkal untuk mendapatkan pemahaman luaran dan dilakukan secara santai.

Konsep
 Dilakukan oleh pelajar secara sendiri di lauar kelas dan tanpa bimbingan guru.
 Pelajar membaca sebanyak mana bahan yang termampu dengan perasaan puas, seronok dan
terhibur.
 Bahan bacaan adalah luas sesuai dari segi perbendaharaan kata dan minat, umur, jantina,
pengalaman, sikap serta cita-cita pelajar itu.
 Bahan bacaan harus daripada bahan yang berbeza.

Tujuan
 Membolehkan pelajar membaca secara sendiri.
 Membolehkan pelajar membaca dengan fasih.
 Memdapat pengetahuan di samping dapat menghiburkan hati.
 Untuk memperkayakan bahasa iaitu perbendaharaan kata, ayat dan lain-lain.
 Memberi peluang kepada pelajar untuk meluaskan bacaan.
 Membina daya berfikir secara kreatif dan kritis.
 Mengembangkan daya kreatif dalam penggunaan bahasa berbentuk puisi dan prosa.
 Menambah minat membaca dan membuat rujukan.
 Mempertingkatkan mutu dan kepantasan membaca.

Cara melaksanakannya
 Pelajar diberi galakkan membaca seberapa banyak bahan yang diminati.
 Perlakuan membaca ini di lakukan di luar kelas secara bersendiri tanpa bimbingan guru.
 Pelajar membuat catatan mengenai bahan-bahan yang dibacanya seperti isi-isi penting dan isi
keseluruhan
 Lebih baik jika pelajar merekod bahan yang dibacanya beserta dengan perkara penting
mengenainya seperti sinopsis, isi penting dan kebaikan serta kelemahan bahan bacaan
tersebut.
 Pelajar harus mendapat kepuasan dan keseronokan membaca.

Anda telah membaca dan memahami persamaan dan perbezaan di antara bacaan intensif dan
bacaan ekstensif. Sebagai rumusannya dapatlah kita simpulkan bahawa bacaan intensif ialah
untuk membaca untuk memperkembangkan kebolehan pelajar meneliti, memahami dan
mentafsir bahan bacaan dengan tepat, termasuklah mengkaji tatabahasa, pembentukan dan
penggunaan perkataan, memahami isi serta kesesuaian bahasa dalam konteks dan situasi yang
berlainan.

Manakala, bacaan ekstensif pula ialah bacaan yang menekankan pengukuhan asas bacaan,
menambahkan kemahiran memahami dan menaakul isi bahan bacaan, menambah kepantasan
membaca, kebolehan memetik isi-isi penting dan membina minat membaca. Perlu dingat juga
bahawa bacaan intensif memrlukan bimbingan guru, sebaliknya bacaan ekstensif adalah
dilakukan bersendirian oleh pelajar.

Penutup
Topik ini membicarakan konsep kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), penghasilan bahan dan
penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur dalam pengajaran bahasa Melayu.

Anda mungkin juga menyukai